Bab 14: Love Mix Hate.

Love Mix Hate

Masa  sudah  berlalu  dengan  pantas.  Kini  mereka  bakal  menghabiskan alam  persekolahan.  Mereka  pasti  berasa  gembira  kerana  tak  lama  lagi mereka  meninggalkan  alam  persekolahan  dan  menginjak  ke  alam  pekerjaan. Ada  juga  mereka  mendapat  peluang  untuk  menyambung  pengajian  ke menara  gading.  Pasti  mereka  sangat  bertuah  kerana  inilah  masa  untuk mencapai  masa  depan  yang  cerah  dan  menjadi  insan  yang  berguna  kepa da masyarakat.

Selepas  mendapat  keputusan  yang  baik  dalam  peperiksaan  awam, inilah  situasi  yang  sangat  membanggakan.  Pasti  mereka  akan  mengambil peluang ini untuk melanjutkan  pelajaran  ke  peringkat yang lebih tinggi.

Haebin,  Soyee,  Eunha  dan  Yerin  terpaksa berpisah kerana ingin melanjutkan  pelajaran  ke  luar  negara.   

“Saya  mendapat  tawaran  untuk  belajar  di  sebuah  kolej  di  Paris dalam  bidang  fesyen.  Saya  berbincang  dengan  ibu  bapa  saya  tentang tawaran  ini, mereka bersetuju dengan  tawaran  ini,”  kata  Soyee. “

Wah,  bagusnya  Soyee!  Tak  sangka  awak  dapat  tawaran  ini.  Lagipun awak  kan  minat  fesyen,”  puji  Yerin.  “Saya  juga  mengikut ibu  saya  ke United  Kingdom  untuk  menguruskan  perniagaan  kafe.  Tapi  saya  ingin mempelajari  asas  perniagaan  dulu  di  universiti  barulah  saya membiasakan  diri  dengan  perniagaan  kafe, ” tambahnya.

“Saya  ingin  melanjutkan  pelajaran  saya  ke  universiti  yang  popular  di Malta.  Saya  mengambil  bidang  psikologi  kerana  saya  ingin  menjadi doktor psikologi,” kata  Eunha.

“Pasti  kamu  suka  dengar  masalah  orang  dan  selesaikan  masalah. Betul kan?”  usik Yerin.

“Nak  jadi  doktor  psikologi  tu  bukan  senang,  Yerin.  Perlu  mula  dari bawah.  Bapa  saya  sarankan  saya  ambil  bidang  ni  kerana  dia  tahu  saya pandai  menasihati  orang.  Saya  dulu  sejak  kecil  saya  tengok  bapa  saya menjadi  doktor  psikologi  ketika  muda.  Tapi  sekarang  dia  sudah  bersara sejak tahun  2015,”  ujar  Eunha.

“Saya  tak  terfikir  nak  sambung  belajar  macam  kamu  semua.  Saya nak  cari  kerja.  Saya  tak nak  gunakan  wang  ayah  saya  je.  Saya  ingin  cari kerja  untuk mendapatkan  wang.  Saya perlu berdikari,” kata Haebin.

“Oh,  begitu  rupanya.  Takpe  kalau  awak  tak  minat  sambung  belajar lagi, ” kata Soyee.

“Tapi,  kita  masih  berhubing  walaupun  kita  berpisah,  kan?”  ujar Eunha. Mereka mengangguk.

******

Pada petang ini, Haebin menerima surat dari Hakyeon.

 

Haebin, saya nak jumpa awak di taman. Pukul 4 petang. Saya ada sesuatu nak cakap. Mesti datang. Ok! -Hakyeon-

 

Di  taman,  Hakyeon  sedang  menunggu  kedatangan  Haebin.  Di tangannya  ada sekotak cincin. Dia ingin  melamar  Haebin.

“Hakyeon  oppa?”  suara itu mengejutkan  Hakyeon.

“Haebin  awak datang  ke?”

“Ya.  Kata  ada  sesuatu  nak  cakap?  Apa  dia?”  soal  Haebin.  Dia  tidak sabar.

Hakyeon  segera  melutut  di  hadapan  Haebin  dan  membuka  kotak cincin  itu. Haebin  sangat gembira apabila Hakyeon  ingin  melamarnya.

“Will  you marry  me?”  lamar  Hakyeon.

“Yes,  I  will,” Haebin  setuju tanpa  berfikir  panjang.

“Saranghae,  Haebin.  Awaklah  gadis  yang  suka  sangat.  Walaupun hubungan  kita  dicampuri  dengan  kebencian  orang  lain,  tapi  kita  berjaya mengatasinya,”  ujar  Hakyeon  sambil  menyarungkan  cincin  itu  ke  jari  manis Haebin.

“Betul  juga,  oppa.  Inilah  konsep  yang  jarang  wujud  di  dunia  ni.  Love Mix  Hate.  Belum  pernah  kisah  cinta  dicampuri  dengan  kebencian  orang lain.  Tapi  kita  tidak  mudah  kalah  dan  bersedia  mengharunginya,”  balas Haebin. Hakyeon  segera  berdiri. 

“Saya  pernah  bercerita  tentang  awak  di hadapan  ibu  bapa  saya.  Mereka  pasti  gembira  untuk  menerima  kedatangan awak  sebagai  menantu.  Mereka  lebih  suka  kalau kita  berkahwin  dan memiliki  rumah  tangga  sendiri.  Abang  dan  2  orang  kakak  saya  sudah berumah  tangga.  Mereka  ada  keluarga  sendiri.  Tapi  mereka  tinggal  jauh dari sini,” ujar  Hakyeon.

Haebin  mengangguk. Akhirnya,  Hakyeon  dapat  meluahkan  rasa  cinta  terhadap  Haebin setelah  sekian  lama  dia  memendam.  Begitulah  kisah  cinta  bercampur kebencian  yang  ketara.  Inilah  ‘Love  Mix  Hate’  yang  jarang  wujud  di  dunia percintaan.

******

Bab nie telah berbalik kepada 'description' awal fanfic. Dengan Epilog dapat mengakhiri fanfic ini.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Lupa pulak ! GFRIEND juga akan comeback awal bulan 5. BTS juga turut comeback bulan ini, so bersedia ya. Tq.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet