0.5

My House Husband
Please Subscribe to read the full chapter

~0.5~

 

Suasana coffee shop Jeonghan sunyi sepi. Jam sudah hampir menginjak ke pukul sembilan. Suasana kedai agak gelap dan suram kerana Jeonghan hanya menghidupkan beberapa lampu di hadapan dan juga di dapur. Hari ni, dia tutup kedai lebih awal. Pekerja-pekerjanya semua sudah pulang selepas berkemas tadi. Kini hanya tinggal dia bersama secawan kopi panas sedang merenung ke luar dinding kaca mengenangkan sesuatu.

Pertemuan dengan Jisoo tengah hari tadi masih mengganggu fikiran Jeonghan. Macam mana? Bagaimana? Dan kenapa? Bermacam-macam benda bermain dalam minda lelaki itu. Melihat Jisoo tadi, Jeonghan tak dapat mengelak dari mengenangkan masa lalunya. Masa lalunya yang dibencinya.

 

“Kau tahu kan aku suka kau lebih dari seorang kawan. Aku rasa ini cinta.”

“Aku tahu. Aku pun rasa benda yang sama.”

“Betul ke apa yang kita rasa ni?”

“Kita tak boleh halang perasaan kita ni. Kita boleh tipu semua orang tapi bukan diri sendiri.”

“Tapi…kau dan aku. Tak boleh ada cinta antara kita. Itu salah.”    

 

Tok ! Tok !

Jeonghan yang jauh mengelamun sambil menongkat dagu tersentak. Matanya yang memaku pada rintik-rintik hujan di luar cermin kedai segera beralih mencari dari mana datangnya bunyi ketukan tadi.

Aileen melambai ke arah Jeonghan sambil tersenyum. Isterinya itu sekali lagi mengetuk cermin yang memisahkan mereka berdua sambil terus melambai. Sebelah tangannya memegang payung bagi melindungi diri dari terkena air hujan dan sebelah tangan lagi melekap di cermin. Dia mengisyaratkan agar Jeonghan membuka pintu kedai yang dikunci dari dalam.

Jeonghan terpempan seketika. Dia dah pesan supaya Aileen jangan datang tapi nampaknya si isteri masih berdegil. Wajah ceria Aileen yang masih melambai dipandang lama. Cuaca hujan di luar langsung tak menghalang isterinya itu untuk berdiri dan terus tersenyum ke arahnya.

“Aileen, kalau awak tahu tentang saya, boleh ke awak terus senyum macam ni?” soal Jeonghan perlahan. Soalan itu diluahkan kepada Aileen meskipun isterinya tak dapat mendengar kerana cermin yang menjadi penghalang.

Aileen masih berdiri di luar kedai milik Jeonghan. Lelaki itu sudah bangun dari tempat duduknya untuk membukakan pintu.  Sejak tadi, Aileen perasan sesuatu. Sesuatu yang lain pada Jeonghan. Wajah Jeonghan tampak keruh seperti sedang menghadapi masalah. Saat pintu coffee shop milik Jeonghan dibuka dari dalam, segera kakinya melangkah menghampiri suaminya itu.

“Awak kata awak balik lambat, kenapa kedai dah tutup?” soal Aileen kepada Jeonghan.

“Saya ada hal.” pendek suaminya menjawab membuatkan Aileen kehairanan. Suara Jeonghan juga mendatar dan wajahnya tak beriak. Jeonghan masuk ke dalam dan duduk semula di tempatnya tadi. Dia masih terasa hati dengan Aileen disebabkan peristiwa siang tadi. Sampai hati isterinya tak perasan kehadiran dia dan keluar dengan lelaki lain. Jeonghan kecewa. Cawan yang berisi kopi dicapai dan diteguk seketika. Aileen mengekori langkah Jeonghan dan mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan suaminya itu.

Suasana sunyi sepi. Jeonghan merenung ke luar manakala Aileen mencuri-curi pandang ke arah suaminya itu.

“Kenapa?” soal Jeonghan pendek. Dari tadi dia perasan yang Aileen memandangnya dengan pandangan yang pelik. Dia tahu, mesti Aileen sedar akan perubahan sikapnya yang tiba-tiba jadi diam. Biarlah. Dia memang tak ada mood sekarang ni.

“Kenapa apa?” kening Aileen bertaut.

“Kenapa awak datang sini jugak? Saya kan suruh awak balik terus.”

“Tak lah. Awak mesej cakap jangan datang je. Awak tak suruh saya balik ke rumah terus jadi ikut suka saya la saya nak ke mana.” Aileen saja nak bergurau. Namun, gurauan seakan hambar bila Jeonghan tayang muka kosong tanpa riak kepadanya. Aileen menghela nafas perlahan. Marah ke? Ini kali pertama Jeonghan buat perangai pelik. Dah kenapa? Takkan la lelaki pun ada mood datang bulan? Mustahil !

Suasana diam semula. Aileen tiba-tiba rasa janggal. Jeonghan seakan tak mempedulikannya. Suaminya itu terus menerus menongkat dagu dan termenung memandang ke arah luar. Hujan masih turun renyai-renyai di luar sana. Malam itu agak dingin dan Aileen mula terasa tubuhnya kesejukan. Sesekali, dia memeluk tubuh bagi menghangatkan badan. Jeonghan perasan kelakuan Aileen itu lantas bangkit dari tempat duduknya. Dia menuju ke arah dapur.

Aileen termangu di situ. Kelibat Jeonghan yang berlalu ke dapur dipandang sebelum mengeluh. Seketika, Aileen cuba mengimbas sesuatu. Mencari kesilapan-kesilapan yang mungkin dia ada buat sehingga Jeonghan jadi sebegitu namun puas dia fikir, dia masih tak jumpa jawapannya.

“Nah, minum hot chocolate ni. Panas sikit. Minum elok-elok.” entah bila masa pula si Jeonghan ni datang balik, Aileen pun tak pasti. Dah jadi ninja pula suaminya itu. Sekelip mata saja muncul. Mug berwarna merah hati diletakkan di hadapan Aileen. Hot chocolate yang masih berasap nipis terisi di dalam mug cantik itu. Perlahan-lahan, Aileen menarik mug itu dekat padanya. Bau coklat yang nyaman menusuk masuk ke dalam hidung membuatkan Aileen tersenyum suka. Jeonghan memerhatikan isterinya dalam diam.

Aileen terus diperhatikan oleh Jeonghan. Segala tingkah Aileen dipandangnya tanpa berkelip. Isterinya itu meniup perlahan hot chocolate tadi sebelum disisip ke bibir dengan penuh berhati-hati. Tiba-tiba, Aileen terpandang Jeonghan. Suaminya itu berpura-pura memandang ke arah lain

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 10: Cliche pun best T.T suka cara penulisan kau ♡

/pegi cari story kau yg lain/
whitelove
#2
Chapter 9: Sinetron sgttttt xD
whitelove
#3
Chapter 6: Omg dah agak x'D

Btw nak suami mcm jeonghan kno
whitelove
#4
Chapter 3: Aku ingat nk komen kat last chapter. Tp rasa mcm tkleh thn lak hahahaha
Jeonghan is my bias T.T ♡ this is perfect . Curious lak apa kaitan jisoo ngn jeonghan ni hmmm /wriggles eyebrows/
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 10: Cite awk best sgt !! Daebak lh author nim !! Sy hrp awk akn buat lbih byk cite yg mnarik mcm ni... ~ :)
hjkyung #6
Chapter 11: Cliche cliche pon, pelik pelik pon, best sangat awaaakkkkkk. Plot cite yg sangat menarik. You re my fav author now. Im always rooting for youuu. I heart youu♥♥♥
Didie_BTS #7
Chapter 10: WaaaaaaTT huhu Mula mula mmg kesian Aileen mesti dia rase menyesal gile mase tu. Jisoo you a savior T-T nasib bail ad Jisoo huhu. Kisah cinta terlarang diorang sedih dan agak menakutkan haha. Akhirnye diorang bahagia :') terima kasih kepada Jisoo yang menyelesaikan salah faham mereka dan tahniah kepada girlfriend baru anda haha. Authornim Awesome! Tak pernah tak best citer authornim T-T tidal dpat disangkal lagi authiornim mmg berbakat huhu. Dua chap terakhir membuatkan saya menangis huhu. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menamatkan story ni! Teruskan perjuangan dalam menulis fanfic saya sentiasa akan menyokong authornim! Haha
aquariusxpisces
#8
Chapter 11: Laa.... Tak bercinta lagi rupanya hohohoXD
aquariusxpisces
#9
Chapter 10: Omg sweetnya.... Dah beberapa kali menangis ketawa bila baca fic ni XD Tapi entah kenapa rasa down bila Jeonghan masih hidup hahaahahaXD
starlightkim_
#10
Chapter 11: Akhirnya Aileen dan jeonghan bahagia jugak.menyampah betul dengan daehyun tu..tetapi dia hensem so tak boleh nak bencikan dia..haha... Saya ingatkan jisoo dengan aster tu betul-betul bercinta rupanya....takpe,mungkin akan jadi kenyataan. Akan ku tunggu saat itu.Nice job authornim