0.9

My House Husband
Please Subscribe to read the full chapter

~0.9~

 

 

“Awak nak hidup happily ever after dengan saya ke?”

“Ye lah ! Happily ever after.”

“Janji ni?”

“Janji.”

 

Aileen duduk berteleku di kerusi yang tersedia di ruang menunggu sendirian. Hatinya masih resah menanti. Pelbagai perkara mengganggu fikirannya. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Sesekali, dia mengimbas segala kenangan bersama Jeonghan sebelum ini. Air mata tanpa sedar mengalir lagi saat janjinya dengan Jeonghan di coffee shop dulu diimbas kembali. Aileen kesal. Janji mereka itu kini hanya tinggal kenangan. Tiada lagi ‘happily ever after’ yang bakal mereka kecapi.

 

“Saya tak boleh terima masa lalu awak ! Menjengkelkan ! Saya tak boleh terima yang awak ni gay ! Saya benci awak. Awak ni menjengkelkan !”

“Kesilapan yang paling besar yang pernah saya buat dalam hidup saya adalah berkahwin dengan awak. Saya memang bodoh ! Berkahwin dengan seorang gay memang keputusan yang paling bodoh pernah saya buat !”

“Pergi dari hidup saya ! Saya dah tak nak tengok muka awak. Kita patut berpisah.”

 

Kata-katanya pada Jeonghan tempoh hari juga kembali terngiang di kepala. Aileen mengetap bibir sambil menahan tangis. Dia menyesal. Sangat-sangat menyesal.

“Bodohnya aku…” gumam nya sendirian.

 

“Ya ! Saya mengaku. Saya mengaku yang saya gay. Tapi itu dulu Aileen. Itu semua masa lalu saya. Saya dah berubah. Saya cuma cinta dan sayangkan awak sekarang ni.”

“Saya akan cuba jadi suami terbaik untuk awak.”

“Saya sayangkan awak.”

 

Kali ini, Aileen tak dapat menahan lagi. Air matanya mengalir laju saat mengenangkan kata-kata Jeonghan. Dia mengaku. Dia dah buat kesilapan besar. Kesilapannya adalah tak memberikan peluang kedua untuk suaminya itu. Aileen kesal. Kesal dengan diri sendiri.

Jeonghan sangat sayangkan dia walaupun dah bermacam-macam maki hamun yang keluar dari mulut Aileen sendiri. Dia dah menghina masa lalu Jeonghan dan cuba membuang lelaki itu dalam hidupnya namun Jeonghan masih mencintai dan sanggup mengorbankan diri untuk melindungi isterinya itu. Aileen menyesal dengan semua yang terjadi.

 

“Aileen.”

 

Seseorang muncul di sebelah Aileen dan menegurnya. Aileen yang menunduk perlahan-lahan menoleh. Jisoo yang terpacak di sebelahnya dipandang dan dia mengangguk tanda membalas sapaan Jisoo. Lelaki itu mengambil tempat di kerusi kosong bersebelahan Aileen sebelum mengeluh lemah.

Suasana hening seketika. Baik Jisoo mahupun Aileen langsung tak bercakap. Sesekali, Aileen mencuri pandang ke arah wajah pucat Jisoo. Lelaki itu nampak keletihan. Rasa serba salah mula menjengah.

“Terima kasih.” setelah lama berdiam diri, akhirnya Aileen mengambil keputusan untuk memulakan bicara. Jisoo menoleh ke arahnya dengan muka yang tak beriak.

“Terima kasih sebab sudi dermakan darah untuk Jeonghan.”tambah Aileen lagi. Kemunculan Jisoo sewaktu mereka sekeluarga sedang kalut memikirkan jalan penyelesaian untuk menyelamatkan Jeonghan itu umpama satu anugerah. Lelaki itu adalah penyelamat. Jisoo penyelamat Jeonghan dan Aileen tak boleh nak menafikan kenyataan itu. Walaupun dia agak ralat kerana dia sendiri tak dapat membantu namun, jasa baik Jisoo sangatlah dihargai.

“Tak apa. Saya memang nak Jeonghan selamat. Saya pun sayangkan dia.”

Kata-kata Jisoo buat Aileen terkedu. Seketika, dia terkenang semula perbualan Jisoo dan Jeonghan yang dia curi dengar seminggu yang lalu. Kerana itulah, perkahwinan mereka mula goyah.

“Saya sebenarnya tak boleh terima kenyataan yang Tuan Jisoo pernah bercinta dengan suami saya tapi…”

Aileen berjeda seketika dan nafasnya dihela perlahan. Lelaki kacak di sebelahnya itu dikerling sekilas.

“Tapi saya akan cuba untuk terima kenyataan tu. Cinta tu subjektif kan? Apa hak saya nak halang perasaan orang? Saya cuma nak Jeonghan selamat dan sembuh semula. Itu saja. Saya tak kisah pun kalau kami terpaksa berpisah sebab semua ni. Saya akan terima. Satu saja saya minta, saya nak Jeonghan selamat dan teruskan hidup dia. Tak kisahlah dengan siapa pun…sama ada dengan Tuan ataupun dengan saya ataupun sesiapa saja yang boleh buat dia bahagia.” panjang lebar Aileen berkata. Sesekali, esakannya kedengaran.

Jisoo hanya diam dan memandang Aileen dengan pandangan yang sayu.

“Misalnya dia sedar dan dia pilih untuk teruskan cinta dia dengan Tuan, saya ok. Saya terima semuanya sebab Tuan lebih layak dari saya. Tuan boleh bahagia kan dia lebih dari saya. Saya bukan isteri yang baik untuk dia.” sambung gadis itu lagi. Air matanya diseka dengan belakang telapak tangan. Segan bila Jisoo lihat tangisannya.

“Kim Aileen, awak dah lupa sesuatu?” Jisoo bersuara setelah lama berdiam diri.

“Lupa apa?”

“Lupa yang Jeonghan tu lelaki? Saya pun lelaki. Macam mana kami nak bercinta?” Jisoo berkata sambil tersenyum janggal.

“Tapi kan…korang berdua…” Aileen memandang Jisoo dengan muka yang bingung. Kata-kata majikannya itu buat dia keliru.

“Memang kami gay. Tapi itu dulu. Sebelum Jeonghan jumpa cinta sejati dia.” Jisoo membalas.

Aileen terdiam mendengar kata-kata Jisoo itu. Wajahnya kelihatan bingung. Jisoo menghela nafas perlahan sebelum menyambung semula.

“Jeonghan tu, kalau dia dah sayangkan seseorang, dia akan sayang dengan bersungguh-sungguh. Dia takkan buat orang yang dia sayang tu sedih atau terluka. Dia juga takkan pernah tinggalkan orang yang disayang walau apa pun yang terjadi.”

“Maksud Tuan Jisoo?”

Jisoo menghadiahkan senyuman kepada Aileen sebelum membuka cerita.

“Beberapa tahun yang lalu, saya dipertemukan dengan Jeonghan sewaktu kami belajar di universiti yang sama. Kami mula rapat sejak kami menjadi roommate .Ke mana saja Jeonghan pergi, saya akan ikut. Kami tak boleh berpisah. Saya rasakan cuma Jeonghan yang faham dan betul-betul ikhlas berkawan dengan saya jadi, kami bersahabat baik.”

Aileen memandang Joshua tanda berminat dengan cerita lelaki itu.

“Sampai lah suatu ketika, kami berdua rasakan perasaan yang lain mula wujud antara kami. Kami sayang antara satu sama lain. Kami berdua tak mahu berpisah dan perasaan tu kami salah tafsirkan sebagai cinta. Sejak dari hari tu, kami mula bercinta. Walaupun tahu keburukannya tapi kami tetap degil. Heh, menggelikan tak?” Jisoo berjeda seketika. Aileen direnungnya sambil menarik senyum nipis.

“Suatu hari, ibu bapa kami dapat tahu hal ni. Suasana jadi kecoh. Mama Jeonghan sampai jatuh sakit sebab benda ni dan ibu bapa saya pula mengamuk. Kononnya, malu bila dapat tahu yang anak-anak mereka gay. Ok, mak ayah siapa yang tak malu kalau tahu anak dia songsang kan? Jadi, ibu bapa saya pun merancang banyak benda untuk pisahkan kami. Tuhan saja yang tahu betapa susahnya hubungan cinta terlarang kami dulu. Well, dah nama pun cinta terlarang kan?”

“Jadi? Apa yang berlaku seterusnya?” Aileen semakin berminat.

“Sebab tak nak Jeonghan semakin menderita, saya tinggalkan dia. Saya tinggalkan dia dan pergi ke Amerika untuk sambung belajar ke sana. Itu pun lepas dah puas kena paksa dengan ibu bapa saya. Ibu saya siap ugut nak bunuh diri kalau saya ingkar. Dia betul-betul bersungguh nak pisahkan kami berdua. Sebab tu lah, saya terpaksa pergi. Saya tinggalkan dia tanpa ucap selamat tinggal. Saya tahu, saya buat dia sedih.”

Jisoo mengeluh lagi. Telefon bimbitnya dipandang seketika sebelum kembali bercerita. Dia tahu Aileen masih ingin tahu kisah selanjutnya.

“Di Amerika, saya masih cuba untuk berhubung dengan Jeonghan. Dalam diam, saya minta pembantu peribadi saya intip dia. Dia yang banyak laporkan kepada saya tentang Jeonghan. Saya dapat tahu yang Jeonghan alami kemurungan lepas pemergian saya dan ibu dia hantar dia ke doktor psikiatri untuk sesi kaunseling. Saya tahu, Jeonghan mesti rasa terbeban dengan semua tu. Saya rasa serba salah dan ambil keputusan untuk terus putuskan hubungan dengan dia. Saya dah tak nak susahkan dia lagi. Sebab cinta terlarang ni, kami masing-masing terseksa.”

Kali ini, Aileen pula yang mengeluh. Terlalu banyak masa lalu Jeonghan yang dia masih tak tahu rupanya.

“Sampailah beberapa minggu yang lepas, kami jumpa balik dan saya dapat tahu yang Jeonghan dah beristeri. Jeonghan pun datang jumpa saya lepas pertemuan mengejut kami dan dia cakap nak selesaikan segala-galanya dengan saya.” Jisoo menyambung lagi dan Aileen setia mendengar.

“Dia dah ceritakan segala-galanya pada saya. Tentang keadaan dia lepas saya pergi ke Amerika, tentang permintaan mama dia yang nak kahwinkan dia dan juga tentang awak. Bagi Jeonghan, awak adalah keajaiban. Keajaiban dari Tuhan.” Jisoo meman

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 10: Cliche pun best T.T suka cara penulisan kau ♡

/pegi cari story kau yg lain/
whitelove
#2
Chapter 9: Sinetron sgttttt xD
whitelove
#3
Chapter 6: Omg dah agak x'D

Btw nak suami mcm jeonghan kno
whitelove
#4
Chapter 3: Aku ingat nk komen kat last chapter. Tp rasa mcm tkleh thn lak hahahaha
Jeonghan is my bias T.T ♡ this is perfect . Curious lak apa kaitan jisoo ngn jeonghan ni hmmm /wriggles eyebrows/
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 10: Cite awk best sgt !! Daebak lh author nim !! Sy hrp awk akn buat lbih byk cite yg mnarik mcm ni... ~ :)
hjkyung #6
Chapter 11: Cliche cliche pon, pelik pelik pon, best sangat awaaakkkkkk. Plot cite yg sangat menarik. You re my fav author now. Im always rooting for youuu. I heart youu♥♥♥
Didie_BTS #7
Chapter 10: WaaaaaaTT huhu Mula mula mmg kesian Aileen mesti dia rase menyesal gile mase tu. Jisoo you a savior T-T nasib bail ad Jisoo huhu. Kisah cinta terlarang diorang sedih dan agak menakutkan haha. Akhirnye diorang bahagia :') terima kasih kepada Jisoo yang menyelesaikan salah faham mereka dan tahniah kepada girlfriend baru anda haha. Authornim Awesome! Tak pernah tak best citer authornim T-T tidal dpat disangkal lagi authiornim mmg berbakat huhu. Dua chap terakhir membuatkan saya menangis huhu. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menamatkan story ni! Teruskan perjuangan dalam menulis fanfic saya sentiasa akan menyokong authornim! Haha
aquariusxpisces
#8
Chapter 11: Laa.... Tak bercinta lagi rupanya hohohoXD
aquariusxpisces
#9
Chapter 10: Omg sweetnya.... Dah beberapa kali menangis ketawa bila baca fic ni XD Tapi entah kenapa rasa down bila Jeonghan masih hidup hahaahahaXD
starlightkim_
#10
Chapter 11: Akhirnya Aileen dan jeonghan bahagia jugak.menyampah betul dengan daehyun tu..tetapi dia hensem so tak boleh nak bencikan dia..haha... Saya ingatkan jisoo dengan aster tu betul-betul bercinta rupanya....takpe,mungkin akan jadi kenyataan. Akan ku tunggu saat itu.Nice job authornim