Bab 7: Pengakuan gagal.
Love Mix Hate“Pak cik, boleh kami periksa keadaan kelas kami tak?” tanya Haebin kepada seoorang pengawal keselamatan. “Boleh, nak periksa apa?” respon En. Baekhyun sambil meletakkan secawan kopi.
“Coklat Yerin hilang, pak cik. Kami nampak begnya diselongkar orang pagi tadi. Jadi, kami datang untuk mengetahui siapa yang curi coklat itu,” kata Eunha. Mendengarkan itu, En. Baekhyun pun menghadap komputer dan bertanya, “pukul berapa kalian menyedari coklat hilang? ” “Pukul 8:45 pagi, pak cik. Boleh tak cari di antara pukul 8:00 pagi sehingga pukul 8:45 pagi?” jawab Eunha.
“Baiklah, pak cik akan periksa, kalian lihat dekat skrin itu,” perintah En. Baekhyun. Dia segera memeriksa keadaan kelas 3-A berdasar kan waktu yang dipinta.
“Guys! Tengok tu!” kata Eunha sambil menundingkan jarinya. Mereka semua tersentak.
“Itukan Umji. apa yang dia buat?” soal Haebin.
“Tengok, dia membuka beg saya dan diselongkarnya,” Yerin melihat juga.
“Coklat awak, emm... pak cik, besarkan bahagian itu,” pinta Haebin.
“Maksud kamu, kotak coklat yang berwarna pink itu ke?” soal En. Baekhyun.
“Ya. Besarkan bahagian itu, pak cik. Boleh zoom dekat tangan itu?” pintanya lagi.
“Itulah coklat saya. Jangan-jangan dia nak bagi kepada Ken oppa,” kata Yerin.
“Cetak bahagian itu dan keadaan kelas kami untuk dijadikan bukti,” pinta Hakyeon.
“Sekejap saje. Kurang 1 minit bahagian itu akan dicetak,” kata En. Baekhyun sambil menangkap gambar secara ‘screenshot’ lalu terus dicetak. Kemudian bahagian itu diberikan kepada Hakyeon. “Terima kasih pak cik kerana tolong kami, ” ucap Yerin lalu mereka pun meninggalkan bilik itu. En. Baekhyun pun tersenyum.
Sekarang barulah mereka mengetahui keadaan yang sebenar. Mereka bergegas untuk mencari Umji. Pada masa itu, Umji berjumpa dengan Ken yang duduk di bilik pengawas itu.
“Ken oppa, terimalah coklat saya ni,” kata Umji sambil menyerahkan coklat ni. Terkejut Ken pula.
“Sejak bila awak bagi saya coklat ni?” soal Ken. Dia tidak percaya.
Pada masa itu, Hakyeon, Haebin Yerin dan Eunha datang.
“Ken- ssi! Jangan terima coklat itu! Itu bukan coklat Umji!” Suara Haebin mengejutkan Ken. Dia terperanjat apabila mendapati Haebin dan kawan kawannya datang ke bilik itu.
“Sepatutnya Yerin yang bagi coklat kepada awak. Bukan Umji! Sebenarnya, dia curi coklat coklat Yerin. Lalu diberikan kepada awak,” Eunha memberitahu hal sebenar.
“Berani korang tuduh aku! Korang takde bukti pun,” marah Umji. Coklat Yerin diletakkan di atas meja.
“Ini!” Hakyeon menunjukkan gambar Umji mencuri coklat Yerin. Gambar itu diserahkan kepada Ken.
“Kembalikan coklat aku!!! Atau kami hantar kau ke bilik pengetua!” arah Yerin. Mukanya sudah merah.
Haebin segera menarik rambut Umji dengan kuat. “Aduh, sakitlah! Lepaskan rambut aku!” jerit Umji.
“Jangan harap! Kau pencuri bedebah yang perlu diajar! Aku potong rambut kau sebagai hukuman mencuri coklat Yerin,” kata Haebin dengan kasar. Selepas itu, Haebin memegang rambut Umji dan dibawanya ke stor sukan. Eunha dan Hakyeon mengekori Haebin.
“Mereka pergi ke mana?” soal Yerin setelah kawan-kawannya membawa Umji.
“Biarkan. Itu urusan mereka. Biar mereka uruskan penjahat cilik itu,” kata Ken sambil menutup pintu bilik itu.
“Ken oppa, inilah coklat saya. Saya buat dengan usaha saya sendiri,” kata Yerin sambil menyerahkan kotak coklat kepada Ken. Apalagi, Ken membuka coklat itu. “Boleh tak saya makan sekarang?” tanya Ken. Air liurnya meleleh. “Makanlah oppa. Takde siapa-siapa kat sini, melainkan kita berdua. Saya nampak air liur oppa pun meleleh,” jawab Yerin dengan rasa geli hati.
Ken pun memakan coklat itu. Diratahnya dengan lahap. Yerin hanya memerhatikan gelagat Ken memakan coklat.
***********
Eunha mengikat badan Umji pada kerusi itu. Mulut Umji dilekatkan tape berwarna hitam. Tangan Umji pula diikat dengan ketat. Kemudian, Hakyeon mengambil sebilah gunting besar yang digunakan untuk memotong daun dari pokok bunga. Gunting itu dipinjamnya dari tukang kebun. Mereka berbuat demikian kerana Umji gagal mengaku bahawa dia mencuri coklat itu.
“Biar saya pegang rambutnya, awak potong rambut dengan gunting ni,” kata Hakyeon sambil memberikan gunting besar kepada Haebin. Tanpa membuang masa, Haebin mengambil gunting dan memotong rambut Umji hingga paras telinga. “Ini hukuman untuk pencuri coklat!” kata Haebin dengan marahnya. Sementara itu, Eunha menulis di atas kertas bersaiz A4, ‘Umji si pencuri coklat’. Selepas itu, dia melekatkan kertas itu pada badan Umji.
***************
Tak sangka Umji curi coklat Yerin kan? Bab 6 sebelum ni mcm sepadan dengan lagu VIXX (My Valentine).
Comments