Chapter 6

Wasilah Antara Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Matanya diliarkan ke setiap sudut pejalan kaki itu mencari gerangan adiknya. Kakinya dihalakan ke hadapan tanpa berhenti sambil bola matanya bergerak ke kiri dan kanan memerhatikan setiap manusia yang berada di sekeliling. Kakinya terus melangkah ke hadapan tanpa arah tujuan. Dia sendiri tidak tahu ke mana lagi kakinya harus melangkah. Sejak awal pagi lagi dia sudah keluar mencari Kyungsoo namun sehingga saat ini masih tiada perkembangan. Sudah merata dia dan Chanyeol mencari sehingga masing-masing sudah tidak tahu ke mana lagi tempat harus dijelajah.

 

Dia tidak sanggup pulang ke rumah dengan wajah hampa dan tangan kosong. Tidak tahu bagaimana harus dia sampaikan kepada orang tuanya bahawa dia tidak berjaya menjejaki adiknya. Tidak tahu betapa banyak lagi air mata yang bakal membanjiri wajah redup ibunya itu jika benar dia tidak mampu membawa pulang Kyungsoo. Ke mana lagi harus dia pergi? Mustahil Kyungsoo mampu melarikan diri ke tempat yang lebih jauh.

 

Hati Baekhyun semakin gundah-gulana apabila mengingatkan majlis perkahwinan adiknya yang bakal berlangsung kurang daripada 24 jam lagi. Kad jemputan sudah seminggu diedarkan, ahli keluarganya yang jauh di kampung sudah sampai ke kota Seoul bagi menyaksikan dua mempelai disatukan. Dia tidak mahu keluarganya menanggung malu gara-gara onar adiknya itu. Baekhyun sudah bertekad di hati untuk mencari adiknya sehingga jumpa sebelum pagi esok. Majlis yang sudah dirancang hampir 3 bulan itu harus diteruskan.

 

Telefon yang bergetar di poket seluar mematikan lamunan Baekhyun. Tangannya dengan pantas mencapai telefon pintarnya sebelum menjawab panggilan tersebut. Tidak perlu dia melihat nama pemanggil kerana dia sudah tahu benar siapa yang menelefonnya.

 

“Ada apa-apa update tak?” soal Chanyeol dari hujung talian.

 

Baekhyun mengeluh panjang. Chanyeol yang berada di hujung talian juga turut melepaskan keluhan kecil sudah faham benar jawapan yang bakal meluncur keluar daripada mulut Baekhyun.

 

“Kau dah mintak kawan-kawan kau cari sekali?” soal Baekhyun setelah agak lama masing-masing menyepi.

 

“Dah tapi masing-masing pun dah tak tau nak cari macam mana. Aku rasa kita buat report je la” cadang Chanyeol buat ke sekian kalinya.

 

“Tapi… kau tau kan appa tak bagi buat report lagi sebab tak nak kecohkan keadaan” Baekhyun mengingatkan tunang adiknya itu.

 

“Arghhh pergi mampus la dengan benda tu?! Sekarang ni, kita sendiri dah tak tahu nak cari kat mana, kan? Takkan nak tunggu jumpa mayat Kyungsoo baru nak buat laporan?!” tinggi suara Chanyeol ketika ini.

 

Belum sempat Baekhyun mahu membalas, kedengaran talian telah diputuskan. Baekhyun tahu benar bahawa lelaki tinggi lampai itu benar-benar kusut dengan masalah yang melandanya ini. Baekhyun memahami situasi Chanyeol yang pastinya sudah tidak mampu berfikir lagi kerana terlalu runsing memikirkan hari perkahwinannya yang sudah seperti tiada harapan untuk diteruskan tepat pada waktunya.

 

Sepatutnya, kini kedua-dua bakal pengantin itu sedang berdebar menanti hari esok. Hari yang bakal menjadi suatu hari yang bersejarah buat sesiapa sahaja yang bakal mendirikan rumahtangga. Namun tidak buat Park Chanyeol. Hari ini, dia sedang runsing memikirkan tunangnya yang tiba-tiba sahaja menghilangkan diri sehari sebelum majlis berlangsung. Baekhyun tidak dapat bayangkan bagaimana penerimannya sekiranya hal seperti ini terjadi kepadanya.

 

 

 

***

 

 

 

Langit yang sebentar tadi cerah kini bertukar menjadi gelap menandakan siang sudah pun berganti malam. Kini, bulan pula mengambil tugas matahari memancarkan cahayanya ke bumi. Baekhyun yang sudah seharian berjalan cuba menjejaki adiknya sudah mula terasa lelah. Keretanya dipandu perlahan menusuri jalan di sekitar kawasan bandar kecil itu. Entah di mana dia berada kini pun dia tidak tahu. Yang pasti, dia hanya mahu mencari adik lelakinya. Kemudian, dia mengambil keputusan untuk meletakkan keretanya di bahu jalan setelah beberapa ketika memandu di sekitar kawasan itu.

 

Setelah mematikan enjin, Baekhyun melangkahkan kaki menuju ke sebuah kedai runcit kecil yang berada di tepi jalan. Niatnya adalah untuk mencari air sejuk bagi menghilangkan rasa dahaga yang sedari tadi terasa. Dia perlu membasahkan tekaknya yang sudah kering. Tidak sampai dua langkah dia menapak ke dalam kedai runcit itu, matanya menangkap sekujur tubuh yang tidak asing di matanya. Baekhyun cuba mendekati lelaki yang sedang ralit memilih makanan ringan di rak secara perlahan-lahan. Lelaki itu memakai sweater yang dilengkapi hoodie untuk menutup kepalanya serta penutup mulut untuk melindungi separuh wajah membuatkan Baekhyun sukar untuk mengenal pasti gerangan tersebut.

 

Namun, dia yakin bahawa dia tidak silap.

 

“Kyungsoo” panggil Baekhyun apabila jarak mereka hanya tinggal beberap langkah sahaja lagi.

 

Lelaki itu yang sedang memegang beberapa plastik makanan ringan terus memalingkan wajah untuk melihatnya. Sah! Itu benar-benar Kyungsoo. Namun, belum sempat Baekhyun melakukan apa-apa, adik lelakinya terus melarikan diri meninggalkannya. Baekhyun yang terkejut dengan kelakuan pantas adiknya tidak sempat untuk menahan. Plastik makanan ringan yang berada dalam genggaman Kyungsoo tadi turut dilepaskan lelaki itu dan berteraburan di atas lantai.

 

“Soo!” panggil Baekhyun turut membuka langkah mengejar Kyungsoo.

 

Baekhyun cuba menyaingi adiknya yang sudah hampir jauh di hadapan. Keadaan jalan yang gelap menyukarkan dia untuk fokus terhadap lariannya itu. Setelah agak lama berlari, akhirnya Baekhyun berjaya mencapai lengan Kyungsoo sebelum menarik lelaki itu untuk berhenti. Kyungsoo cuba untuk melepaskan genggaman tangan abangnya yang begitu kuat di lengan namun, tidak berjaya walaupun setelah beberapa kali cubaan.

 

“Kau jangan cuba nak lari lagi!” intonasi Baekhyun kedengaran agak tegas.

 

Baekhyun dan Kyungsoo masing-masing tercungap-cungap cuba menyedut sebanyak oksigen yang mampu memandangkan agak jauh jarak mereka berlari sebentar tadi. Masing-masing cuba memenuhkan kembali ruang paru-paru dengan oksigen yang seakan tidak cukup sebentar tadi. Tangan Kyungsoo masih kukuh berada dalam genggamannya.

 

“Kau nak lari ke mana?” tanya Baekhyun setelah berjaya mengatur kembali pernafasannya.

 

Kyungsoo hanya menundukkan wajahnya tidak berani menatap mata abangnya.

 

“Aku tanya ni. Jawablah! Kenapa diam?” soal Baekhyun berang melihat reaksi adiknya. Kyungsoo hanya menundukkan pandangannya sedari tadi. Soalannya juga hanya dibiar berlalu dibawa angin sejuk malam.

 

“Dah. Tak payah jawab. Jom ikut aku balik” Baekhyun mula menarik tangan adiknya kuat namun berjaya direntap Kyungsoo.

 

“Aku tak nak balik” ucap Kyungsoo setelah melepaskan penutup mulutnya.

 

Baekhyun yang terkejut mendengar perkara itu kembali menarik tangan adik lelakinya. Mahu sahaja dia menengking adiknya ketika ini kerana benar-benar dia tidak mengerti mengapa adiknya bakal bertindak keanak-anakan seperti ini. Sungguh tidak matang.

 

“Kyungsoo, ikut aku balik!” sekali lagi, Baekhyun mengeluarkan arahan dengan tegas.

 

“Aku cakap aku tak nak! Kau tak faham ke?!” kali ini Kyungsoo turut meninggikan suaranya.

 

Baekhyun agak terkejut dengan suara adiknya yang tiba-tiba sahaja meninggi membuatkan darahnya kembali menggelegak. Dia benar-benar sudah tidak tahan dengan perangai tidak matang adiknya ini. Bukan susah dia ke hulu dan ke hi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nabmyn-ssi #1
Chapter 10: MY GOD I JUST FOUND THIS FIC AND BEST GILA YA TUHANNNNNNN 😭😭😭💗💗💗💗💗 I HOPE YOU ALWAYS HAVE A GOOD DAY ALL YEAR LONG!!!! Seronok gila weh baca!!!! I akan tunggu for more <3333
femaleda
#2
Chapter 10: Wehhhhhhhhhh tak sabar nak baca episode seterusnya!!!!!!!!! Cepat update ya!!!!!!!!! Best sangat!!!!!!!
mpreggoland
#3
Chapter 10: omg! saya dah lama tunggu, dan penantian saya berbaloi dengan berita gembira tu!
terharunyer~*kesat air mata* huhu
thank you!
mpreggoland
#4
Chapter 9: Wah wah wah! Hehe sukanyer saya...
Finally Chanyeol sedar Baek pn mangsa...tak sabar nk tggu baby ChanBaek keke
Jgn Soo tetiba balik dah la...
BabyJongHyol
#5
Chapter 9: I want some more
rabymisaki #6
Chapter 2: selalu confuse yg kyungsoo dn baekhyun ni lelaki atau pompaun... maaf la.. hahahhaaa
mpreggoland
#7
Chapter 8: Adoii..
Melampau la Yeol ni..ish
mpreggoland
#8
Chapter 7: Chanyeol tak sepatutnya marah kan Baek (kalua la dia marah) sbb Baek pn mangsa...
Kyungsoo?! Chanyeol jumpa Kyungsoo?! Aish…
apa yg jd sebenarnya ni, aish...
BabyJongHyol
#9
Chapter 6: Kyungie my baby boo what happened to you honey? Btw goodluck for your test you can do it (づ ̄ ³ ̄)づ
mpreggoland
#10
Chapter 6: Apa alasan Soo smpai buat fmly dia mcm tu? Aish..
Xmemasal Baek kena ganti..harap2 alasan Soo munasabah sbb dia dh buat masa depan Baek musnah kena kahwin paksa mcm tu..