Chapter 1

Wasilah Antara Kita
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Suasana kelas yang riuh rendah dengan suara anak-anak murid yang sedang gamat berbincang sesama sendiri mengenai tugasan yang baru sahaja diberikan memenuhi segenap ruang kelas yang bersaiz sederhana besar itu. Ada yang begitu asyik melontarkan pendapat diiringi rakan-rakan lain yang asyik mendegar sambil menganggukkan kepala tanda turut bersetuju dengan usulan tersebut dan tidak kurang juga ada yang hanya termenung atau lebih parah lagi sedang lena diulit mimpi. Guru yang berada di hadapan kelas hanya menggeleng perlahan melihat beberapa pelajar yang tewas menahan kantuk.

 

Pemandangan ini sudah terbiasa dilihatnya memandangkan subjek yang diajarnya tidak diminati ramai kerana pelajar sering menganggap subjek ini bosan dan tidak menarik. Tambahan pula, waktu kelasnya betul-betul sebelum waktu rehat maka, kebanyakan pelajar sudah tidak sabar menanti detik kelas berakhir.

 

Sejarah.

 

Suatu subjek yang kadangkala menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah pelajar yang tidak suka membaca serta menghafal. Sukar untuknya memupuk sifat minat akan subjek Sejarah dalam diri anak-anak muridnya memandangkan mereka lebih gemar mempunyai mindset bahawa Sejarah itu begitu membosankan.

 

Atau Byun Baekhyun yang sebenarnya berlainan daripada manusia normal lain kerana meminati subjek Sejarah sejak kecil. Ibunya merupakan pesara guru yang turut mengajar subjek Sejarah sepanjang berkhidmat jadi tidak hairanlah minat itu turut mengalir dalam diri Baekhyun.

 

Bosan? Mungkin hidup seorang Byun Baekhyun lebih bosan jika mahu dibandingkan dengan subjek kegemarannya itu.

 

Menjadi guru bukanlah suatu tugas yang mudah kerana sepanjang hampir 7 tahun menyandang tugas sebagai pendidik dan berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar membuatkan Baekhyun sering tertanya kembali dirinya, mengapa dia mahu menjadi seorang guru? Namun, dia cepat-cepat tersedar dan mencari kembali semangat untuk meneruskan perjuangannya untuk mendidik anak-anak murid mengenali Sejarah sebenar negara dan dunia kerana orang yang melupakan Sejarah pasti akan mengulanginya. Dia tidak mahu generasi muda kini buta sejarah kerana mereka harus belajar daripada sejarah lalu untuk mengekalkan kemerdekaan kini.

 

Kringgggggg!

 

Ketika dia sudah larut dalam lamunannya, loceng yang nyaring berbunyi menandakan waktu rehat pula mengambil alih berjaya menyedarkannya ke alam nyata. Kelihatan pelajar-pelajar yang sedang lena juga terus tersedar daripada tidur apabila loceng berbunyi. Kelihatan segar-bugar mata setiap pelajar menandakan mereka sudah tidak sabar mahu menjamu selera.

 

“Itu sahaja untuk kelas kita pada hari ini. Esok saya nak kamu semua bentangkan idea kamu tentang tajuk yang dah saya berikan tadi. Setiap ahli dalam kumpulan harus melakukan pembentangan” usai sahaja mengeluarkan arahan, Baekhyun terus membuka langkah keluar daripada kelas.

 

 

 

***

 

 

 

Sebaik sahaja dia melangkahkan kaki memasuki rumah dua tingkat milik keluarganya, suara beberapa orang yang asing di telinga menyapanya. Malas mahu mengambil tahu mengenai tetamu yang mengunjungi rumahnya, Baekhyun membuat keputusan untuk terus memasuki bilik tidur. Seperti biasa, setelah pulang daripada sekolah dia akan terus menuju ke bilik air untuk membasahi badan yang terasa melekit. Segala kekusutan yang berada di minda dek kerana penat melayan ragam pelajar seakan-akan hilang seketika apabila berada di bawah pancuran air hangat. Selesai menyegarkan badan, Baekhyun mencapai telefon pintarnya yang terletak elok di atas meja.

 

Kosong.

 

Tiada satu notifikasi pun yang masuk.

 

Bosan.

 

Ya, kehidupannya amat membosankan sejak dahulu. Dia tidak mempunyai ramai teman rapat jadi tidak hairanlah jika telefonnya jarang berbunyi. Kemudian, Baekhyun mula membuka aplikasi Instagram hanya untuk rasa menyampah dan geram apabila melihat gambar rakan-rakan sebayanya bersama pasangan masing-masing. Ada yang sudah berumah tangga dan memiliki anak, ada juga yang sedang menjalinkan hubungan percintaan. Sungguh Baekhyun berasa cemburu melihat kehidupan sahabat-sahabatnya yang lain sedangkan dia belum pernah sekali pun menjalinkan hubungan percintaan.

 

Ya, sepanjang 31 tahun dia hidup di atas muka bumi ini, tidak pernah sekali pun Byun Baekhyun bercinta atau mempunyai kekasih hati. Dia hanya tahu belajar dan membaca buku sepanjang dia bernafas di muka bumi ini.

 

Baekhyun mencampak telefon pintarnya ke atas katil sebelum bangkit dari pembaringannya untuk menuju ke dapur. Kelihatan tetamu ibu bapanya sudah pulang memandangkan sudah tiada siapa berada di ruang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nabmyn-ssi #1
Chapter 10: MY GOD I JUST FOUND THIS FIC AND BEST GILA YA TUHANNNNNNN 😭😭😭💗💗💗💗💗 I HOPE YOU ALWAYS HAVE A GOOD DAY ALL YEAR LONG!!!! Seronok gila weh baca!!!! I akan tunggu for more <3333
femaleda
#2
Chapter 10: Wehhhhhhhhhh tak sabar nak baca episode seterusnya!!!!!!!!! Cepat update ya!!!!!!!!! Best sangat!!!!!!!
mpreggoland
#3
Chapter 10: omg! saya dah lama tunggu, dan penantian saya berbaloi dengan berita gembira tu!
terharunyer~*kesat air mata* huhu
thank you!
mpreggoland
#4
Chapter 9: Wah wah wah! Hehe sukanyer saya...
Finally Chanyeol sedar Baek pn mangsa...tak sabar nk tggu baby ChanBaek keke
Jgn Soo tetiba balik dah la...
BabyJongHyol
#5
Chapter 9: I want some more
rabymisaki #6
Chapter 2: selalu confuse yg kyungsoo dn baekhyun ni lelaki atau pompaun... maaf la.. hahahhaaa
mpreggoland
#7
Chapter 8: Adoii..
Melampau la Yeol ni..ish
mpreggoland
#8
Chapter 7: Chanyeol tak sepatutnya marah kan Baek (kalua la dia marah) sbb Baek pn mangsa...
Kyungsoo?! Chanyeol jumpa Kyungsoo?! Aish…
apa yg jd sebenarnya ni, aish...
BabyJongHyol
#9
Chapter 6: Kyungie my baby boo what happened to you honey? Btw goodluck for your test you can do it (づ ̄ ³ ̄)づ
mpreggoland
#10
Chapter 6: Apa alasan Soo smpai buat fmly dia mcm tu? Aish..
Xmemasal Baek kena ganti..harap2 alasan Soo munasabah sbb dia dh buat masa depan Baek musnah kena kahwin paksa mcm tu..