0.7

My House Husband
Please Subscribe to read the full chapter

~0.7~

 

“Tepi ! Jangan dekat ! Pergi kau dari sini !”

Jerkahan Aileen membuatkan Jeonghan terkedu. Perlahan-lahan, matanya yang memandang lantai beralih pandang ke arah Aileen. Wajah isterinya yang basah dengan air mata ditenung sayu.

“Awak, kenapa ni? Kenapa awak menangis?” Jeonghan cuba menyeka air mata yang membasahi pipi Aileen namun tangannya ditepis oleh si isteri.

“Jangan tanya benda bodoh, Jeonghan ! Pergi dari sini…jangan dekat dengan saya.” tersedu-sedan Aileen berkata. Esak tangisnya semakin kuat. Sesekali, dia menyapu air mata dengan belakang telapak tangan. Barang-barangnya yang bertaburan di lantai segera dikutip dan dikemas.

“Patutlah sejak dua menjak ni awak bersikap pelik. Rupanya…” Aileen tak menghabiskan ayatnya. Dia tak sanggup. Jisoo yang berada tak jauh dari mereka dikerling. Sudah hilang rasa hormat kepada majikannya itu apabila perkara sebenar terbongkar.

Jeonghan kehabisan kata-kata. Pasti Aileen dah dengar perbualannya dengan Jisoo tadi. Sebab itulah, isterinya jadi begini. Jeonghan buntu. Wajahnya pucat. Gerak-geri Aileen diperhatikan dengan muka yang kebingungan.

Jisoo yang berdiri sedari tadi menjadi pemerhati turut sama terdiam. Dia serba-salah. Tingkah pasangan suami isteri yang berada di depannya itu buat dia mengeluh berat.

“Aileen !”

Jeonghan melaung nama isterinya tatkala Aileen bangkit dan bergegas meninggalkan Jeonghan dan Jisoo. Seketika, dia berbalas pandang dengan Jisoo yang berada di sebelah. Lelaki itu menghela nafas perlahan dan mengangguk.

“Kejar dia.” ucap Jisoo cuba memberikan semangat. Dia boleh nampak muka Jeonghan yang resah tatkala ditinggalkan Aileen. Jisoo dapat rasa yang Jeonghan betul-betul sayangkan isterinya itu dan dia tahu yang Jeonghan tak mahu kehilangan Aileen. Mata Jeonghan tunjukkan segalanya. Dia dapat lihat betapa dalamnya cinta Jeonghan terhadap isterinya itu.

Jeonghan meninggalkan Jisoo sendirian dan segera mengekori Aileen yang sudah agak jauh di hadapan. Isterinya sudah menapak keluar dari bangunan pejabat dan cuba untuk menahan teksi. Jeonghan melajukan langkah dan sempat mencapai tangan Aileen.

“Lepaslah ! Jangan sentuh saya !” bentak Aileen.

“Tak ! Saya takkan lepas selagi awak tak dengar penjelasan saya.” balas Jeonghan bersungguh.

“Saya dah tak nak dengar apa-apa. Saya dah dengar dengan jelas tadi. Telinga saya tak pekak. Saya dengar semuanya ! Awak sendiri yang mengaku awak tu gay ! Sudahlah ! Saya tak boleh terima semua ni ! Lepaskan saya !” Aileen merentap tangannya kuat dari genggaman Jeonghan.

“Aileen…”

Jeonghan tergamam seketika. Cengkaman tangannya pada lengan Aileen mula longgar. Saat perkataan ‘gay’ keluar sendiri dari mulut Aileen, hati Jeonghan seakan hancur berderai.

“Saya tak boleh terima semua ni.”

Luluh hati Jeonghan saat mendengar kata-kata Aileen itu. Sudahnya, dia hanya mampu terkedu dan membiarkan Aileen pergi dari situ. Teksi yang membawa Aileen dipandang dengan riak muka yang kosong. Kata-kata Aileen tadi masih terngiang dalam mindanya. Hatinya hancur.

 

 

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Jeonghan termenung di ruang tamu rumah sambil menunggu kepulangan Aileen. Sejak peristiwa tadi, isterinya itu masih tak balik ke rumah. Entah menghilang ke mana, Jeonghan pun dah bingung memikirkannya. Merata tempat dia dah cari namun bayang Aileen masih tak kelihatan.

Panggilan telefon juga tak diangkat. Jeonghan mula resah. Berpuluh-puluh mesej sudah dikirim untuk cuba memujuk Aileen namun satu pun tak dibalas.

 

Awak kat mana? Balik awak. Kita bincang dulu.

Saya minta maaf. Saya salah. Saya faham kalau awak tak boleh terima saya tapi balik dulu Aileen. Hari dah malam.

Aileen, please. Kat luar tu sejuk. Awak kat mana sekarang? Balik la awak.

 

Semua kiriman mesej Jeonghan hanya dibalas sepi. Lelaki itu mengeluh kekecewaan. Mana lagi dia nak cari Aileen. Sudahnya, Jeonghan hanya termenung sendirian menanti kepulangan Aileen. Hampir satu jam dia sebegitu, akhirnya pintu rumah terkuak dari luar tanda ada seseorang yang masuk.

 

Aileen menapak masuk ke dalam rumah dengan langkah yang berat. Wajahnya merah dan sembap kerana terlalu banyak menangis. Dia berjalan seperti orang yang hilang arah. Aileen masih tak boleh menerima apa yang dia baru tahu tentang Jeonghan tadi. Dia betul-betul tak menyangka yang Jeonghan merupakan seorang lelaki gay. Hatinya betul-betul hancur tatkala mendapat tahu tentang itu. Apatah lagi, dia dengar sendiri pengakuan yang keluar dari mulut Jeonghan dan dia nampak dengan mata kepalanya sendiri yang Jeonghan dan majikannya, Jisoo bertemu. Betapa luluh nya hati bila dapat tahu yang suaminya ada hubungan songsang dengan majikan sendiri. Aileen tak sanggup nak terima kenyataan ini.

“Awak. Awak ke mana?” Jeonghan menerpa ke arah Aileen lantas tubuh isterinya itu dibawa ke dalam dakapan. Dia terlalu risaukan Aileen sekarang ini.

“Pergi ! Jangan dekat dengan saya.” Aileen menolak Jeonghan seraya melepaskan diri dari terus didakap oleh suaminya. Dia memandang Jeonghan dengan muka yang jengkel sebelum berundur beberapa tapak menjauhi lelaki itu.

“Aileen, tolong jangan macam ni. Awak tahukan saya sayangkan awak?” rayu Jeonghan.

“Pergi mati dengan sayang awak ! Awak tu gay. Mustahil awak sayangkan perempuan. Awak tu cuma pandang lelaki. Pergi balik la dekat Jisoo tu !” bentak Aileen bengang.

Jeonghan diam seketika. Nafasnya dihela perlahan.

“Ya ! Saya mengaku. Saya mengaku yang saya gay. Tapi itu dulu Aileen. Itu semua masa lalu saya. Saya dah berubah. Saya cuma cinta dan sayangkan awak sekarang ni.” luah Jeonghan.

“Tch ! Jangan tipu, Jeonghan. Awak tak payah la nak konon-konon cintakan saya. Rupanya, perkahwinan kita ni cuma rancangan awak untuk tutup perangai buruk awak tu. Awak sengaja terima rancangan mak bapak kita untuk berkahwin dengan saya demi nak sorokkan kenyataan yang awak ni gay. Kan? Awak gunakan saya sebagai alat untuk lindung perangai songsang awak tu ! Awak kejam ! Saya bencikan awak !” nada suara Aileen menaik tinggi.

“Aileen !” Jeonghan turut sama menaikkan suaranya. Tuduhan Aileen buat dia hilang sabar. Namun, perasaannya cuba dikawal supaya keadaan tak menjadi lebih keruh.

“Please, Aileen. Please. Itu semua masa lalu saya. Sekarang, saya dah tinggalkan semuanya. Sekarang, awak adalah masa depan saya. Saya nak bahagia dengan awak.” tutur Jeonghan membuatkan Aileen mencebik.

“Saya tak boleh terima masa lalu awak ! Menjengkelkan ! Saya tak boleh terima yang awak ni gay ! Saya benci awak. Awak ni menjengkelkan !”

Terkedu Jeonghan saat kata-kata itu keluar dari mulut Aileen. Dia mengetap bibirnya menahan rasa. Nafasnya berombak dan dia cuba mengawal perasaannya.

“Kesilapan yang paling besar pernah saya buat dalam hidup saya adalah berkahwin dengan awak. Saya memang bodoh ! Berkahwin dengan seorang gay memang keputusan yang paling bodoh pernah saya buat !” tempik Aileen geram. Wajah Jeonghan direnung tajam tanda marah.

Jeonghan terkesan dengan kata-kata Aileen itu.

“Jadi? Awak nak saya pergi?” soal Jeonghan lemah.

“Ya ! Pergi dari hidup saya ! Saya dah tak nak tengok muka awak. Kita patut berpisah.” ucap Aileen dengan nada yang serius. Dia merengus geram dan menjeling Jeonghan tajam sebelum akhirnya melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat membuatkan Jeonghan tersentak.

Jeonghan ditinggalkan sendirian lagi. Dia termenung jauh merenung permukaan lantai sambil menghadam kata-kata Aileen sebentar tadi. Kata-kata isterinya itu amat pedih dan menyakitkan hatinya.

 

“Awak gunakan saya sebagai alat untuk lindung perangai songsang awak tu ! Awak kejam! Saya bencikan awak !”

“Saya tak boleh terima masa lalu awak ! Menjengkelkan ! Saya tak boleh terima yang awak ni gay ! Saya benci awak. Awak ni menjengkelkan !”

“Kesilapan yang paling besar yang pernah saya buat dalam hidup saya adalah berkahwin dengan awak. Saya memang bodoh ! Berkahwin dengan seorang gay memang keputusan yang paling bodoh pernah saya buat !”

“Pergi dari hidup saya ! Saya dah tak nak tengok muka awak. Kita

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 10: Cliche pun best T.T suka cara penulisan kau ♡

/pegi cari story kau yg lain/
whitelove
#2
Chapter 9: Sinetron sgttttt xD
whitelove
#3
Chapter 6: Omg dah agak x'D

Btw nak suami mcm jeonghan kno
whitelove
#4
Chapter 3: Aku ingat nk komen kat last chapter. Tp rasa mcm tkleh thn lak hahahaha
Jeonghan is my bias T.T ♡ this is perfect . Curious lak apa kaitan jisoo ngn jeonghan ni hmmm /wriggles eyebrows/
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 10: Cite awk best sgt !! Daebak lh author nim !! Sy hrp awk akn buat lbih byk cite yg mnarik mcm ni... ~ :)
hjkyung #6
Chapter 11: Cliche cliche pon, pelik pelik pon, best sangat awaaakkkkkk. Plot cite yg sangat menarik. You re my fav author now. Im always rooting for youuu. I heart youu♥♥♥
Didie_BTS #7
Chapter 10: WaaaaaaTT huhu Mula mula mmg kesian Aileen mesti dia rase menyesal gile mase tu. Jisoo you a savior T-T nasib bail ad Jisoo huhu. Kisah cinta terlarang diorang sedih dan agak menakutkan haha. Akhirnye diorang bahagia :') terima kasih kepada Jisoo yang menyelesaikan salah faham mereka dan tahniah kepada girlfriend baru anda haha. Authornim Awesome! Tak pernah tak best citer authornim T-T tidal dpat disangkal lagi authiornim mmg berbakat huhu. Dua chap terakhir membuatkan saya menangis huhu. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menamatkan story ni! Teruskan perjuangan dalam menulis fanfic saya sentiasa akan menyokong authornim! Haha
aquariusxpisces
#8
Chapter 11: Laa.... Tak bercinta lagi rupanya hohohoXD
aquariusxpisces
#9
Chapter 10: Omg sweetnya.... Dah beberapa kali menangis ketawa bila baca fic ni XD Tapi entah kenapa rasa down bila Jeonghan masih hidup hahaahahaXD
starlightkim_
#10
Chapter 11: Akhirnya Aileen dan jeonghan bahagia jugak.menyampah betul dengan daehyun tu..tetapi dia hensem so tak boleh nak bencikan dia..haha... Saya ingatkan jisoo dengan aster tu betul-betul bercinta rupanya....takpe,mungkin akan jadi kenyataan. Akan ku tunggu saat itu.Nice job authornim