Chapter 3
Wasilah Antara Kita
Baekhyun yang baru sahaja berjalan keluar daripada biliknya untuk turun ke tingkat bawah terserempak dengan adiknya yang baru sahaja bangkit daripada tidur. Riak wajah adiknya masih seperti malam semalam. Tegang dan tiada senyuman. Teruk sangatkah pergaduhan adiknya dengan Chanyeol? Namun, apa punca mereka mahu bertengkar sedangkan perkahwinan mereka hanya tinggal berbaki kurang dari 3 minggu lagi.
“Kau okay ke tak, Soo?” soal Baekhyun perlahan.
Kyungsoo yang baru sahaja mahu menuruni tangga terhenti seketika langkahnya. Lelaki itu memusingkan badan sedikit untuk menghadapnya sebelum senyuman yang kecil diberikan tanda dia tidak apa-apa. Baekhyun yang malas mahu memaksa adiknya bercerita hanya menganggukkan kepala. Kemudian, mereka bersama-sama beriringan berjalan menuruni tangga menuju ke ruang makan.
“Harini kamu ke sekolah macam mana, Baek? Appa awal-awal dah keluar sebab ada meeting penting harini” ucap ibunya sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas kerusi.
“Teksi atau bas kot” jawabnya ringkas sebelum memulakan santapan paginya. Dikerlingnya seketika Kyungsoo yang berada di hadapannya. Tidak pernah dia melihat adiknya bermasam muka seperti itu. Gayanya seperti besar benar masalah yang dihadapi. Dia mahu menasihat namun, tidak tahu apa kemelut yang sedang melanda adiknya kini. Akhirnya, dia memilih untuk diam sahaja. Biarlah adiknya itu sejuk sendiri.
Setelah selesai mengisi perut, Baekhyun bangkit dan menuju ke pintu utama rumahnya.
“Baek pergi dulu” laungnya sebelum melangkahkan kaki keluar daripada rumah.
Baru beberapa tapak dia meninggalkan halaman rumahnya, sebuah kereta yang tidak asing di mata menyapanya. Dia menayangkan muka terkejut kerana tidak menyangka Daehyun bakal menjemputnya ke sekolah pagi itu.
“Masuklah” ajak Daehyun setelah menurunkan tingkap keretanya. Baekhyun yang sudah tersenyum malu hanya menurut arahan tersebut. Dia sudah seperti orang yang mengantuk disorong bantal. Memang dia malas mahu menaiki pengangkutan awam untuk ke mana-mana kerana sudah terlalu lama mempunyai kenderaan sendiri. Tidak disangkanya Daehyun sudi menjemputnya hari ini. Adakah harus dia rasa terharu?
“Terima kasih cikgu. Maaf sebab sekali lagi susahkan cikgu” ucap Baekhyun selepas mereka sudah sampai ke sekolah.
Daehyun yang mendengarnya hanya ketawa kecil. Entah mengapa, hati Baekhyun senang melihat tawa kecil itu. Padahal, bukan kali pertama dia melihat tawa dari guru Matematik itu namun, kali ini mungkin sedikit berbeza kerana tawa itu adalah kerana dirinya.
“My pleasure, cikgu. Saya langsung tak rasa disusahkan. Saya ikhlas tolong cikgu” balas Daehyun dengan senyuman masih tidak pudar di wajahnya.
Baekhyun benar-benar rasa terhutang budi kepada guru yang sedang berdiri di hadapannya ini. Tidak tahu bagaimana harus dia membalas budi tersebut. Nantilah dia fikirkan. Yang penting, d
Comments