Bab 9: Racun.

Love Mix Hate

Sowon,  Mina  dan  Umji  sedang  berbincang  untuk menghapuskan musuh  ketatnya,  Haebin.  Mereka  sangat  berdendam  dengan  Haebin. Setelah  lama  berbincang,  Mina  ada  satu  cadangan.  “Apa  kata  kita  bubuh racun  ke  dalam  makanan  Haebin.  Kita  bersembunyi  untuk  melihat  Haebin termakan  racun  itu,”  cadang Mina. Sowon  dan  Umji pun  setuju.

“Betul  tu.  Nanti  besok  kita  belikan  racun  berbahaya  dan  bubuh racun  itu ke  dalam makanan  dia,”  ujar  Sowon.

Pada  keesokan  harinya,  Sowon  datang  ke  tempat  duduk  Haebin untuk  membunuh  racun  pada  makanannya.  Perbuatan  Sowon  dilihat  oleh seorang  pelajar  lain  bernama  Soyee.  Dia  juga  pengawas  yang  bertugas dekat  kantin.  Apalagi,  Soyee  segera  ambil  gambar  Sowon  bubuh  racun. Selepas  itu,  Sowon  segera  pergi  dari  sini  sebelum  Haebin  dan  kawan kawannya  sampai.

 Apabila  Haebin  dan  kawankawannya  sampai,  Soyee  segera berjumpa  dengan  Haebin. Dia hendak beritahu perkara sebenar.

“Haebin-ssi, ada orang yang bubuh racun pada makanan awak," kata Soyee.

“Apa?!  Macam  mana  awak  tahu?”  tanya  Haebin.  Eunha  dan  Yerin melopong memandang Soyee.

“Awak  tengok  ni,”  Soyee  mengeluarkan  telefon  bimbitnya  dan menunjukkan  gambar  Sowon.  Haebin,  Eunha  dan  Yerin  terkejut.  “Inikan Sowon,  Dia  rupanya  membubuh racun  pada makanan  saya,”  kata  Haebin.

“Awak kenal  dia ke?”  tanya  Soyee  pula.

“Kenal.  Dia  selalu  kacau  kami.  Tak  habis-habis  dia  buat  hal,”  jawab Yerin.

“Awak  kena  buang  makanan  awak  dan  beli  yang  baru.  Sebab makanan  itu  sudah  rosak  akibat  racun.  Kalau  awak  makan  nanti  masuk hospital  jadinya,”  kata Soyee .

“Baiklah. Terima kasih  Soyee,”  ucap  Haebin.

“Sama-sama.  Saya  pergi  dulu,  nak  laporkan  kepada  Cikgu  Ravi. Annyeong~”  ujar  Soyee  lalu dia meninggalkan  kantin  itu.

*********

Cikgu  Ravi  membuat  surat  amaran  kepada  ibu  bapa  Sowon,  setelah banyak  kes dilaporkan  melibatkan  Sowon.  Surat  itu  dihantar  selepas seminggu  kepada  Sowon.  Surat  itu  diberikan  kepada  guru  kelas  3-D,  iaitu Cikgu Hongbin.

“Cikgu free  tak hari ni?”  tanya Cikgu Ravi kepada Cikgu Hongbin.

“Lepas subjek  Sejarah baru saya free  3 jam,”  jawab  Cikgu Hongbin.

“Cikgu  jumpa  saya  lepas  ni  tau.  Ada  perkara  penting,”  ajak  Cikgu Ravi.

“Apa  perkara penting tu?”  Cikgu Hongbin  ingin  tahu.

“Adelah.  Ini  melibatkan  pelajar  awak.  Nanti  awak  tahulah,”  jawab Cikgu Ravi.

“Baiklah,  nanti  saya  datang.  Saya pergi ke kelas duly. Annyeong~" kata Cikgu Hongbin.

Seperti  yang  dijanjikan,  Cikgu  Hongbin  berjumpa  dengan  Cikgu  Ravi di  pejabatnya.  Dia  mengetuk  pintu  sebelum  masuk.  “Ya.  Sila  masuk,”  kata Cikgu Ravi. Cikgu Hongbin  pun  masuk ke  pejabatnya.

 Cikgu  Hongbin  melabuhkan  punggungnya  pada  kerusi  sementara Cikgu  Ravi  mengeluarkan  fail  disiplin  kelas  3-D beserta dengan surat amaran  Sowon.

“Pasti  cikgu  tertanya-tanya  tadi  kan.  Ini  dia,”  kata  Cikgu  Ravi sambil  meletakkan  surat  itu di hadapan  Cikgu Hongbin.

“Ha? Hongbin. Surat  amaran  untuk  Sowon?  Cikgu  buat  surat  tu?”  soal  Cikgu Hongbin.

“Ya. Semuanya  tentang Sowon  ada di dalam fail  ni,”  katanya  lagi. Cikgu  Hongbin  membelek-belek helaian kad disiplin dalam fail itu. Dia  begitu terkejut.

“Selama  ni  tak  pernah  saya  dengar  tentang  masalah  kelas  awak. Sejak  kehadiran  Haebin,  Sowon  sentiasa  buat  perkara  yang  tidak bermoral.  Termasuk  lagi  2  orang  pengi kutnya,  Mina  dan  Umji  pun memburukan  keadaan.  Saya  sakit  kepala  setiap  kali  aduan  datang  dari pelajar  atau  pengawas.  Hari  itu, kedatangan  Hakyeon  pula  membuatkan saya  hampir  diserang  sakit  jantung!  Dia  datang  siap  dengan  mulut  Sowon disumbatkan  batu  lagi  tu.  Kreatif  betul  Hakyeon,  sampaikan  saya  terkejut mendengar  laporan  dia.  Dia  bukan  main-main,  malah,  dia  mengajar  Sowon. Dan satu  lagi  yang  paling  latest,  dia  bubuh  racun  pada  makanan  Haebin. Nasib  baik  Soyee  menyuruh  Haebin  membuang  makanannya.  Aduan  Soyee membuatkan  saya  tidak  mahu  berdiam  diri  lagi.  Saya  kena  bertindak segera  sebelum  menjadi  lebih  teruk.  Sebab  tu  saya  buat  surat  amaran dan  bagi  Pengetua  Hoseok  untuk  tandatangan  surat  itu  untuk  diberi kepada  awak, ” jelas  Cikgu  Ravi.  Telinga  Cikgu  Hongbin  agak  panas mendengarnya.

“Betul  juga,  Cikgu  Ravi.  Puas  saya  nasihati  Sowon  dan  2  gengnya, namun  sikap  masih  tak  berubah.  Mereka  ni  kepala  batu.  Tindakan  patut diambil  segera  untuk  membendung  masalah  disiplin  pelajar,  terutamanya pelajar  saya.  Kalau  begitu  saya  sampaikan  surat  ini  kepada  Sowon,”  kata Cikgu Hongbin.

“Boleh  tak  buat  2  salinan  surat  ini?  Satu  salinan  untuk  masuk  ke dalam  fail  disiplin,  satu  salinan  lagi  masuk  ke  dalam  fail  kelas  awak.  Yang salinan  asal  untuk diberi  kepada  Sowon, ” kata  Cikgu  Ravi.  Dia menyerahkan  fail  disiplin  kepada  Cikgu  Hongbin.  “Baiklah,  cikgu.  Nanti saya pulangkan fail  disiplin  ini kepada cikgu,” jawab  Cikgu Hongbin.

Cikgu  Hongbin  pun  meninggalkan  pejabat  guru  disiplin  dan  kembali ke  bilik  guru.  Dia  memberikan  surat  ini  kepada  Sowon  pagi  esok.  Sebelum itu,  dia  membuat  2  salinan  surat  itu.  Satu  salinan  hendak  disimpan  dalam fail  disiplin  untuk dikembalikan  kepada  Cikgu  Ravi.  Selebihnya  hendak disimpan  dalam fail  kelasnya.

************

Macam mana kalau Sowon berdegil? Hanya Surat amaran je dia boleh ingkar macam tu je.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Lupa pulak ! GFRIEND juga akan comeback awal bulan 5. BTS juga turut comeback bulan ini, so bersedia ya. Tq.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet