Bab 11: Balas Dendam.
Love Mix HateSebelum waktu rehat di kantin, Sowon dan 2 gengnya, Mina dan Umji memasang perangkap pada lantai yang berhampiran dengan sinki, iaitu tempat untuk mencuci tangan. Mereka menuangkan minyak petrol pada kawasan terbabit. Selepas itu, mereka mengisi air pada baldi dan dicampurkan dengan bahan pencuci seperti sabun, serbuk pencuci dan peluntur. Selepas itu, mereka mengantungkan baldi dengan tali yang diikat pada siling itu.
Sowon memberi arahan kepada Mina dan Umji untuk menarik tali ketika Haebin dan kawan-kawannya sampai. Secara automatik baldi itu terbalik dan hinggap di kepala. Mereka tergelincir akibat lantai itu dikotori dengan minyak petrol. Kemudian Sowon segera memukul mereka. Mina dan Umji turut menyiramkan mereka dengan air kotor.
“Kenapa korang buat macam ni? Apa salah kami?” rintih Yerin.
“Kau perampas dan penyibuk! Tak tahu malu! Aku sakit hati tengok korang hidup senang. Sekarang kami belasah korang cukup-cukup! Habiskan riwayat mereka!!” laungan Sowon diikuti dengan pukulan yang sangat kuat. Haebin dan Eunha tidak dapat menahan kesakitan. Mereka tidak terlawan dengan Sowon yang lebih kuat daripada mereka yang lemah.
*******
“Hakyeonnie, jom pergi kantin. Aku laparlah,” ajak Leo.
“Aha! Leo-ssi, Hakyeon-ssi, jom makan sama," Ken mengajak juga. Dia membawa Hyuk.
“Pergi jelah korang. Aku takde mood,” jawab Hakyeon.
“Wei, kalau kau sakit, macam mana?” soal Hyuk.
“Aku tak sedap hatilah. Macam ada yang tak kena,” kata Hakyeon. “Apa dia, Hakyeon hyung? Cakaplah,” desak Ken.
“Sebenarnya,...” belum habis Hakyeon bercakap, mereka didatangi dengan Soyee. Mukanya sangat cemas. Soyee datang secara tiba-tiba.
“Soyee, awak ni kenapa? Nampak cemas je,” soal Hyuk. Soyee tercunggap-cunggap kerana keletihan akibat penat berlari.
“Saya minta maaf!” kata Soyee sambil tercunggap-cunggap.
“Apa maksud awak?” soal Hyuk lagi.
“Sowon segera serang Haebin, Eunha dan Yerin. Dekat kantin! Saya baru nak pergi bertugas, mereka diserang sebelum saya sempat lakukan sesuatu. Saya tak mampu menegur atau melarang Sowon dan konco-konconya. Nanti saya turut diserang juga,” cerita Soyee.
“Apa!! Berani betul mereka buat begitu!” Ken sangat marah.
“Yalah. Saya bingung masa itu. Saya ni pengawas, tapi saya tahu perbuatan mereka salah. Kalau saya laporkan juga, mereka pasti mengamuk. Mereka mengancam untuk membunuh saya jugak. Jebal~ tolonglah mereka, hanya ko rang yang saya minta tolong. Hentikan perbuatan Sowon dan selamatkan kawan-kawan saya,” rayu Soyee meminta tolong.
“Cis! Tak patut membiarkan mereka disakiti begitu saja! Jom, kita ajar Sowon, Mina dan sabar untuk Umji SEKARANG !” ajak Hakyeon. Mereka tidak menangkap samseng itu. Tapi mereka ingin mendapat kerjasama dari Cikgu Hongbin. Soyee segera membawa Cikgu Hongbin dan mempelawanya untuk mengikuti Ken dan 3 chingusnya pergi ke kantin sebelum terlambat.
************
“SOWON! MINA! UMJI! BERHENTI SEKARANG!” arah Cikgu Hongbin. Ketika itu Haebin pengsan. Eunha dan Yerin juga berusaha untuk berdiri.
“Apa yang korang lakukan ini adalah salah! Semua pelajar yang ada dekat kantin, sila tengok. Inilah perbuatan yang tidak diterima oleh sesiapa saja.” Pada masa itu, semua pelajar berkumpul di tempat kejadian tadi.
“Cikgu, kami minta maaf,...” kata Sowon dengan perlahan.
“Berapa kali cikgu bagi kamu semua peluang untuk berubah? Makin ditegur, makin menjadijadi perangai korang ni. Cikgu tahu semua ni dari Soyee. Walaupun dia bukan anak didik cikgu, tapi dia cepat ambil tindakan. Cikgu dah berbincang dengan pengetua, katanya hendak membuang kamu bertiga dari sekolah ini! Buat cikgu rasa malu dengan perbuatan korang ni. Sampai kamu semua cederakan Eunha, Y erin dan Haebin,” leter Cikgu Hongbin.
“Tangkap Sowon, Mina dan Umji dan bawa mereka ke bilik pengetua. Soyee, hubungi ambulans untuk hantar mereka ke hospital,” arah Cikgu Hongbin. Pelajar yang lain turut beredar dari kantin itu. Hakyeon, Ken dan Hyuk menangkap Sowon, Mina dan Umji. Leo pula mengikut Soyee menghantar mereka ke hospital.
*********
“Doktor, bagaimana dengan keadaan Haebin?” tanya Leo kepada Dr. Jihyo. Ketika itu, Dr. Jihyo sudah keluar dari unit kecemasan.
“Awak jangan risau. Haebin tidak mengalami kecederaan serius. Luka pun tidak begitu parah. Buat masa ni, dia belum sedar. Itu saja,” terang Dr. Jihyo.
“Terima kasih doktor. Boleh kami jenguk dia sekejap?” pinta Eunha.
“Boleh, silakan. Tapi jangan terlalu lama. Saya minta diri,” balas Dr. Jihyo.
Selepas Haebin dipindahkan ke wad bernombor 6 bertempat di aras 1, Leo, Soyee, Eunha dan Yerin melawat Haebin.
Selepas 1 jam, Haebin telah sedar.
“Haebin-ssi, awak ok ke?” tanya Soyee.
“Belakang saya sakit sangat, susah betul nak bangun,” kata Haebin dengan suara yang lemah.
“Tak payah baring dulu. Awak masih lemah,” nasihat Leo.
“Sowon pukul awak lebih teruk daripada kami berdua. Saya Cuma cedera ringan di lengan kiri dan Eunha pula di tangan dan kakinya. Sebab itulah Eunha terpaksa berjalan dengan tongkat ketiak,” kata Yerin.
“Saya tak biasa dengan tongkat macam ni,” celah Eunha.
“Takpe, Awak pakai tongkat pun cuma sementara. Nanti kaki awak sembuh,” sampuk Soyee.
Selepas 30 minit, mereka meminta izin untuk balik. Tujuan mereka balik awal untuk memberi ruang kepada Haebin untuk berehat.
Tak lama selepas itu, penjaga Haebin, En. Xiumin datang melawat Haebin.
*********
Bab 11 agak panjang. Maaflah kalau bab ni agak 'melompat' sehingga kat hospital.
Comments