Bab 10: Surat Layang kepada Haebin.

Love Mix Hate

Sowon  merancang  untuk  merampas  Hakyeon  daripada  Haebin setelah  rancangannya gagal.  Dia  sangat  marah  apabila  melihat  Haebin masih  dalam  keadaan  sihat  seperti  biasa.  Dia  amat  marah  kepada  Haebin. Dia  segera  mengarahkan  Umji  dan  Mina  menculik  Hakyeon  dan  dibawa  ke stor  sukan.

Mina membiuskan  Hakyeon  sebelum  dibawa ke stor  sukan. Kemudian Umji  dan  Mina  membungkus  Hakyeon  dengan  kain  yang  sangat  panjang  dan besar.  Kain  itu  diikat  dengan  tali  yang  sangat  panjang.  Selepas  itu, barulah mereka membawanya  ke  stor  sukan.

Kelas  3-A  sangat  gempar  dengan  kehilangan  Hakyeon.  Kawan-kawannya terkejut  mendengar  berita  itu.  Haebin  dan  Leo  pula  susah  hati. Haebin  segera memberitahu Cikgu Sally.

“Bila kali  terakhir  kamu  nampak Hakyeon?”  tanya  Cikgu Sally.

“Kali  terakhir  saya  nampak  dia  pergi  ke  bilik  pengawas  untuk bertemu  dengan  juniornya,  Hyuk  dari  kelas  1-A.  Lepas  itu,  dia  tak  balikbalik  lagi.  Tapi,  dia  pernah  beritahu  saya  sebelum  pergi,”  kata  Leo.  Ciku Sally mengangguk faham.

“Oh,  begitu  juga.  Jadi  kamu  semua  jangan  panik.  Kamu  semua tunggu  dalam  kelas  saja  sementara  Haebin  dan  Leo  pergi  mencari Hakyeon.  Pembelajaran  masih  dijalankan,  buat  masa  ni,  kamu  semua  perlu bertenang  dan  bersabar.  Baiklah,  Haebin  dan  Leo,  boleh  cari  sekarang. Apa apa yang berlaku, segera beritahu  cikgu,” jawab  Cikgu Sally.

Setelah  itu,  Haebin  dan  Leo  memulakan  pencarian  mereka.  Hyuk kebetulan  lalu dari koridor  itu menegur  mereka.

“Kenapa korang nampak cemas  je?  Apa yang  berlaku?”  tanya  Hyuk. “Hakyeon  hilang,  Hyuk untussi.  Kami  berdua  disuruh  oleh  Cikgu  Sally k mencari Hakyeon,” jawab Haebin.

“Kami  tak  sangka  Hakyeonnie  boleh  hilang  macam tu  je.  Tak  balik-balik  ke  kelas  setelah  1  jam,”  tambah  Leo  pula.  Hyuk  terkejut mendengarnya.

“Biar  betul  kau  ni  hyung.  Aku  nak  tolong,  tapi  aku  nak  pergi  ke  kelas aku  dulu.  Nak minta  kebenaran  dari  cikgu.  Sekejap  tau,”  kata  Hyuk  lalu dia  pergi  ke  kelas  1-A.  Selepas  itu,  Hyuk  turut  serta  bersama  Haebin  dan Leo.

Mereka  meneruskan  pencarian  sehingga  bilik  stor  sukan.  Mereka terkejut  apabila  terdengar  bunyi  yang  mengegarkan.  Meremang bulu  roma nampaknya.

“Kau  berdua  dengar  sini.  Itu  macam  suara  Hakyeon  hyung,”  kata Hyuk dengan  cemas.

“Apa!”  Haebin  tersentak.

Pintu  bilik  stor  sukan  dibuka.  Didapati  Hakyeon  mengikat  Sowon, Umji dan  Mina di  satu tempat.

“Ini  balasan  untuk  penculik.  Korang  ingat  aku  ni  barang  untuk  dijual ke.  Kalau  aku  ni  emas,  boleh  jual  la.  Barulah  jutawan  namanya.  Ini  tidak, berdagang  manusia  untuk  dapat  cinta.  Ingat  aku  ni  mudah  terpedaya dengan  tipu  helah  korang  ke?  Jangan  harap!”  kata Hakyeon dengan marahnya.

“Oppa! Apa yang  berlaku ni?”  tanya  Haebin.

“Mereka  bawa  saya  ke  sini.  Sowon  samggup  menculik  saya  semata mata untuk cinta. Dan  saya sudah menyumbat  mulut mereka.”

Leo  dan  Hyuk bertepuk tangan. Haebin  masih  terpinga

“Apa tepuk tangan?  Ini bukan  pertandinganlah!” marah Hakyeon.

“Ala,  janganlah  marah,  Hakyeonnie.  Kami  Cuma  puji  keberanian  kau. Tu je,”  jawab  Leo  sambil  tersipu-sipu malu.

“Sudah!  Ni  bukan  masanya  untuk  bergurau!  Cepat  bawak  mereka  ke bilik  Pengetua.  Cepat!”  arah Hyuk  sambil  membawa  mereka  ke  bilik pengetua. Haebin,  Leo  dan  Hakyeon  mengikut  Hyuk.

******

Cikgu    Hongbin  dipanggil  ke  bilik  pengetua.  Tetapi  Cikgu  Ravi  tiada dalam    sekolah  ni  kerana  berkursus.  Pengetua  Hoseok  bercakap  dengan Cikgu  Hongbin  tentang  perangai  Sowon,  Umji  dan  Mina  yang  semakin kejam  setelah berkali-kali.

“Pelajar  apanya  kalau  tiap-tiap  hari  berkelakuan  samseng.  Macam lelaki  pula.  Kalau  berterusan  macam  ni,  sampai  bila  mereka  bermahajarela di  sekolah  kita  ni?  Nasib  baik  Cikgu  Ravi  tidak  ada  di  sini.  Kalau  dia  ada, memang  sah  dia  mengamuk.  Sampai  tergamak  menculik  orang  untuk  cinta,” keluh pengetua  itu.

“Saya  tak  tahu  nak  cakap  apa  kat  mereka,  cikgu.  Mereka  ni  benci dengan  Haebin  pun.  Itu  pun  sampai  ke  tahap  macam  ni.  Kalau  boleh,  apa kata  Cikgu  bertindak  membuang  mereka  dari  sekolah  ni.  Bukannya membawa kebaikan  pun. Menyusahkan  lagi adalah,” cadang Cikgu  Hongbin.

“Ya.  Memang  saya  mahu  buang  mereka.  Tindakan  buang  sekolah akan  dilaksanakan  secepat  mungkin,” Pengetua Hoseok  bersetuju.

********

“Kami  terdengar  suara  Hakyeon  mengamuk  dalam  stor  sukan.  Jadi kami pun buka pintu stor  itu.  Kami  nampak  Hakyeon  mengikat  Umji,  Sowon dan  Mina  sekaligus, ” cerita  Hyuk  kepada  Ken.  “Wah,  begitu  hebat Hakyeon  hyung  ni.  Dia  sangat  berani  berdepan  dengan  samseng  itu,  kan hyu ng?”  kata  Ken    sambil  menjeling  ke  arah  Hakyeon.  “Yelah,  ini  Cha Hakyeon  lah.  Tengok  rupa  je  dulu.  Kalau  berani  nak  berkasar  sekalipun, tak  akan  gerenti  selamat  tau!  Aku  ni  bukan calang-calang orangnye," kata Hakyeon  dengan  megah.

“Amboi!  Bukan  main  cakap besar ye. Badan  je  kecil,  tapi  gagah. Kalau Jackie Chan," sampuk Ken.

“Eleh  hyung  ni.  Kecil  atau  besar  bukannya  ukuran  pun.  Yang  penting keberanian,” celah  Hyuk.

“Oh,  betul  juga. He  he  he,...” balas Ken  sambil  ketawa.

Ketika  itu,  kebetulan  Leo  ternampak Ken,  Hyuk  dan  Hakyeon berbual-bual  di  pondok  berhampiran  dengan  padang  bola  sepak. Dia  menegur  mereka.

“Ha,  sembang  apa  ni?  Boleh  aku  join?”  suara  itu  mengejutkan mereka bertiga.

“Ha~  Leo-ssi  rupanya!  Marilah  ke  sini,”  ajak  Hakyeon.  Mereka  juga gembira melihat Leo  datang.

“Nae~  aku  kesian  pulak  dengan  Haebin.  Tadi  baru  aku  nampak  surat layang  yang  dibaca  oleh  Haebin.  Kata  Haebin  mungkin  Sowon  dan  kawan kawannya  akan bertindak  kejam  kalau  dia  rapat  dengan  kau  setiap  hari. Dia  bagi  surat  itu  kepada  kita. Dia  juga  diugut  kalau  bertindak melaporkan  kegiatan  mereka  kepada  cikgu, ” luah Leo sambil mengeluarkan  sepucuk surat  dari sampul surat itu. Surat  itu tertulis:-

Haebin! Kau jangan fikir kau akan selamat. Aku nak bagi kau warning. Kalau kau nak selamat, jauhi Hakyeon. Dia tu milik aku. Kalau kau cuba rapat dengan dia, kami akan pastikan kau hidup merana sepanjang hayat. Kalau kau laporkan kegiatan kami, mampus kau! Ingat! -Sowon-

 

Apalagi,  berkerutlah  dahi  mereka  apabila  membacanya.  Hakyeon berasa serba  salah. Dia takut apa-apa yang berlaku kepada Haebin.

“Sungguh  keterlaluan  mereka  bertiga  ni.  Dahlah  degil,  kejam  pulak tu.  Kalau  berterusan  seperti  ni,  kita  tak  boleh  membiarkan  mereka bertindak  kejam  terhadap  Haebin, ” celah Ken sambil mengepalkan penumbuk.

“Tapi  macam  mana?  Nak  bagitahu  Cikgu  Ravi,  dia  masih  berkursus. Pengetua  cakap  24  Mei  akan  datang,  dia  habis  berkursus.  Nak  tunggu sampai bila ni,  Ken hyung?”  kata Hyuk.

“Pengetua  kan  ada.  Kuasa  pengetua  lebih  hebat  kalau  ini  kesalahan berat  macam  ni.  Kita  serahkan  kepada  pengetua  tapi  tak  kanlah  kita  bagi je surat  itu kepada dia?”  kata  Leo.

“Betul  juga.  Surat  layang  macam  ni  bukannya  boleh  digunapakai. Tapi,  kita  kena  berwawaspada.  Kita  kena  pastikan  Haebin  tidak  diseksa dan  dibuli  oleh mereka  bertiga.  Bagaimana  kalau  kita  bersatu  untuk membanteras kegiatan  buli,” cadang Ken.

“Kita  berempat  perlu  bekerjasama  untuk  menangkap  Sowon,  Umji dan  Mina. Setuju tak? ” laung Hyuk.

“Ya!!” sahut yang lain.

************

4  hari  kemudian,    Eunha,  Yerin  ,  Haebin dan  Soyee  duduk  semeja dalam  perpustakaan.  Sedang  mereka  belajar,  mereka  didatangi  oleh pustakawati.

“Ada di kalangan  kamu  yang bernama Haebin  kah?”  tanya  dia.

“Saya, unnie.  Ada apa?”  jawab  Haebin.

“Kamu  kenal  Sowon kah?”  soalnya.

“Ya. Saya kenal.”

“Begini.  Dia  bersama  2  chingunya,  Mina  dan  Umji  pernah  bagi  surat layang kepada awak. Saya dengar  dari Leo.”

“Macam mana awak tahu?”  sampuk Yerin. “Saya  ni  kakak  Leo,  sudah  pasti  saya  tahu.  Dia  berpesan  kepada kamu  supaya  berhati-hati. Bukan  kamu  saja,  kawan-kawan  kamu  pun terlibat juga. Apa-apa  yang  berlaku  terhadap  kamu,  beritahulah  adik  saya dan  rakannya.  Tapi  rasanya  agak  takut  kalau  mereka  tahu  kegiatan mereka  dibongkar,  mereka  akan  membalas  dendam.  Mereka  pasti membuatkan  awak  sengsara.  Tak  apa,  biarlah  adik  saya  dan  chingusnya bertindak melindungi keselamatan  kamu  semua. Itu saja,”  luahnya.

“Terima  kasih,  Lyn  unnie  kerana  mengingatkan  kami,”  sahut  yang lain  sambil  berdiri dan  menundukkan  kepala  masing-masing.

**********

Ada 'item' baru dlm bab 10 nie.. Apakah akan terjadi sekiranya Haebin dan 3 chingusnya tidak mematuhi 'arahan' surat layang tu? Bab 11 ada jawapannye....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
Lupa pulak ! GFRIEND juga akan comeback awal bulan 5. BTS juga turut comeback bulan ini, so bersedia ya. Tq.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet