0.4

My House Husband
Please Subscribe to read the full chapter

~0.4~

 

“Weh, kau dah tengok belum anak lelaki Tuan Hong yang baru balik dari luar negara tu? Katanya, dia akan ganti tempat bapak dia ambil alih syarikat ni.” Hanna, salah seorang kawan baik merangkap rakan sekerja Aileen menyoal. Aileen yang sedang leka menatap skrin komputer di tempat duduknya mengalihkan pandangan ke arah Hanna. Bersemangat sungguh Hanna bercerita. Gadis berambut blonde itu menjenguk keluar dari cubicle miliknya yang terletak di sebelah kiri Aileen untuk bersembang. Cubicle di sebelah kanan Aileen yang diduduki oleh Daehyun kosong sejak dari pagi tadi. Lega Aileen rasanya.

“Belum. Kau dah tengok?” Aileen menggeleng sebelum soalan yang sama ditujukan semula kepada Hanna. Hanna mengangguk laju.

“Kacak gila ! Bergaya ! Muda-muda dah pegang jawatan besar. Hebatnya.” pujian melambung diberikan kepada anak lelaki Tuan Hong merangkap bakal bos baru mereka itu. Mata Hanna bersinar-sinar menceritakan tentang lelaki tersebut. Berkerut-kerut dahi Aileen membayangkan rupa paras orang yang diceritakan oleh Hanna itu.

“Aku jumpa dia masa dekat ground floor tadi. Masa dia masuk dalam bangunan ni tadi, semua orang terpaku tengok dia.” Hanna dah mula rangka scene drama. Aileen layankan saja.

“Dah dia anak Tuan Hong, mestilah orang pandang.” tungkas Aileen membuatkan Hanna menjulingkan matanya ke atas.

“Tapi aku rasa bukan sebab tu la. Aura dia tu yang semacam. Jatuh cinta aku dibuatnya.” balas Hanna membuatkan Aileen ketawa. Cepat betul si Hanna ni jatuh cinta. Hensem sangatkah anak lelaki majikannnya itu?

Mereka berdua rancak berbual sementara menunggu waktu rehat tiba.

“Alah Aileen, kau mesti la dah tak pandang anak Tuan Hong tu. Kau kan dah ada suami tercinta.” tutur Hanna membuatkan senyum Aileen tiba-tiba mekar.

“Kau tau tak apa.” Aileen berkata perlahan. Antara dengar tak dengar. Dia teringatkan Jeonghan. Entah apa la yang suaminya buat sekarang? Waktu rehat dah nak dekat, kan bagus kalau Jeonghan datang bawak makanan untuk dia. Bolehlah mereka habiskan waktu rehat bersama.

“Hye girls.”

Sedang Aileen dan Hanna rancak berborak tentang Jeonghan, Daehyun yang kelihatan baru balik dari menghadiri mesyuarat muncul dan duduk di tempatnya. Perbualan mereka berdua mula tergendala tatkala lelaki itu datang dan memerhatikan mereka. Nak menyibuk la tu ! Hanna tau sangat perangai Daehyun. Staff baru itu suka menganggu Aileen. Itu apa yang dia dah perhatikan selama ini.

“Eh, dah rehat la. Aileen, jom pergi makan.” pelawa Hanna seraya berkemas untuk keluar. Aileen menggeleng. Telefon bimbitnya dicapai dan nombor Jeonghan didail. Melihat tingkah Aileen membuatkan Hanna faham.

“Oh, kau nak lunch dengan suami kau eh?” perkataan suami sengaja ditinggikan. Saja dia nak tengok reaksi Daehyun yang mula nak menggatal dengan Aileen. Hanna yang tengok pun naik rimas.

Aileen mengangguk sambil tersenyum. Daehyun yang menjelingnya tak diendahkan. Lantaklah dia ! Nanti blah la tu. Dia melambai Hanna yang sudah keluar dari ruang pejabat sambil menunggu Jeonghan mengangkat telefonnya.

“Sibuk kot.” getus Aileen tatkala panggilannya tak diangkat. Dah masuk empat kali dia telefon dan Jeonghan masih tak menjawab. Akhirnya, Aileen mengalah.

“So? Nak lunch sekali dengan saya?”

Tersentak Aileen dibuatnya. Ada lagi mamat ni rupanya ! Ingatkan dah blah. Selalunya, kalau waktu rehat tiba, dia la orang yang terawal keluar. Aileen menghadiahkan pandangan tajam ke arah Daehyun. Lelaki itu seperti biasa, menayang senyuman menggoda. Dia masih tak berputus asa untuk memikat Aileen walhal dia dah nampak cincin perkahwinan yang tersarung di jari bekas kekasihnya itu.

“Tak.” pendek jawapan Aileen. Ringkas dan padat. Semoga Daehyun faham tapi malangnya tak.

“Come on, Aileen. Kenapa nak menyombong?”Daehyun mula memujuk.

“Bukan sombong lah.” Aileen malas nak layan. Dia memandang skrin telefon bimbitnya. Berharap yang Jeonghan akan menelefon semula namun sepi. Hanya notification tak penting saja yang masuk. Dia berpura-pura sibuk membaca mesej kerana malas nak melayan Daehyun yang miang tiba-tiba tu.

“Habis? Awak takut awak fall in love balik dengan saya? Sebab tu awak tak nak makan sekali?” sengaja Daehyun memancing Aileen. Dan taktiknya itu berjaya bila Aileen menoleh dan memandangnya dengan muka jengkel.

“Awak buat lawak ke? Fall in love dengan awak? Awak lupa ke yang saya dah kahwin?” balas Aileen dingin.

Daehyun tersenyum sinis. Kahwin tak kahwin. Apa yang dia nak mesti dia akan dapatkan. Dia tak puas hati melihat Aileen bahagia sedangkan dia masih sendirian. Beberapa tahun yang lalu, dia sangka yang Aileen akan menderita dan berduka tatkala dia putuskan hubungan mereka dulu. Rupanya, bekas kekasihnya itu dah move on dan dah jumpa pengganti terlebih dahulu sebelum dia. Daehyun tak puas hati !

“Habis tu? Ajak makan pun tak nak. Nampak sangat insecure. Awak masih tak boleh move on dari saya ke? Awak masih ada perasaan dekat saya?” sengaja Daehyun main-main dengan Aileen. Riak wajah Aileen yang menahan rasa geram membuatkan lelaki itu tersenyum menang.

“Apasal awak ni?” balas Aileen bengang.

“Tak ada la. Just kidding. Sorry…cuma kalau boleh saya nak berbaik dengan awak semula. I mean…as kawan. Tak salah kan?” tutur Daehyun dengan nada memujuk. Wajahnya serius memandang ke arah Aileen yang sudah berubah riak tatkala mendengar kata-katanya tadi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 10: Cliche pun best T.T suka cara penulisan kau ♡

/pegi cari story kau yg lain/
whitelove
#2
Chapter 9: Sinetron sgttttt xD
whitelove
#3
Chapter 6: Omg dah agak x'D

Btw nak suami mcm jeonghan kno
whitelove
#4
Chapter 3: Aku ingat nk komen kat last chapter. Tp rasa mcm tkleh thn lak hahahaha
Jeonghan is my bias T.T ♡ this is perfect . Curious lak apa kaitan jisoo ngn jeonghan ni hmmm /wriggles eyebrows/
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 10: Cite awk best sgt !! Daebak lh author nim !! Sy hrp awk akn buat lbih byk cite yg mnarik mcm ni... ~ :)
hjkyung #6
Chapter 11: Cliche cliche pon, pelik pelik pon, best sangat awaaakkkkkk. Plot cite yg sangat menarik. You re my fav author now. Im always rooting for youuu. I heart youu♥♥♥
Didie_BTS #7
Chapter 10: WaaaaaaTT huhu Mula mula mmg kesian Aileen mesti dia rase menyesal gile mase tu. Jisoo you a savior T-T nasib bail ad Jisoo huhu. Kisah cinta terlarang diorang sedih dan agak menakutkan haha. Akhirnye diorang bahagia :') terima kasih kepada Jisoo yang menyelesaikan salah faham mereka dan tahniah kepada girlfriend baru anda haha. Authornim Awesome! Tak pernah tak best citer authornim T-T tidal dpat disangkal lagi authiornim mmg berbakat huhu. Dua chap terakhir membuatkan saya menangis huhu. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menamatkan story ni! Teruskan perjuangan dalam menulis fanfic saya sentiasa akan menyokong authornim! Haha
aquariusxpisces
#8
Chapter 11: Laa.... Tak bercinta lagi rupanya hohohoXD
aquariusxpisces
#9
Chapter 10: Omg sweetnya.... Dah beberapa kali menangis ketawa bila baca fic ni XD Tapi entah kenapa rasa down bila Jeonghan masih hidup hahaahahaXD
starlightkim_
#10
Chapter 11: Akhirnya Aileen dan jeonghan bahagia jugak.menyampah betul dengan daehyun tu..tetapi dia hensem so tak boleh nak bencikan dia..haha... Saya ingatkan jisoo dengan aster tu betul-betul bercinta rupanya....takpe,mungkin akan jadi kenyataan. Akan ku tunggu saat itu.Nice job authornim