Heartbroken

Naughty Kiss
Please Subscribe to read the full chapter

 Tae kembali memalingkan wajahnya. Bapak dia memandangnya dengan amarah yang ditahan. 


"esok aku nak kau dengan budak kau pergi jumpa kat xxx . Ada job kat sana"

 

Tae buat muka . Dia mengeluh. 

 

"Malas"

 

Jawab Tae selamba tanpa memandang bapaknya itu. 

 

"jangan buat perangai, aku kata pergi, pergi"

 

Bapak membuang puntung rokoknya yang sudah habis disedut dan menghembus asap. 

 

"M A L A S"

 

Kata Tae lagi.  

 

"kau nak aku guna cara kasar ke?"

 

"V tak naklah,  tak dengar ke__ "

 


PANG!

 

Belum habis ayat si teruna, si bapak menampar laju pipi peloles si teruna.  

 

"jangan bantah cakap aku, aku kata pergi,  PERGI! "

 

Habis merecik semua air liur bapak dia kat muka Tae. Tae lap pipi dia. 

 

"eee, ayaq lioq menyemboq"

 

Kata Tae dengan buat muka hodoh dia depan bapak dia. Bapak dia dah cekak pinggang je. 

 

"V tak nak pergilah pa, V dah penat"

 

Oh, dia panggil bapak dia papa . 

 

"penat apanya. Aku bagi kau duit kan lepas kau buat keje "

 

Kata papa sambil duduk di kerusi berdekatan. Tae bangun. 

 

"ni bukan pasal duit , V dah penat dah pa.  Berapa banyak kali V nak bagitahu papa V tak nak buat keje bodoh ni lagi?!"

 

Tae memang rasa nak luahkan je apa yang dia pendam selama ni.  Nak jadi apa pon jadilah. 

 

"Keje bodoh...heh, keje bodoh ni lah yang bagi kau makan minum, tau tak?!!"

 

Papa dah mula tinggi suara. 

 

"haa yelah, tu je lah modal yang papa ada kan. Macamlah tak boleh buat kerja lain. Pa, kerja yang kita buat selama ni , tak baik pa.  Kesian kat orang yang jadi mangsa tu. Pa tak pernah pikir ke pasal diorang?"

 

Papa ketawa je dengar Tae cakap. 

 

"Hahahahahahaha kau ni tebiat ke apa? Bagi aku ceramah pulak...selama ni aku tengok kau enjoy je buat keje. Ada ke kau pikir pasal orang lain masa kau buat keje? Takde kan?" 

 

Tae mengeluh lagi. Memang terasa lah kan ayat papa dia bagi sebab benda betul. Tapi semua tu dulu . Sekarang dia cuma rasa terpaksa je. 

 

"V dah lama nak cakap tapi V pendam je. So sekarang ni ,papa dengar baik-baik"

 

Papa kembali serious begitu juga Tae yang memang serious sejak azali lagi. 


"V nak berhenti buat semua ni,  V dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan geng papa. Kawan-kawan V pon takde apa kaitan. V nak berhenti. FULL STOP"

 

Tae mula melangkah ke biliknya . 

 

"kalau kau nak berhenti, keluar dari rumah ni"

 

Langkahnya terhenti, kepala ditoleh.

 

"what?! Rumah ni V bayar kot, mana boleh halau macam tu je?!"

 

Rumah baru gaizz, baru je beli tahun lepas. Pastu masa tu duit bapak dia entah macam mana boleh pulak kena songlap dengan geng lain. Terpaksalah bapak dia tebal muka minta Tae bayarkan dulu.  100% bayaran guna duit Tae. Senang cerita tu memang rumah Tae sebenarnya . Barang-barang rumah pon Tae yang banyak beli. Yang bapak dia tahu enjoy je, berjoli. Pastu dah kaya ni tak reti nak bayar balik hutang. Astaga..

 


Papa berdehem, muka malu + bersalah . 

 


"aku tak peduli, kau tetap kena pergi sana esok"

 

"papa kan ramai konco, suruhlah diorang pergi buat keje kotor papa tu!"

 

"kau ni memang anak tak kenang budi! Anak celaka!"

 

"kalau V ni anak celaka, papa tu bapak apa? Bapa jilake?"

 

PANG!

 

Sekali lagi pipinya ditampar. Jilake punya jilake. Hemmm..mencarut. 

 

"aku suruh kau buat keje ni nak bagi kau duit tahu tak?! Nak bagi kau senang! Apa susah sangat nak dengar cakap aku ni?! Keje ni dah memang ditakdirkan untuk kau bodoh!!"

 

Begitu je papa bodohkan anak dia. Ish ish ish...Tae pandang papa dengan perasaan penuh benci. 

 

"TAK!! Papa bukan tuhan nak tentukan takdir V! Papa sedar tak sebab keje kotor papa nilah mama tinggalkan V tahu tak?!! Semua sebab papa!!" 

 

Dadanya turun naik. Air mata dah mula bergenang. Kalau boleh dia nak je tumbuk papa sekarang, tapi dia masih lagi menghormati papanya walaupun perangai papa macam tenuk hanatt. 

 

"mama takkan tinggalkan V kalau papa berhenti buat keje kotor ni dari dulu..."

 

Tae bercakap dalam tangisan. Air mata dah berjurai macam air terjun dah. 

 

"mama kau tu dia tak reti pikir, aku buat semua ni untuk kita. Tengok sekarang kita dah kaya. Kau pon dah kaya kan? Hahaha dia yang bodoh pergi tinggalkan kita "

 

Kata papa tanpa rasa bersalah dan dengan riak takaburnya . Tae rasa macam nak bagi kaki je kat papa. Boleh dia salahkan mama pulak?

 

"papa tu yang bodoh. Dahlah bodoh, buat keje bodoh pulak tu... Tak puas nak bodoh sesorang, papa heret V pulak buat keje bodoh ni sekali . Ingat suwit ke bodoh sama-sama?"

 

Bapak ah, selamba je dia mencarut macam tu depan bapak dia? Siap carut bapak dia lagi. Elak kena rembat je an Tae ni. 


 
"Duit boleh cari pa...tapi bukan dengan cara macam ni.  Papa kata papa dah kaya..tapi papa bahagia ke? Hati tu tenang ke? Rasa lapang ke dada tu setiap kali makan duit haram? Duit papa banyak-banyak tu boleh bagi papa kasih sayang ke?  "

 

Papa tersentak. Memang dia tak pernah rasa bahagia sejak mama pergi tinggalkan mereka. Kasih sayang apatah lagi. Dalam sungguh kata-kata Tae, seperti ditusuk pisau Econsave yang mahal tu. 

 

"Dahlah pa, V dah penat nak bertekak dengan papa. Papa buatlah apa yang papa nak, V tak nak masuk campur dah. K, goodnight"

 

Tae masuk ke dalam biliknya meninggalkan papa bersendirian di ruangtamu . Papa mengambil henfonnya dan mendail nombor seseorang . 

 

" haa...apecer? dah dapat belom?"


"dah boss . Detail saya baru je nak wasep boss"


"okay good"

 

Papa mematikan panggilan . Beberapa saat lepastu mesej wasep pon masuk . Papa membaca sekilas dan tersenyum evil . 

 

*apabenda lah yang orang tua ni baca 😏*

 

KEESOKKANNYA~~

 

'TUK! TUK! TUK!'


Pintu bilik Tae di ketuk berkali-kali oleh si pembantu rumahnya . Dah dekat 15 minit duk ketuk pintu tapi takde respond dari Tae . Pembantu rumah tu nekad kalau sekali lagi ni Tae tak bangun dia nak berhenti kerja dah . Tak sanggup nak jadi 'loceng' pepagi buta nak kena ketuk pintu aje keje .

 

"...jap!.."

 

Jerit Tae dari dalam . Hancurlah harapan pembantu rumah tu nak berhenti kerja . Tae buka pintu biliknya . Menampakkan wajahnya yang separa sedar . Dia menguap .


"emm..kenapa?"

 

Tanyanya dengan mata tertutup .

 

"Tuan panggil suruh turun . Sarapan dah siap"

 


Tae membuka kedua matanya . Memandang tepat pembantu rumah yang sudah pun tergugat imannya dek kerana kehenseman Tae di waktu pagi walaupun air liur basi dah bertepek-tepek kat muka . 

 

"hmm??!  papa panggil sarapan??"

 

Pembantu tu menganggukkan kepalanya . Tae kerut dahi . 

 

Mimpi apa pulak bapak aku ni ajak sarapan sesama ?? hemm..dah dapat taufik hidayah kot .

 

Macam-macam jenis riak muka Tae buat sambil memikirkan tebiat papa yang agak buang tebiat jugak baginya . 

 

"oke,"

 

Lepas mandi dia terus bersiap hensem-hensem . Baju t-shirt plain hitam di masuk kemas dalam seluar jeans biru gelapnya . Jaket hitam diikat dipinggang . Wajiblah hensem-hensem , jap lagi nak jumpa buah hati si pengarang jantung. Dia tersenyum sendiri di hadapan cermin . Berpuas hati dengan penampilannya . Tae mengenyit mata pada reflek dirinya di cermin .

 

"kau memang hensem! oooyeehhh!"

 

Lepas berangan depan cermin, dia bergerak turun ke meja makan . Papa sedang enak menjamu sarapan . Tae duduk di kerusi berhadapan papa dengan senyuman . Dia mengambil roti dan jem perisa strawberry bercampur kacang . Papa memerhati anaknya yang gembira semacam tu .

 

"kau nak ke mana?"

 

Tae menyapu jem ke atas roti .

 

"jumpa kawan"

 

"Lepas makan ni pergi xxx sana"

 

Tae terberhenti dari menyapu jem tapi kemudian dia menyambung semula .

 

"V dah cakap kan tak nak masuk campur hal papa lagi"


"pergi jelah, tak yah banyak songeh"


"tak nak"

 

Selesai sapu jem , Tae minum air teh panasnya dan laju berdiri . Roti diambil dan digigit sementara dia memakai baju jaketnya .

 

"V gi dulu"

 


Tae melangkah dari meja makan ,namun sesuatu yang disebut papa menarik perhatiannya . 

 

" pergi mana? hospital?"

 

Tae berhenti melangkah . Dia mengambil roti dari mulutnya . Papa tersenyum melihat reaksi dari Tae .

 

" Kim . Min . Young "

 


Mata Tae membulat . Satu persatu papa menyebut dengan jelas. Tae terus menoleh ke arah papa dengan wajah yang penuh tanda tanya .


Kenapa sebut nama Mimin? Papa kenal Mimin ke? tapi kenapa Mimin tak pernah bagitahu? kenapa papa sebut pasal hospital? Papa hantar spy ke? atau papa ni ejen 007 ? k yang last tu ngarot .

 

"dia kat hospital kan? sakit apa? teruk ke?"

 

Amboi prihatin nampak? prihatin ada maknaaa . 

 

"papa skodeng V eh??"

 

papa gelak. 

 

"aku dah lama duk skodeng hang . hang ja luruih tak prasan hahahahahaha terar tak aku? hahahhahahaha"

 

Awat tetiba cakap dialek pulak ni? Papa gelak macam setan . Tae pandang papa pelik . Jembalang mana pulak duk rasuk bapak aku nihh??

 

"kau nak pergi xxx ke ,ko nak aku 'melawat' budak pompuan tu?"

 

"Apa ni pa...V dah cakapkan V tak nak masuk campur hal papa lagi , Papa suruhlah orang papa tu . "

 

"suka hati akulah aku nak suruh sapa pon. Aku nak kau yang pergi sana, kau pergi jelah .  Apa susah nak dengar cakap aku ni?!...dah lama aku perhati, sejak kau dengan budak pompuan ni, kau sekarang dah brani bantah cakap aku eh? "

 

"Benda ni sikit pun takde kena mengena dengan dia, V memang dah lama tak suka dengan 'kerja' papa ni!"

 

 

Keadaan di meja makan semakin tegang dengan berbalas-balas tengkingan yang padu dari dua anak beranak ni . Tae geram je tengok papa yang rilek duduk silang kaki sambil ugut dia guna nama Mimin .

 

"okay fine"

 

Sepatah je papa jawab . Tae mula pelik . Macam tu je? aik? senang benor?

 

"cantik jugak budak ni . Ada taste jugak kau ek?"

 

Kata papa sambil melihat henfonnya . Tae pelik, papa cakap pasal siapa? Tiba-tiba henfonnya berbunyi tanda mesej masuk . Muka berkerut bila melihat henfonnya sebab papa yang mesej . Dia buka mesejnya itu dan keluarlah gambar Mimin tengah baring tidur di atas katil hospital . Hampir nak terkeluar melantun-lantun biji mata Tae . Dia pandang papa laju .

 

"Aku dah bagi kau pilihan tadi kan . Nak pergi xxx atau aku 'melawat' budak tu . "

 

Tae mengetap bibir menahan marah . Tangannya menggenggam seperti penumbuk . Matanya tajam merenung papa yang seronok minum air kopi pekat kaw kaw . 

 

"JANGAN  BERANI  SENTUH  DIA"

 

Arah Tae . 

 

"Wow ,boyfriend material. Of course . Cepat kau buat kerja, lagi cepat kau dapat jumpa budak tu"

 


Tak boleh nak bantah, terpaksa ikut perintah papa kalau nak Mimin selamat . Apa punya bapaklah ni, ish..ish..ish.. 

 

Tae terus bergerak keluar tanpa sebarang kata . Dia menjerit kemarahan sebelum keluar dan menghentak pintu rumah dengan kuat . Tapi tak boleh lawan Rapmon lah . Kalau Rapmon tercabut terus pintu tu . 

 

Sebelum ke xxx, Tae pergi ke rumah Jimin . Jimin yang baru je bangun tidur tu keluar rumah dengan baju tidur bercorak strawberry dan berseluar pendek corak bunga matahari . Bantal peluk berbentuk rilakuma dipeluk sambil menggosok-gosok matanya .

 

"apahal pepagi buta datang rumah aku ni...huuaarrgghh.."

 

Dia menguap panjang . 

 

"Sori ah bro tapi aku nak minta tolong sikit ah"

 

"Tolong apa? Jangan yang suruh buat kerja sekolah sudah . Aku anti dengan benda yang berkaitan sekolah ni "

 

Jimin cuba membesarkan matanya yang sepet itu dan dia menguap lagi .

 

" Takdelah . Aku nak minta tolong kau gi hospital harini . Tolong jaga Mimin kat sana . Aku takleh pergi ah ,ada hal tapi nanti dah settle aku datang . Tolong eh, kejap je"

 

Permintaan Tae membuatkan Jimin berjaya membesarkan matanya . 

 

"kenapa? kau nak gi mana? ada job ke?"

 

"Taklah . Ada lah hal sikit. Tolong eh, harini je . Nanti settle aku datang ."

 

Jimin pandang Tae pelik . 

 

"em,okay...aku okay je . Anytime bro ."

 

Tersenyum lega Tae dengar Jimin setuju nak tolong . 

 

"Oh, lagi satu, kalau ada orang pelik-pelik ke, yang kau rasa macam mencurigakan ke an, jangan bagi dia masuk bilik Mimin eh . Kau jaga dia tau"

 

Walaupun banyak soalan yang Jimin nak tanya tapi dia cuma menganggukkan kepala je . Dia tahu mesti ada sebab Tae suruh dia buat macam tu .

 

"Don't worry bro! Abang long Jimin will help you . Anything, anytime, anywhere, you can trust me bradahh"

 

Dengan yakinnya Jimin berkata-kata sambil tersenyum manis . Tae menepuk-nepuk bahu Jimin sebelum berlalu pergi . 

 

Tae tak bagitahu sesiapa pon yang dia nak buat 'kerja' sebab biasa dia bersama geng BTSSnya bersatu teguh bercerai roboh membuat kerja kotor papanya itu . Dah lama mereka tak buat kerja tu sebab Tae nak buat seorang diri . Tae dah tak nak libatkan kawan-kawannya lagi sebab tu dia banyak tak datang sekolah . Dia pun nak bertaubat dah . Ini mungkin kali yang terakhir dia buat ,lepas ni tak nak dah .

 

Sampai je di xxx ,Tae menemui seseorang seperti yang diperkatakan papa.  Lelaki itu bersama gengnya menyambut ketibaan Tae tapi tak menjangka Tae hanya berseorangan .

 

"mana geng kau?"

 

"takde . Dah jangan banyak tanya , settle cepat . Aku ada banyak keje lagi nak buat"

 

Tae malas nak bersembang kedai kopi , mereka terus membawanya pergi bertemu dengan geng lain yang berani membuat onar di kawasan papanya . Beberapa lelaki sedang menyerang seorang lelaki tua yang menjual cendol meminta duit perlindungan . 

 

"Woi!!"

 

Jerit Tae. Mereka menoleh kearah suara tersebut dan mula mendekati geng Tae .

 

"lu apahal budak? jerit sana sini? mulut takda sayang ka hah?"

 

Seorang lelaki berbadan tegap ,tangan berketul-ketul bersuara . 

 


"tak payah banyak cakap . Tempat ni bukan tempat kau , blah "

 


Tae memberi amaran . Dia malas mahu berkias-kias sebab biasanya gengnya akan mula berbalas pantun dulu sebelum bergaduh . Jhope yang mindanya tersangatlah kreatif itu akan mulakan berpantun tapi dalam slang cina . Kalau mood baik , Jin pulak bersyair dengan mendayu-dayu . Entahlah, gengster apa pon aku tak tahu .

 

 "ini budak ha, banyak berani woo . Lu sapa? ooo, lu anak itu taugeh eh? wa ingat dia turun sini ma. Wa mau jumpa sama dia"


"taugeh tengkorak ko! pergi pasarlah nak kalau nak taugeh ! cakap pon tak betul, buat taik pulak kat tempat aku. Baik korang blah, aku ada banyak kerja lagi nak buat ni"


"wahh, direct terus ha? wa dengar lu biasa balas pantun? mana lu punya pantun? "

 


Banyak cakap pulak mamat ni . Dahlah Tae takde mood . 

 


"kau nak pantun? ni pantun kau!"

 

Tae menumbuk muka lelaki tegap itu dan mereka pon mula bergaduh . Macam biasalah scene gengster gaduh tu kan . Tak tahulah sapa yang menang .

 


~~~~~~

 

'Tuk!Tuk!Tuk!"

 

Pintu bilik diketuk Jimin dengan sopan. 

 

Samekom....

 

Eh, taklah. Tu admin je sebuk nak bagi salam . 

 

Pintu bilik dibuka selepas omma menyuruhnya masuk . Dia memberi senyuman manis kepada omma .

 


"ni ada buah tangan sikit"

 

Jimin menghulurkan buah yang dibelinya di pasar . Sepeket 10 ringgit . Masih terpampang harga pada plastik buah tersebut . Baru je omma nak simpan Jimin tarik balik plastik tu .

 

"eh, makcik! kejap!"

 

Omma yang kebingungan memberi kembali kepada Jimin . Jimin pulak pusingkan badannya dan laju tangannya membuang harga tersebut . Lepastu barulah dia bagi balik kat omma .

 

"ehehe..nah makcik "


Omma hanya tersenyum . Jimin duduk di kerusi sebelah katil Mimin dimana dia berhadapan dengan omma.  

 

"Taehyung tak dapat datang, tu saya datang . Tapi kejap lagi dia datanglah ,ada hal katanya ."

 

Jimin memulakan perbualan memandangkan omma nampak macam pelik je dengan kedatangannya pepagi buta ni . Bukan apa, sebab semalam Tae dah kata nak datang pepagi tapi Jimin pulak yang timbul. 

 

"oh..takpelah, boleh aje ."

 

Balas omma sambil tangannya mengeluarkan buah tadi dari plastiknya . 

 

" Min macam mana makcik? ada perubahan ke?"

 

Omma bangun nak basuh buah .

 

"eh, takpe makcik . Biar saya basuh"

 

Jimin mengambil pinggan berisi buah itu dari tangan omma dan pergi membasuh di sinki di sebelah omma . Amboi, baiknya . Calon menantu ni .

 

"ada, dia dah sedar dah semalam tapi lepas doktor bagi ubat dia tertidur semula . Doktor kata kesan ubat ."

 

Terangguk-angguk Jimin dengar .

 

"baguslah macam tu . Sekurangnya dia dah sedar . "

 

Jimin mengambil kerusinya tadi dan duduk di sebelah omma . Nak tolong omma potong buah .

 

"tulah, makcik bersyukur sangat sakit Mimin ni boleh dirawat. Kalau tak,tak tahulah makcik macam mana"

 

Keluh omma . Jimin hanya tersenyum . Tangannya laju mengupas buah .

 

 

"terima kasihlah pada kamu semua . Kalau takde kamu, rasa Mimin lagi teruk dari ni"

 

 

Sebenarnya dia rasa bersalah . Sebab kalau Mimin tak berkawan dengan diorang, semua ni takkan jadi tapi nak buat macam mana , dah dia bercinta pulak dengan Tae . Terpaksalah hadap semua ni .

 

'percayalah~~~kasihmu lama tersulam~~'

 

Henfonnya bergema . Tertera nama 'Jebon' di skrin henfonnya. Jimin bangun dan jawab panggilan di luar bilik ,takut mengganggu pula. 

 

"hello"


"hello hyung, ko kat mana?"


" aku kat hospital ni,"


"hospital?! asal?? kau sakit apa??"


"ish kau ni, aku datang tengok Min lah! "


"ohh...ingatkan hyung sakit nak mampos dah tadi kikikikikikiki"


"ewah kau, sedap je mulut berkata-kata yee. Nak apa call aku ni?"


"ehehehee...saja, baru nak ajak gi tengok noona tapi hyung dah kat sana . Takpelah, japgi kitaorang sampai"


"haa..okay,  jangan lupa bawa buah tangan sikit "


"ha? buah tangan? buah tangan tu apa?"


"haihh...budak ni . Tulah orang suruh blajo ko lari sekolah, kan otak dah bebal macam ni. Bawalah apa-apa untuk orang sakit. Kau cakap je kat Jin nanti dia tahulah ."


"ha? err...apa-apalah, k cauu!"

 

Jimin geleng kepala . Dia masuk semula ke dalam bilik . Omma dah siap potong dah buahnya . 

 

"eh, dah siap potong?"


"dah..tinggal makan je . Nah"

 

Jimin duduk . Dia tersengeh . 

 

"takpelah, makcik makanlah"

 

Tak selesalah pulak nak makan . Dia yang bawa, dia pula yang makan . 

 

"alahh, makan je . Ada banyak lagi ni kamu bawa tadi ."

 

"err..hehehe...yelah"

 

Jimin amik

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Teddyyoung01
I miss you guys....damn much...><
I miss your support comment...
I miss you
seriously .

Comments

You must be logged in to comment
Mar-j55 #1
Chapter 55: Aku masih menungguuu ???? bila nak update niii
pikahbajet #2
Chapter 19: lawak diorang ni...hahaha
leyna_nieka
#3
Chapter 54: Thanks elly sbb update? saya dh lama tunggu awk update.
Btw, chapter kali klakor giler?
Akhirnya dpt jgk tae jumpa ngn mak dia. Tapi sian jimin kne lebel sbagai org jahat sbb salah faham. Padahal dia cuba nk explain je.
Sya dh vote bts. U all pon jgn lupa ye vote bts jgk?
K lh bye...
Jimin saranghae~ hahaha
leyna_nieka
#4
Chapter 53: Elly!! Kita rindu awaks >.< hehe gila sat XD. Saya fhm apa yg Elly rse bila story yg kita buat penuh kasih sayengs tu hilang. Saya pun pernah kena cmtu. Untung x jdi beruk je mcm yg elly ckp tu XD. Sabo jelh nakk... Btw, best chapie elly *double thumb up*! Kita xnk harap Elly update cpt2, takot nnti jdi fekhop T-T Kirim slm ngn abey Jiming yee~
leyna_nieka
#5
Chapter 52: Hy elly...gime five...sya pon rembat abang sya punya wifi semata2 nk baca citer ni hahahaha XD. X saba nk tunggu next chapter ^_^