Chapter 7

Wasilah Antara Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Baekhyun melihat keadaan dirinya buat kali yang terakhir di cermin satah yang disediakan di dalam ruang itu. Wajahnya yang kelihatan sembap dengan mata yang bengkak dek kerana terlalu lama meratapi nasib diri malam semalam telah berjaya disembunyikan dengan elok hasil kerja jurumekap profesional yang dibayar keluarga Chanyeol. Baekhyun memperkemaskan tuxedo yang terletak di badannya agar kelihatan kemas. Jika dilohat dari kekemasan jahitan tuxedo itu, Baekhyun pasti bukan calang-calang pereka yang dibayar keluarga Chanyeol itu. Terdetik seketika di hatinya bahawa dia tidak layak untuk menyarungkan pakaian yang seharusnya menjadi milik Kyungsoo. Tidak tahu apakah reaksi Chanyeol jika melihat pakaian yang sepatutnya menjadi milik tunangnya itu disarungkan kepada orang lain.

 

Setelah puas hati dengan penampilannya, Baekhyun melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Debaran di dada semakin kuat terasa meskipun, tidak seharusnya perasaan begini hadir dalam dirinya. Terasa bagaikan mimpi bahawa hari seperti ini akan muncul dalam hidupnya. Sekali lagi, Baekhyun memerhatikan pakaian yang sedang tersarung elok di badannya, pakaian yang seharusnya dipakai oleh Kyungsoo. Jujur Baekhyun ragu-ragu adakah benar jalan yang dipilihnya ini. Adakah berbaloi pengorbanan yang dilakukannya ini? Ingin sahaja dia turut melarikan diri namun, tidak sanggup untuk dia menambah lagi duka di hati orang tuanya. Cukuplah hanya adiknya sahaja sudah merunsingkan keluarga kecil mereka.

 

“Baek” panggil ibunya yang baru sahaja melangkahkan kaki masuk ke bilik persiapan itu.

 

“Kamu dah siap ke? Majlis dah nak mula” ucap ibunya lembut dengan senyuman di wajahnya.

 

Namun, senyuman itu kelihatan terlalu kaku seperti dipaksa. Baekhyun hanya menganggukkan kepalanya lemah. Bersedia? Bersedia untuk mengorbankan dirikah yang dimaksudkan ibunya? Jika begitu, tidak. Dia tidak akan pernah bersedia. Baekhyun menatap wajah redup ibunya seketika cuba mencari kekuatan untuk dia hadapi nasibnya selepas ini namun, gagal. Dia benar-benar tidak sanggup harus berkorban sebesar ini semata-mata demi menutup aib keluarga.

 

“Omma, perlu ke buat semua ni? Tak boleh ke kita batalkan je?” soal Baekhyun sambil menggenggam erat tangan ibunya.

 

“Maafkan omma, sayang. Omma pun dah tak tahu nak buat apa lagi untuk pujuk appa kamu paksa keluarga Chanyeol hentikan semua kerja gila ni. Omma tak mahu kamu berkorban demi kami. Omma sanggup tanggung malu asalkan tiada satu pun anak omma yang terluka tapi, omma tak berdaya, nak. Omma dah cuba. Jadi, omma terpaksa ikut je keputusan semua” sekali lagi air mata ibunya jatuh berderaian ke pipi. Baekhyun hanya mampu melepaskan keluhan panjang buat kesekian kalinya.

 

Baekhyun kini benar-benar tidak mampu menjangka apakah nasibnya selepas ini. Boleh sahaja Chanyeol mahu melepaskannya sebaik sahaja mereka disatukan. Dia harus bersedia akan segala kemungkinan yang berlaku dan tidak punyai hak untuk membantah pun.

 

“Baek, satu je omma nak pesan. Walaupun kamu sikit pun tak merelakan perkahwinan ni, jangan pernah kamu benci Chanyeol. Walau macam mana pun, dia akan jadi pasangan kamu lepas ini. Treats him like one. Jalankan tanggungjawab kamu sebaik mungkin. Omma tahu semua ni terlalu tiba-tiba untuk kamu dan bukan senang kamu nak terima dia. Chanyeol pun akan lebih susah nak terima semua ini. Omma harap kamu dapat sabar dengan kerenah dia” pesan ibunya sambil menggenggam erat kedua-dua belah tangannya.

 

Baekhyun hanya menggangguk lemah kepalanya. Buat masa sekarang, dia masih tidak mahu memikirkan kehidupannya setelah disatukan dengan Chanyeol kerana dia tidak mahu meletakkan apa-apa ekspetasi yang hanya akan membawa kekecewaan sekiranya kenyataan tidak selari dengan harapannya. Tidaklah dia mengharapkan hubungan mereka akan baik seperti pasangan lain kerana hakikat bahawa hati Chanyeol sudah dimiliki adiknya membuatkan Baekhyun hanya mampu membayangkan perkara-perkara negatif sahaja bakal dihadapinya setelah ini.

 

 

 

***

 

 

 

Pancuran air panas yang membasahi dirinya terasa menenangkan seketika jiwanya yang gundah-gulana sarat dengan pelbagai perasaan. Begitu lama dia memanjakan diri di bawah pancuran air panas itu cuba melupakan seketika segala kekusutan yang sedang melanda dirinya yang boleh dikatakan sedang dirundung malang. Setelah terasa segar badannya, Baekhyun melangkahkan kaki keluar daripada bilik air menuju ke wardrobe mini yang terletak di kamar beradu itu. Pakaian tidurnya dicapai sebelum disarungkan ke badan. Setelah lengkap berpakaian tidur, Baekhyun memanjat katil empuk yang entah berapa lama bakal menjadi tepat dia merehatkan badan.

 

Dia meliarkan matanya ke seluruh ruangan itu sebelum akhirnya sekali lagi melepaskan keluhan panjang. Fikirannya menerawang kembali pada kejadian semalam yang menjadi titik tolak kepada perubahan status dirinya kini. Begitu pantas masa berlalu dan Baekhyun tidak tahu apakah benar jalan yang dipilihnya ini. Dia masih tidak mampu melupakan setiap saat yang berlaku setelah mereka sah disatukan semalam. Pandangan sinis daripada rakan-rakan Chanyeol dan termasuk lelaki itu sendiri masih segar dalam kotak ingatannya. Pedih dan sakit.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nabmyn-ssi #1
Chapter 10: MY GOD I JUST FOUND THIS FIC AND BEST GILA YA TUHANNNNNNN 😭😭😭💗💗💗💗💗 I HOPE YOU ALWAYS HAVE A GOOD DAY ALL YEAR LONG!!!! Seronok gila weh baca!!!! I akan tunggu for more <3333
femaleda
#2
Chapter 10: Wehhhhhhhhhh tak sabar nak baca episode seterusnya!!!!!!!!! Cepat update ya!!!!!!!!! Best sangat!!!!!!!
mpreggoland
#3
Chapter 10: omg! saya dah lama tunggu, dan penantian saya berbaloi dengan berita gembira tu!
terharunyer~*kesat air mata* huhu
thank you!
mpreggoland
#4
Chapter 9: Wah wah wah! Hehe sukanyer saya...
Finally Chanyeol sedar Baek pn mangsa...tak sabar nk tggu baby ChanBaek keke
Jgn Soo tetiba balik dah la...
BabyJongHyol
#5
Chapter 9: I want some more
rabymisaki #6
Chapter 2: selalu confuse yg kyungsoo dn baekhyun ni lelaki atau pompaun... maaf la.. hahahhaaa
mpreggoland
#7
Chapter 8: Adoii..
Melampau la Yeol ni..ish
mpreggoland
#8
Chapter 7: Chanyeol tak sepatutnya marah kan Baek (kalua la dia marah) sbb Baek pn mangsa...
Kyungsoo?! Chanyeol jumpa Kyungsoo?! Aish…
apa yg jd sebenarnya ni, aish...
BabyJongHyol
#9
Chapter 6: Kyungie my baby boo what happened to you honey? Btw goodluck for your test you can do it (づ ̄ ³ ̄)づ
mpreggoland
#10
Chapter 6: Apa alasan Soo smpai buat fmly dia mcm tu? Aish..
Xmemasal Baek kena ganti..harap2 alasan Soo munasabah sbb dia dh buat masa depan Baek musnah kena kahwin paksa mcm tu..