Bab 4: Oppa?!
Love Mix HatePada petang ini, Hakyeon sedang menunggu Haebin di taman. Pastinya nak date dengan Haebin. “Oppa!” tersentak Hakyeon mendengar panggilan itu. Dan dia terkejut dengan kedatangan Sowon. “Oppa, awak tunggu saya ke?” kata Sowon. Dia ada hati hendak menggoda Hakyeon. “Eh, kenapa kau datang pulak? Aku bukan tunggu kau, perasan betul!” jawab Hakyeon dengan acuh tak acuh. “Jadi awak tunggu Haebin lah kan?” ujar Sowon, rasa geram bila Hakyeon sukakan Haebin. “Kalau ye kenapa?” jawab Hakyeon dengan jujur. “Apalah special sangat dia tu. Dahlah miskin, pakaian langsung takde style lagi tu,” kutuk Sowon, memandang rendah pada Haebin.
Muka Hakyeon bertukar menjadi merah padam apabila Sowon mengutuk Haebin. Kalau Haebin tahu, tentu dia berasa sedih dan kecil hati. Kesabaran Hakyeon hilang 100%, lantas dia menampar pipi Sowon. “Paap!!” bunyi tamparan begitu kuat. Wah, Hakyeon menampar pipi Sowon dengan kuat sekali! Dia berasa marah sekali. “ Berani kau hina Haebin, Sowon! Dasar perempuan licik! Aku tak mahu yeojachingu seperti kau. Berambus sekarang! ” marah Hakyeon. “Oppa, sampai hati awak buat begini pada saya,” rintih Sowon lalu dia beredar dari taman.
10 minit kemudian, Haebin tiba di taman. Dilihatnya Hakyeon duduk sambil memicitmicit kepalanya sendiri. “Maaf Hakyeon, saya lambat sebab ada hal. Awak marah ke?” kata Haebin. “Awak ni kenapa? Sakit kepala ke? Tunggu sekejap, nanti saya beli ubat panadol dan air mineral,” terus Haebin keluar membeli ubat panadol dan air mineral untuk Hakyeon. Selepas membeli, Haebin kembali ke taman, memberi ubat kepada Hakyeon. Selepas mmakan ubat, barulah Hakyeon berasa lega. Kepalanya tidak sakit lagi. “Thanks sebab bagi saya ubat. Tadi kepala saya sakit disebabkan Sowon,” kata Hakyeon. “Kenapa dengan Sowon?” Haebin ingin tahu. “Haebin, Sowon hina awak. Katanya awak ni miskin, pakaian takde style lah, apalah,” luah Hakyeon. Riak wajah Haebin berubah serta merta . “ Kenapa dia hina saya, Hakyeon? Apa kurangnya saya?” Haebin berasa dirinya dihina. “Tenang, Haebin. Saya tak kisah tentang kekurangan diri awak. Asalkan hati awak yang mulia tu boleh digunapakai dalam hubungan kita. Saya amat menyayangi awak, dan saya suka awak sebab awak ni comel, samalah dengan saya,” pujuk Hakyeon untuk menenangkan Haebin.
Tiba-tiba saje Haebin senyum dan ini membuatkan Hakyeon gembira. Dia sangat gembira. Bagi Hakyeon, agak mudah untuk memujuk yeoja, ibarat bertanam tebu di bibir sahaja.
*********
Haebin, Eunha dan Yerin sedang menjamu selera di kantin. Mereka didatangi oleh Mina, Sowon dan Umji dengan membawa makanan berkari. Lepas itu mereka menyiram kuah makanan pada kepala Haebin, Eunha dan Yerin. Perbuatan mereka dilihat oleh seorang pengawas bernama Ken yang bertugas pada masa itu.
“Ini hukuman untuk perampas!” kata Umji dengan kasar. “Kenapa korang buat begitu dengan kami?” rintih Yerin sambil menangis. “Apa salah kami?” rintih Eunha juga. “Korang suka rampas namchin kami, apa korang i ngat kami bodoh ke? Senangsenang korang rampas namchin kami!” marah Sowon sambil menghempas pinggan-pinggan dari meja.
“Berhenti! Apa kamu semua buat," jerit Ken.
“Oppa, macam mana awak ada dekat sini?” soal Umji.
“Apa hal ni Ken hyung?” tanya Hyuk yang juga pengawas.
“Mereka buli Haebin, Eunha dan Yerin. Kau tak nampak ke limpahan kuah kari kat sini,” jawab Ken sambil menggelengkan kepala.
“Aigoo~ melampau betul perbuatan korang ni! Cepat ikut kami ke bilik disiplin, cepat!” arah Hyuk yang berwajah seperti udang direbus.
“Tak nak!” rayu Mina, Sowon dan Umji serentak.
“Ayuh, cepat!”
“Tak nak! Kami tak bersalah!”
“Ayuh!”
Ken dan Hyuk tidak mempedulikan rayuan mereka. Pada hari ini juga, Ken dan Hyuk langkah kanan kerana guru disiplin yang hendak ditemuinya berada dalam pejabatnya.
“Cikgu!” panggil mereka.
“Ada apa ni?”
“Kami tangkap Mina, Sowon dan Umji kerana menyimbah kuah kari di kepala Haebin, Eunha dan Yerin dekat kantin tadi.”
Apalagi, Cikgu Ravi naik darah apabila mendengar aduan Hyuk. Dia segera mengambil tindakan tegas terhadap 3 pelajar bermasalah ini. Sebagai akibatnya, Mina, Sowon dan Umji dihukum membersihkan kawasan kantin sekolah setiap hari selepas rehat.
*********
Mohon maaf kerana bab 4 ni mengambil masa yang lama sangat sebab hp ada problem dan 'lagging'. Faham2 lah ya hp saya ni tak secanggih mana pun. Ok!
Comments