Bab 5: Bunuh Diri.

Love Mix Hate

“Saya  dengar  Mina,  Sowon  dan  Umji  kena  hukum.  Padan  muka mereka,”  ujar  Yerin.  “Betul  tu.  Biar  mereka  rasakan.  Mereka  tak  boleh kacau  kita  lagi,”  celah  Eunha.  Mereka  sedang  berbual-bual  di  dalam  kelas sementara  cikgu  mereka  datang.  “Eh,  mana  Haebin?”  tanya  Hakyeon secara  tiba-tiba.  “Awak  tak  tahu  ke  yang  Haebin  demam,  Hakyeon.  Malam tadi  dia  SMS  kat  saya,”  Jawapan  Eunha  membuatkan  Hakyeon  terkejut. Buku  yang  dibawanya  terlepas  dari  tangannya  dan  terjatuh  ke  lantai. “Awak  ni  kenapa?”  soal  Leo  sebaik  saja  menyedari  kedatangan  sahabat baiknya.  “Dia  terkejut  besar  sebab  dia  baru  tahu  Haebin  demam,”  ujar Eunha.  “Baiklah,  nanti  balik  dari  sekolah  kita  jenguk  dia,  ok  Hakyeon,” kata Yerin  menenangkan  Hakyeon.

“Eh,  bukan  ni  buku  nota  Haebin  ke?  Awak  pinjam  dari  dia  ke, Hakyeon?”  ujar  Leo  sambil  mengutip  buku  dari  lantai.  “Speechlesslah kawan  kita  ni,”  sampuk  Yerin sambil  memandang  Hakyeon.  “Saya  nak ponteng  kelas,  takde  mood  belajar  tanpa  Haebin,”  kata  Hakyeon  lalu  dia meninggalkan  kelas itu.

“Kenapa  ni?”  tanya  Eunha lagi .

“Lain  macam je Hakyeon  ni,”  sampuk Yerin.

“Ala, tak kanlah dia ponteng  kelas,”  kata  Eunha lagi.

“Yalah. Hanya  disebabkan  Haebin  tidak hadir  ke  sekolah,  sampai dia ponteng  kelas. Dahsyat betul,” sampuk Yerin.

“Habislah,  apa  kata  Cikgu Sally nanti apabila Hakyeon  ponteng?  Kita mesti  buat sesuatu sebelum  terlambat,” ujar  Eunha sambil  berasa  gelisah.

“Saya  nak  kejar  Hakyeon  untuk  pujuk  dia  supaya  dia  membatalkan niatnya  untuk  ponteng  sekolah.  Saya  tak  nak  dia  menjadi  kutu  embun,” celah  Leo. 

“Baguslah,  Leo.  Awak  kejar  je  dia  tu.  Apa-apa  nanti  bagitahu kami," kata  Eunha.  Selepas  itu,  Leo  keluar  dari  kelas  untuk  mencari sahabatnya.

Semasa  Leo  sedang  berjalan  sambil  mencari  Hakyeon,  dia bertembung  dengan Ken  dan  Hyuk.  “Leo  hyung,  kenapa  muka  pucat  ni?  Kau sakit ke?”  tegur  Hyuk. 

“Aniya,  aku sedang cari Hakyeon. Dia ponteng  kelas hanya  kerana Haebin  tidak hadir.”

“Apa!!” terbeliak mata  Ken apabila mendengarnya.

“Kalau begitu,  kita mesti  cari dia jugak."

"Betul  tu.  Kita  mesti  bekerjasama  untuk  mencari  dia. Bersatu teguh,  bercerai  roboh.”

Ken,  Leo  dan  Hyuk  memulakan  pencarian  mereka.  Pada  mulanya, mereka  cari  Hakyeon  di  sekitar  kawasan  sekolah.  Sedang  mereka  khusyuk mencari  Hakyeon,  tiba-tiba  mereka  terdengar  bunyi  angin  yang  kuat. Bukan  itu  sahaja,  bunyi  itu  datangnya  dari  atas  bangunan  sekolah  itu. Apabila  mereka  menuju  ke  atas  bangunan  sekolah,  mereka  terkejut  besar. Mereka  mendapati  beg  sekolah  kepunyaan  Hakyeon  diletakkan  di  tepi pintu.

“Guys!  Tengok  tu! ”  Mereka  mendapati  Hakyeon  berdiri  dekat penjuru bumbung bangunan  sekolah ini.

“Aku nak selamatkan  dia.”

“Jangan  hyung!”

“Tepi sikit! Aku nak bagitahu dia sesuatu. Ini melibatkan  Haebin.”

“Yalah,  tapi macam mana kalau dia terjun?”

“Tak boleh!  Aku harus  bagitahu dia sebelum  terlambat.”

Hakyeon  mendengar  suara  kawan harus  bunuh  diri!  Aku  harus  bunuh  diri  sebab  gagal  menjaga  Haebin. Biarlah aku mati daripada melihat  Haebin  sengsara,...”

 “Jangan  buat begini, Hakyeonnie!  Tolonglah!”  rayu  Leo.  Dia  tak  sanggup  kehilangan  sahabatnya yang dianggap  sebagai  saudaranya.

“Hyung  janganlah  bertindak  drastik  macam  ni.  Jangan  terjun  kat sini. Bahaya.”

“Aku tak peduli! Aku  harus  terjun  jugak!”

“Kalau kau mati,  siapa  yang jaga Haebin?”

Soalan  Leo  membuatkan  Hakyeon  terdiam.  Dia  memandang  muka Leo  yang  dipenuhi  dengan  belas  kasihan.  Pasti  dia  betul-betul sayangkan Hakyeon. Dia tidak sanggup  melihat  Hakyeon  bunuh diri.

“Kau  tak  terfikirkah  tentang  Haebin?  Apa  perasaan  dia  apabila melihat kau begini? Fikirlah perasaan dia dulu."

“Leo-ssi,  aku  tak  nak  dia  sedih.  Aku  cintakan  dia.  Aku  suka  dia sejak  kali  pertama  bertemu,”  ujar  Hakyeon.  “Sebenarnya  aku  dan  Haebin bercadang  untuk  kahwin  selepas  tamat  sekolah.  Tak  sangka  ada  orang yang cuba  pisahkan  aku d an  Haebin,” katanya lagi.

“Hakyeon  hyung,  kau  cintakan  dia  kan?  Seharusnya  kau  tak  patut bunuh diri. Kalau kau sayangkan  dia, kau patut lindungi dia,”  jelas Ken.

“Dahlah  tu. Hyung turunlah kat sini,” sampuk Hyuk.

“Meh  sini  aku  tolong  turunkan,”  celah  Leo sambil  menghulurkan tangannya  kepada  Hakyeon.  “Yerin  cakap  nanti  kita  jenguk  dia  dekat rumahnya,”  katanya  lagi.  Selepas  itu,  Hakyeon  memeluk  Leo.  Ken  dan  Hyuk berasa lega sekali. Mereka berempat  pun  masuk kelas masing-masing.

************

“Ding!  Dong!”  loceng  pintu  r umah  Haebin  kedengaran.  Eunha,  Yerin, Leo  dan  Hakyeon  datang  ke  rumah  Haebin.  “Nae,  masuklah.  Haebin  ada dekat  biliknya,” pelawa  En.  Xiumin,  mempersilakan  mereka  berempat masuk  ke  rumah.

“Annyeonghaseyo!”

Serta  merta  Hakyeon  memeluk  Haebin.  “Saya  rindu  kat awak,”  ujar Hakyeon. 

“Eh,  baru  je  sehari  Haebin  cuti,  dikatakan  rindu  pulak.  Sehari bagaikan  setahun  jadinya,”  sindir  Yerin  sambil  tercenggang  melihat gelagat  Hakyeon.

“Yelah  tu,  pasti  dia  sayangkan  Haebin.  Mujur  awak  ada  Leo,  kalau tidak,  entahlah  apa yang  berlaku,”  kata  Eunha. 

“Ha?  Apa  yang  berlaku  ni?” Haebin  terkejut,  seolah-olah  dia  tak  tahu  apa  yang  sedang  berlaku. Pelukannya terhenti.

“Sebab  awaklah,  Hakyeon  jadi  gila  kat  sekolah  tadi.  Dia  ambil keputusan  untuk  bunuh  diri,” terus  terang  Leo  bercerita.  “Kami  bertiga pujuk  Hakyeon  daripada  terus  melihat  dia  terjun  kat  bangunan  sekolah,” katanya  lagi.

“Saya demam  je pun,  itu pun  oppa  buat macam ni.”

“Apa awak panggil  saya tadi?  Cuba ulang?”

“Eh,  awak tak dengar  ke?  Saya  panggil  awak  oppa.”

“Betul ke awak panggil  saya oppa?”

"Yelah. O-P-P-A,  oppa. ”

“Wahai!  Inilah  yang  saya  ingin  dengar  selama  ini!  Sepatutnya awaklah  yang  panggil  saya  dengan  panggilan  ‘oppa’,  bukannya  Sowon.  Yelah, dia  tu  jahat  dan  licik.  Dia  membenci  Haebin.  Dia  memusuhi  Haebin.  Dia menghina  Haebin. Di luar  bagai madu,  di  dalam bagai hempedu.”

" Kawan-kawannya  sangat  gembira  mendengarnya. 

“Oh,  ya.  Ken  dan Hyuk  tak  ikut  korang  ke?  Tak  nampak  batang  hidung  mereka  pun,”  tanya Haebin.  “Mereka  berdua  ada  kelas  tambahan  masing-masing  di  kelas mereka  sendiri.  Ken  ada  kelas  tambahan  Sains,  manakala  Hyuk  ada  kelas tambahan  Bahasa Inggeris,” kata Leo  pula.

“Saya  ada  buah  tangan  ni,  hendak  diberi  kepada  awak.  Ambillah,” Hakyeon  menghulurkan  sejambak  bunga  ros  yang  dibelinya  dari  kedai bunga.

“Wah, so  sweet!”  jerit yang lain.

“Apahal  terjerit-jerit  ni?”  tegur  En.  Xiumin  sambil  menatang  jus epal  dan  snek  kepada  mereka. 

“Hakyeon  bagi  Haebin  bunga,  sungguh romantik  betul,  pak  cik.  Tulah  yang  kami  semua  terjerit," sampuk Yerin.

“Yelah  tu.  Inilah tanda  kasih  sayang  terhadap  kekasih.  Pak  cik  ada juga  menonton  kisah  cinta  dimana  seorang  lelaki  memberi  bunga  kepada kekasihnya,  sambil  menyatakan  isi hati,” terang En. Xiumin.

“Baiklah,  kamu  semua  boleh  bersembang  dengan  anak  pak  cik.  Pak cik nak pergi kerja  ni,  ada urusan  penting yang perlu diselesaikan.”

“Appa hendak pergi ke?”

“Ya. Berseronoklah dengan  mereka. Appa pergi dulu, annyeong..."

"Hati-hati"

Selepas itu,  En. Xiumin  pun  meninggalkan  rumah.

**************

Setelah  1  minggu,  Haebin  telah kembali ke sekolah. “Annyeong~” sapa Haebin kepada rakan-rakannya.  “Ha~  panjang  umur,”  ujar  Hakyeon dengan  berseri-seri.

“Eh,  mana yang lain?  Belum datang ke?”  tanya Haebin.

“Mereka semua  datang lambat sikit.”

“Lah,  habis  tu,  apasal  oppa datang awal  ni?”

“Hmm...  mak saya yang paksa.”

“Ala~ macam tu pulak.”

“Nah,  ni buku nota  awak.”

“Oh,  kasahaminda.”

Serta  merta  Sowon  membalingkan  batu  ke  arah  kepala Haebin.Tetapi  batu  itu  mengenai  dahi  Hakyeon.  Haebin  terkejut,  lalu berpaling ke  belakang.

“Aduh!  Siapa campak  batu kat  sini?” marahnya.

“Batu  itu  datang  dari  sana,”  Haebin  menunjukkan  tingkap  kelas.  Dia melihat  kalau-kalau  ada  orang  yang  datang  membaling  batu.  Tetapi  orang itu tidak kelihatan.

“Takde  pun,  Hakyeon  oppa. Peliklah.”

“Takkanlah batu itu datang sendiri?”

“Betul juga. Ini memang pelik.”

Eunha  dan  Yerin  datang  ke  kelas  itu.  Dilihatnya  Haebin  menjenguk ke  tingkap  kelas.  Tetapi  mereka  terkejut  apabila  melihat  dahi  Hakyeon yang  ada  kesan  biru.  “Eh,  kenapa  dengan  dahi  kau  tu?”  soal  Yerin. "Ni,  ada orang  campak  batu  kat  Hakyeon.  Tapi,  orang  tu  hilang  entah  ke  mana,” ujar  Haebin  sambil  meletakkan  beg sekolahnya  pada kerusinya. 

“Korang  berdua  ada  nampak  ke  sesiapa  yang  campak  batu  ke  sini?” soal  Haebin  lagi.

“Dari  jauh  kami  nampak  Sowon  campakkan  batu.  Tapi  dia  lari  macam kilat, ”  jawab  Yerin.

“Kalau  begitu,  mari  saya  bawa  awak  ke  bilik  kesihatan.  Jom,”  ajak Haebin.

“Tak  payah,  meh  sini  saya  kerjakan  dia.  Berani  betul  dia  campak batu,”  ujar  Hakyeon  dengan  marahnya.  Dia  menyinsingkan  lengan  bajunya hingga  ke  paras  siku.  Dia  membawa batu  tadi  dan  mencari  Sowon  di kelasnya.  Dia  menghendap  di  sebalik  pintu  kelas.  Dia  ternampak  Sowon, Mina dan  Umji. Dia segera masuk  ke  kelas 3-D.

“Mana  Sowon?”  soal  Hakyeon.

Mereka bertiga  tergaman melihat Hakyeon.

“Sowon-ssi,  kau salah  target ke?”  ujar Mina.

“Mian,  aku tak sengaja,”  rayu Sowon. 

“Kau makan  batu  ni! Buka mulut  kau,  cepat!”  paksa Hakyeon.

“Jangan  oppa!”  teriak Sowon.

“Banyaklah  kau  punya  oppa!  Ken-ssi,  pinjamkan  cellotape  kau,  cepat!”

Ken datang dengan  membawa cellotape  seperti yang diminta.

“Nak buat  apa dengan  cellotape  ni?”  soal  Ken.

“Jangan  banyak  soal!  Bak  sini!  Aku  nak  lekatkan  cellotape  pada mulut  Sowon  untuk  dibawa  ke  guru  disiplin.  Aku  nak  sumbatkan  batu  pada mulutnya!”  jawab  Hakyeon  sambil  menyumbatkan  batu  itu  pada  mulut Sowon.  Mi na  dan  Umji  mendesak  Ken  supaya  menghalang  rakannya,  tetapi tidak  diendahkan  oleh  Ken.  Malah  Ken  membiarkan  Hakyeon  bertindak sendiri.  Selepas  itu,  Hakyeon  mengajak  Ken  supaya  membawa  Sowon  ke pejabat guru disiplin.

********

Nampak drastik je bab 5 nie. Yang perbuatan Hakyeon dlm bab nie tolong jangan cuba tau! Kan tak logik masukan batu dlm mulut orang? Hahahaha~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Lupa pulak ! GFRIEND juga akan comeback awal bulan 5. BTS juga turut comeback bulan ini, so bersedia ya. Tq.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet