0.8

My House Husband
Please Subscribe to read the full chapter

~0.8~

 

 

“Kau memang nak cari nahas !”

Daehyun yang bengang dengan tindakan Jeonghan yang tiba-tiba muncul untuk menghalangnya  tanpa rasa bersalah mengelar tangan lelaki itu. Jeonghan mengerang kesakitan. Tubuh Daehyun yang awalnya dikunci dengan kedua belah tangan mulai terlepas. Pedihnya tak terkata. Jeonghan terduduk sambil cuba mengawal rasa sakit yang mula menguasai diri.

 

“Jeonghan !”

 

Darah merah pekat milik Jeonghan menitis ke lantai. Luka di tangan lelaki itu agak dalam sehingga terasa kebas dibuatnya. Dia cuba menahan sakit sambil berusaha mendapatkan Aileen yang sedang ketakutan tak jauh darinya. Namun, langkahnya dihalang oleh Daehyun yang masih menggila.

“Kau nak buat apa? Nak jadi hero? Lelaki macam kau ni nak jadi hero? Pergi matilah ! Mari sini aku bunuh kau.” bentak Daehyun. Pisau tajam yang mempunyai kesan darah tadi masih dipegang kemas. Aileen semakin cemas melihat tingkah Daehyun itu.

“Apa yang kau nak? Apasal ganggu Aileen?” Jeonghan menyoal geram. Suaranya terketar-ketar. Mungkin sedang menahan kesakitan.

“Aku nak dia hidup menderita. Dia tak boleh bahagia kalau aku pun tak bahagia.” Daehyun berkata sebelum ketawa berdekah. Betis Jeonghan ditendang kasar sambil terus mengilai kuat.

“Jung Daehyun !” Aileen melaung memanggil nama Daehyun. Dia cuba untuk menyedarkan lelaki itu dari amukannya.

“Kau tengok sini, Aileen ! Suami gay kau ni, aku akan bunuh depan mata kau ! Biar kau menderita sampai kau mati. Biar kau mati tak tenang. HAHAHAHA !” suara Daehyun memenuhi ruang rumah itu. Sekali lagi, pisau di tangannya singgah ke tubuh Jeonghan. Kali ini di bahu sebelah kanan.

“Daehyun ! Apa kau buat ni.”

Jeonghan menekup bahunya yang terasa perit. Tangannya mula basah dengan darahnya sendiri. Lelaki itu sudah tak mampu menahan kesakitan yang dirasakan. Tubuhnya lemah. Jeonghan pasrah. Bila-bila masa saja, pisau di tangan bekas kekasih isterinya itu akan menikam dada atau mungkin mengelar lehernya. Jeonghan cuba untuk melawan namun dalam keadaannya yang begitu, dia tak termampu.

“Lari, Aileen ! Lari.” pinta Jeonghan kepada isterinya. Biarlah dia saja yang menjadi pengganti Aileen sebagai mangsa Daehyun. Dia akan buat apa saja asalkan isterinya itu selamat. Walaupun dia lemah dan tak pandai melawan, dia akan berjuang juga demi Aileen. Demi orang yang dia cintai.

“Diam !” Daehyun mengamuk. Geramnya pada Jeonghan semakin membuak-buak. Tubuh Jeonghan yang tersandar lemah di kabinet dapur itu sekali lagi ditendangnya. Kemudian, muka Jeonghan ditumbuk bertubi-tubi sepuas hatinya.

“Dah la tu, Daehyun ! Jangan cederakan Jeonghan lagi ! Berhenti !” rayu Aileen. Dia mendekati Daehyun dan mencengkam kaki pemuda itu dengan kedua belah tangannya. Aileen dah tak sanggup lagi melihat Jeonghan terseksa.

Daehyun menghela nafas perlahan. Tangisan Aileen yang memeluk batang kakinya membuatkan dia berhenti seketika. Lelaki itu meraup muka dengan telapak tangan yang membuatkan kesan darah dari tangan turut melekat ke mukanya. Dijelingnya Aileen dengan ekor mata.

“Kau nak aku berhenti? Hah?”

“Tolong…Jeonghan tak salah apa-apa. Jangan cederakan dia.” rayu Aileen bersungguh-sungguh. Luluh jantungnya melihat keadaan Jeonghan yang sudah seakan separuh nyawa itu.

“Tak salah? Dia ambil kau dari aku ! Lelaki gay ni, ambil kau dari aku ! Aku takkan kalah dengan lelaki macam dia ni ! Takkan !” tempik Daehyun.

“Tapi kau yang putuskan hubungan kita dulu ! Kau dah lupa? Kenapa sekarang kau nak salahkan orang?” balas Aileen meluru. Bengang dengan kata-kata Daehyun yang seakan menyalahkan dia dan Jeonghan walhal semua berpunca dari dirinya sendiri.

“Diam ! Aku tak nak dengar semua tu !”

Jeritan Daehyun bergema lagi. Kali ini, seiring dengan raungan Jeonghan yang kesakitan. Pisau tajam yang digenggam oleh Daehyun membenam perut Jeonghan membuatkan darah membuak keluar tanpa henti. Pandangan Jeonghan mula berbalam dan akhirnya, dia rebah tak sedarkan diri.

“Jeonghan !”

Aileen merapati tubuh suaminya lantas Jeonghan dibawa ke pangkuan. Tangisan Aileen semakin kuat kedengaran. Daehyun yang ketawa berdekah-dekah di hadapannya sudah tak dipedulikan.

“Bangun Jeonghan, bangun.” pipi Jeonghan ditampar lembut untuk menyedarkan suaminya itu. Perlahan-lahan, Jeonghan membuka matanya sedikit. Bibirnya terketar-ketar sambil cuba menyampaikan sesuatu.

“J…jan..jangan ta..takut. N..nanti po..polis datang. Saya…d..dah…c..call..tadi.”

Aileen terkedu. Wajah pucat Jeonghan direnungnya sambil teresak-esak menangis.

“Kenapa Jeonghan? Kenapa awak sanggup buat macam ni?”

“Se..seb..sebab…sa..saya…say..sayang..awak.” sejurus selepas menuturkan ayat itu, Jeonghan akhirnya kembali terpejam dan tak sedarkan diri. Tubuhnya terkulai di pangkuan Aileen yang meraung kuat.

“Jeonghan !”

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 10: Cliche pun best T.T suka cara penulisan kau ♡

/pegi cari story kau yg lain/
whitelove
#2
Chapter 9: Sinetron sgttttt xD
whitelove
#3
Chapter 6: Omg dah agak x'D

Btw nak suami mcm jeonghan kno
whitelove
#4
Chapter 3: Aku ingat nk komen kat last chapter. Tp rasa mcm tkleh thn lak hahahaha
Jeonghan is my bias T.T ♡ this is perfect . Curious lak apa kaitan jisoo ngn jeonghan ni hmmm /wriggles eyebrows/
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 10: Cite awk best sgt !! Daebak lh author nim !! Sy hrp awk akn buat lbih byk cite yg mnarik mcm ni... ~ :)
hjkyung #6
Chapter 11: Cliche cliche pon, pelik pelik pon, best sangat awaaakkkkkk. Plot cite yg sangat menarik. You re my fav author now. Im always rooting for youuu. I heart youu♥♥♥
Didie_BTS #7
Chapter 10: WaaaaaaTT huhu Mula mula mmg kesian Aileen mesti dia rase menyesal gile mase tu. Jisoo you a savior T-T nasib bail ad Jisoo huhu. Kisah cinta terlarang diorang sedih dan agak menakutkan haha. Akhirnye diorang bahagia :') terima kasih kepada Jisoo yang menyelesaikan salah faham mereka dan tahniah kepada girlfriend baru anda haha. Authornim Awesome! Tak pernah tak best citer authornim T-T tidal dpat disangkal lagi authiornim mmg berbakat huhu. Dua chap terakhir membuatkan saya menangis huhu. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menamatkan story ni! Teruskan perjuangan dalam menulis fanfic saya sentiasa akan menyokong authornim! Haha
aquariusxpisces
#8
Chapter 11: Laa.... Tak bercinta lagi rupanya hohohoXD
aquariusxpisces
#9
Chapter 10: Omg sweetnya.... Dah beberapa kali menangis ketawa bila baca fic ni XD Tapi entah kenapa rasa down bila Jeonghan masih hidup hahaahahaXD
starlightkim_
#10
Chapter 11: Akhirnya Aileen dan jeonghan bahagia jugak.menyampah betul dengan daehyun tu..tetapi dia hensem so tak boleh nak bencikan dia..haha... Saya ingatkan jisoo dengan aster tu betul-betul bercinta rupanya....takpe,mungkin akan jadi kenyataan. Akan ku tunggu saat itu.Nice job authornim