Bab 8: Pelajar contoh.

Love Mix Hate

Sejak  berita  kehilangan  coklat  Yerin  dah  tersebar  secara  meluas, ramai  pelajar  memuji  keberanian  Haebin  melawan  Umji.  Malah,  berita  ini sampai  ke  pengetahuan  pengetua dan  guru  disiplin.  Cikgu  Sally  turut memuji  Haebin.  Dia  kagum  dengan  keberanian  pelajarnya.  Pengetua  juga menganggap  Haebin  sebagai pelajar  contoh.

“Adalah  sukar  untuk  percaya  bahawa  Haebin  sanggup  melawan  Umji hanya  kerana  coklat  rakannya.  Inilah  secara kebetulan  perkara  ini  berlaku. Jarang  ada  kes  yang  berlaku  di  sekolah  kita  selama  ini,  Justeru,  jadikan ini  sebagai  pengajaran  buat  para  pelajar  agar  kes  kecurian  coklat  tidak berulang,”  ucap  pengetua  kepada  para  guru  dan  pelajar  di  perhimpunan pagi.  Selepas  itu,  pengetua  memanggil  Haebin.  Beliau  menyuruh  Haebin naik  ke  atas  pentas  dewan  sekolah  itu.  Biarpun  gementar,  Haebin  tetap naik ke atas  pentas.  Kemudian,  pengetua  sambung ucapannya.

“ Saya  bebesar  hati  apabila  Haebin  sanggup  menangani  kes  ini  tanpa berjumpa  dengan  Cikgu  Ravi.  Jarang  ada  pelajar  yang  berbuat  demikian. Biarpun  hanya  sebulan  dia  bersekolah  di  sini,  ini  kali  pertama  dia  berani selesaikan  kes  macam  ni.  Saya  anggap  Haebin  sebagai  pelajar  contoh. Apa apa  sifat  baik  harus  kita  sanjung.  Berikan tepukan gemuruh kepada Haebin! ” sahut  pengetua  diikuti  dengan  tepukan  gemuruh  daripada  para guru  dan  pelajar  serta  pengawas  kecuali  Mina,  Sowon  dan  Umji.  Mereka masih  marah.

“Baiklah,  kita berikan peluang untuk dia berucap di hadapan,”  kata  pengetua  kepada  Haebin.  Pengetua  memberikan  peluang untuk  Haebin  berucap.  Haebin  amat  gementar,  inilah  kali  pertama  Haebin membuat  ucapan.  Bahkan  semua  pelajar  menyaksikan  ucapan  Haebin. Sebelum berucap,  Haebin  melaraskan  mikrofon  itu  sehingga  mencecah paras bibirnya.

“Terima  kasih  cikgu  pengetua.  Saya  tak  sangka  semua  ini  berlaku kepada  saya.  Saya  cuma  menolong,  tak  sangka  saya  bertindak  kejam terhadap  Umji.  Saya  sendiri  pun  tak  nak  membiarkan Umji  dan  2  orang konconya  bertindak  gila  dalam  sekolah  kita.  14  hari  selepas  saya bersekolah  di  sini,  Umji,  Sowon  dan  Mina  bertindak  menyiramkan  kuah kari  kepada  saya,  Eunha  dan  Yerin.  Nasib  baik  Ken-ssi dan Hyuk-ssi adabdekat  kantin.  Kalau  tak,  entahlah  apa  yang  berlaku.  Mereka  bertiga sangat  jahat.  Pada  hari  itu,  saya  bertindak  memotong  rambut  Umji sebagai  hukuman  mencuri  coklat  Yerin.  Saya  sengaja  bertindak  kerana Umji  tidak  mengaku  bahawa  dia  yang  mencuri  coklat.  Bukan  saya  seorang menghukum  Umji,  Eunha dan  Hakyeon  pun  menolong  saya.  Tanpa  bantuan mereka,  saya  tak  mampu  melawan  Umji  yang  kini  bergelar  sebagai  ‘pencuri coklat’  di  sekolah  kita.  Ya,  saya  menggelarkan  dia  sebagai  pencuri  coklat. Saya  nasihatkan  agar  korang  semua  berhatihati  apabila  membeli coklat dari  kedai.  Selepas  membeli,  korang  terus  makan  coklat.  Jangan  simpan terus  dalam  beg  tanpa  memakannya.  Nanti  Umji  akan  mencuri  coklat korang. Sebarkan  nasihat  saya  kepada  adik-adik  korang  atau  pelajar junior.  Ini  sahaja  saya  sampaikan  kepada  kamu  semua.  Sekian  terima kasih. ” Begitulah  ucapan  Haebin.  Selepas  itu,  pengetua  pun  menyambung ucapan  beliau.

“Terima  kasih  banyak-banyak  kepada  Haebin.  Ya,  inilah  pelajar contoh  yang  harus  jadikan  sebagai  teladan  kepada  para  pelajar  sekalian. Dengan  ini,  tamatlah  ucapan  saya.”  Selepas  itu  diiringi  dengan  tepukan gemuruh  para guru,  pelajar  serta  pengawas.

**************

Walaupun  Haebin  digelar  sebagai  pelajar  contoh,  namun  dia  tidak bersikap  sombong.  Dia  banyak  bergaul  dengan  pelajar  lain.  Ada  beberapa orang  pelajar  lelaki telah  menghantar  surat  cinta  kepada  Haebin,  apabila sampai  di  rumah,  dia  sangat  terkejut.  Dalam  begnya  terdapat  banyak surat  cinta.  Dia  tidak  mahu  membalas  surat  itu.  Dia  berapa  bimbang  kalau Hakyeon  dapat  tahu,  tentu  dia  merajuk.  Nanti  dia  berfikir  nak  bunuh  diri seperti bulan  lepas.

“Banyak  betul  surat  cinta  ni,  kalau  Hakyeon  oppa  dapat  tahu,  nanti tak  pasal-pasal  nak  bunuh  diri.  Saya  tak  nak  balas  surat  cinta  ni,  lebih baik  bakar  je  surat  tu,”  kata  Haebin  sambil  mengumpul  beberapa  pucuk surat  cinta  lal u  turun  ke  belakang  rumah  dengan  membawa  kotak  mancis. Dia  membakar  surat  itu dengan  sampul  surat  ini sekali.

Pada  keesokan  harinya,  Haebin  pergi  ke  sekolah  seperti  biasa.  Dia terperanjat  besar  apabila  mejanya  penuh  dengan  hadiah  dari  kawan sekelas.  “Apa semua  ni?!  Banyaknya  hadiah!”  ujar  Haebin  dengan  teruja. “Terimalah  hadiah  daripada  kami  semua,  anggaplah  ini  sebagai  tanda terima  kasih  atas  keberanian  kamu  mengajar  Umji  minggu  lepas,”  kata Yerin.  “Wah,  susahkan  korang  je,”  jawab  Haebin.  “Terima  jelah  hadiah kawan-kawan  kamu  tu,”  celah  Cikgu  Sally  yang  baru  datang  ke  kelas mereka. “Segan  saya cikgu,” balas Haebin.

“Cikgu  ada  berita  baik  hendak  sampaikan  kepada  kamu.  Mulai  hari ini  kamu  jadi  penolong  ketua  kelas.  Kamu  tolong  Hakyeon  menjalankan tugas.  Kesian  cikgu  tengok  dia buat  kerja  sorang-sorang.  Kawal  kelas  pun dia  tak  mampu.  Kalau  cikgu  tak  masuk  kelas  pun  dia  pergi  sorang sorang untuk  cari  guru  pengganti.  Tak  ada  siapa  yang  kawal  kelas.  Lagipun  tulang empat  kerat  pun  tak  cukup.  Sebenarnya,  Hakyeon  mahukan  kamu  menjadi penolong ketua kelas, ” tawar  Cikgu Sally. Haebin  pun  berasa teruja.

“Saya  mahu  jadi  penolong  ketua  kelas,  tapi  saya  perlukan persetujuan  daripada  mereka  semua,”  ujar  Haebin  sambil  memandang rakan  sekelasnya.  “Kami  semua  setuju!”  sahut yang  lain.  “Terimalah  offer dari  cikgu,  Haebin!  Nanti  kita  buat  kerja  sama-sama,”  desak  Hakyeon.  Dia tidak  sabar  menunggu  keputusan  Haebin  untuk  menerima  tawaran  dari Cikgu  Sally.  “Kalau  begitu,  saya  mahu,”  jawab  Haebin.  Dia  menerima tawaran  cikgunya.  “Hooray!!”  mereka  bersorak  riang,  termasuk  Hakyeon. Haebin  hanya  tersenyum.

*********

“Oppa  tak  kisah  ke  kalau  saya  panggil  oppa  dalam  sekolah  ni?”  tanya Haebin  kepada  Hakyeon.  Pada  masa  itu,  Hakyeon  dan  Haebin  duduk  dalam perpustakaan  untuk belajar  bersama.  “Apa  salahnya.  Lagipun  gelaran  ‘oppa’ itu  saya  suka.  Saya  suka  dipanggil  ‘oppa’  dalam  masa  24  jam,”  jawab Hakyeon  sambil  membelai rambut Haebin  yang panjang itu.

“Saya rasa ada sesuatu yang tak kena.”

“Kenapa?  Ada orang kacau awak?”

“Ni,  ada  orang  bagi  surat  cinta hari tu. Saya tak tahu siapa pengirimnya.”

“Awak baca tak?”

“Buat  apa  saya  baca,  oppa.  Bukkannya  menarik  pun.  Balas  surat  pun tak mahu.”

“Habis tu?” “Saya bakar  jelah semua surat  surat  itu. Demi kebaikan  awak juga.”

“Awak hanya fikirkan  saya seorang je,  betul  tak?”

“Betul.  Saya  juga  suka  awak.  Sebab  awak  comel  tapi  kacak.  Saya suka.”

Perbualan Haebin  dengan  Hakyeon  didengari  oleh  Sowon  yang sedang  menghendap  di  sebalik  rak  buku.  “Oppa,  boleh  tak  tolong  ambilkan buku  jurnal  dekat  rak  buku  itu?  Saya  nak  ambil,  tapi  tangan  tak  sampai. Boleh  tak?”  pinta  Haebin.  “Boleh.  Nanti  oppa  ambilkan.  Sekejap  tau,”  kata Hakyeon  sambil  berdiri  untuk mengambil  buku  jurnal  seperti  yang  diminta. Kebetulan  Sowon nampak Hakyeon,  jadi dia berpura-pura membaca buku.

“Eh,  kau buat apa kat  sini?”  soal  Hakyeon.

“Mian,  saya baca buku  ni,”  jawab Sowon.

“Itu  buku  rujukan  Pengajian  Am  untuk  pelajar  tingkatan  6,  bukan untuk  tingkatan  3.  Kau  sebenarnya  intip  kami  ke?  Mengaku  cepat!”  sergah Hakyeon.

“Kenapa oppa pilih  Haebin bukannya  aku?”  tanya  Sowon.

“Lebih  baik  kau  jangan  harap  nak  jadi  yeochin  aku.  Aku  muak tengok  muka  kau!  Keluar  dari  sini sebelum  aku  sumbatkan  buku  ni  ke  mulut kau!”  arah Hakyeon  dengan  marahnya.

Sowon  segera  keluar  dari  perpustakaan.  Selepas  ini  Hakyeon mengambil   buku jurnal  dan  kembali ke  tempat  tadi.

“Apasal  lambat sangat?”  tegur  Haebin.

“Sowon  mengintai  kita  berdua.  Awak  jangan  risau.  Saya  dah  halau dia,”  jawab  Hakyeon.

“Kacau  betulah  Sowon  ni.  Dia  belum  merasai  kepedihan  seperti Umji  hari  itu.  Sorang dah kena. Tinggal  2  orang  lagi  hendak  diajar,”  bebel Haebin.

“Yelah  tu.  Sepandai-pandai  tupai  melompat,  akhirnya  jatuh  ke tanah juga,”  celah Hakyeon  pula.

“Annyeonghaseyo,”  tegur  satu suara.

Hakyeon  dan  Haebin  segera  berpaling  ke  belakang.  Didapati  Hyuk datang  dengan  membawa  beberapa  buah  buku dan alat tulis. "Hyuk-ssi, tak sangka  awak datang, ” tegur  Haebin.

“Sorrylah  kacau  suasana  romantik  korang  berdua.  Boleh  tak  saya duduk sini?”  pinta  Hyuk.

“Boleh.  Duduklah,”  jawab  Hakyeon.  Dia  sempat  memandang Hakyeon. “Awak  janganlah  cemburu.  Hyuk  saja  nak  tumpang  meja  pun,  bukannya apa-apa,”  ujar  Haebin  sambil  memandang  muka  Hakyeon  yang  sangat cemburu.

“Awak  ni  popular  betul.  Bergaul  pun  tak  kenal  batas,”  Hakyeon mencebik.

“Ala,  gurau  je.  Tak  payahlah  memasamkan muka. Hilang  aura  muka comel ni," usik Haebin. Hyuk  teringat  sesuatu.

“Saya  dengar  dari  Ken  hyung  awak  potong rambut  Umji  kan?  Semasa  awak  berucap  hari  itu  membuatkan  saya  dan Ken hyung terharu sangat sehingga  menitiskan  air  mata.”

“Awak  memang  popular.  Tapi  awak  kena  berhati-hati.Sebab Sowon, Mina dan  Umji mungkin  kembali,” nasihat Hyuk.

“Apa maksud  awak?”  tanya  Haebin.

“Mereka mungkin  kembali untuk  balas dendam,” jelas  Hyuk.

“Betul  kata  Hyuk.  Mereka  pasti  membuatkan  awak  sengsara,” tambah Hakyeon.

“Awak  jangan  risau.  Kami  kan  ada.  Apa-apa yang berlaku, segera beritahu kami. Ok!” kata  Hyuk.

“Baiklah,” jawab  Haebin  sepatah. 

********

Fanfic saya hampir ke peringkat klimaks. Dekat klimaks nanti akan ada seseorang yg meracuni Haebin sehinggalah muncul seorang kawan yang 'menentang' Haebin daripada diracuni.  (Kalau takut, mohon jangan baca tau)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Lupa pulak ! GFRIEND juga akan comeback awal bulan 5. BTS juga turut comeback bulan ini, so bersedia ya. Tq.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet