Basikal lagi .

Naughty Kiss
Please Subscribe to read the full chapter

 

"hyung, amikkan udang goreng tu"


"mana?"


"tulah depan mata kau tu"

 

Jin mengambil seekor udang goreng dan memakannya .

 

"mana ? mana ada udang goreng kau ni"

 

eh

Yang ko makan tu pebende? cicak goreng?

 

"hyung!"


Marah Jungkook . Dia memuncungkan mulutnya, ala-ala muka itik gitu . 


"mana? mana? mana?"


Jin makan lagi udang goreng tu tanpa rasa bersalah dengan muka kekonon tengah tercari-cari mana udang goreng tu .  


Maaflah cakap tapi kalau pasal makanan Jin boleh jadi kedekut namateyy .


"alaahh hyung!! adoii! Hyung, tengok Jin hyung tu! aku nak udang goreng tu!"


Jungkook mengadu dengan gediknya pada Suga yang tengah makan salad . Oleh kerana tak tahan dengan kegedikan melampau dari Jungkook, Suga menegur Jin .


"woi sotong, bagilah dia sikit "


Jin membuat muka . Sebuk je kacau orang nak makan . Jin pun bagilah Jungkook sikit udang goreng tu . 


Aku bagi amaran, jangan minta sikit dengan Jin sebab dia memang akan bagi kau sikit .


S I K I T .


bila aku kata jangan ,baik ko jangan sebab ; 


"WOI SOTONG PONDAN TAKKAN AKU NAK MAKAN EKOR JE??"

 

aku doh oyak takdi ke ,bakpolah mu tok denga 

 

Jin bagi bahagian ekor je uolls . Bila aku kata ekor , memang ekor je dia bagi . Bahagian ujung punya beb . Tak sampai separuh . Ujung betul . 


Kejam .


Jin kesah apa, dia flip rambut dia kalah rosm__ opss, kalah bini pm . 


Untuk mengelakkan Jungkook daripada dia meng 'flip' meja makan tu , Jhope cepat-cepat amik lagi udang goreng tu dan letakan di pinggan Jungkook .


"dah dah, tu aku dah letak 5 ekor dah"


Jungkook kembali tenang . Dia menjeling Jin yang masih lagi sebuk flip rambut .


"yang ko ni nak flip rambut sampai subuh esok ke?"


Tegur Rapmoon memandang kelimumur dah berterbangan sebab dia duduk sebelah Jin .


"sebuk ah kau ni"


Dia flip lagi rambut .


"kau jangan sampai aku tekup kepala kau dengan mangkuk ni"


Rapmoon dah sedia nak tekup . Dia tengah pegang mangkuk bunga yang ada dalam restaurant tu . Entah bila masa dia amik pun tak perasan .


"yelah yelah, jeles ah tu dengan rambut kitewww"


Rapmoon julingkan mata . Sabor jelah dengan sotong ni . 


Mimin tiba-tiba bangun .

 

"eh, nak gi mana?"


Tanya Tae . 


"ladies jap"


"kau jangan nak cabut balik plak eh"


Suga memberi amaran . Takut benau Mimin lari balik . Mimin buat muka .


"jom ah ikut aku"


"gi mana?".


"gi toilet, takut sangat aku cabut an . Jom ah"


Mimin ajak-ajak kambing si Suga ni . Ada je benda yang dia tak puas hati. Suga buat muka bior-betik-minah-ni.


"eh, aku kau tak pernah pulak nak ajak an?"


Tae bersuara tak puas hati . Lah dia ni, kau tak boleh bezakan ajak-ajak kambing dengan ajak betul-betul ke?


"biar aku ikot!"


Jungkook laju bangun dengan tersenyum rabbit dia tapi tiba-tiba Jimin menarik tangannya suruh duduk .


"kau tak payah mengada boleh ak? duduk"


"entah, patutnya aku yang ikot"


Kata Tae seraya berdiri dengan bangga .


"duduk!"

 

Jimin tarik Tae duduk . Mimin geleng kepala je dan berlalu pergi ke tandas .

 

"sejak bila jadi bodyguard Min ni ?"


Jin tersenyum makna pada Jimin .


"diam ah . Makan "


Jungkook turut tersenyum makna . Tae rasa lain macam pulak . Dalam diam dia pandang Jimin . Lepastu dia geleng kepala dan sambung makan. 

 

~~~~~~~

 

Selesai basuh tangan ,Mimin keluar dari tandas . Baru je nak ke mejanya ,tiba-tiba dia ternampak seorang budak perempuan bersama emaknya yang baru saja masuk ke dalam restaurant . 


Budak perempuan itu menyuruh emaknya duduk dan dia pergi ke bahagian kek .

 

'seperti pernah ku lihat, tapi di mana ya?'.


Hatinya teringin sangat nak tahu celah mana dia pernah nampak budak tu . Tiba-tiba dia terbayang wajah-wajah penjenayah a.k.a peminat gangster Jimin a.k.a Fabulous J .


Yelah, dia ni salah satu daripada geng tu tapi masa tu ,budak nilah yang nak tolong dia haritu .

 

FLASHBACK~~

 

Lepas Mimin terjatuh dan pengsan tu . Semua geng Fabulous J atau malaun tu pergi kecuali seorang budak ni.  Dia macam kaku melihat Mimin yang terbaring tak bergerak .


"woi pompuan!  cepatlah lari!! "


Jerit membernya yang dah jauh pada budak perempuan tu tapi dia masih lagi kaku. 


"ah lantak kau ah!"


Mereka terus lari menghilangkan diri.  Budak perempuan tu mendekati Mimin dengan takut-takut.  Air mata dah mula bergenang.  Dia cuba kejut Mimin. Bahu Mimin digoncang. 

 

"..awak.... awak.... "

 

Takde respond. 

 

"awak..?  bangunlah...takkan dah mati kot"

 

Digoncangnya bahu Mimin semakin kuat . Air mata dah mengalir dah . Tak pernah seumur hidup dia buat benda jahat sampai membahayakan nyawa orang .


Dia memangku kepala Mimin dan menepuk lembut pipi Mimin berkali-kali . 

 

"awak...awak bangunlah...macam mana ni...awak bangunlah.."

 

Laju air mata dia mengalir . Budak tu dah berkali-kali pandang kiri kanan kalau-kalau ada kereta yang lalu lalang ke . Klishe betul, time ni lah takde yang lalu .


Akibat goncangan yang boleh tahan kuat umpama gempa bumi melanda oh takutnya daku ingin__ehem .


Akibat daripada itu, Mimin tersedar sekejap.  Dapatlah dia tengok muka budak tu .

 

"eh, awk! dah bangun?? alamak ,jap eh, saya minta bantuan__"

 

'We always talk everyday~ we always miss everyday~' 


Suara Tae berkumandang . Budak tu keluarkan henpon dari poket baju Mimin dan tertera nama 'Tae bongek' . Kemudian ia mati dan berdering lagi dan berdering lagi . Kali ni nama 'Jimin Pemalas namatei' pulak .

 

Takut nak jawab . Dia biarkan henpon tu ditepi . Mimin dah kembali memengsankan diri . Tak lama lepastu dia dengar suara orang bercakap-cakap berdekatan. Takut kantoi dia terus lari nyorokkan diri di sebalik dinding tak jauh dari situ . 


Masa tu lah Tae dan Jimin sampai . Kemudian kancil pink turbo Jin dan seterusnyalah ,dah, aku malas nak taip lebih-lebih .

 

END OF FLASHBACK~~

 

Mimin mendekati budak perempuan tu yang tengah pening kepala nak pilih kek . Mata Mimin tak lepas dari pandang budak tu . 


Terasa macam diperhati, budak tu toleh ke arah Mimin dan mata mereka bertembung . Timbul satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata . Perasaan yang tiba-tiba muncul tanpa disangka dengan hanya melalui pandangan mata . Adakah mereka dah tangkap feeling? bercinta?


Watdefrog 🐸


Onggedek gedekk

 

Terus membulat mata budak perempuan tu . Terkejut namatei woi . 

 

"awak...eh, kejap!"

 

Tak sempat nak tanya ,budak tu terus lari ke arah emaknya dan mengajak keluar dari restaurant . Mimin kejar sampai keluar rastaurant tapi tak sempat .


"haihh...asal dia lari ha"


Mimin mengeluh . Baru nak cakap terima kasih ke apa ke . Lari pulak dia .


"kenapa ni? cari sapa?"


Sergah Tae yang perasan Mimin berlari keluar tadi. Terkejut Mimin .


"ha? tak..tak adalah.  Jom masuk"


Mimin tolak Tae suruh masuk dan mereka sambung makan . Lepas makan ,mereka bercadang nak lepak jap kat sungai han .Sewa basikal , skateboard dan sebagainya. 


Mimin tak nak main apa-apa memandangkan dia trauma dah nak main basikal . So, dia duduk je kat bangku .


"eh Min, jom ah main basikal!"


Ajak Jhope .


"tak pelah, korang main ah"


"elelehh ni mesti tak pandai bawa basikal an? "


"eeee!! dah besar gedabak tak reti main basikal! apa siakkk!! HAHAHAHAHAHAHAHA!"


Laju Suga mengejek . Cari peluang aja mamat gula ni. Jungkook, Jin, Tae dan Namjoon dah pergi berseronok dah.

<

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Teddyyoung01
I miss you guys....damn much...><
I miss your support comment...
I miss you
seriously .

Comments

You must be logged in to comment
Mar-j55 #1
Chapter 55: Aku masih menungguuu ???? bila nak update niii
pikahbajet #2
Chapter 19: lawak diorang ni...hahaha
leyna_nieka
#3
Chapter 54: Thanks elly sbb update? saya dh lama tunggu awk update.
Btw, chapter kali klakor giler?
Akhirnya dpt jgk tae jumpa ngn mak dia. Tapi sian jimin kne lebel sbagai org jahat sbb salah faham. Padahal dia cuba nk explain je.
Sya dh vote bts. U all pon jgn lupa ye vote bts jgk?
K lh bye...
Jimin saranghae~ hahaha
leyna_nieka
#4
Chapter 53: Elly!! Kita rindu awaks >.< hehe gila sat XD. Saya fhm apa yg Elly rse bila story yg kita buat penuh kasih sayengs tu hilang. Saya pun pernah kena cmtu. Untung x jdi beruk je mcm yg elly ckp tu XD. Sabo jelh nakk... Btw, best chapie elly *double thumb up*! Kita xnk harap Elly update cpt2, takot nnti jdi fekhop T-T Kirim slm ngn abey Jiming yee~
leyna_nieka
#5
Chapter 52: Hy elly...gime five...sya pon rembat abang sya punya wifi semata2 nk baca citer ni hahahaha XD. X saba nk tunggu next chapter ^_^