AngryTae . SickMimin . Jimin'confession . Authornimporeberelon T^T

Naughty Kiss
Please Subscribe to read the full chapter

NORMAL POV 

 

Sedang enak burung-burung berkicauan di pagi hari, diikuti langit yang semakin cerah,geng BTSS dengan gangsternya masuk ke kawasan sekolah mencari Si Seolhyun durjana itu. 


Adalah dekat setengah jam mereka cari rupanya minah ni tengah syok main batu seremban kat pondok belakang sekolah. Ewah, bahagia nampak? Dah batu berapa dah?


Tae laju menapak. 

 

"oi pompuan! Kau buat apa kat Minyoung hah?!"

 

Dengan tak bagi salam dia jerit dari jauh. Boleh nampak si Seolhyun ni terkejut beruk. Habis terabor semua batu seremban yang dia baling. Kacau daun betullah. 

 

"eh, ada tetamulah.. Jemputlah masuk~ meh, duduk sekali, minum-minum ke...woi, buat air cepat"

 

Seolhyun mengarah kawannya membuat air. Kawan dia pulak pandang dia macam kau-merepek-apa-siakk-buat-air-celah-mana-plak.

 

'BANG!'


*bukan bunyi pestol eh ...Bang Pdnim pon bukan k*

 

Tae menghentak kuat pondok dengan muka serious gila bapak. Semua terkejut babun. 

 

"jangan buang masa aku boleh tak??! Kau buat apa kat Minyoung?!! Aku tanya kan?!! Jawablahh!!"

 

Uish, marah bebenor ni. Jimin tepuk bahu Tae suruh dia rilek sikit. 

 

"oi, rilek ah . Kang roboh pondok ni"

 

Tae ke tepi cuba tahan marah yang dah membuak-buak. Jimin pula bertanya.

 

 

"kau ada jumpa Minyoung eh balik sekolah semalam?"

 

"apekejadah aku nak jumpa dia"

 

"JAWAB JELAH ADA JUMPA KE TAK?!!"

 

 

Tae tiba-tiba mencelah . Dia menjerit beb. 

 

 

"hoi! Nak gaduh tempat lain ah! Orang nak blajo!"

 

 

Suara cikgu dari tingkat 3 bergema. Kemain kuat tu Tae menjerit sampai ke atas boleh dengor. Seolhyun buat muka marah. 

 

"lepas minah tu dengan SUGA..."

 

Seolhyun jeling Suga yang tengah tunjuk rantai dia. Apa yang penting ?  SWAEGG~

 

"dah malukan aku kat kantin semalam. Nak buat apa aku nak jumpa dia lagi sengal. Memang TAKLAH. "

 

Tae pandang je muka Seolhyun nak pastikan minah ni tak menipu. Well, minah ni tak menggeletar pon. Boleh jadi dia tak menipu sekarang ni. 

 

"kalau aku tahu ni kerja kau, siap kau aku lempang muka kau sampai putus kepala"

 

Seolhyun cecepat pegang pipi dia. Takut pulak dah kena ugut sampai nak putus kepala ni. Dasat betul ugutan Tae ni. 

 

BTSS pon blah dari situ. Seolhyun sambung main batu seremban. Seorang budak perempuan yang mencuri dengar, actually takyah curi dengar pon dah boleh dengar. Budak perempuan tu lari selepas dengar perbualan mereka. Dia berlari ke padang pergi ke belakang stor sukan. Ada 5,6 orang tengah berkumpul sambil borak kosong. 

 

"weh! Mati weh!!"

 

Dia menjerit dengan tercungap-cungap. Yang lain dah pandang semacam. 

 

" kau ni kenapa? Tiba-tiba datang cakap mati mati ni? "


"BTSS...BTSS....Diorang..."

 

Dengar je BTSS, semua kerumun budak perempuan yang masih lagi cari nafas tu. 

 

"BTSS? Kenapa?? Ada apa dengan diorang??"

 

Tanya salah seorang daripada mereka. 

 

"diorang....diorang...cari..diorang cari kita!"

 

Semua terkejut. 

 

"cari kita? Buat apa?"


"sebab semalam tulahh...kita tolak... Pompuan tu..."


"serious ah??"


"serious weh!! Aku nampak tadi dia pergi serang Seolhyun. Dia ingat minah tu yang buat. V marah gila weh! Gila gila punya! "


"hish, kan aku dah cakap. Bagi dia amaran je, yang kau pergi tolak dia buat apa??"

 

"Kau diam ah! Kau tu baru lagi join dah pandai nak arah aku plak!!"


Jerit budak perempuan yang tolak Mimin semalam. Budak yang kena marah tu diam je. Dia baru je join grup ni . Dia ingat ni grup fans Jimin yang biasa-biasa je tapi rupanya salah grup.  Grup fans Jimin yang gangster rupanya.  Dah tak pasal-pasal jadi hamba abdi diorang.  Dahlah selalu kena buli. Semalam tu pon dia dah cuba nasihat ,tak payah cari pasal tapi apakan daya, dia hanyalah hamba abdi. Takde hak bersuara.

 

"ish, yeke?? Benda ni tak kelakar tau kalau kau nak buat lawak."

 

"kau tengok muka aku tengah buat lawak ke???"

 

Mulalah kecut perut semua. Habislah kalau diorang tahu. Memang tamatlah riwayat korang. 

 

"kau ah ni! Asal tolak dia kuat sangat semalam??"


"tah, sampai dia pengsan plak tu. Entah-entah dah mati kot?"

 

Bertambah-tambah cuak muka masing-masing. 

 

"gila kau! Takkanlah mati, aku tolak bukan kuat sangat pon "

 

Mereka terdiam. Tak tahu nak buat apa. Semua takut kena tibai dengan BTSS. 

 

"kita nak buat apa ni?? Macam mana kalau diorang tahu??"

 

Masing-masing membisu takde idea. 

 

"emm...kita senyap je. Jangan buka mulut pasal benda ni. Buat tak tahu je. Kalau aku tahu ada pecah rahsia, siap korang! Paham?!"

 

Mereka mengangguk tanda faham. Yelah, nak buat apa lagi?  Senyap jelah, pura-pura tak tahu je. Tu jalan terbaik buat masa ni.  

 

 

Tae and the gang pergi rumah Mimin memandangkan Mimin dah boleh balik. Melawat orang sakit katanya. 

 

"eh, korang buat apa kat sini? "

 

Mimin yang tengah main ps4 kat dalam bilik terkejut bila omma bawa masuk reramai dalam bilik dia. Dengan baju tidur rilakkuma dia .

 

"nak melawat kau lah"

 

Kata Jin. 

 

"macam tak sakit je"

 

Suga pandang Mimin pastu pandang ps4. Tangan bersilang di dada.

 

"habistu nak tunggu aku terbaring mulut berbuih ke baru nak percaya aku sakit?"

 

"tah kau ni hyung! Mesti noona boring an? Main game ah, apa lagi.  Nak join!!"

 

Jungkook melompat ke atas katil dengan riangnya nak main sekali. 

 

"ish kau ni, apa datang rumah orang main game ni. Kita datang nak melawat lah"

 

Kata Jin sambil tangannya laju menjotos kepala Jungkook. 

 

"tah kau ni apalah. Min, takde control player lebih ke?"

 

Tanya Rapmon selamba. Dia pon nak join main gak. Jin menggeleng, anak bapak sama je prangai.  Pffttt

 

Mimin bagi control player dia pada Rapmon . Dah dua orang ni pulak yang main. Mimin ketawa je tengok diorang main. Mulut tu tak berhenti mencarut beb. 

 

Tae datang kat Mimin. 

 

"macam mana? Dah okay?"

 

Mimin senyum . Dia angguk kepala. 

 

"dah, alah, terhantuk sikit je ni. "

 

Tae pegang tangan Mimin.


"sure?"

 

"shuwee bang~ kihkihkih"

 

Jungkook pulak yang sebok jawab. Dia buat suara kemik pastu ketawa diikuti Jhope yang memang sengaja nak dengor perbualan diorang. Kepoh kau, cik jenab kan. 

 

"kau kalau tak kacau life aku tak boleh ke rabbit?"


Jungkook tunjuk gigi renab dia pastu terkekek ketawa. Tae geram je tengok Jungkook, patahkan gigi kau kang baru tahu. Dia kembali menoleh Mimin .


"adalah pening-pening sikit tapi sikit je,  makan ubat takde dah pening tu "

 

"sapa yang buat kau? Bagitahu aku"

 

"takde sapalah. Aku je terhantuk sendiri "

 

Mimin malas nak panjangkan cerita. Dia tak nak bagitahu Tae sebab nanti kang Tae pi blasah budak tu kang, dah jadi kes lain pulak. 

 

"alaa bagitahu jelah. Ni mesti kerja Seolhyun tu kan?"

 

"taklah, mana ada kau ni "

 

"yeke?? Jangan tipu aku. Bagitahu jelah kalau dia yang buat.  Biar aku pi taboq dia satgi "

 

"T A K L A H.  Bukan dia"

 

"habistu sapa??"

 

"takde sapalah, ya tuhan berapa banyak kali aku nak kena bagitahu ni?"

 

"tipu! Tadi kau cakap bukan dia maksudnya ada orang lain yang buat kan??"

 

Mimin tersentak. Alahh, macam mana boleh terlepas cakap pulak ni. 

 

"haaa, kantoii"

 

Jhope mencelah. Jimin dah berebut dengan Rapmon nak main ps4 jugak. 

 

"man-mana ada! Tak adalah! Kau tanya lagi aku tidur eh"


"aloo aloo...jangan tidur, jom ah gi dating ke "


"dating tengkorak ko, makcik ni tak sehat lagi kot "

 

Marah Jin. Omma masuk bilik bawa air untuk tetamu. Jin cepat-cepat tolong omma letakkan air tu.  Hm, calon menantu mithali. 

 

"minumlah dulu "

 

"terima kasih makcik "

 

Jhope berebut nak amik air. Dia tersengih-sengih. 

 

"doktor pesan Mimin kena rehat. Nak dating tunggu dia sehat eh"

 

Kata omma sebab dia terdengar Tae ajak gi dating tadi. Tae pulak tersengih-sengih. 

 

"erhehhe...oke makcik "

 

Mimin tersenyum. Dia pon malas nak keluar sebenarnya. Mimin bangun dari katil. Rasa nak buang air lah pulak. 

 

" nak pergi mana?"


"toilet, nak ikot?"

 

Laju je Tae angguk. Tak boleh diajak dia ni, semua nak ikot. 

 

"ee! Peevert "

 

Laju Mimin berlari ke tandas. 

 

"eleh, dia yang ajak, puihh"

 

Mereka pon buatlah bilik tu macam bilik sendiri. Yang berebut main gamenya lain, yang dah ngorok atas katilnya lain, yang habiskan airnya lain. Habis bersepah bilik Mimin. 

 

 

Tiba-tiba Jhope berlari ke pintu bilik air Mimin. Dia mengetuk pintu bilik air berkali-kali.

 

"Min! Lama lagi ke? Aduh, aku nak terkencing ni!"

 

Takde respond. 

 

"Min cepatlah! Tak tahan nih! Adumak!"

 

"tulah kauu, asyik minum air je. Dahlah air aku pon kau bedal "

 

Jimin yang sebuk main ps4 tu bersuara. Dari tadi dia duk perhati si Jhope ni minum air tak berhenti. 

 

"alahh, seboklah kau! Cepatlah Min! Kang aku kencing kat sini kang!"

 

"eee! Tak senonoh prangaii!!"

 

Jerit Jin yang tengah dodoikan Suga tidur. Tak tahulah diorang ni sebenarnya datang nak melawat ke nak lepak macam rumah sendiri. Tae cuma gelak je dengar, dia tengah sebuk tengok meja belajar Mimin. Kemas je. Ada frame gambar Mimin , omma dengan sorang lelaki. Rasanya tu papa dia. Ada gambar kecik terselit kat bawah. Tae amik dan perhati. Gambar dia tengah tidur ternganga kat dalam kelas. 

 

"gambar aku ke?"

 

Masa tu rambut dia warna oren. Tae tergelak tengok gamba dia sendiri . Apalah, punyalah hensem, gambar yang  itu jugak dia pilih. 

 

"MIN!! CEPATLAHHH!!!"

 

Dah tak tahan bebenor tu nampak gayanya . Min buka pintu perlahan. Dia memegang kepalanya. 

 

"so-sorry...aku...lambat..."

 

Min pengsan. Nasib baik Jhope sempat sambut, kalau tak dah cium lantai dah si Mimin ni.

 

"eh! Eh! MIN!"


Semua mata beralih ke Jhope. Kelam kabut semua lari terutama Tae. Oh ye, kecuali Suga, dia tengah sedap tidur macam princess sleeping beauty.  

 

"eh amik dia, aku nak terkencing ni"

 

Kata Jhope yang sememangnya nak terkencing bebenor dah. Tae amik alih. Dia angkat Mimin nak letak kat atas katil tapi....hadui...

 

"hoi! Bangonlahh!!! Ni bukan rumah kauu!"

 

Jerit Rapmon sambil dia goyang katil, nasib katil kukuh . Terus terbangun Suga terkejut punya pasal. 

 

"haa?? Hape? Hape? Gempa bumi??"

 

Bantal di letakkan di atas kepalanya. Matanya meliar melihat sekeliling. Ngigau apalah pakcik ni. 

 

"gempa taik kau, tepilah! Orang nak letak Mimin ni"

 

Jin tarik Suga je tepi. Dia ikut dengan muka blur tak tahu apa dah jadi. Tae letakk Mimin atas katil . 

 

"kenapa? apa dah jadi?"

 

Tanya Suga masih bengon.

 

"Min pengsan "

 

"Macam mana boleh pengsan??"


"entah, sebab Jhope ketuk pintu banyak kali kot, stress "

 

"sebab aku? Takkanlah ak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Teddyyoung01
I miss you guys....damn much...><
I miss your support comment...
I miss you
seriously .

Comments

You must be logged in to comment
Mar-j55 #1
Chapter 55: Aku masih menungguuu ???? bila nak update niii
pikahbajet #2
Chapter 19: lawak diorang ni...hahaha
leyna_nieka
#3
Chapter 54: Thanks elly sbb update? saya dh lama tunggu awk update.
Btw, chapter kali klakor giler?
Akhirnya dpt jgk tae jumpa ngn mak dia. Tapi sian jimin kne lebel sbagai org jahat sbb salah faham. Padahal dia cuba nk explain je.
Sya dh vote bts. U all pon jgn lupa ye vote bts jgk?
K lh bye...
Jimin saranghae~ hahaha
leyna_nieka
#4
Chapter 53: Elly!! Kita rindu awaks >.< hehe gila sat XD. Saya fhm apa yg Elly rse bila story yg kita buat penuh kasih sayengs tu hilang. Saya pun pernah kena cmtu. Untung x jdi beruk je mcm yg elly ckp tu XD. Sabo jelh nakk... Btw, best chapie elly *double thumb up*! Kita xnk harap Elly update cpt2, takot nnti jdi fekhop T-T Kirim slm ngn abey Jiming yee~
leyna_nieka
#5
Chapter 52: Hy elly...gime five...sya pon rembat abang sya punya wifi semata2 nk baca citer ni hahahaha XD. X saba nk tunggu next chapter ^_^