Chapter 8

Wasilah Antara Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

“Aku jumpa Kyungsoo tadi”

 

Hampir tercekik Baekhyun mendengar ayat yang baru sahaja keluar daripada mulut Chanyeol. Wajahnya diangkat untuk melihat reaksi lelaki itu namun hampa yang dia perolehi kerana agak sukar untuknya membaca perasaan di sebalik wajah itu. Wajah Chanyeol ketika ini kelihatan kosong – tiada perasaan. Baekhyun hanya diam menanti suaminya untuk meneruskan kata. Pasti lelaki itu sedang menanggung seribu satu perasaan yang hanya dia sendiri tahu dan dapat rasai. Baekhyun di hadapannya hanya mampu merasa kasihan terhadap nasib yang dihadapi.

 

Lama Baekhyun menunggu lelaki untuk meneruskan kata namun, hanya diam mengisi ruang antara mereka. Ramyun yang terhidang di hadapan akhirnya hanya terbiar sejuk, masing-masing seperti kehilangan selera. Chanyeol sedari tadi hanya menundukkan wajah sebelum kelihatan setitik air mata membasahi pipi. Baekhyun terkejut melihat lelaki itu yang tiba-tiba sahaja menangis. Panik menyerang dirinya tidak tahu harus bertindak apa. Haruskah dia memujuk dan menenangkan lelaki itu? Namun, bagaimana mahu memujuk?

 

“Aku… aku sumpah tak faham dengan Kyungsoo. Dia… nampak lain sangat-sangat macam tu bukan dia” dengan perlahan Chanyeol berkata namun, air matanya masih galak membasahi pipi.

 

“Kenapa dia sanggup buat aku macam ni? Apa salah aku? Tak cukup ke selama ni apa yang aku dah bagi? Aku… aku tak layak ke untuk dia? Apa kurangnya aku? Kenapa…… kenapa dia sanggup tinggalkan aku pada saat akhir macam ni?”

 

Luluh hati Baekhyun melihat keadaan Chanyeol seperti ini. Beberapa hari ini, lelaki itu cuba untuk kelihatan kuat di hadapan semua orang – menayangkan wajah ketat dan tidak berperasaan – sehingga tiada siapa dapat mengetahui betapa rapuh sebenarnya lelaki ini. Pada saat hati retak seribu dan walang gara-gara tunangan lari sehari sebelum perkahwinan, dirinya dibebankan lagi sebuah masalah apabila dipaksa untuk mengahwini seseorang yang tidak dikenali.

 

“Sakit sangat….. kat sini…. Sakit sangat” ujar Chanyeol dengan jari telunjuknya dihalakan ke dada.

 

“Saya yakin sangat mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu”

 

“Sebab? Ada sebab? Even though he had a reason or thousands of them, it’s probably too late for that. All those reasons just seem like an excuse for me. I don’t even know what kind of feeling I’m having for him now. Cinta atau hanya perasaan untuk memiliki dia untuk buat aku rasa puas” Chanyeol menyunggingkan senyuman palsu di hujung bibir sebelum bangkit daripada kerusi.

 

Baekhyun hanya memerhatikan langkah longlai lelaki itu yang menghilang ke ruang tamu sebelum kedengaran segugus kunci dicapai. Chanyeol akhirnya hilang di sebalik pintu utama rumah. Entah ke mana lelaki itu mahu membawa dirinya yang lara. Entah bagaimana mahu megubati hati yang terlalu dalam dilukai.

 

Dalam diam, terdetik juga perasaan cemburu dalam hatinya melihat cinta yang begitu dalam oleh Chanyeol untuk adik lelakinya. Akankah wujud cinta sejati yang sebegitu untuk dirinya?

 

 

 

***

 

 

 

Gelas yang berisi soju itu diteguknya rakus untuk ke sekian kali dengan harapan dia dapat melupakan seketika segala masalah yang sedang melanda diri namun, gagal. Sudah beberapa botol soju telah habis diteguk namun, perasaan sakit yang ditanggungnya itu masih kian terasa – sedikit pun tidak berkurang. Dadanya terasa sempit menanggung pelbagai perasaan. Hatinya terasa benar-benar kosong. Perasaan dikhianati oleh orang yang paling dicintai itu terlalu pedih sehingga dia lebih rela memilih kematian. Duninya teras gelap dan hancur sebaik sahaja dia mendapat tahu bahawa Kyungsoo telah menghilangkan diri.

 

Dia berharap semuanya ini mimpi – sebuah mimpi yang panjang. Dia mahu bangun semula dan berharap semuanya kembali normal – dia dan Kyungsoo sedang berbahagia menanti hari untuk disatukan.

 

Namun, realiti hidup tidak seindah itu kerana nyatanya, realiti kehidupan bagaikan pisau yang perlahan-lahan menikam diri. Sakit. Itu sahaja perasaan yang dapat diungkapkan olehnya ketika ini. Adakah Tuhan sedang menghukumnya ketika ini atas perbuatan di kehidupan lalun

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nabmyn-ssi #1
Chapter 10: MY GOD I JUST FOUND THIS FIC AND BEST GILA YA TUHANNNNNNN 😭😭😭💗💗💗💗💗 I HOPE YOU ALWAYS HAVE A GOOD DAY ALL YEAR LONG!!!! Seronok gila weh baca!!!! I akan tunggu for more <3333
femaleda
#2
Chapter 10: Wehhhhhhhhhh tak sabar nak baca episode seterusnya!!!!!!!!! Cepat update ya!!!!!!!!! Best sangat!!!!!!!
mpreggoland
#3
Chapter 10: omg! saya dah lama tunggu, dan penantian saya berbaloi dengan berita gembira tu!
terharunyer~*kesat air mata* huhu
thank you!
mpreggoland
#4
Chapter 9: Wah wah wah! Hehe sukanyer saya...
Finally Chanyeol sedar Baek pn mangsa...tak sabar nk tggu baby ChanBaek keke
Jgn Soo tetiba balik dah la...
BabyJongHyol
#5
Chapter 9: I want some more
rabymisaki #6
Chapter 2: selalu confuse yg kyungsoo dn baekhyun ni lelaki atau pompaun... maaf la.. hahahhaaa
mpreggoland
#7
Chapter 8: Adoii..
Melampau la Yeol ni..ish
mpreggoland
#8
Chapter 7: Chanyeol tak sepatutnya marah kan Baek (kalua la dia marah) sbb Baek pn mangsa...
Kyungsoo?! Chanyeol jumpa Kyungsoo?! Aish…
apa yg jd sebenarnya ni, aish...
BabyJongHyol
#9
Chapter 6: Kyungie my baby boo what happened to you honey? Btw goodluck for your test you can do it (づ ̄ ³ ̄)づ
mpreggoland
#10
Chapter 6: Apa alasan Soo smpai buat fmly dia mcm tu? Aish..
Xmemasal Baek kena ganti..harap2 alasan Soo munasabah sbb dia dh buat masa depan Baek musnah kena kahwin paksa mcm tu..