Penjelasan

Naughty Kiss
Please Subscribe to read the full chapter

 

Maaflah kali ni aku takde lagu nak suggest, satu lagu je ,sepanjang aku buat story ni aku dengor lagu DNA tu je 😂

Sebab apa? Sebab GEMPAK DOH
TAEHYUNG AUMMM!

ok dah


*****************************************************

 

Mimin keluar dari bilik air dan berkemas .


"omma, Mimin balik kejap eh . Nak amik baju.  Nanti Min datang lagi".


"tak payah datang pon takpe, lusa kan Mimin dah boleh sekolah . Rehat kat rumah je".


"tak naklah . Mimin nak dengan omma . Kat rumah takde sapa pon"


"omma risaulah kamu ulang alik macam ni . Sorang pulak tu . Sekurangnya call lah Taeko tu ,teman jalan balik."


Taeko celah mana ni oi 


Mimin tergelak kecik .


"Taehyunglah ma . Alah, takpelah . Mimin okay je . Mimin kan ada hapkido"


Mimin membuat aksi macam bruce lee . Tergelak omma .


"iyelah tu, action je lebih . Belajar hapkido pon tak habis".


"nak buat macam mana....papa... hemm.."


Dia diam.  Omma turut terdiam. 


"omma tunggu je okay.  Nanti Mimin datang,  sayang omma".


Lepas berpelukkan , Mimin pun keluar. Dia berjalan perlahan.  Layan perasaan.  Kakinya berjalan tapi mindanya entah ke mana.  


BUKK! 


"adoi! "


Suara orang mengerang kesakitan kedengaran.  Mimin baru tersedar dia dah terlanggar orang rupanya.  Cepat-cepat dia minta maaf. 


"maafkan saya encik!  maafkan saya saya tak sengaja "


Tertunduk-tunduk dia meminta maaf.  Nasib baik orang tu pun tak minta ganti rugi ke apa.  


"takpe,  takpe.. cuma lain kali hati-hati jalan tu.. "


"baik encik!  maafkan saya"


Lelaki tu cuma tersenyum nipis dan berlalu pergi.  Mimin melihat lelaki yang tangannya bersimen tu.  Patah mungkin . 


Tiba-tiba dia teringatkan Tae . 


"Tae..."


Terbayang Tae yang patah tangan tu . Dia jadi risau . Hatinya tak senang sebab langsung tak hiraukan Tae yang dah selamatkan dia dari dilanggar . 


Dahlah dah diselamatkan , si penyelamat patah tangan pulak tu ,dia pulak langsung tak ucap terima kasih . 


Ish ish ish...


Teruknya perangai 


Apa nak jadilah anak muda sekarang ni .


Mimin berjalan ke bus stop sambil memikirkan Tae . Kenapalah orang yang musnahkan kedai tu mesti Tae? BTSS? Apa dah takde orang lain ke dalam dunia ni? 


Kenapa dia mesti jatuh cinta dengan budak nakal? Apa tak cukup baik dah ke dia sampai kena jodoh dengan budak nakal? Takkanlah sebab tertidur dalam kelas dah kena cop jodoh dengan budak nakal ? 


Eii apa jodoh jodoh ni? Macam konfem je an 


Perasan .


Mimin mengeluh . Dia sangat rindukan Tae . Rindu sangat-sangat . Mungkin kalau omma sehat sejahtera je , tak kena serangan jantung bagai , takdelah dia marah sangat . 


Salam, sep sep sep mi mi mi sikit , mesti dah baik balik . Tapi bila dia rasa Tae lah punca omma dapat penyakit ni, dia jadi marah . 


Kalau kedai tu tak kena musnah dengan Tae and de gang, takdelah omma kerja keras pagi petang siang malam . Sampai tak cukup rehat semua , end up, kena serangan jantung pulak . Mana tak meroyan minah tu .


Ommalah satu-satunya family yang dia ada . Kalau omma takde , macam mana dengan dia nanti . Dahlah penakut, gembeng , cepat panik. Sel-sel otak pun bukan berhubung sangat .  Belajar pun tak habis lagi. Alamatnya masuk rumah anak yatimlah dia .


Mimin menggeleng kepala . Terus doa dalam hati tuhan panjangkan umur omma . 


Tak jauh dari bus stop , ada yang memerhatinya sejak dia keluar dari hospital . Sapalah tuu


Mimin keluarkan henfonnya . Gambar screen lock fon ditenung lama . Gambar dia dan Tae . Diusap screen fon tu dan air matanya menitik . Makin lama makin banyak pulak yang keluar .


Tengah syok menangis, tiba-tiba ada tangan menghulur sekotak tisu .


Sekotak tisu weh . Sekotak .


Mana ada orang bagi sekotak tisu kat tengah-tengah bandor ni. Kalau sehelai ke boleh terima lagi .


Terus terbantut nak nangis.  Dia mendongak melihat siapakah gerangan yang menghulur yituh .


Lelaki itu tersenyum .


" amiklah , tak elok menangis kat tengah-tengah bandor ni. Malu kat orang "


Terkebil-kebil Mimin melihat lelaki tu . Tak kenal pon . Sapa ni?


"tak..takpe time kasih"


Mimin menolak . Dia mengelap air matanya dengan tangan . 


"lahh, amik jelah . Penat saya hulur dari tadi . Lagipun saya beli kat makcik depan tu tadi "


Dia melambai makcik tu, makcik tu melambai dia . Kemudian lelaki tu tersenyum lagi . 


"tak nak ke?"


Mimin menggeleng . Dia duduk menjauh sikit .


"saya duduk sini eh?"


Lelaki tu duduk.  Makin jauh Mimin duduk . Lelaki tu tertawa melihat Mimin .


"awak takut dengan saya ke?"


Mimin diam .


"awak? oh awak?"


"sorry, I don't talk to stranger"

 

Wuu sepiking,  betul ke tu? 


Lelaki tu tergelak lagi . Gila ke apa?


"lahh , awak tak kenal saya ke?"


Mimin tengok lelaki tu dengan pandangan aku-kenal-ko-ke-duh?


"lupalah tu . Sayalah Seongwo . Ong Seongwo , classmate awak tahun lepas . Tak ingat?"


Mimin berfikir sejenak . Tak ingat pon .


"sayalah ketua kelas yang berdedikasi tu . Ong Seongwo"


Krikk krikk krikk krikk


"sorry..tak kenal"


Alangkan rupa makcik cleaner yang baru spuloh minit lepas pun dia dah lupa ,apatahlagi classmate dia yang tahun lepas . Sekarang dia cuma tahu BTSS je .


Oh ye, dengan pakcik kebun Suho . Hensem woi mana boleh lupa .


Lelaki tu merapat sikit . 


"awak buat apa malam-malam kat ni? sorang pulak tu ."


"tengah basuh motor tak nampak ke ?"


Perli Mimin tapi si Seongwo ni boleh tergelak sakan . Siap menampar kasar bahu Mimin . Terkejut dia .


"hahahahaha kelakorlah awak ni hahaha"


'sesedap ko je nak sentuh aku . Ada yang kena lempang pakai kaki ni kang'


Mimin bangun berdiri jauh ke depan . Seongwo turut bangun . Tak paham bahasa dia ni.


"eh, boleh diri kat tempat lain tak? apesal nak nyebuk kat sini jugak?"


"Alaa, lek ah . Bukan ada nama awak pon kat sini"


Mimin menggulingkan matanya . Dia melipat tangan di dada . Lambat pulak bas ni nak sampai. 


"kita nak kawan pon tak boleh ke?"


Mimin diam je . Malas nak layan .


"boleh eh? saya nak kawan dengan awak lebih rapat . Mana tahu kita boleh, ehem ehem"


Mimin memandang Seongwo dengan kening berkerut . 


"sorry, saya dah ada boifren"


Aik? bukan dah break up ke? hohoho


"tahu"


Dahtu hang gatai nak ngorat lagi pasaipa?


"dengan Kim Taehyung kan?"


"hm, bagus ah tahu"


"tapi dia takde kat sini pon . Awak nak balik kan? Saya hantar awak balik eh. "


Eh degil namati budak ni . Ko tak takut kena belasah ke woi .


Mimin tak balas . Bas pun sampai dan dia cepat-cepat masuk.  Mimin duduk di sebelah tingkap di kiri bas.  Seongwo masuk dan diikuti seorang lelaki bersweater masuk . 


Belum sempat Seongwo nak duduk sebelah Mimin , lelaki sweater tu dah duduk dulu sebelah Mimin. 


Terkejut Mimin.  Dia pandang je lelaki bersweater yang memakai hodie menutup wajahnya dari dilihat .


Seongwo pulak tercengang . Tak puas hati betul dia kena potong line nak duduk sebelah Mimin .


"ehem,encik saya nak duduk situ dulu"


Kata Seongwo lagak lelaki manly . Dia macam sabar-Mimin-jap-lagi-saya-selamatkan-awak.


Lelaki tu menggenggam tangan Mimin dan Mimin pun macam kenal perfume ni .


Bau....


Jimin?


Lelaki tu pun membuka hodienya dan terserlahlah wajahnya iaitu Kim to de Tae to de hyung , Kim Taehyung !  uyeehhh!


"ko nak apa?"


Tanya Tae pada Seongwo dengan pandangan dingin .


Bulat mata Mimin . Tak sangka Tae boleh muncul pulak .


Si Seongwo ni pulak terus kecut perut dia . Tiba-tiba dia menepuk tangan seperti memukul nyamuk. 


"banyak pulak nyamuk ek?  eh, banyak tempat duduk kosonglah kat belakang !"


Macam tak siuman je budak Seongwo ni.  Dia terus duduk kat belakang sekali , tutup muka dengan beg . Buat malu je .


Mimin pandang Tae tak berkelip . Tae pulak langsung tak pandang Mimin , dia tengok depan je . 


Mimin mengalihkan pandangannya ke tangan yang digenggam Tae . Dia cuba menarik tapi Tae menggenggamnya kemas.  


Setelah beberapa cubaan gagal, dia membiarkan je . Hangat . Tapi hangat yang lain macam.  Macam baru keluar dari oven. 


Baru Mimin nak toleh ,Tae membaringkan kepalanya di bahu Mimin . 


"sekejap je"


Kata Tae lemah . Mimin pandang muka Tae . Merah . Dahinya disentuh . Panas. 


"kau demam ke ni?"


Tae tak menjawab . Matanya di tutup. Mimin mengeluh . Demamlah pulak . 


Mereka turun di taman . Mereka berdiri saling menghadap antara satu sama lain .


Tae masih tak lepas pegang tangan Mimin .


"aku.."


"aku.."


Diam .


"kau cakap dululah"


Kata Tae . Sebelum tu Mimin ajak Tae duduk dulu . Kesian pulak .


"aku...nak cakap...terima kasih sebab...selamatkan aku..."


Tae tersenyum dalam kepenatan . 


"aku minta maaflah...sebab aku, kau patah tangan....sori"


Tae diam je . Dia pandang je muka Mimin . Rindunya . Mimin alih pandangan ,malu ditenung .


"kau..nak cakap apa?"


Tae berdehem sebelum bercakap .


"aku...nak minta maaf"


Suasana sunyi . Mimin diam je . Tak pandang pon Tae .


"sayang....i need you"


Suara Tae dah mula serak .


"i love you so much..."


Tae mendekati Mimin . 


"I miss you...I re__"


Tae rebah di pangkuan Mimin.  


"Tae? Tae?!"


Mimin menggoncangkan badannya . Dapat dirasa suhu badannya semakin panas.  


"Tae bangun!"


Mimin dah menangis dah . Tak tahu nak buat apa . Panik uolls !


"Macam mana ni?? apa aku nak buat?? takkan aku nak angkat dia kot?? emmm...hah! Jimin!"


Dia mendail pantas nombor Jimin .


"hello? "


"hello weh Jimin, datang taman kat rumah aku sekarang . Tae ni pengsan pulak"


"pengsan??"


"ye, datang cepat . Panas ni badan dia"


"ok ok"


Mimin mematikan panggilan . Dia membetulkan posisi Tae membaring. Diusap wajah Tae . Nampak pucat sangat . 


Mimin mengetap bibir menahan air mata daripada terus mengalir.  Boleh pulak time macam ni kau nak sakit . Tengah gaduh teruk kot . Minta simpati lettuw.


Tak lama lepastu Jimin datang dengan keretanya . Oww, ada kereta rupanya yaa .


Jimin berlari ke arah mereka . Dia mengangkat Tae dan letakkannya di seat belakang . Mimin pun duduk kat belakang jaga Tae . Kang tergolek pulak . 


Jimin yang bawa kereta sesekali melihat Mimin dan Tae dari cermin tengah .


"kau sayang dia?"


Mimin yang tengah khusyuk membelai rambut Tae terhenti terus . Dia membalas pandangan dari Jimin melalui cermin tu .


Diam . 


"kalau sayang ,cakap ajelah ."


'eh dia ni, bercakap macam tak buat salah je'.


"aku tahu, susah kau nak maafkan dia, maafkan kitaorang tapi benda tu berlaku pun bukan atas kehendak dia. "


Kening Mimin bertaut .


"maksud kau?"


"maksud aku, dia kena paksa buat semua tu ."


"paksa? sapa yang paksa ?"


Jimin mengeluh .


"bapak dia"


"bapak dia?" 

 

Jimin mengangguk .


"kenapa pulak? kenapa bapak dia paksa dia hancurkan kedai aku? sapa bapak dia? omma ada sakitkan hati dia ke?"


Deretan soalan dari Mimin yang takde lampu merah. 


"okeh, nak cerita panjang ni. Nak dengar ke?"


Mestilah nak dengar . Mimin mengangguk laju . 


"Okeh, dah sampai . Kita masuk dulu, nanti aku cerita kat dalam ."


Mimin ikut je . Mereka bawa masuk Tae dan letakkan dia di atas katil . Mimin amik kain tuala basah dan letakkan di dahi Tae . Kemudian mereka turun ke dapur .


Mimin melihat sekeliling rumah Jimin . Semua perabot mahal . 


"nah"


Jimin hulur hot chocolate pada Mimin . Dia duduk berhadapan Mimin . 


"mana mak bapak kau? takde kat rumah ke? sunyi je?"


"diorang outstation . Pergi mana tah, hal kerja"


"pergi mana tah? aik, parents sendiri pun tak tahu pergi mana?"


"diorang selalu tukar-tukar tempat . Jap pergi sana , jap pergi sini , jap pergi sinun sampai aku lupa dah mak aku bagitahu dah pergi mana kali ni"


Mimin cuma mengiyakan aje . Untunglah, mak bapak jauh pun duit poket tetap penuh. 


"ni nak dengar cerita pasal salahsilah keluarga aku ke , pasal Tae ni?"


"Tae lah. "


Jimin menghirup dulu hot chocolatenya sebelum bercerita .


"macam ni, aku cerita ni jangan terkejut tau"


Mimin mengangguk kehairanan .


"sebelum tu,para ibu mengandung dinasihatkan tidak membaca bahagian ini kerana mempunyai__adoii!!"


"Jangan buang masa boleh tak? "


Jimin menggosok tangannya yang dicubit Mimin . Cubit semut api tuu. Sakit woii


"ok ok . Macam ni , bapak dia tu bukan orang biasa . Penyangak besar kat wilayah ni. Ada pertubuhan gangster bersatu tah apekebenda tah aku pun tak tahu . Yang aku tahu bapak dialah ketuanya ."


Terkejut dia dengar . Ketua gangster? kata businessman? 


"bapak dia ni buat business tibai orang.  Contoh macam orang upah dia suruh belasah orang tu, haa dia gi ah belasah tapi bayar ah . Maju gak business bapak dia ni sampai boleh kaya an"


Terlopong jelah Mimin dengar Jimin bercerita. 


"V selalu kena paksa dengan bapak dia suruh join . Bapak dia kata nanti nak turun tahta pulak kat dia ke apa benda tah.  Dari awal lagi dia dah memberontak tapi tiap kali dia kata tak nak, mesti dia kena belasah teruk dengan bapak dia . Kesian weh, aku tak tipu . Teruk gila dia kena belasah . Lepastu dia terus tak melawan, apa bapak dia kata, semua dia follow je ."


Tak boleh Mimin bayangkan macam manalah agaknya rupa Tae bila kena belasah dengan bapak dia tu . Ada rupa zombie tak agaknya?


"Mula-mula tu kitaorang join pon sebab suka-suka . Biasalah, tak matang an . Pikir nak enjoy je . Bapak dia pulak bagi duit tiap kali buat kerja . Bukannya nak cari duit tepi , kitaorang semua ada je duit sendiri tapi sebabkan fikir nak enjoy , tu yang bedal je . Memang seronok ah pedajal kedai orang an...err...hehehe".


Mimin jeling Jimin . Jimin menghirup lagi airnya . Penat pulak bercerita panjang .


"tapi sejak akhir-akhir ni . Kitaorang dah takde pergi gaduh ke, apa ke . V start buat sorang sebab dia tak nak libatkan kitaorang and dia pon nak berhenti dari buat kerja kotor bapak dia tu . Yang ajaibnya, semuanya berubah baik bila ko dengan dia . "


Mimin pandang je muka Jimin, setia mendengar .


"start dia kapel dengan kau, aku tak pernah nak dia sayang gila namati kat pompuan . Ex dia dulu tu semua dia nak suka-suka je . Saja nak patahkan hati anak orang . Biasalah, lelaki an.  TAPI!".


Tiba-tiba Jimin menghentak meja . Terkejut Mimin .


"bila dengan kau, semuanya lain . Macam yang aku pernah cakap sebelum ni , aku tak pernah nampak dia sayangkan seseorang macam mana dia sayang kau . Dia betul-betul sayang kau . Ni lagi dia tengah sedih . Kitaorang memang terkejut gila ah masa kau minta break dari dia an sebab dia sampai melutut kot . Kau tak nampak ke dia memang sayang gila namati kat kau?"


Mimin diam . Dia tengok je air hot chocolatenya. 


"kitaorang tak pernah nampak dia sedih punya sedih gila bapak ah macam sekarang ni . Kau tak kesian kat dia ke? "


Mimin berdehem .


"so, kedai aku tu...apa cerita pulak?"


Mimin sengaja tukar topik .


"oh ye, lupa pulak aku . Kedai kau tu ada orang upah bapak dia suruh hancurkan"


Bulat matanya . Tak percaya ada orang dengki .


"Memandangkan masa tu orang bapak dia semua tengah ada kerja, so, bapak dia suruh kitaorang yang buat . Sumpah weh kitaorang tak tahu pon tu kedai kau. Lagipun masa tu aku rasa kita tak kenal lagi"


Jimin ambil air masak pulak .


"tapi..boleh je kan kalau Tae kata dia tak nak buat kerja tu."


"kan aku dah cakap tadi , kalau dia melawan dia kena belasah teruk dengan bapak dia . Dia terpaksa . Nasib baik masa tu ada Jin sebab kalau tak, kedai kau dah tak rupa kedai dah aku rasa ."


Walaupun rasa nak aje Mimin ni mencarut kat Jimin tapi ditahannya . Benda pun dah lepas .


"Oh, dia yang curi roti aku kan?"


"oh dia ada curi ke?"


"ada, banyak jugak dia curi aku tengok.  Tak guna punya sotong"


Jimin tergelak . Mimin pun dah terikut panggil Jin sotong . 


"Dia tu kau tengok je kurus, tapi kuat makan tu . Dahlah asyik masak je kat rumah ."


Mimin tersenyum mengenangkan Jin. Haihh . Macam manalah boleh sesat kat gang BTSS ni ? Patutnya dia join gang chef wan . Tak pon chef adu ke an .


"So sekarang ni dia tinggal kat rumah kau ke macam mana? dia dah tak balik rumah dia ke?"


"aku yang suruh dia duduk rumah aku . Kang kalau duduk rumah dia sesorang kang, entah meroyan apebenda tak tahu . Dahlah tengah haertbroken . Mau bunuh diri ,haishhh!"


"Ishh kau ni! mulut tu pon"


Jimin menyengih je . 


"so, tu baju kaulah tu yang dia pakai?"


"ha.ah, kenapa"


"patutlah bau perfume ko"


"Dia tu tak mandi lagi tau, pastu aku tengah mandi dia rembatnya baju yang aku nak pakai semata-mata nak cari kau . Nasib baik jumpa"


Mimin tersenyum kekok . Dia minum airnya yang dah sejuk tu .


"eh aku nak tanya ni . Sapa yang bagi kau video tu?"


"em..Seohyun"


"Minah kebret tu?? macam mana dia boleh ada video tu??"


"manalah aku tahu . Dia tiba-tiba bagi kat aku ."


"hemm...kena siasat ni. Tapi an aku rasa ni mesti memang rancangan dia nak tengok korang bergaduh . See? it work . Kalau dia tahu ni, mau gelak iblis dia "


Mimin diam . Dia termenung . So sekarang ni nak maafkan ke tak?


"kenapa...Tae tak pernah nak terus terang? Kalau bagitahu je aku, mungkin takdelah aku rasa macam kena main . Serious aku rasa teruk gila"


"em...tu aku tak dapat nak jawab . Mungkin dia pernah cuba nak bagitahu tapi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Teddyyoung01
I miss you guys....damn much...><
I miss your support comment...
I miss you
seriously .

Comments

You must be logged in to comment
Mar-j55 #1
Chapter 55: Aku masih menungguuu ???? bila nak update niii
pikahbajet #2
Chapter 19: lawak diorang ni...hahaha
leyna_nieka
#3
Chapter 54: Thanks elly sbb update? saya dh lama tunggu awk update.
Btw, chapter kali klakor giler?
Akhirnya dpt jgk tae jumpa ngn mak dia. Tapi sian jimin kne lebel sbagai org jahat sbb salah faham. Padahal dia cuba nk explain je.
Sya dh vote bts. U all pon jgn lupa ye vote bts jgk?
K lh bye...
Jimin saranghae~ hahaha
leyna_nieka
#4
Chapter 53: Elly!! Kita rindu awaks >.< hehe gila sat XD. Saya fhm apa yg Elly rse bila story yg kita buat penuh kasih sayengs tu hilang. Saya pun pernah kena cmtu. Untung x jdi beruk je mcm yg elly ckp tu XD. Sabo jelh nakk... Btw, best chapie elly *double thumb up*! Kita xnk harap Elly update cpt2, takot nnti jdi fekhop T-T Kirim slm ngn abey Jiming yee~
leyna_nieka
#5
Chapter 52: Hy elly...gime five...sya pon rembat abang sya punya wifi semata2 nk baca citer ni hahahaha XD. X saba nk tunggu next chapter ^_^