0.3

My House Husband
Please Subscribe to read the full chapter

~0.3~

 

Waktu berlalu begitu cepat dan kini, sudah hampir dua bulan Jeonghan dan Aileen berkahwin. Hubungan mereka semakin hari semakin akrab dan masing-masing sudah dapat menyesuaikan diri dalam perkahwinan ini.

Baik Jeonghan mahupun Aileen, dua-duanya sudah selesa antara satu sama lain. Mereka menjalani kehidupan suami isteri seperti biasa. Setiap pagi Jeonghan akan bangun awal dan sediakan sarapan, mereka bersarapan sama-sama sebelum bertolak ke tempat kerja masing-masing. Kadang-kadang, Jeonghan akan hantar bekal makanan untuk Aileen ke pejabat dan mereka akan meluangkan waktu rehat bersama. Selesai waktu kerja, Aileen akan singgah ke coffee shop Jeonghan dan begitulah seterusnya.

Begitulah rutin harian mereka suami isteri. Uniknya, semua kerja rumah diuruskan oleh Jeonghan yang merupakan seorang suami. Langsung dia tak merungut dan Aileen pula seakan serba salah. Namun, disebabkan Aileen seorang yang sibuk dengan kerjanya, dia terpaksa membiarkan Jeonghan uruskan hal rumah tangga mereka. Lagipun, dia kena akui yang suaminya itu lebih cekap dan mahir berbanding dia yang sentiasa gagal menguruskan kerja-kerja rumah. Masak pun fail sebenarnya.

“Jeonghan ! Jeonghan !”

Satu hari yang tenang dan damai menjadi kelam-kabut di kediaman pasangan ‘romantis’ ini. Jeonghan yang sedang leka menyiram pokok bunga di belakang rumah bergegas masuk ke dapur setelah mendengar suara Aileen berteriak memanggilnya. Bau hangit menusuk masuk ke dalam hidung membuatkan Jeonghan dapat agak tentang apa yang telah terjadi di dapur.

“Cepat Jeonghan !” laung Aileen tatkala melihat suaminya masih terhegeh-hegeh di koridor yang menghubungkan ruang tamu dan dapur.  Muka Jeonghan yang cuak membuatkan Aileen nak tergelak namun cuba ditahannya. Mereka dalam satu situasi yang serius dan tak sesuai untuk ketawa sekarang.

“My God ! Aileen ! Apa awak buat ni?” hampir terjojol mata Jeonghan dibuatnya saat melihat kepulan asap yang datang dari kuali di atas dapur. Seekor ikan yang sudah hangit dalam kuali tersebut membuatkan Jeonghan menepuk dahinya tanda hampa. Dah agak dah ! Memang bau hangit tadi berpunca dari si isteri ‘tercinta’ ini.

“Goreng ikan.” pendek Aileen  menjawab sambil tayang senyum kelat. Dia tahu yang dia dah gagal. Muka Jeonghan yang sukar ditafsirkan riaknya itu dipandang sambil terus menarik senyum tak bersalah. Semoga tak kena bebel. Bila Yoon Jeonghan membebel, kalah dia yang perempuan ni. Selalu jugak kena. Telinga Aileen dah naik masak dah.

“Ikan hangus?” Jeonghan mula bercekak pinggang. Kuali yang berasap tadi diangkat dan diletakkan ke sinki sambil dia menutup hidungnya bagi menghalang kepulan asap yang merimaskan. Tubuh Aileen ditolak perlahan bagi mengelakkan isterinya menghidu asap yang sama. Dahsyat betul Aileen ni ! Kalau masalah ni berlanjutan, silap hari bulan boleh terbakar dapur rumah Jeonghan jawabnya.

“Sorry.” luah Aileen sambil terus memerhatikan tingkah Jeonghan yang sibuk memulihkan keadaan.

“Lain kali kalau nak masak cakap. Saya boleh tolong.” balas Jeonghan seraya ke sinki semula untuk mencuci tangannya yang hitam dek terkena kesan kuali hangus tadi.

“Kenapa? Awak tak percayakan saya ke? Awak ingat saya tak reti memasak?” Aileen bersuara dengan nada yang agak tinggi. Kata-kata Jeonghan buat dia rasa agak tercabar.

Jeonghan menghela nafas. Dia tak mahu mengeruhkan lagi keadaan lantas bahu Aileen diusap lembut.

“It’s okay. Nanti saya ajarkan awak ye?” tutur Jeonghan  cuba memujuk. Muka Aileen yang mulanya tegang mula menjadi tenang semula selepas dipujuk Jeonghan sebegitu. Sejuk hatinya mendengar suara Jeonghan yang lembut. Tanpa sedar, dia mengukir senyum segaris.

“Awak tahu kan mak kita nak datang petang ni? Saya cuma nak masakkan untuk mereka.” luah Aileen. Dua hari yang lepas, ibunya telefon dan menyatakan hasrat untuk bertandang ke rumah mereka bersama dengan mama Jeonghan. Serentak ! Mereka berdua nak datang ke rumah sekali. Mentang-mentanglah kawan baik ! Cett !

“Aaahhhh…”hanya itu yang keluar dari mulut Jeonghan. Dia baru teringat tentang itu. Patut la si Aileen beria-ia nak memasak. Hahaha! Tak nak kantoi dengan mak mertua la tu. Sempat jugak Jeonghan mengutuk isterinya dalam diam tapi bila terpandangkan muka Aileen yang masam mencuka itu, dia tiba-tiba rasa kesian. At least, isterinya itu mencuba.

Jeonghan pandang sekeliling dapur. Dah macam tongkang pecah dah. Periuk dan kuali everywhere. Pintu peti ais terbuka dan sinki berselerak. Mata Jeonghan tertumpu pada sayur-sayuran yang dipotong oleh Aileen. Mak kau, ni nak potong untuk masak ke atau nak potong bagi gajah makan? Sekali lagi, Jeonghan terkutuk Aileen. Opps !

Jeonghan mengeluh lagi.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 10: Cliche pun best T.T suka cara penulisan kau ♡

/pegi cari story kau yg lain/
whitelove
#2
Chapter 9: Sinetron sgttttt xD
whitelove
#3
Chapter 6: Omg dah agak x'D

Btw nak suami mcm jeonghan kno
whitelove
#4
Chapter 3: Aku ingat nk komen kat last chapter. Tp rasa mcm tkleh thn lak hahahaha
Jeonghan is my bias T.T ♡ this is perfect . Curious lak apa kaitan jisoo ngn jeonghan ni hmmm /wriggles eyebrows/
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 10: Cite awk best sgt !! Daebak lh author nim !! Sy hrp awk akn buat lbih byk cite yg mnarik mcm ni... ~ :)
hjkyung #6
Chapter 11: Cliche cliche pon, pelik pelik pon, best sangat awaaakkkkkk. Plot cite yg sangat menarik. You re my fav author now. Im always rooting for youuu. I heart youu♥♥♥
Didie_BTS #7
Chapter 10: WaaaaaaTT huhu Mula mula mmg kesian Aileen mesti dia rase menyesal gile mase tu. Jisoo you a savior T-T nasib bail ad Jisoo huhu. Kisah cinta terlarang diorang sedih dan agak menakutkan haha. Akhirnye diorang bahagia :') terima kasih kepada Jisoo yang menyelesaikan salah faham mereka dan tahniah kepada girlfriend baru anda haha. Authornim Awesome! Tak pernah tak best citer authornim T-T tidal dpat disangkal lagi authiornim mmg berbakat huhu. Dua chap terakhir membuatkan saya menangis huhu. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menamatkan story ni! Teruskan perjuangan dalam menulis fanfic saya sentiasa akan menyokong authornim! Haha
aquariusxpisces
#8
Chapter 11: Laa.... Tak bercinta lagi rupanya hohohoXD
aquariusxpisces
#9
Chapter 10: Omg sweetnya.... Dah beberapa kali menangis ketawa bila baca fic ni XD Tapi entah kenapa rasa down bila Jeonghan masih hidup hahaahahaXD
starlightkim_
#10
Chapter 11: Akhirnya Aileen dan jeonghan bahagia jugak.menyampah betul dengan daehyun tu..tetapi dia hensem so tak boleh nak bencikan dia..haha... Saya ingatkan jisoo dengan aster tu betul-betul bercinta rupanya....takpe,mungkin akan jadi kenyataan. Akan ku tunggu saat itu.Nice job authornim