Chapter 4

Wasilah Antara Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

“Cikgu, ini latihan yang cikgu minta saya kutip tadi. Tapi ada 2 orang pelajar yang belum hantar” ucap Jongmin, pelajarnya sebelum meletakkan timbunan kertas ke atas mejanya.

 

“Yang tak hantar lagi tu, ada tak mereka bagitau nak hantar bila?”

 

Pelajar yang sedang berdiri di sebelahnya itu dengan pantas menggelengkan kepalanya perlahan membuatkan Baekhyun hanya mampu melepaskan keluhan kecil. Setiap kali dia memberi tugasan untuk disiapkan pasti ada sahaja pelajar yang tidak mampu menyiapkan tepat pada masanya. Padahal, dia sudah memberi tugasan itu sejak dua hari lepas dan itu merupakan latihan ulang kaji untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun yang bakal bermula minggu hadapan. Susah benar mahu memupuk kesedaran dalam diri pelajarnya untuk mengambil serius terhadap setiap kerja yag diberikan.

 

“Tak apalah. Sekarang ni pun dah waktu balik. Awak tolong pesan pada 2 orang tu tolong hantar pagi esok secepat yang mungkin. Sebelum pukul 9 dah ada atas meja saya” arah Baekhyun tegas.

 

“Baik, cikgu. Saya pulang dulu”

 

Baekhyun hanya menganggukkan kepalanya sebelum mula mengemas mejanya untuk bersiap-siap pulang. Beg kerja disarungkan ke bahu sebelum timbunan kertas latihan yang diberi Jongmin diambil. Nampaknya, malam ini dia harus bersengkang mata untuk menanda latihan tersebut.

 

Baru sahaja dia menapak dua tiga langkah, kedengaran namanya diseru seseorang dari arah belakang membuatkan langkahnya serta-merta terhenti. Kelihatan Daehyun yang berdiri tidak jauh darinya sedang tersenyum ke arahnya. Dengan pantas guru Matematik itu mengorak langkah ke arahnya sebelum kertas latihan pelajar yang berada di genggamannya bertukar tangan.

 

“Nampak berat je kertas ni. Saya tolong cikgu, ya” pelawa Daehyun.

 

Baekhyun yang agak terkejut dengan tindakan lelaki itu hanya mampu menggelengkan kepalanya. Jika dilarang juga tiada guna kerana Daehyun pasti tidak mahu mendengar kata. Maka, dia hanya membiarkan lelaki itu membawa timbunan kertas tersebut. Mereka berdua mula mengorak langkah beriringan menuju ke luar bangunan sekolah.

 

“Weekend ni cikgu free ke?” soal Daehyun tiba-tiba.

 

‘Dia nak ajak aku date ke?’ spontan suara hatinya bermonolog. Entah mengapa terasa berbunga hatinya jika benar Daehyun mahu mengajaknya keluar bersama.

 

“Err… rasanya free je. Kenapa, ya?”

 

“Saya…. nak ajak cikgu keluar dengan saya. Ada movie best baru keluar. Nak tengok?” tanya Daehyun sambil menggaru-garu tengkuknya yang tidak gatal itu. Jelas kelihatan Daehyun agak teragak-agak mahu mengajaknya keluar.

 

Baekhyun hanya menganggukkan kepalanya perlahan tanda bersetuju membuatkan Daehyun tersenyum girang. Seperti semalam, jantungnya kembali berdetak laju seperti mahu meloncat keluar sahaja.

 

 

 

***

 

 

 

Seperti yang dijanjikan, hujung minggu itu Baekhyun bersiap-siap agak awal untuk keluar bersama-sama Daehyun. Entah mengapa, semalam dia sukar untuk melelapkan matanya bagaikan begitu ternanti-nanti akan hari ini. Perasaannya kini turut bercampur-baur. Ada teruja, gementar dan tidak sabar juga sehingga dia tidak tahu perasaan mana yang mendominasi dirinya saat ini. Senyuman sedari tadi tidak pudar daripada menghiasi wajahnya. Adakah dia sudah dilamun cinta? Adakah ini yang dinamakan cinta?

 

Tidak! Dengan pantas Baekhyun menggelengkan kepalanya. Masih terlalu awal untuk dia menganalisa perasaannya itu. Dia tidak mahu terlalu jauh terbuai dengan perasaan suci itu takut terserahkan hatinya pada orang yang salah. Buat masa sekarang biarlah hanya peras

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nabmyn-ssi #1
Chapter 10: MY GOD I JUST FOUND THIS FIC AND BEST GILA YA TUHANNNNNNN 😭😭😭💗💗💗💗💗 I HOPE YOU ALWAYS HAVE A GOOD DAY ALL YEAR LONG!!!! Seronok gila weh baca!!!! I akan tunggu for more <3333
femaleda
#2
Chapter 10: Wehhhhhhhhhh tak sabar nak baca episode seterusnya!!!!!!!!! Cepat update ya!!!!!!!!! Best sangat!!!!!!!
mpreggoland
#3
Chapter 10: omg! saya dah lama tunggu, dan penantian saya berbaloi dengan berita gembira tu!
terharunyer~*kesat air mata* huhu
thank you!
mpreggoland
#4
Chapter 9: Wah wah wah! Hehe sukanyer saya...
Finally Chanyeol sedar Baek pn mangsa...tak sabar nk tggu baby ChanBaek keke
Jgn Soo tetiba balik dah la...
BabyJongHyol
#5
Chapter 9: I want some more
rabymisaki #6
Chapter 2: selalu confuse yg kyungsoo dn baekhyun ni lelaki atau pompaun... maaf la.. hahahhaaa
mpreggoland
#7
Chapter 8: Adoii..
Melampau la Yeol ni..ish
mpreggoland
#8
Chapter 7: Chanyeol tak sepatutnya marah kan Baek (kalua la dia marah) sbb Baek pn mangsa...
Kyungsoo?! Chanyeol jumpa Kyungsoo?! Aish…
apa yg jd sebenarnya ni, aish...
BabyJongHyol
#9
Chapter 6: Kyungie my baby boo what happened to you honey? Btw goodluck for your test you can do it (づ ̄ ³ ̄)づ
mpreggoland
#10
Chapter 6: Apa alasan Soo smpai buat fmly dia mcm tu? Aish..
Xmemasal Baek kena ganti..harap2 alasan Soo munasabah sbb dia dh buat masa depan Baek musnah kena kahwin paksa mcm tu..