0.1

My House Husband
Please Subscribe to read the full chapter

 

~0.1~

 

 

Aileen berdiri di sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur rumahnya sambil memerhatikan gelagat seseorang yang dari tadi sibuk ke hulu ke hilir di dapur. Bukan dia tak mahu terus masuk ke bahagian dapur dan menyapa insan itu cuma entah kenapa, hari ni dia nak perhatikan lelaki itu dari jauh terlebih dahulu.

Tanpa sedar, dah genap sebulan dia dan lelaki bernama Yoon Jeonghan itu menjadi suami isteri. Semuanya berjalan dengan lancar dan mereka hidup dalam keadaan yang normal. Aileen menjalankan hidup dengan selesa dan dia rasakan yang hidupnya tak banyak berubah walaupun status dia yang selama ini loner tegar dah berubah menjadi isteri orang. Bagi Aileen, dia suka dengan hidupnya yang sederhana ini. Jeonghan seorang yang sederhana. Lelaki itu tinggal di rumah yang sederhana tapi menyenangkan, memiliki sebuah coffee house yang sederhana tapi menyeronokkan dan perwatakan Jeonghan juga sederhana. Kadang-kadang baik dan ada kalanya, annoying. Orangnya memang sederhana. Humble. Cuma kalau tentang rupa paras Jeonghan, Aileen rasa itu lebih dari sederhana walaupun Jeonghan sendiri kata dia biasa-biasa saja. Kan dah kata dia humble.

Aileen terkejut masa pertama kali dia jumpa dengan Jeonghan. Rasa macam hero manga Jepun yang dia selalu baca keluar dari komik dan muncul depan mata sendiri. Kacaknya bukan main. Rambut Jeonghan cantik sama cantik dengan kulit wajahnya. Pretty boy. Flower boy. Itu antara gelaran yang Aileen rasa sesuai dengan Jeonghan. Tapi, itu bukan sebab utama dia terima Jeonghan sebagai suami dan setuju untuk berkahwin dengan dia.

Sebab utama dia kahwin dengan Jeonghan adalah kerana tekanan dari keluarga dan kawan-kawan. Aileen dah tak tahan nak hadap soalan tipikal yang sering diajukan kepadanya itu. Lagipun, sedikit sebanyak dia rasa tercabar bila kawan-kawan serta saudara maranya makin lama makin ramai yang dah kahwin. Dia tak mahu termasuk dalam kelompok yang terlambat. Baginya, itu sangat memalukan dan Aileen nak menjaga maruahnya. Jadi, cadangan ibunya untuk menyatukan dia dengan Jeonghan yang merupakan anak kawan baik Puan Kim itu diterima dengan perasaan dan fikiran yang bercampur baur.

 

“Saya tahu kita tak pernah kenal sebelum ni dan kita langsung tak pernah bercinta. Saya faham kalau awak perlukan masa untuk terima semua ni sebab saya pun perlukan masa juga. Saya perlukan masa untuk biasakan diri dan kenal hati budi awak. Awak pun sama kan?”

 

Terngiang-ngiang pula kata-kata Jeonghan sewaktu hari pertama mereka berkahwin tempoh hari. Ya ! Mereka berdua perlukan masa untuk biasakan diri. Perlukan masa untuk mengenali diri masing-masing dan juga perlukan masa untuk belajar mencintai antara satu sama lain. Sampai bila? Baik dia mahupun Jeonghan, dua-dua tak tahu jawapannya. Just follow the flow. Itu konsep yang mereka berdua dah saling persetujui. Step by step. Love will come.

“Oit, kenapa berdiri macam patung kat situ? Breakfast dah siap. Nak makan?” suara Jeonghan mematikan lamunan panjang Aileen. Isterinya itu terkebil-kebil seketika sebelum berpura-pura sibuk membetulkan rambut yang menutupi dahi. Jeonghan menghadiahkan segaris senyuman buat Aileen. Aileen nampak cantik di matanya. Pandai betul Mama pilih menantu. Bukan calang-calang orang. Berkerjaya dan bergaya. Bagi Jeonghan, isterinya itu grade A+ cuma…

Aileen bukan macam tipikal perempuan yang orang lelaki idamkan. Orangnya cemerkap dalam hal-hal rumah tangga dan Jeonghan rasa dia lebih baik. Bukan nak riak cuma itu kenyataan. Jeonghan dah observe sejak sebulan yang lalu. Jarang sangat nak tengok Aileen masuk dapur. Balik kerja pun lewat malam. Bila masa nak memasak? Hujung minggu pula dia gunakan untuk tebus lima hari waktu kerjanya dengan berehat jadi Jeonghan la yang uruskan hal-hal rumah. Kadang-kadang Aileen cuba untuk membantu tapi Jeonghan tak sampai hati pula nak biarkan. Nanti ada saja yang tak kena. Aileen dah tiga kali masak nasi hangit sejak mereka berkahwin. Jadi…umm.

Jeonghan sebenarnya tak kisah pun. Lambat laun Aileen akan belajar dan pasti akan jadi cekap. Jeonghan akan cuba bimbing dia sebaik mungkin. Lagipun, mereka berdua masih dalam proses untuk kenal dan biasakan diri.

“Awak !”

Kali ni, Aileen pula yang membunuh lamunan Jeonghan. Lelaki itu tersentak lantas beralih pandang pada si isteri yang dah tercegat di meja makan.

“Apa?” soal Jeonghan seraya membuka apron yang dipakainya. Apron itu disangkut ke kepala kerusi sambil tangan mencapai kotak susu. Susu dituang ke dalam gelas dan dihulurkan ke arah Aileen.

“Awak masak apa?” soal Aileen mengulangi pertanyaannya buat kali ketiga. Dua kali tanya tapi Jeonghan diam. Hanyut entah ke mana.

“Sandwich dengan telur dadar. Awak nak saya bungkuskan untuk bawak ke office ke?” soal Jeonghan sebelum melabuhkan punggung di depan Aileen yang terlebih dahulu sudah duduk dan meneguk susu yang dituang Jeonghan tadi.

Aileen diam seketika sambil memikirkan pertanyaan Jeonghan. Kemudian, dia menggeleng.

“Tak rasa macam nak makan sandwich pun untuk lunch nanti.” getus Aileen sebelum memasukkan sekeping sandwich ke dalam mulut. Jeonghan turut melakukan pe

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 10: Cliche pun best T.T suka cara penulisan kau ♡

/pegi cari story kau yg lain/
whitelove
#2
Chapter 9: Sinetron sgttttt xD
whitelove
#3
Chapter 6: Omg dah agak x'D

Btw nak suami mcm jeonghan kno
whitelove
#4
Chapter 3: Aku ingat nk komen kat last chapter. Tp rasa mcm tkleh thn lak hahahaha
Jeonghan is my bias T.T ♡ this is perfect . Curious lak apa kaitan jisoo ngn jeonghan ni hmmm /wriggles eyebrows/
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 10: Cite awk best sgt !! Daebak lh author nim !! Sy hrp awk akn buat lbih byk cite yg mnarik mcm ni... ~ :)
hjkyung #6
Chapter 11: Cliche cliche pon, pelik pelik pon, best sangat awaaakkkkkk. Plot cite yg sangat menarik. You re my fav author now. Im always rooting for youuu. I heart youu♥♥♥
Didie_BTS #7
Chapter 10: WaaaaaaTT huhu Mula mula mmg kesian Aileen mesti dia rase menyesal gile mase tu. Jisoo you a savior T-T nasib bail ad Jisoo huhu. Kisah cinta terlarang diorang sedih dan agak menakutkan haha. Akhirnye diorang bahagia :') terima kasih kepada Jisoo yang menyelesaikan salah faham mereka dan tahniah kepada girlfriend baru anda haha. Authornim Awesome! Tak pernah tak best citer authornim T-T tidal dpat disangkal lagi authiornim mmg berbakat huhu. Dua chap terakhir membuatkan saya menangis huhu. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menamatkan story ni! Teruskan perjuangan dalam menulis fanfic saya sentiasa akan menyokong authornim! Haha
aquariusxpisces
#8
Chapter 11: Laa.... Tak bercinta lagi rupanya hohohoXD
aquariusxpisces
#9
Chapter 10: Omg sweetnya.... Dah beberapa kali menangis ketawa bila baca fic ni XD Tapi entah kenapa rasa down bila Jeonghan masih hidup hahaahahaXD
starlightkim_
#10
Chapter 11: Akhirnya Aileen dan jeonghan bahagia jugak.menyampah betul dengan daehyun tu..tetapi dia hensem so tak boleh nak bencikan dia..haha... Saya ingatkan jisoo dengan aster tu betul-betul bercinta rupanya....takpe,mungkin akan jadi kenyataan. Akan ku tunggu saat itu.Nice job authornim