Bab 2: Interrupt.
Love Mix HateKetika kelas 3-A tiada guru mengajar, Hakyeon keluar dari kelas untuk cari guru pengganti. Pada masa itu, Haebin dan Eunha sedang berbual-bual dalam kelas, mereka didatangi dengan 3 orang pelajar lain. Mereka adalah Sowon, Umji dan Mina. “Apahal korang datang ni?” tanya “Eh, tanya pulak. Aku datang sini nak bagi korang warning,” kata Sowon. “Warning apa pulak? Kami tak faham,” jawab Haebin. “Jangan buat tak tahu! Kau cuba rampas Leo, betul tak?” tanya Mina sedikit kasar. “Eh, sejak bila aku rampas Leo ni?” tanya Eunha. Dia sangat blur. Leo yang sedang membaca buku terdengar namannya dipanggil. Dia segera datang ke tempat Haebin. “Siapa rampas saya ni?” tanya Leo pulak. Mina segera berpura-pura, seolah-olah tiada apa- apa. “Hai, Leo oppa. Tak sangka awak datang yer," ujar Mina berseri-seri. “Inikan kelas saya. Yang korang ni buat ape kat sini?” kali ini soalan Leo ditujukan kepada Sowon, Umji dan Mina. “Kami,...” belum sempat Mina menjawab, guru disiplin mereka, Cikgu Ravi datang ke kelas secara mengejut. Semua pelajar terkejut.
“Kamu bertiga dari kelas mana?” tanya Cikgu Ravi. “Kami dari kelas 3-D, cikgu,” jawab Sowon sambil takut-takut. “Kalau kedatangan korang bertiga ni dengan tujuan hendak mengacau pelajar kelas lain, lebih baik korang balik ke kelas. Jangan sesekali masuk ke kelas lain. Korang keluar sekarang, cepat!” arah Cikgu Ravi. “Kenapa ni, cikgu?” tanya Cikgu Sally. Dia datang bersama Hakyeon. “Ni, 3 orang ni datang ke kelas kamu. Patutlah kelas ni kecoh memerhatikan Sowon, Umji dan Mina keluar dari kelas. Hakyeon masih blur dengan kejadian itu. “Baiklah, cikgu minta diri dulu. Annyeong~” ucap Cikgu Ravi sambil menundukkan badannya di hadapan Cikgu Sally dan Hakyeon lalu dia keluar dari kelas.
*********
“Haebin, Eunha,” panggil Hakyeon.
“Ya?” Dua gadis jawab serentak.
“Sowon, Mina dan Umji buat apa dekat korang?” tanya Hakyeon. Dia masih tak faham akan kejadian tadi. Pada masa itu, mereka sedang duduk di kantin pada waktu rehat. “Emm, mereka macam nak bagi kami warning. Terus kami terkejut. Tapi mereka marahkan Eunha sebab rapat dengan Leo,” jawab Haebin sambil memakan sandwic yang dibekalkan oleh appanya. “Hakyeonnie, rasanya macam mereka bertiga ni pengacau betul.Terus terkejut saya apabila Mina panggil saya dengan panggilan ‘oppa’,” luah Leo sambil menghirup secawan kopi latte yang dibelinya. Yang lain turut mengangguk tanda faham. “Hmm, barulah saya tahu. Mereka bertiga ni jenis yang tak tahu nak pakai otak. Suka-suka kacau orang,” ujar Hakyeon. “Leo, saya nak tanya awak. Tolong jawab dengan jujur,” kata Eunha. Dia baru saja menghabiskan makanannya.
“Ya. Tanyalah,” kata Leo. “Mina tu girlfriend awak ke?” Soalan Eunha membuatkan Leo diam seribu bahasa. “Aniya, Mina tu bukan g irlfriend saya. Saya sendiri tak faham kenapa Mina panggil saya ‘oppa’ tu, sedangkan saya tak pernah mendampingi dia,” jawab Leo. Eunha mengangguk faham. “Yelah tu. Jangan salah faham sudahlah,” sampuk Haebin. “Kring!! kring!!” Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat dah tamat. Semua pelajar di situ segera kembali ke kelas masing-masing.
**********
Mohon maaf kerana bab 1 tadi macam 1 perenggan je. Sampai meleret-leret lagi tu. Saya belum menyesuaikan diri dengan asian fanfic ni. Harap korang faham. Terima kasih.
Comments