Ramah mesra katakoo

Naughty Kiss
Please Subscribe to read the full chapter

Jimin setia mengekori Rin ke tempat kerja mamanya. Jimin mendongak melihat perkataan yang terpacak besar di atas bangunan tersebut.

 

‘Tadika Bahagia Ever After’

 

Dia mengerutkan dahi. Nama tadika macam ni pun wujud ke?

 

“Jimin, cepatlah jom”

 

Panggil Rin lepas dia perasann Jimin takde kat meng-follow dia kat belakang. Mencecet Jimin berlari masuk.

 

Dia melihat sekeliling. Tadika ni nampak sangat ceria. Pelbagai hiasan yang comel-comel tergantung. Mereka berhenti di hadapan kelas yang tertulis ‘Snow White’.

 

Rin menoleh Jimin yang nampak macam curious sangat dari tadi.

 

“ni lah tempat kerja mama saya. Jom masuk”

 

Kata Rin dengan senyuman yang bisa membuatkan jantung Jimin berlubang sebabkan panahan cinta dari Rin. Cewahh

 

“mama!”

 

Rin berlari anak ke arah mamanya. Jimin terus tersenyum melihat kanak-kanak yang sedang sebuk melukis. Ada juga yang sedang bermain.

 

“haa, sampai pun. Lambatya”

 

Rin cuma tersengeh je. Jimin datang berdiri disebelah Rin sambil mata tak lepas dari melihat gelagat kanak-kanak.

 

“Aeri bawa kawan”

 

Mama menaikkan kening.

 

Kawan? Pelik pula dia, setahu dia anaknya lonely. Tak pernah pula dia bercerita pasal dia ada kawan baru. Lagi-lagi lelaki haa.

 

Oh, ada jugalah dia bercerita tapi cuma si Hyejin tu je. Perempuan.

 

“kawan?”

 

Rin mengangguk laju. Dia kebelakang sikit.

 

“ni Jimin, kawan Aeri”

 

Terang Rin tapi si Jimin ni masih lagi duk leka tengok bebudak tu semua.

 

“..Jimin”

 

Rin tarik baju Jimin sikit. Haa, barulah nak noleh. Ni bakal mak mentua hang ni.

 

“.err..ya?”

 

“ni mama saya”

 

Rin memberi isyarat mata pada Jimin suuh kenalkan diri. Nasib baik Jimin taklah bebal sangat.

 

“ohh..ehem, apa khabar makcik. Saya Park Jimin..err..kawan..Rin. Kita pernah jumpa haritu”

 

Dia ingat nak mengaku boifren tadi tapi tak jadilah sebab belum official. Cehh berangan. Confess pun belum.

 

“oh ye, senior Aeri kan? Mesti banyak tolong Aeri kat sekolah kan? Terima kasihlah sudi kawan dengan anak makcik ni. Dia ni susah sikit nak ajak bergaul. Almaklumlah dah biasa lonely”

 

Rin membulatkan matanya ke arah mama. Orang suruh berkenalan je, bukan mengata dia depan-depan.

 

Jimin senyum je dengar. Mata kejap kejap tengok Rin yang dah malu tu.

 

“noona!”

 

Jerit seorang kanak-kanak lelaki. Dia berlari lalu memeluk kaki Rin. Rin mencangkung dan tersenyum memandang kanak-kanak lelaki tersebut.

 

“Liam payne!”

 

Peh omputeh nama. One direction beb. Tanjat Jimin.

 

Budak tu berkerut tengok Rin.

 

“Jaeyoung lah noona!”

 

Rin ketawa.

 

“hahaha noona tahulah, takkanlah noona boleh lupa Jaeyoung noona ni. Eee comelnyeww!”

 

Rin mencubit pipi Jaeyoung. Tersenyum bahagia Jaeyoung. Kekasih hati ni.

 

“tengah buat apa? Melukis ke?”

 

Dia mengangguk.

 

“pergilah sambung, nanti noona datang eh”

 

Rin bangun dan bercakap sedikit dengan mama. Jaeyoung menoleh ke arah Jimin yang tak henti senyum dari sini. Jimin melambai ke arah Jaeyoung.

 

“hai~”

 

Sapa Jimin mesra dan teruja. Tapi malangnya , jelingan yang dia dapat. Berkerut Jimin tengok budak tu.

 

‘lu apehal doh? Wa kasi lu hai, lu kasi wa mata juling lu plak’

 

Dalam hati je Jimin. Jangan sampai terkeluar. Baru nak buat kawan, dapat musuh pulak.

 

Jaeyoung bergerak ke tempat duduknya. Dia memandang Jimin dengan pandangan menyemak-je-mamat-hensem-ni. Jimin mula buat muka dengan budak Jaeyoung ni.

 

‘nasib baik lu kecik lagi, kalau tak wa dah kasi penyepak dah kat muka lu’

 

Jimin berdialog sendiri dalam hati.

 

“jom”

 

Ajak Rin dan Jimin automatik tersenyum manis. Dia ikut Rin pergi ke arah meja Jaeyoung. Rin duduk di sebelah kiri Jaeyoung, Jimin di sebelah kanan. Jaeyoung memandang Jimin atas bawah, kemudian menarik kerusinya lebih dekat dengan Rin.

 

Sabor jelah Jimin. Tangan dah ringan ni.

 

Rin masih tak perasan akan situasi yang tegang antara Jimin dengan Jaeyoung, so, dia pun biasa jelah.

 

“Jaeyoung tengah buat apa ni?”

 

“Jaeyoung lukis otomen”

 

“ppfftt”

 

Jimin tahan ketawa melihat lukisan Jaeyoung. Mana ada otomen ada kepak, siap ada tongkat macam buk peri je. Macam dinosaur kena radio aktif adalah.

 

Serentak Rin dan Jaeyoung toleh ke arahnya.

 

“...cool”

 

Kata Jimin sepatah. Masih berusaha menahan gelak.

 

Jaeyoung dah tarik muka. Rin cuma menggeleng kepala.

 

“Jaeyoung sambung lukis, noona nak amik kertas lukisan. Nak lukis juga macam Jaeyoung”

 

Rin mencuit hidung Jaeyoung lalu pergi mengambil kertas lukisan.

 

Jimin tengok lagi sekali lukisan otoman radio aktif Jaeyoung. Lagi sekali dia tahan ketawa.

 

“ppfftt..hahaha..hadui, otomen? Nonsense”

 

Kata Jimin. Sengaja dia cakap kuat-kuat biar Jaeyoung dengar. Jaeyoung dah panas hati dengar kritikan Jimin.

 

“hyung ni kenapa? Kenapa ketawakan lukisan Jaeyoung? Kelakar sangat ke?”

 

Ohh, pandai berkata-kata budak ni. Jimin tersenyum sinis.

 

“apesal? Terasa ke aku gelak tadi?”

 

Kalau Jaeyoung tak berlagak hanat tadi, mungkin ‘Jimin yang ni’ tak muncul.

 

Jaeyoung buat muka marah. Pipinya kembung.

 

“eleh, marah? Ingat aku takut? Fight ah jom”

 

Ajak Jimin yang memang tak berapa waras sekarang ni. Jimin, sila bawa bertendang kalau hang tak nak ditendang dari tadika ni.

 

“okay, nah Jimin awak punya”

 

Rin hulur sehelai kertas lukisan pada Jimin. Nasib baik Rin sampai cepat, kalau tak dah terbalik agaknya tadika ni.

 

“mekaceh”

 

Kata Jimin sengaja dipelatkan. Rin yang dengar mula tersenyum malu.

 

Jaeyoung pulak nak muntah hijo dah kat situ.

 

“okay, noona nak lukis otomen jugak macam Jaeyoung”

 

“hyung pun nak lukis juga otomen macam Jaeyoung”

 

Sengaja Jimin acting baik, lepastu dia toleh Jaeyoung yang dari tadi duk jeling dia.

 

“eee, kenapa mata tu? Sakit mata ke?”

 

Kata Jimin tiba-tiba. Laju Rin melihat mata Jaeyoung.

 

“kenapa? Jaeyoung sakit mata ke? Yang mana?”

 

Jaeyoung geleng kepala. Rin buat muka pelik lepastu dia pandang Jimin.

 

“iyee, tadi mata dia macam ni haa”

 

Jimin buat macam Jaeyoung buat tadi. Jeling je pon. Alhasil, Rin ketawa pulak sebab Jimin nampak comel dan so funny lah.

 

“awak ni..apalah”

 

Rin sambung melukis. Jimin tersenyum menang. Dia menoleh lagi Jaeyoung yang tak puas hati tu. Jimin menjongketkan kening.

 

Lagi sekali budak tu menjeling. Jimin menjegilkan matanya. Dah macam nak terkeluar dah mata tu.

 

“eh hyung! Mata hyung nak terkeluar!”

 

Kata Jaeyoung pula. Rin sekali lagi mengangkat muka memandang Jimin yang dah muka innosen tu.

 

“em? Mata hyung nak terkeluar? Takde pun. Okay je”

 

Kata Jimin sambil bermain dengan matanya. Rin pandang Jimin dan Jaeyoung pelik . Ada-ada je diorang ni.

 

Jimin tersenyum lagi. Muehehehehe

 

Jimin is perfect remember? Jimin tak boleh kalah dengan sesiapa pun.

 

Akhirnya Jaeyoung mengalah dan dia sambung buat otomen dia. Malas nak layan Jimin.

 

Jimin pun apalagi, dia kerahkan segala ilmu kesenian yang dia ada walaupun cuma nak lukis otomen je. Mesti kena lukis dari hati. Baru menjadi. Kalau terpaksa memang tak jadi apalah.

 

Setelah beberapa kali dia berebut pensel warna dengan Jaeyoung, maka selesailah lukisannya. Dia tersenyum sendiri melihat karya agungnya atau pun masterpiece miliknya.

 

“dah siap”

 

Dia menunjukkan lukisannya dengan bangga. Bersinar-sinar mata Jaeyoung dan Rin melihat lukisannya.

 

“woah, cantiknya nampak 3D”

 

Puji Rin sambil menunjukkan thumbs up pada Jimin.

 

“woahhh otomen tiga!”

 

Kata Jaeyoung teruja. Dia memang betul-betul suka dengan lukisan Jimin. Maka, terangkatlah bahu Jimin sampai ke langit ke tujuh ratus ribu. Bangga takaburr riak.

 

“hem, diago, otomen tiga”

 

Terang Jimin. Terkejut Jaeyoung Jimin tahu nama manusia yang jadi otomen ni.

 

“hyung tahu??”

 

“heh, opkos. Hyung tengok sampai episod akhir kot. Dorang gi berbulan madu an”

 

Laju Jaeyoung mengangguk tanda setuju.

 

Lagi sekali Jimin tersenyum riak.

 

“Jaeyoung suka masa awek dia bawa kapal nak selamatkan dia”

 

Teruja bapak ah si Jaeyoung ni bercerita. Jimin pun mula excited sebab dia tak pernah berkongsi cerita otomen dengan sesiapa. Mau kena bahan sedekad dengan Suga kalau mamat tu tahu.

 

“kan? Kan? Masa tu batu-batu semua dah jatuh an. Tempat tu nak runtuh dah tapi awek dia datang nak selamatkan dia. Pehh! Terharu gila tengok masa tu. Menusuk kalbu woo”

 

Cerita Jimin beria. Rasa macam boleh jadi geng pulak tetiba.

 

“ha.ah! Ha.ah! Betul tu!”

 

Jaeyoung mengiyakan kata-kata Jimin. Rin tersenyum je tengok kemesraan mereka berdua. Sebenarnya bukan senang nak rapat dengan si Jaeyoung ni. Dia cerewet sikit. Biasanya dia tak boleh kalau orang lebih dari dia tapi dengan Jimin dia okay pulak.

 

Buat masa ni lah.

 

“okay anak anak! Lapar tak?”

 

Tiba-tiba cikgu bersuara. Bukan mama, mama cuma pembantu je.

 

“laparrrrrr!”

 

Jimin tersenyum melihat respond kanak-kanak semua. Rasa macam kembali ke zaman tadika pulak.

 

“okay, kita nak makan ni. Sebelum makan kena kemas meja dulu. Simpan pensel warna semua. Kita nak basuh tangan dulu. Okay, beratur jom”

 

 

Mereka semua beratur dan pergi ke tandas nak basuh tangan. Jimin tolong Rin mengutip sisa-sisa pensel warna yang masih berterabur di atas meja dan tolong mama letakkan makanan dan minuman ke atas meja semua kanak-kanak.

 

Selesai letak semua, Jimin ke belakang kelas mendekati mama.

 

“eh, duduk Jimin”

 

“eh, takpe”

 

Mama senyum. Jimin senyum.

 

“em..memang boleh ke orang luar masuk je tadika ni?”

 

Tanya jimin.

 

Dari tadi sebenarnya dia pelik. Takpe ke dia masuk tadika ni sesuka hati dia. Yelah, sekolah kan, mana boleh tetiba nak masuk kelas sesuka hati. Kau ingat ni tandas awam? Boleh keluar masuk suka hati je?

 

“takdelah, sebenarnya harini ada sambutan hari kanak-kanak. Jadi ibu bapa boleh datang tapi lepas rehatlah.”

 

“oh..habistu saya ni..takpe ke?”

 

“takpe, makcik dah cakap kamu volunteer macam Aeri”

 

Jimin menganggukkan kepalanya.

 

“mesti dia selalu tolong makcik kan?”

 

Mama tersenyum memandang Rin.

 

“Memang pun, tiap hari dia tolong makcik bila balik dari sekolah. Tolong kemas-kemas. Budak-budak pun memang suka main dengan dia.”

 

Ohh, suka budak-budak juga. Senanglah nanti bila kita dah ada anak kan? Jsjsjshsjkhjjs

 

Jimin mula berangan jauh yall. Perasan.

 

Dia senyum je tengok Rin dari jauh. Haihh, bilalah nak kawin ni.

 

Tak lama lepastu, kanak-kanak pun masuk semula ke kelas dan mula makan. Rin dan Jimin duduk semula kat tempat tadi.

 

“woahh, boggeumbap!”

 

Jimin pulak yang teruja lebih nampak boggeumbap tu. Jaeyoung steady je.

 

“oh, air takde, jap saya gi amik air”

 

Rin bangun dan pergi ke tong air tapi air dah habis pula. Dia dan mama terpaksa bancuh lagi.

 

Manakala Jimin dan Jaeyoung pula dah sedap melantak. Tengah syok melantak, tetiba Jaeyoung bersuara.

 

“hyung, noona cantikkan?”

 

Jimin berhenti seketika. Dia toleh ke arah Rin dan tersenyum.

 

“she’s perfect”

 

Katanya dan sambung makan kembali.

 

“tapi noona saya punya”

 

Tersedak terus Jimin. Ditepuk-tepuk dadanya sampai terkeluar beberapa butir nasi ke arah Jaeyoung.

 

“ee, hyung ni selekeh ah”

 

Jaeyoung menjauhkan kerusinya dari Jimin.

 

Jimin berhenti tepuk dada bila rasa dah okay sikit.

 

“tulah kau, cakap lagi benda mengarut”

 

Jaeyoung mengerut dahi.

 

“mana ada mengarut”

 

“ye mengarut”

 

“tak”

 

“ye”

 

“tak tak tak!”

“ye ye ye!”

 

Dah mula dah.

 

“noona saya punyalah!”

 

Kata Jaeyoung tegas.

 

Jangan risau, dorang tak menjerit sampai satu kelas dengar pun.

 

“ceh, perasan budak ni”

 

Jimin sambung makan lagi tapi Jaeyoung masih lagi tak puas hati.

 

“mana ada saya perasan. Noona sendiri cakap noona suka saya”

 

Jaeyoug berlagak menang. Jimin buat muka menyampah.

 

Nak kena budak ni.

 

“kalau aku cakap ni mesti kau tak percaya”

 

Kata Jimin.

 

“cakap apa?”

 

Sengaja Jimin diam, dia makan je. Jaeyoung dahlah tak suka kalau orang cakap separuh jalan ni.

 

“cakaplah hyung! Cakap apa?”

 

Jimin jeling. Sudu diletak dan dia mendekatkan wajahnya dengan Jaeyoung.

 

Berbisik.

 

“noona suka aku bukan kau”

 

Kali ni Jaeyoung pulak ketawa. Ketawa sampai tarik perhatian semua orang. Yang tak tahu cerita, rasa kagum dengan Jimin sebab Jimin dapat buat Jaeyoung sampai ketawa macam orang tak siuman.

 

Jimin cuma tengok je Jaeyoung dengan muka tak berperasaan dia. -_-

 

“aku dah cakap dah, kau mesti tak percaya punya”

 

Tawa Jaeyoung makin reda.

 

Sebenarnya dia nak ketawa olok-olok je tapi kenapa entah tiba-tiba dia rasa nak ketawa betul-betul pulak.

 

“Jaeyoung memang tak percaya pun”

 

Dia smirk.

 

Pehh, yakin abadi siakk budak ni!

 

“kau boleh tanya dia, betul ke tak dia suka aku jap lagi”

 

Masih smirk tapi makin pudar smirk tu bila dia nampak Jimin pulak yang yakin abadi sekarang ni.

 

Kau tengok apa Jimin nak buat satgi.

 

Tak percaya an?

 

Jom jongket kening guys.

 

“okay”

 

Kata Jaeyoung. Jimin sambung makan dan Rin pun sampai.

 

“nah air awak, Sorrylah lambat. Bancuh air tadi”

 

Jimin sambut huluran cawan dari Rin dengan senyuman menggoda.

 

“it’s okay, thanks cutie”

 

Jimin mencuit hidung Rin dan serta merta pipi Rin memerah. Dia malu.

 

“..ehem..err..”

 

Tak mampu nak angkat muka dah Rin. Dia tengok makanannya dan makan. Jimin menongkat kepalanya, dia tersenyum bahagia melihat reaksi dari Rin.

 

Dan juga tersenyum puas memandang Jaeyoung.

 

Jaeyoung yang melihat reaksi Rin, tahulah dia Rin memang ada hati dengan Jimin. Dah kalau malu-malu kambing kat situ, takkan tak suka pulak kan.

 

“noona”

 

Panggilnya. Rin pantas menoleh.

 

“Jaeyoung nak tanya noona boleh?”

 

Rin letakkan sudunya dan memandang seriuos Jaeyoung.

 

“ye, tanyalah. Apa dia?”

 

Jaeyoung diam sekejap. Jimin yang masih menongkat kepala tu dikerling sekilas. Kemudian wajah Rin ditatap semula.

 

“kenapa ni Jaeyoung? Ada apa sebenarnya?”

 

Rin mencapai cawannya. Rasa macam ada nasi melekat kat kerongkong pula.

 

“hyung kata noona suka kat hyung”

 

UHUK! UHUK! UHUK!

 

Hampir je Rin menyembur kat muka si Jaeyoung ni. Nasib baik sempat telan air dulu.

 

Kelam kabut Jimin cari tisu dan hulurkan pada Rin. Malu-malu Rin nak amik tisu tu. Pipinya mula kemerahan, makin merah dari yang tadi.

 

“err..eheh..ke..kejap eh. Noona pergi tandas kejap”

 

Rin berlari anak ke tandas.

 

Jaeyoung pusing memandang Jimin.

 

“hyung tipu”

 

Jimin kerut dahi.

 

“tipu apa?”

 

“tipulah, cakap noona suka hyung”

 

Makin berkerut Jimin. Apa dia tak nampak ke reaksi Rin tadi?

 

“memang pun dia suka aku”

 

“habistu kenapa noona lari?”

 

“dia tersedakkan tadi, pergi basuh mulutlah tu”

 

“kalau noona suka kenapa sampai tersedak? Mesti noona sebenarnya nak muntah dengar Jaeyoung cakap noona suka hyung”

 

Jimin berdecit dengar kesimpulan si Jaeyoung ni.

 

“Salah lagi dipersalahkan. Sebenarnya noona terkejut sebab kau boleh tahu yang dia suka aku. Malulah dia. Sebab tu dia lari ala-ala hindustan tadi. Lagi satu, kau nampak pipi dia merahkan? Haa, tu sebab dia malulah tu dengan aku”

 

Jimin explain dengan bangganya kat Jaeyoung yang umur 5 tahun tu.

 

“pape jelah! Jaeyoung nak kawin dengan noona jugak”

 

Amboi gatal woo budak ni. Jimin ketawa.

 

“hadui kau ni, gatal eh nak kawin? Kau tahu macam mana nak buat anak ke?”

 

Bodoh punya Jimin. Soalan apa kau tanya kat budak ni Jimin.

 

Jaeyoung cuba berfikir.

 

“Masuk bilik tidur kan?”

 

Bulat mata Jimin dengar. Terkejut bapak ah.

 

“woi, kau baru 5 tahun kau tengok cerita biru ke kat rumah ha??”

 

Makin berkerut Jaeyoung dengar.

 

“cerita biru? Cerita apa tu?”

 

Jimin tarik nafas lega. Nasib baik tak tahu.

 

“Tak payah tahu dan jangan pernah amik tahu. Kau tu budak lagi. Noona tu tak suka orang cakap pasal benda-benda ni. Kau paham tak?”

 

Hengko yang mulakan dulu tadi.-_-

 

Tiba-tiba pulak Jimin jadi baik. Akhirnya Jimin dah kembali ke pangkal jalan yall. Mansae!

 

Jaeyoung angguk kepala. Percaya jelah budak ni selagi Jimin gunakan ‘noona’ tu.

 

“tapi an..ehem, apa yang..kau tahu pasal..masuk bilik tidur tu?”

 

Baru je mansae tadi, dah terpesong balik?

 

“em, tidur jelah. Pastu nanti keluarlah anak kan?”

 

Oh Goshh. Budak ni suci lagi kau tak sepatutnya tanya dia soalan yang boleh mencemarkan kepala hotak dia macam kau.

 

“...dahlah, lupakan. Ingat eh, jangan sebuk nak tahu, tak payah nak search bagai. Noona tu tak suka. Kau nak dia benci kau?”

 

Laju Jaeyoung menggeleng.

 

“tak nakkan? Haa, jangan buat. Nanti dah besar kau tahulah sendiri”

 

Mereka sambung makan.

 

“tapi apa-apa pon, aku yang akan kawin dengan noona”

 

Wooooo Jimin cakap pasal kawin woi

 

Jaeyoung jeling je. Geram betul. Mentang-mentang dia kecik.

 

“Orang dewasa macam noona tu sesuai dengan orang dewasa macam aku ni. Kau tu carilah yang sesuai dengan kau.”

 

Kata Jimin sambil menghabiskan sisa makanannya. Jaeyoung diam je tak makan. Rin sampai dari tandas. Dia duduk dan lihat makanan Jaeyoung yang masih banyak lagi tak berusik.

 

“Jaeyoung kenapa tak makan? Banyak lagi ni nasi. Makanlah. Nanti lapar”

 

Jaeyoung diam.

 

Tiba-tiba dia bangun dan berlari keluar kelas.

 

“eh! Jaeyoung! Nak pergi mana tu? Jaeyoung! Aduh..err..kejap eh awak”

 

“..takpe..”

 

Rin laju melangkah mengejar Jaeyoung.

 

Jimin diam.

 

Apa yang kau dah buat ni Jimin?

 

Ah sudah.

 

 

 

 

><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

 

 

 

Mimin turun dari biliknya dan bergerak ke dapur lepas bau macam ada benda yang terbakar.

 

“omma..bau apa ni?”

 

Makin laju dia melangkah. Dilihatnya Tae tengah pura-pura nangis dan omma menepuk lembut bahunya.

 

“kenapa ni? Wuish, berasap”

 

Mimin datang dekat dan tengok 3 buku roti yang sudah terlebih masak ataupun senang cakap dah hangus.

 

heol

 

Tae terus peluk Mimin, dengan suara ala-ala tom cruise menangis dia bercakap.

 

“roti aku…dia..dia dah arwahhhh huwaaaaa”

 

Mimin pun tak boleh nak cakap apa. Dia buat benda yang sama macam omma buat. Tepuk perlahan bahu Tae.

 

Mimin pandang omma. Mereka ketawa dalam diam.

 

“sabarlah Tae…tapikan kadang-kadang warna kulit tu tak melambangkan isi dalaman dia. Cer kau potong dulu, tengok dalam dia boleh dimakan ke tak”

 

Pujuk Mimin. Dia paham macam mana rasa bila gagal buat roti. Dulu masa dia mula-mula belajar pun banyak dia bazirkan tepung omma. Berkampit-kampit gak.

 

Tae lepaskan pelukan. Dia tenung balik roti dia.

 

“potong?”

 

Mimin angguk dengan senyuman.

 

“kau jangan bagi aku fekhop, nanti aku frust menonggeng kang”

 

Nak tergelak Mimin tapi ditahan.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Teddyyoung01
I miss you guys....damn much...><
I miss your support comment...
I miss you
seriously .

Comments

You must be logged in to comment
Mar-j55 #1
Chapter 55: Aku masih menungguuu ???? bila nak update niii
pikahbajet #2
Chapter 19: lawak diorang ni...hahaha
leyna_nieka
#3
Chapter 54: Thanks elly sbb update? saya dh lama tunggu awk update.
Btw, chapter kali klakor giler?
Akhirnya dpt jgk tae jumpa ngn mak dia. Tapi sian jimin kne lebel sbagai org jahat sbb salah faham. Padahal dia cuba nk explain je.
Sya dh vote bts. U all pon jgn lupa ye vote bts jgk?
K lh bye...
Jimin saranghae~ hahaha
leyna_nieka
#4
Chapter 53: Elly!! Kita rindu awaks >.< hehe gila sat XD. Saya fhm apa yg Elly rse bila story yg kita buat penuh kasih sayengs tu hilang. Saya pun pernah kena cmtu. Untung x jdi beruk je mcm yg elly ckp tu XD. Sabo jelh nakk... Btw, best chapie elly *double thumb up*! Kita xnk harap Elly update cpt2, takot nnti jdi fekhop T-T Kirim slm ngn abey Jiming yee~
leyna_nieka
#5
Chapter 52: Hy elly...gime five...sya pon rembat abang sya punya wifi semata2 nk baca citer ni hahahaha XD. X saba nk tunggu next chapter ^_^