Pujuk

Naughty Kiss
Please Subscribe to read the full chapter

MINYOUNG POV


Selamba dia je cium pipi peloles haku nih? kat depan orang ramai pulak tu.  Berani betul . Ingat aku cair ah tu?


Sikit ah .


"eh awak! Kim Minyoung!"


Sape pula yang panggil nama penuh aku ni? Aku toleh ke punca suara tu .


Hak alamak, mamat ong ni rupanya .


"jumpa lagi kita~ yadakah yini jodoh? fufufufuf"


Macam kenal je cara gelak tu . Keturunan cikgu Park ke dia ni? 


"jodoh celah ketiak ko"


Malas aku nak layan , baik aku cepat pergi . 


"eh nantilah dulu, mailah kita masuk sesama~"


Tiba-tiba aku rasa lenganku dipeluk oleh seseorang . Hem, yang biasa peluk lengan ni Jungkook je .


Siyot , budak ong ni rupanya . 


Aku tarik laju tangan aku . Ni kalau Tae nampak kang mati aku .


*hek aleh, dah break kot , Tae aku punya <(`^´)>*


"apebenda ni?? pegang-pegang orang pulak"


Aku jalan laju masuk dalam tinggalkan mamat tu . Boleh pulak dia berlari ala-ala tepi pantai gitu kejar aku .


"alaa~ awak tunggulah kiteww"


Eh tolong pergi mampus .


Dia merapati aku lepas berjaya berjalan sebelah aku .


"awak ni jalan laju sangatlah . Relaxlah, kita bukan tengah joging"


"sukati akulah nak jalan laju ke slow ke . Aku pakai kaki kau ke? "


"amboi, kiyotnya awak marah"


Eh budak ni . Kang aku lempang kang terus pergi masuk kubor ni kang . 


"ee ko boleh jauh tak? pergi sanalah!"


Aku tolak dia . Lantak ko lah nak tergolek ke hape ke . Aku berdiri depan lift tapi dia pon sebuk nak diri sini jugak . Aku jeling dia .


"awak ni kita nak kawan pon tak boleh"


Dia melaga-lagakan jari telunjukknya dan mengembungkan pipinya . Kelihatan seperti mahu beraksi comel . Peh ayat .  Bm habis .


Ingat ko comel ah? Jungkook lagi comel lah .


"tak boleh"


Laju aku jawab . 


"alaa tapi kita nak kawan dengan awak, bolehlah"


Aku tak paham betullah . Apa yang dia tak paham lagi ni? nak aku cakap loghat sarawak ke? 


kau dengar sini bah, aku bah, tak mahu dengar bah engkau bah--


eii apedah merepek .


"aku cakap tak boleh, tak bolehlah"


"aloo..tapi...ala bolehlah"


Nak aku guna bahasa alien ke? tapi aku tak tahu . Nyesal pulak tak belajar dengan Tae .


"eh ko ni korek telinga ke tak? aku kata TAK BOLEH"


"alaaa.. BOLEHLAH"


Anak sapalah ni? ni kalau aku tampor jangan nak saman aku pulak eh .


"eee aku rimaslah ko ni__"


"kenapa ni sayang?"


OH MA SAVIOR . 


Tae tetiba datang dan peluk bahu aku . Aku tengok tangan dia yang kat bahu aku, aku tengok muka dia, aku tengok muka mamat Ong ni .


"err..."


Tak keluorlah pulak suara ni .


"macam ada masalah je ni? sapa ni?"


Tae tenung budak tu . Dah macam nak terjojol je aku tengok . Si Ong ni pulak tetiba diam , muka pucat siyot . Haa, tahu takut .


"ko nak apa lagi dengan awek aku? ha? ko nak ngorat dia eh?".


Tae makin ke depan . Macam nak nangis aku tengok muka Ong .


"ko nak kena dengan aku ke?"


Eh ,dah lain macam je aku tengok si Tae ni . Aku tarik dia .


"Tae, tak payahlah lebih-lebih"


Tae toleh aku dan dia mengundur kembali .


"ampun beribu-ribu ampun , maaf patik harap diampun! cau!"


Kata Ong laju dan dia berlari tinggalkan kitaorang . Dia tu macam....hemm. Pelik doh.


"dia kacau lagi ke?"


"takdelah"


Aku kembali hadap lift . Rosak ke lift ni dari tadi tak buka .


"cakaplah betul-betul . Kalau dia kacau kau bagitahulah aku"


"aku kata takde kan tak adelah ."


"aku nampak semua tadi . Dia kacau kau kan"


"habistu kau nak belasah dia? nak tunjuk gangster ah?"


Tae diam . Aku jeling dia . Sikit-sikit nak belasah , ingat orang tu patung ke sesukati je nak belasah .


"kata nak balik, pergilah balik"


"aku nak teman kau"


"tak payahlah..hishh kenapa lift ni lama noh ni?"


Geram betul aku . Mende tah lama noh nak buka ni?? 


"kau tak tekan ni, dia tak bukalah"


Tangan Tae menekan button naik . 


ala bodohnya aku ni .  Buat malu keturunan je . Malu siyot .


Pintu lift terbuka . 


Malu malu malu malu malu malu!


Laju kaki aku menapak masuk dalam lift. 


"kau jangan masuk!"


Tae jadi kaku . Dia baru je nak melangkah . Aku cepat-cepat tekan tutup dan pintu pon tertutup . 


Fuhh Nasib baik dia tak masuk sebab kalau dia masuk juga aku ingat nak terajang keluor je .
 


NORMAL POV 

 

Jimin berjalan menikmati angin pagi di sungai han . Terbang-terbang rambutnya . 


"haihh...bosannya lah. Nak makan tteokbeokki takde partnerlah pulak. Kang aku pergi sorang kang nampak sangat poreber elon ."


Jimin menyepak batu-batu kecil sambil matanya melilau melihat sekeliling .


"atok Sarang tak buka kedailah pulak harini..eh?"


Matanya menangkap seorang gadis bersweater belang-belang hitam putih tengah tersenyum sorang-sorang kat bangku berdekatan gerai aiskrim .


Bila diperhati, sapa lagi uolls . Seperti yang telah korang jangka . Haa betullah tu .


"Rin..?"


Jimin jalan mendekati Rin . Tak sangka pulak boleh jumpa kat sini.  


Rin pulak tengah tersengih sorang-sorang macam hape . Wallpaper fonnya di tenung dengan senyuman . 


Gambar Jiminlah, takkan pakcik aiskrim pulak . Dia save gambar profile wasep Jimin lepastu buat wallpaper .


Jimin berjalan dibelakang kerusinya dan meniup telinga Rin . Terperanjat Rin ,dia menoleh ke belakang .


Lagilah terperanjat .


"hai"


Kata Jimin sepatah dengan senyuman yang boleh buat dia cair macam mentega atas kuali panas . 


Cepat-cepat Rin sorok henfonnya .


"a..a-awak??"


Jimin bergerak duduk disebelah Rin . 


"sayalah...crush awak"


Pehh! dia punya malu rasa macam nak terjun dalam sungai han berenang keliling dunia sampai sepuluh round .


Rin terus alihkan pandangannya . Jadi tak tentu arah. Semuanya serba tak kena .


"awak buat apa kat sini?"


"em..joging.."


Jimin meng'oh'kan aje . 


"sorang je?"


Rin mengangguk .


"kenapa tak ajak saya?"


Rin toleh Jimin .


"ajak awak?"


"yelah...kenapa? tak nak ke joging sama-sama?"


Laju Rin menggeleng .


"eh..tak..takdelah macam tu...saya dah biasa joging sorang-sorang"


"oh...so, lepasni awak kena biasakanlah joging berdua . Lenkali kita joging sama ok"


Rin macam tak percaya . Kerash hajak joging sama uolls ! 


'kenapa tak ajak kawin je terus hohoho'


Amboi gatai .


"err...ok.."


"Awak, awak suka makan tteokbeokki tak?"


"em, bolehlah . Kenapa?"


"jom kita gi makan tteokbeokki, saya belanja"


"awak..ajak saya?"


Dahtu takkan dia ajak mak hengko pulak .


"yee, jom"


Jimin tarik tangan Rin . Berbunga lagi mekarlah hati si Rin ni tapi lepastu Jimin lepaskan pegangan tangannya dan memasukkan tangannya ke dalam poket seluar .


'alooo'


"awak memang selalu ke datang sungai han?"


"bolehlah, selalu jugaklah kot"


"oh...kenapa pergi sungai han, kenapa tak pergi funfair ke, karoke ke, shopping mall ke"


"emm...entah,lagipun saya banyak kenangan kat situ masa kecik dulu"


Boleh kata dah selesa sikitlah Rin nak bercakap dengan Jimin. 


" kenangan? kenangan apa? dating eh?"


Tanya Jimin mengusik .


"tak adelah . Kenangan family . Dulu saya selalu main basikal dengan abang saya"


"abang? ada abang?"


Rin mengangguk .


"dulu lah . Sekarang dia pun saya tak tahu kat mana"


"aik? macam mana tu?"


Berkerut dahi Jimin. 


"haihh.. mak ayah saya bercerai, saya ikut mak,  abang ikut ayah. Lama saya tak jumpa abang saya tu.  Entah rupa dia pun saya tak tahu macam mana sekarang"


"ohh..yeke.."


"yee.."


"eh dah sampai, jom masuk"


Mereka masuk ke dalam kedai makan tersebut dan order lah untuk sorang satu .


"wahh, sedapnya~"


Rin tersenyum tengok Jimin makan penuh feeling . Macam iklan . Takleh blah betul. 


"awak memang suka makan tteokbeokki ni ke?"


Jimin angguk laju. 


"suka! suka sangat"


'awak suka saya tak?'


Dalam hati jelah mampu Rin .


"awak suka?"


"sukalah jugak"


'saya suka awak Jimin'


"kalau macam tu orderlah lagi, makcik!"


"eh! tak payah, saya belum tentu habis ni"


"oh..okay, tapi kalau awak nak tambah cakap je tau . Takpe saya belanja"


Rin mengangguk malu . Dia sambung makan .


"selalu ke awak makan kat sini?".


"selalu jugak . Kalau saya rasa nak makan tteokbeokki, sinilah tempat feberet saya"


'boleh saya jadi gadis feberet awak jugak tak?'


"oh.. "


Memandangkan kedai tu pon baru je buka, so, orang tak ramai . Sunyi je suasana ,makcik kedai kata radio rosak. Tu yang rasa macam kat tanah kubor, sonyap jo .


Kemudian Jimin termenung . Apa agaknya yang buatkan dia begitu asyik termenung sampaikan Rin ni duk melambai depan dia pon dia tak sedor .


"awak?".


"..."


"Jimin? awak?"


Krik krik


"hellooooo??"


'nak aku flip baru sedor ke macam mana ni?'


"Park Jimin!"


Rin memetik jari depan mata Jimin . Baru nak nyedor .


"eh, ha? apa..apa dia? kenapa?"


"awak ni kenapa tiba-tiba je termenung? ada masalah ke?"


"err...taklah..mana ada"


"ele cerita jelah"


Jimin macam serba salah nak cerita. Tak tahu nak mula macam mana .


"emm..awak..ingat tak pasal...saya ada..ehem..ada..crush tu?"


Baru Rin teringat , Jimin kan ada crush kat sorang pompuan ni . Dia jadi tak berapa semangat pulak nak dengar tapi cover ah .


"...oh..ye, ingat . Kenapa?"


"em..dorang gaduh lagi"


"lagi?"


Jimin angguk .


"sebab awak lagi ke?"


"eh taklah . Ada lah sebabkan something ni and something tu memang salah boifren dia . Something tu juga berkait dengan semua member saya, termasuk saya"


Jimin tak naklah cerita lebih-lebih.  Sikit-sikit jer. Berkerut-kerut dahi Rin dengar .


"oh, so , dah settle ke?"


"belom, jadi makin teruk adalah . Dia minta break dari kawan saya . Kawan saya ni pulak dah cinta mati kat dia . Punyalah dia melalak awak tahu. First time saya tengok dia macam tu"


Jimin terkenangkan Tae nangis melutut bagai masa kat rooftop haritu . Macam tengok drama live je masa tu .


"minta break? uish, serious sangat ke 'something' tu?"


"serious tapi saya dah bagitahu semuanya kat crush saya tu . Ala, sebenarnya saya nak muvon . Min, saya panggil dia Min . Saya dah cerita a to z pada Min tu, and dia pon macam pahamlah situasi sebenar tapi dia still tak boleh nak terima kawan saya tu balik . "


Jimin menyuap tteokbeokki ke dalam mulutnya .


"haihh..saya tak tahu nak buat apa . Kesian saya tengok kawan saya tu . Dah macam takde life dah . Celik mata je nak cari Min , nak getback dengan Min . Tapi Min...haihh.."


Mereka diam. Rin pun tak tahu nak cakap apa . Jimin tenung je tteokbeokki dia yang dah nak habis tu.


"emm...macam mana ek? saya pun tak tahu macam mana nak tolong awak"


"eh takpe,awak tak payah susah-susah pikir . Saya just nak luahkan je masalah saya ."


Rin diam je . Dia nak tolong tapi dia tak tahu macam mana .


"emm, kawan awak tu dia kat mana?"


"kat...em, tah dengan awe__"


~katakanlah sekarang bahwa kau tak bahagia...aku punya ragamu tapi tidak hatimu~


"haa, speak of the devil . Jap eh awak"


Jimin jawab tepon sambil keluar kedai . Dia berdiri di luar .


"hello? "


"hello Jimin, ko kat ne?"


"aku kat...kedai tteokbeokki ni kenapa?"


"oh, haa, aku dah nampak kau"


"hah?"


"Jimin!"


Jerit Tae tak jauh darinya . 


"holy crap"


Kata Jimin sendiri . Apa pulak mangkuk ni buat kat sini?


"ko buat apa kat sini?"


"cari kau ah"


"cari aku? buat apa? awek kau mana? cari ah dia "


"ala merajuk ke? gedik ah . Jom ah aku teman ko makan tteokbeokki"


Tae dah tarik Jimin nak masuk dalam kedai. 


"eh, tak payah!"


Jimin jerit kat telinga Tae . 


"aduh, kotye pon tak yah ah jerit kat telinga aku . Berdes

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Teddyyoung01
I miss you guys....damn much...><
I miss your support comment...
I miss you
seriously .

Comments

You must be logged in to comment
Mar-j55 #1
Chapter 55: Aku masih menungguuu ???? bila nak update niii
pikahbajet #2
Chapter 19: lawak diorang ni...hahaha
leyna_nieka
#3
Chapter 54: Thanks elly sbb update? saya dh lama tunggu awk update.
Btw, chapter kali klakor giler?
Akhirnya dpt jgk tae jumpa ngn mak dia. Tapi sian jimin kne lebel sbagai org jahat sbb salah faham. Padahal dia cuba nk explain je.
Sya dh vote bts. U all pon jgn lupa ye vote bts jgk?
K lh bye...
Jimin saranghae~ hahaha
leyna_nieka
#4
Chapter 53: Elly!! Kita rindu awaks >.< hehe gila sat XD. Saya fhm apa yg Elly rse bila story yg kita buat penuh kasih sayengs tu hilang. Saya pun pernah kena cmtu. Untung x jdi beruk je mcm yg elly ckp tu XD. Sabo jelh nakk... Btw, best chapie elly *double thumb up*! Kita xnk harap Elly update cpt2, takot nnti jdi fekhop T-T Kirim slm ngn abey Jiming yee~
leyna_nieka
#5
Chapter 52: Hy elly...gime five...sya pon rembat abang sya punya wifi semata2 nk baca citer ni hahahaha XD. X saba nk tunggu next chapter ^_^