Love Mix Hate

Description

Pernahkah anda bercinta selalunya berjaya dengan tiada halangan? Di dunia ini, kita bertemu jodoh; apabila anda bercinta tetapi pernah mengalami gangguan daripada sesiapa yang iri hati dengan hubungan kita? Pernahkah anda merasai hubungan cinta dicampur aduk dengan kebencian yang menyebabkan anda dan pasangan anda sentiasa terancam? Inilah konsep yang jarang dikenal pasti sama ada wujud atau tidak. Hubungan yang terancam dikenal pasti sebagai ‘Love mix hate’. Jarang dengar, bukan? Tiada sesiapa yang kita tahu sama ada istilah sebegini adalah wujud atau tidak. Tetapi, inilah pendekatan baru dalam novel cinta. Sampai sekarang, istila h ini masih belum dikenal pasti sama ada wujud atau tidak dalam percintaan. Love Mix Hate mengisahkan Hakyeon bertemu dengan Haebin ketika pertama kali Haebin menjejakkan kaki ke sekolah baru, iaitu Jellyfish Middle School. Pada mulanya Haebin berasa kurang kekok dan bersedia menerima kawan baru. Hakyeon dan Haebin berasa selesa mem hubungan sebagai kekasih; di sekolah itu punyai tiada halangan kepada para pelajar untuk bercinta, selagi mereka masih menjaga imej baik sekolah. Namun hubungan kekasih antara Hakyeon dan Haebin mula terancam apabila Sowon kerap menganggu Haebin. Dia melarang Haebin untuk terus bercinta dengan Hakyeon. Haebin terus dibenci oleh Sowon dan gengnya. Hakyeon terkenal dengan panas barannya, garang dan cepat marah saat Haebin dihina oleh Sowon. Sikap Hakyeon yang mengerunkan rakan sekelasnya, apatah lagi dia memegang posisi sebagai Ketua kelas 3-A. Kadangkala, Hakyeon tidak bertindak sendirian, dia ditemani oleh 3 orang kawannya; Ken, Leo dan Hyuk untuk membantunya. Mereka terus berkerjasama. Selepas Soyee memaklumkan kejadian ngeri barulah Hakyeon, Ken, Hyuk, Leo dan Cikgu Hongbin segera di kantin itu, menghalang perbuatan Sowon dan gengnya yang zalim sebelum terlambat. Selepas Sowon dan gengnya dibuang sekolah, barulah Hakyeon dapat meluahkan perasaannya kepada Haebin, cuma dia perlu mencari masa yang sesuai. Dia hendak melamar Haebin kalau dah tiba masanya.

Foreword

Sempena comeback VIXX, inilah fanfic pertama yang saya buat untuk dikongsikan kepada semua pembaca. Harap2 promosi album penuh ke-3 (EAU DE VIXX) tu menjadilah ya. Apa2 cadangan, sila komen atau subscribe. TQ!
ROVIXAYEE_96
Lupa pulak ! GFRIEND juga akan comeback awal bulan 5. BTS juga turut comeback bulan ini, so bersedia ya. Tq.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet