Bab 3: Rumah Haebin.
Love Mix HatePada hujung minggu, Eunha dan Yerin datang ke rumah Haebin untuk belajar ber sama. Kedatangan mereka disambut baik oleh En. Xiumin. Dia tidak pernah menghalang mereka untuk belajar bersama dengan Haebin. Ketika mereka sedang berbincang di ruang tamu, En. Xiumin menghidangkan jus oren segar dengan snek.
“Thank you, uncle. Susah-susah jer,” ujar Eunha. “Apa yang susahnye, uncle kena layan tetamu ni, itu cukup bagus,” jawab En. Xiumin. Dia pun pergilah ke bilik kerjanya. “Appa kamu baik sungguh, Haebin. Pasti kamu beruntung sebab ada bapa yang sangat baik dan memahami,” kata Yerin. “Taklah, dia appa angkat saya. Sebenarnya, dia anggap saya sebagai anaknya. Dia menjaga saya sejak dua bulan yang lalu selepas omma dan appa meninggal dunia,” terus terang Haebin. Eunha dan Yerin hanya mengangguk sahaja. “Hmm, omma dan appa awak mati sebab apa?” tanya Eunha. “Mereka mati pun bukannya serentak. Omma saya mati dulu dan lepas itu appa saya. Omma saya mati selepas saya dilahirkan. Appa sayalah yang membesarkan saya. Selepas itu, dia pulak meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru. Sepupu appa saya, Xiumin mengambil saya sebagai anak angkat mengikut surat yang ditulis oleh appa saya sebelum dia meninggal dunia. Agaknya saya masih simpan surat yang dikirimkan daripada appa, korang nak baca? ” Lalu dia mengambil surat di dalam biliknya. Selepas itu dia pun membuka sampul surat putih dan mengeluarkan surat mendiang bapanya. Surat itu tertulis:
Kepada Xiumin hyung,
Saat hyung baca surat nie, saya sudah tiada di sisimu, hyung. Saya tak tahu bila saya meninggalkan dunia ni. Selepas saya tiada, saya minta jasa baik hyung untuk menjaga Haebin kerana dia bersendirian. Saya tahu bahawa tiada orang yang jaga Haebin. Saya kasihankan Haebin kerana dia belum matang dan belum pandai jaga diri. Dia masih budak tapi, pastinya dia terasa kehilangan omma dan appa yang disayangi. Dia juga tak pernah lihat ommanya seumur hidupnya. Hyung jagalah dia macam saya jaga dia selama ini. Hyung uruskan segala keperluan untuk Haebin macam saya uruskan selama ini. Saya buat macam ni sebab Haebin tidak ditempatkan ke rumah anak yatim. Tolong tunaikan permintaan saya selepas saya pergi. Hyung didiklah Haebin sebagaimana saya didik dia selama ini. Ini sahaja yang saya ucapkan kepada hyung. Selamat tinggal.
Daripada, Sepupumu
Eunha dan Yerin begitu terharu selepas membaca surat itu. Haebin pula mengalirkan air matanya mengenangkan peristiwa itu. “Mujurlah ada orang jaga kamu,” ujar Yerin. Jam di dinding menunjukkan pukul 6.00 petang. Eunha dan Yerin pun memohon untuk pulang ke rumah masing masing. “Kami balik dulu, Haebin. Jumpa esok ye,” jerit Eunha sambil melambaikan tangannya.
*********
Selepas makan malam, En. Xiumin menemani Haebin di biliknya. Dia berbual bual dengan anaknya. “Honey, selesa ke belajar di sekolah baru?” . tanya En. Xiumin. Dia dapati Haebin dapat banyak kawan baru sejak 2 minggu lepas “Ya, appa. Selesa sangat. Banyak kawan yang baik di sana,” ujar Haebin. “Tapi ada gangguan, appa,” terus terang Haebin memberitahu. “Ye ke?” Ada orang kacau kamu? Siapa?” tanya En. Xiumin. Berkerut dahinya nampaknya. “Hmm, 3 orang, appa. Mereka itu Sowon Umji dan Mina. Kalau cikgu takde dalam kelas, mereka bertiga datang ke kelas kami , untuk buat kacau. Nasib baik Honey tak kena pukul masa tu,” jelas Haebin. Dia berharap appanya fahamlah. “Hmm, appa faham. Kalau mereka masih kacau kamu, segera bagitahu cikgu. Yelah, guru disiplin ada kuasa nak menghukum mereka,” nasihat En. Xiumin.
“Appa, honey nak tidurlah. Esok pergi sekolah,” kata Haebin sambil menguap. “Baiklah, tidurlah,” lantas En. Xiumin menyelimutkan anaknya lalu menutup lampu bilik dan begitu juga pintu ditutup.
*******
Bab 3 dah ok sikit. Tujuan saya letak banyak bintang di antara perenggan untuk wujudkan ada 'gap' disitu. Taklah meleret sangat kalau ada 'gap' jelas kelihatan.
Comments