Bab 6: Coklat hilang?!
Love Mix HateTinggal 2 minggu lagi, Hari Valentine pun tiba. Pada 14 Februari setiap tahun, ramai gadis berpusu-pusu untuk membeli bahan-bahan untuk buat coklat. Semestinya, coklat yang dibuat sendiri hendak dihadiahkan kepada kekasih masing-masing. Sambil menghadiahkan coklat, mereka hendaklah menyampaikan isi hati masing masing.
“Yerin, awak hadiahkan coklat itu kepada siapa?” tanya Eunha. Mereka bertiga sedang bersembang tentang coklat. “Hmm, saya ingin hadiahkan coklat ni kepada Ken oppa. Pasti dia suka coklat yang sangat manis dan lebih lazat. Coklat yang manis lebih cocok dengan citarasa Ken oppa,” ujar Yerin berseri-seri.
“Eunha, awak pernah hadiahkan coklat ke?” tanya Haebin . “Tahun lepas, saya tak hadiahkan coklat, tapi saya terima bunga ros daripada Leo oppa. Dia tahu saya tak pandai buat coklat, macam mana saya hadiahkan coklat kepada dia, kan. Nanti rasa tak sedap pulak,” Eunha tersenyum sinis.
“Ala, takpe. Saya boleh ajarkan awak buat coklat. Saya pandai buat coklat,” kata Yerin. “Betul ke? Tak sangka pula,” kata Eunha. Dia sangat gembira. “Boleh saya ikut sekali tak?” tanya Haebin pula. “Boleh, awak pun nak buat coklat juga kan. Kalau kita bertiga buat sekali kan bagus,” ujar Yerin. “Betul juga tu. Minggu depan hari Ahad, kita pergi beli belah,” celah Eunha. “Ya. Beli bahan-bahan untuk buat coklat,” ujar Yerin lagi.
**********
“Appa, Honey nak pergi meminta kebenaran appanya. ke rumah Yerin, boleh tak?” Haebin meminta kebenaran appanya.
“Boleh, apa salahnya. Honey dan kawan-kawan buat coklat kan?" terus En. Xiumin memberi kebenaran.
“Betul, appa. Tapi kami pergi ke pasaraya dulu. Nak beli bahan-bahan untuk buat coklat. Lepas itu kami bertiga pergi ke rumah Yerin untuk buat coklat,” jelas Haebin.
“Baiklah, hati-hati tau."
“Annyeong~"
Selepas itu, Eunha dan Yerin menunggu Haebin sampai. Tepat pukul 11 pagi, Haebin dah sampai di perhentian bas, dimana Eunha dan Yerin menantikan kedatangan Haebin.
“Annyeonghaseyo~ dah lama tunggu?” sapa Haebin kepada Eunha dan Yerin.
“Ya. Kami baru je sampai,” jawab Yerin.
Selepas itu, mereka menaiki bas untuk ke pasaraya. Tidak lama lagi, bas sampai ke pasaraya. Mereka membayar tambang bas sebelum turun dari bas untuk keluar.
Selepas membeli-belah, mereka pergi ke rumah Yerin untuk membuat coklat. Riuh rendah bunyinya di dapur. Mereka bertiga membuat coklat sambil mendengar lagu. Untuk mengelakkan orang lain mengintai, mereka menutup pintu rumah dan menutup tingkap serta langsir diselakkan.
3 jam kemudian, coklat mereka sudah siap. Coklat yang dibuat oleh mereka sangat cantik dan berbentuk hati. Mereka sangat berpuas hati. “Sebelum Hari Valentine, coklat perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk selama semalaman. Kemudian barulah bungkuskan coklat ni,” pesan Yerin. “Betul juga. Coklat kan mudah cair kalau terkena panas. Takkanlah coklat yang cair disampaikan kepada kekasih,” ujar Haebin. Eunha pun tersenyum apabila dia menghasilkan coklat sendiri. Tapi dia berasa bimbang kalau-kalau Leo tidak menyukai coklat yang dibuatnya.
“Macam mana kalau Leo oppa tak suka coklat ni?” tanya Eunha.
“Awak cakaplah terus terang, katakan awak cuba membuat coklat yang sedap, pasti dia percaya,” cadang Yerin. “Betul tu. Saya setuju,” ujar Haebin.
“Baiklah, saya cuba untuk sampaikan coklat ini,” ujar Eunha.
**********
Haebin menulis namanya pada sebuah kotak hadiah setelah membungkus coklat. Dia hendak menghadiahkan coklat itu kepada Hakyeon. Dia sabar menunggu Hakyeon di dalam kelasnya. Sementara itu, coklat kepunyaan Yerin hilang. Coklat Yerin hilang di dalam beg sekolahnya. Sebelum itu, Yerin sudah meletakkan beg sekolahnya dan pergi ke kantin bersama Eunha.
Sebenarnya, Umji mencuri coklat Yerin. Dia segera mengeledah beg Yerin dan mengambil sebuah kotak coklat. Kotak itu berwarna merah jambu dan dihiasi dengan reben berwarna kuning keemasan. Dia cepat keluar dari kelas setelah menyedari Haebin datang ke kelas. Dia terkejut apabila beg Yerin dibuka dan segala alat tulis dan buku sekolah berselerak. Dia segera mencari Yerin, tapi dia takut kalau Hakyeon dibiarkan lama menunggu.
“Macam mana ni? Barang Yerin semua bersepah, pasti ada yang tak kena ni. Saya kena cari Yerin, tapi, kesian pulak Hakyeon oppa ni. Takkanlah dia cari saya pula,” fikir Haebin. Tak lama selepas itu, Hakyeon datang.
“Selamat Hari Valentine,” suara itu mengejutkan Haebin.
“Eh, terkejut saya. Kebetulan awak datang. Terimalah coklat saya ni,” tergesa gesa Haebin memberikan coklat kepada Hakyeon.
“Awak buat sendiri ke?” soal Hakyeon selepas menerima kotak yang dihiasi dengan reben merah.
“Ya. Memang saya buat sendiri,” jawab Haebin sambil malu-malu.
“Kasahaminda. Rasa macam bermimpi je awak bagi saya coklat,” jawab Hakyeon dengan gembira.
“Oppa, tengok tu! Beg Yerin sudah diselongkar!” Haebin menunjukkan tempat duduk Yerin. “Wah, apa yang berlaku ni?” soal Hakyeon.
“Pasti ada pencuri ni, cepat beritahu Yerin! Sebab coklat Yerin dicuri orang.”
Ketika itu, Eunha dan Yerin datang.
“Kenapa beg saya terbuka?” Yerin terkejut.
“Haebin kata, beg awak ni sudah diselongkar orang. Dia baru perasan,” jawab Hakyeon.
“Coklat saya mana? Bukankah ada dalam beg tadi?” Yerin sedang mencari coklat. Tapi tak jumpa.
“Itulah saya nak jumpa awak, sebab coklat awak dicuri orang,” kata Haebin.
“Awak tau tak siapa yang curi coklat itu?” tanya Eunha kepada Haebin.
“Mianei, saya tak tahu. Saya datang ke kelas ni, beg Yerin memang terbuka. Orang lain pun takde dalam kelas. Mereka semua sedang berparti di kelas-kelas senior. Mustahil coklat Yerin dicuri begitu," Haebin.
“Jangan-jangan orang dari kelas lain yang mencurinya, betul kan?” ujar Eunha.
“Mungkin Mina, Sowon atau Umji yang mencuri coklat itu? ” teka Haebin.
“Jom, kita siasat, mana tahu salah seorang di antara mereka yang mencuri coklat Yerin,” cadang Eunha. Mereka semua pun bersetuju.
“Sekolah kita ada CCTV tak? Boleh kita tahu siapa pencuri itu,” soal Haebin.
“Litar CCTV ada di bilik pengawal keselamatan,” jawab Eunha.
“Betul juga tu. Senanglah kita cari pencuri itu,” celah Hakyeon.
“Kita pergi ke sana dan tengok, jomlah,” ajak Yerin.
Mereka berempat pun pergi ke bilik pengawal keselamatan. Selepas itu, mereka meminta kebenaran seorang pengawal.
***********
Nak tahu siapa curi coklat tu? Bab 7 akn dtg ada jawapannye.
Comments