0.0

My House Husband
Please Subscribe to read the full chapter

~ 0.0~

 

Dalam waktu sehari ni, dah berapa kali Aileen dengar perkataan kahwin. Menyakitkan hati betul. Lebih menyakitkan hati lagi bila perkataan itu memang sengaja ditujukan khas buat dirinya yang masih bujang dan forever alone. Semua ini gara-gara sepupu rapatnya, Kim Yura yang mendirikan rumah tangga hari ini. Di majlis perkahwinan sepupunya itu, ahli keluarga yang lain seakan sengaja nak menyerangnya dengan soalan tipikal seperti…

 

“Yura dah kahwin. Aileen bila lagi?”

“Aileen, awak bila nak kahwin?”

“Aileen dah ada kekasih? Bila nak kahwin?”

 

Dan lain-lain lagi bentuk soalan yang membawa maksud sama cuma berbeza susunan dan nada. Aileen malas nak ingat soalan-soalan itu lagi. Bimbang mood dia yang tak berapa nak baik itu makin merosot.

Mana taknya? Aileen merupakan satu-satunya anak gadis dalam salasilah keluarga Kim yang masih belum mempunyai suami. Semua sepupu dan saudara perempuannya yang lain dah berpunya dan bahagia melayari alam rumah tangga. Ada yang dah beranak pinak dah pun. Sedangkan dia? Dia masih bersendirian dan buntu soal jodohnya.  Aileen sampaikan rasa nak pasrah. Biarlah dia membujang sampai ke tua !

Bukannya tak laku cuma sejak berpisah dengan kekasihnya, Daehyun beberapa tahun yang lalu, Aileen jadi tawar hati. Tawar hati dengan semua lelaki. Padanya, semua lelaki sama saja. Lagipun, Aileen rasa dia masih muda. 25 tahun. Masih muda dan ada banyak masa lagi untuk berkahwin kan?

 

“Aileen!”

Lamunan Aileen terhenti bila gegendang telinga menyapa suara seseorang yang memanggil. Tak lain tak bukan, ibu kesayangannya Puan Kim. Wanita separuh usia itu sejak tadi duduk di sebelah Aileen dan tersenyum kambing bila mendengar soalan ‘kegemaran’ ditujukan khas buat anaknya. Sesekali, Aileen dijeling tajam namun si gadisnya itu pura-pura tak nampak. Bertuah betul !

“Iya?” Aileen yang masih termangu-mangu menyoal.

“Nenek tanya, kamu bila lagi nak kahwin.” Puan Kim mengulang soalan ibu mertuanya itu. Dia yakin, Aileen pasti tak dapat menangkap soalan dari si tua itu. Anak perempuan dia yang sorang ni kadang-kadang kuat mengelamun dan boleh tahan pekak juga orangnya. Tambahan lagi, nenek Aileen itu memakai gigi palsu yang membuatkan dia susah untuk bercakap. Bukan saja susah untuk bercakap bahkan apabila dia bercakap, orang sekeliling juga susah untuk faham butir bicaranya. Ok ! Sampai di situ saja sesi mengutuk nenek Aileen.

Aileen membalas pandangan tajam ibunya.

“Bagi jawapan yang memuaskan hati.” – itu apa yang Aileen dapat tafsir dari pandangan ‘manja  bercampur maut’ ibunya lalu Aile

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 10: Cliche pun best T.T suka cara penulisan kau ♡

/pegi cari story kau yg lain/
whitelove
#2
Chapter 9: Sinetron sgttttt xD
whitelove
#3
Chapter 6: Omg dah agak x'D

Btw nak suami mcm jeonghan kno
whitelove
#4
Chapter 3: Aku ingat nk komen kat last chapter. Tp rasa mcm tkleh thn lak hahahaha
Jeonghan is my bias T.T ♡ this is perfect . Curious lak apa kaitan jisoo ngn jeonghan ni hmmm /wriggles eyebrows/
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 10: Cite awk best sgt !! Daebak lh author nim !! Sy hrp awk akn buat lbih byk cite yg mnarik mcm ni... ~ :)
hjkyung #6
Chapter 11: Cliche cliche pon, pelik pelik pon, best sangat awaaakkkkkk. Plot cite yg sangat menarik. You re my fav author now. Im always rooting for youuu. I heart youu♥♥♥
Didie_BTS #7
Chapter 10: WaaaaaaTT huhu Mula mula mmg kesian Aileen mesti dia rase menyesal gile mase tu. Jisoo you a savior T-T nasib bail ad Jisoo huhu. Kisah cinta terlarang diorang sedih dan agak menakutkan haha. Akhirnye diorang bahagia :') terima kasih kepada Jisoo yang menyelesaikan salah faham mereka dan tahniah kepada girlfriend baru anda haha. Authornim Awesome! Tak pernah tak best citer authornim T-T tidal dpat disangkal lagi authiornim mmg berbakat huhu. Dua chap terakhir membuatkan saya menangis huhu. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menamatkan story ni! Teruskan perjuangan dalam menulis fanfic saya sentiasa akan menyokong authornim! Haha
aquariusxpisces
#8
Chapter 11: Laa.... Tak bercinta lagi rupanya hohohoXD
aquariusxpisces
#9
Chapter 10: Omg sweetnya.... Dah beberapa kali menangis ketawa bila baca fic ni XD Tapi entah kenapa rasa down bila Jeonghan masih hidup hahaahahaXD
starlightkim_
#10
Chapter 11: Akhirnya Aileen dan jeonghan bahagia jugak.menyampah betul dengan daehyun tu..tetapi dia hensem so tak boleh nak bencikan dia..haha... Saya ingatkan jisoo dengan aster tu betul-betul bercinta rupanya....takpe,mungkin akan jadi kenyataan. Akan ku tunggu saat itu.Nice job authornim