Rahsia

Naughty Kiss
Please Subscribe to read the full chapter

Harini ada orang bangun awal dari waktu yang sepatutnya . Loceng tak sempat bunyi lagi dah bangun , mandi , wangi-wangi . Rasa teruja nak pergi sekolah . Setelah memakai uniform sekolah , Mimin berdiri lama di hadapan cermin .

 

“nak ikat rambut ke tak ek?”

 

‘Tuk!tuk!tuk’

 

Automatik kepalanya menoleh ke arah pintu yang bertutup tu .

 

“Mimin dah bangun belom? Cepat sikit siap , ada kawan kamu datang ni”

 

Berkerut wajah . Kawan ? Kawan celah mana plak ni?

 

“okay!, dah siap dah!”

 

Kembali memandang cermin . Nak ikat ke tak ni? Tae suka kalau aku lepas rambut . emm…lepas jelah . Lagipun rambut aku wangi, boleh aku libas-libas kat muka dia nanti , muehehhehe

 

Mimin mencapai beg sekolahnya dan bergerak turun tangga . eh? Bau nasi ayam . Hmm! Dapnya! Tapi dah kenapa tiba-tiba masak nasi ayam plak ni?

 

“ma masak nasi ayam ke? Mimpi apa pagi-pagi buta masak nasi ayam ni?”

 

Turun tangga terakhir, matanya seakan nak terbeliak .

 

“..Tae??..kau buat apa pepagi buta kat rumah aku ni?”

 

Tae cuma balas dengan sengihan je .

 

“biarlah orang nak datang, ma jemput dia masuk daripada dia duk tercegat kat lua rumah tadi”

 

Omma pulak yang tolong jawabkan . Mimin datang dekat Tae yang dah kejap duduk kejap berdiri , macam orang serba salah . Tak tentu arah .

 

“kau ni dah kenapa?”

 

Bisik Mimin .

 

“aku…nebes…bakal mak mertua kot”

 

Mimin buat muka . Dia tarik tangan Tae .

 

“dah jom, makan”

 

Tae jadi malu-malu kucing . Sebenarnya Tae nak tunggu Mimin kat luar je . Nak jalan sama-sama pergi sekolah dengan gefren tapi masa dia tunggu kat luar tiba-tiba omma keluar lepastu ajak dia masuk . Nak kata apa lagi kan kalau dah bakal mak mertua ajak masuk rumah?

 

Mereka makan bersarapan bersama walaupun kekok sikit .

 

“Taehyung kan?”

 

Nak tersedak Tae minum air . Dia terangguk-angguk kepala .

 

“eh, rilek ah . Makcik tak makan orang”

 

Kata omma bergurau . Mimin memandang pelik Tae . Asal gelabah semacam budak ni?

 

“dah lama ke berkawan?"

 

“ma, kawan kelaslah”

 

Laju Mimin jawab . Omma cuma menganggukkan kepala . Eleh, ingat omma tak tahu ke hah?

 

“kamu suka anak makcik eh??”

 

Kali ni Tae memang tersedak habis . Terbatuk-batuk dia . Habis tersembur ayam . Cepat-cepat Mimin hulur air pada Tae . Kemudian dia mengurut-urut belakang Tae . Serious, Tae memang acting pelik harini .

 

“kau okay tak?”

 

Tae mengangguk dan tersenyum .

 

“omma ni, tulah tanya yang bukan-bukan . Tengok dah tersedak”

 

Omma tersenyum . Alahh, anak muda . Nampak sangat !

 

“apa? Omma cuma tanya dia suka Mimin ke? Tu je? Bukannya ma tanya dia ada pecah kedai orang ke kan?”

 

Untuk kali keduanya Tae tersedak . Air pulak yang tersembur . Eh, mak dia ni . Macam tahu-tahu je ni?

 

Kali ni omma tak dapat teka kenapa Tae tersedak .

 

“eh, kamu ni okay tak? Asyik tersedak je, makcik masak tak sedap ke?”

 

Laju Tae menggeleg .

 

“tak! Tak adelah..mana ada. Makcik masak tiptop! Sedap gila!”

 

Nampak benor menipunya . Kau baru makan ayam je Tae, nasi dia kau tak sentuh lagi . Nasib omma tak perasan .

 

“kann…makcik masak memang sedap tau . Kalau nak makan lagi datang je sini .”

 

Tae tersengih-sengih . Mimin tengok jam dah pukul 7.15 .

 

“okaylah ma, kitaorang gi sekolah dulu , dah lambat ni”

 

Selepas bersalaman, berpeluk bagai , mereka pun gerak ke sekolah . Tae diam je . Berfikir sendiri . Mimin pulak segan , nak tegur dulu ke ?

 

"em Tae?"


"hm?"


"ko ada masalah ke?"


"eh, takdelah. Aku oke je, kenapa?" 


"dari tadi aku tengok kau semacam je. Macam serba tak kena . "


"eh, yeke?"


"ye"


"iyeekee??"


Mimin buat muka. Brapa kali aku nak kena ulang?


"yelohh!"


"eehehehe..takdelah, aku oke je.  Tadi tu aku cuak sikit sebab...aku segan, mak kau ajak makan sekali "

 

Tae tersengih. Senyum petak. Dia tergaru-garu leher. Mimin cuma angguk kepala je. 
 
 
Sebenarnya Tae terfikirkan pasal kedai Kim's Bakery tu.  Ada sesuatu yang mengganggu.  Tapi sekarang ni dia tengah dengan Mimin, jadi dia kena tolak tepi benda tu semua dan utamakan Mimin. 


Dia pandang Mimin yang tengah fokus jalan tengok depan. Tae baru perasan Mimin tak ikat rambut harini. Cantik, comel macam selalu. Jantungnya mula berdegup. Dia suka rasa macam ni bila dengan Mimin. Buat dia tersenyum macam orang gila je. 


Tae mencapai tangan Mimin lalu digenggam kemas. Mimin tersentak sekejap lepastu dia tersengih-sengih sesorang. 


"kalau aku panggil kau...Mimin boleh?"


"kenapa?"


Mimin tengok Tae pelik.  Ni mesti tadi dengar mak dia panggil kan. 


"em...sebab...aku nak jadi orang kedua yang paling kau sayang lepas mak kau"


Hamboiii, ayat ponn.  Terkebil-kebil mata dia dengor Tae cakap macam tu. 


"em...macam takde kena mengena je?"


"kena mengena dia, mak kau panggil kau Mimin,so, aku selaku orang kedua yang paling kau sayang ni pon nak panggil kau Mimin lah. Macam kau panggil aku Tae, mak aku je yg pernah panggil aku macam tu "


Mimin terdiam. Eyyyyyyy dia ni tau. Kau nak telinga Mimin berdarah ke dengar ayat-ayat manis kau yang terlebih gula ni??


Muka Mimin dah merona merah dah. Dia pandang depan je. 


"nanti kat sekolah, kalau ada orang tengok je kau lepastu dia buat gosip mak jemah, kau buat tak tahu je tau"


Mimin kerut dahi . Apa benda pulaklah ni. 

 

"kenapa pulak orang nak gossip pasal aku?"


"bukan pasal kau, tapi pasal kita"


Tae tersengih. Mimin pulak masih bengong.  Tak paham. 


"huh? Maksud kau? "


Tae buat muka. Ingatkan minah ni boleh faham. 


"pasal kita lah. Yang semalam tu. Aku...confess kat kau...guna mic tu"


Malu-malu kambing plak nak cakap si Tae ni . Mimin baru teringat. Dia buat muka 'OH MY GOD!'. Dia muncungkan mulut . Apa pulak gosip yang tersebar kali ni. 

 

Tae tergelak tengok Mimim buat muka macam tu. 


"jangan risaulah, aku akan selalu ada dengan kau. Geng aku pon ada. Kau tahu an diorang takut deng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Teddyyoung01
I miss you guys....damn much...><
I miss your support comment...
I miss you
seriously .

Comments

You must be logged in to comment
Mar-j55 #1
Chapter 55: Aku masih menungguuu ???? bila nak update niii
pikahbajet #2
Chapter 19: lawak diorang ni...hahaha
leyna_nieka
#3
Chapter 54: Thanks elly sbb update? saya dh lama tunggu awk update.
Btw, chapter kali klakor giler?
Akhirnya dpt jgk tae jumpa ngn mak dia. Tapi sian jimin kne lebel sbagai org jahat sbb salah faham. Padahal dia cuba nk explain je.
Sya dh vote bts. U all pon jgn lupa ye vote bts jgk?
K lh bye...
Jimin saranghae~ hahaha
leyna_nieka
#4
Chapter 53: Elly!! Kita rindu awaks >.< hehe gila sat XD. Saya fhm apa yg Elly rse bila story yg kita buat penuh kasih sayengs tu hilang. Saya pun pernah kena cmtu. Untung x jdi beruk je mcm yg elly ckp tu XD. Sabo jelh nakk... Btw, best chapie elly *double thumb up*! Kita xnk harap Elly update cpt2, takot nnti jdi fekhop T-T Kirim slm ngn abey Jiming yee~
leyna_nieka
#5
Chapter 52: Hy elly...gime five...sya pon rembat abang sya punya wifi semata2 nk baca citer ni hahahaha XD. X saba nk tunggu next chapter ^_^