2 love story

Naughty Kiss
Please Subscribe to read the full chapter

*em..untuk RinMin love story ni tak tahu nak suggest lagu apa..nak suggest pun takut tak kena hahaha..tapi ada dualah dalam kepala hotak elly ni..satu Ra.D- I’m In Love & lagi satu ni malay tau hakhakhak.. Jangan by Aziz Harun..takpun lagu papelah yang sesuai senah oi . Jemput baca semuaaa*

 

 

 

 

Detik 2 pagi, Jimin masih ke hulur hilir dalam bilik dia. Entah apa masalah dunia yang dia tengah tanggung agaknya sampai tak boleh tidur.

 

Jimin hempas badannya ke atas tilam.

 

“hish, tolonglah ngantuk sekarang ni mata oi! Dah pukul 2 pagi dah ni!”

 

Dia mengambil bantalnya dan memeluk dengan harapan dapatlah membantunya pun untuk tidurnya pun.

 

“haduhh! Awat nih?!”

 

Dia terlentangkan badannya. Mata menghadap siling bilik.

 

Tiba-tiba….muncul bayangan….mak jemah

 

Tipu je

 

Bayangan Mimin

 

Tipu lagi

 

Bayangan Yoongi wink

 

Lagi tipu

 

Ehem

 

Bayangan Rin tersenyum.

 

Ahh…rasa berdebar pulak hati. Jimin sentuh dadanya. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri. Gila bayang dah ni.

 

Jimin duduk dari posisi baring.

 

“hem, macam mana aku nak bagi alasan nak jumpa ek?”

 

Dia memuncung mulutnya, berfikir.

 

“esok…cuti…hem, tak sekolah..haihh”

 

Dia kembali baring.

 

Tiba-tiba dia bangun semula.

 

“ha! Biasa dia joging an? Apa kata esok kita buang lemak, kan perut? Pehh! Genius gak aku ni”

 

Jimin tersenyum bangga sambil menepuk-nepuk bahunya sendiri. Bangga takabur.

 

“see ya tomorrow~~”

 

Kata Jimin baring, tutup je mata terus berdengkur. Boleh pulak tidur. Angau punya pasal. Ish ish ish…

 

 

 

Keesokkanya…

 

Actually takdelah esok sangat, beberapa jam selepas itu, Jimin yang memakai set baju joging puma, berwarna hitam putih beserta topi dan kasut puma dah terpacak kat sungai han.

 

“huish, takde orang? Pukul berapa ni?”

 

Dia tengok jam ditangan.

 

“Wutt? 5 pagi?? wow, awalnya aku nak bakar lemak. Patutlah sejuk.”

 

Dia bergerak ke bangku yang pernah dia dan Rin duduki dulu. Tersengih-sengih Jimin bila terfeleshbek scene yituh.

 

“haihh…tidurlah”

 

Dia baring dia atas bangku tersebut dan menutup wajahnya menggunakan topi puma. Jap, kena ke mention puma tu? Dia bukan taja cerita ni pun.

 

 

 

~~~~~~~~~

 

 

“nanti Aeri datang, tapi tak sure lah pukul berapa”

 

Rin mengikat tali kasutnya. Mama cuma mengangguk.

 

“yelah, tapi jangan lambat sangat, budak-budak tu dah rindu Aeri. Dari haritu lagi duk tanya”

 

Rin tersenyum. Terbayang satu-persatu wajah mereka. Selesai ikat kasut, Rin menoleh mamanya yang sebuk mengemas barang.

 

“okay ma, Aeri pergi dulu, bai!”

 

“hati-hati! Orang offer cokelat jangan amik tau!”

 

“hahaha..okay ma!”

 

Haa, peliklah tu kenapa panggil Aeri pulak kan? Panggilan kedua yang dah lama dia tak gunakan lepas nenek dia meninggal. Minggu lepas baru je dia dan mama ziarah kubur nenek. Rindu.

 

Dulu sebelum nenek dia ninggal, elok je panggil Aeri, tapi lepastu tukar jadi Rin sebab takut takleh move on dengan pemergian nenek dia and lagi satu bapak dia dulu pun panggil dia macam tu. Ni dah tukar balik panggil Aeri, entah sukati dialah nak panggil apa pun.

 

Rin terus bergerak ke sungai han. Macam biasa, memang nilah rutin dia tiap minggu. Joging bagi nampak slim, chantek, havoc, menarik kau memang debom kebabom everyday boom boom! Neotaemunae boom boom--bila nak habis.

 

Rin memasang earphone dan button play ditekan. Baru syok joging an.

 

Tengah syok dia joging tiba-tiba matanya macam tertarik dengan makhluk tuhan yang tengah terbaring atas bangku. Tak tahulah kenapa tapi hatinya menggedik nak berhenti depan bangku tu.

 

Dia perhati je mamat ni tidur dengan terkangkangnya. Rin menanggalkan earphone di telinga kanannya. Dahinya berkerut-kerut.

 

“anak sapalah ni…ish ish ish..”

 

Rin baru je nak pasang balik earphone dia tiba-tiba dia dengar sesuatu.

 

“...tony montana!..hemmm…”

 

Macam familiar je suara ni?

 

Dia mendekati lelaki tu dan alihkan topinya. Amaker terserlahlah wajah si lelaki ituh.

 

Bulat mata Rin.

 

Pertemuan yang tak disangka. Adakah ini jodoh?

 

OMG! OMG! OMG!

 

“...yum..yum..yumm…”

 

Ngigau Jimin. Mulutnya macam tengah menguyah. Rin tertawa tengok Jimin.

 

Daripada dia kejut si Jimin ni, baik dia amik peluang perhati wajah Jimin yang peloles lagi meloles tu. Jantungnya berdegup laju . Ditelitinya wajah Jimin tu.

 

Disebabkan topinya dah diambil Rin, Jimin terbangun akibat silau matahari yang dah terpacak tinggi.

 

Cepat-cepat Rin jauhkan wajahnya.

 

Buka je mata, wajah Rin yang dia nampak. Dia tersenyum. Ingatkan mimpi.

 

“hai sayang”

 

OMG! OMG! OMG! DIA PANGGIL SAYANG! OMG!

 

Rin terkejut dengar panggilan tu.

 

Jimin masih lagi tersenyum dengan mata sepet dia tu. Tiba-tiba badannya rasa sakit.

 

“kenapa tilam ni..adoi…keras sangat?”

 

Jimin mula mengurut bahunya tapi masih dalam posisi baring. Tak sedar lagi oii

 

“er...sebab..awak baring atas kerusi..”

 

Rin tolong jawabkan persoalan Jimin tadi.

 

“.kerusi?”

 

Rin mengangguk.

 

“...kerusi...kat sungai han..”

 

Daripada sepet terus bulat kemain mata Jimin dengar. Cepat-cepat dia duduk. Dia memerhatikan sekeliling.

 

Sungai.

 

Depan dia sungai han.

 

Dan

 

Rin .

 

Yang tengah kekok berdiri depan dia lepas tengok dia terbongkang tadi.

 

Laju Jimin bangun berdiri.

 

“..er…saya..er…hai..Rin..err..hehe..hee..”

 

Kata Jimin tersengih malu. Dia menggosok belakang lehernya dan tertunduk malu. Teringat tadi dia pangggil Rin ‘sayang’ . Ohyemji!

 

Rin pun malu nak cakap. Tak tahu macam mana nak mula.

 

Dia hulur topi Jimin.

 

“em…nah..topi awak…jatuh.. tadi..”

 

Tipuuuu

 

Jimin amik topi tu dan pakai. Berdehem sat dua tiga kali.

 

“em, okaylah, saya nak sambung joging. Bye”

 

Kata Rin lepas rasa macam tak buat apa je an kat situ. Jimin mencecet kejar.

 

“eh, em..saya join awak joging boleh kan?”

 

Rin pandang Jimin pelik.

 

“joging?”

 

“yelah, nak joging kan?”

 

“..ohh..haa, yelah, bo..boleh je..hehe”

 

Jimin senyum, Rin terus pandang depan. Fuhh dia punya senyum, Recikss!

 

Lepas dekat 3 jam berjoging, mereka duduk berehat entah yang kali ke berapa asyik berehat je. Semua sebab Jimin asyik penat.

 

“haihh..mengahnya”

 

Kata Jimin sambil mengelap peluh. Dahlah tak bawa air. Rin duduk di kerusi berhadapan Jimin. Diperhati Jimin yang berpeluh rambut basah tu.

 

Pehhh! Merecik hawauu!

 

Menggoda benor.

 

“awak ni mesti baru start joging kan?”

 

Jimin angkat kepala pandang Rin yang relax je. Takde macam dia mengah macam nak tercabut lutut.

 

Hem, tak minum pamoga lah tu.

 

“eh..takdelah..saya memang biasa joging joging semua ni..cuma..dah lama tak buat..hehe..”

 

Rin cuma mengangguk je.

 

“awak tak penat ke?”

 

Tanya Jimin.

 

“biasa je”

 

Jawab Rin tersenyum. Jimin pulak berdugundugun hati tu.

 

“awak nak air ke? Pakcik aiskrim tu ada jual air mineral. Nak beli?”

 

“boleh juga”

 

“jom”

 

Mereka jalan seiring ke gerai aiskrim pakcik tu.

 

“pakcik! Apa habaq?”

 

Sapa Jimin ramah. Kawan lama. Cehh.

 

“eh, budak hensem! Lama tak nampak! Eh, wahh…marka ka?”

 

Tanya pakcik tu sambil naik-naikkan kening. Berkerut Jimin nak paham.

 

“mar..kah? Markah apa? Pakcik tanya..result peksa saya ke?”

 

“result peksa hang buat apaaa, orang duk cakap ni haa…”

 

Pakcik tu muncungkan mulut ke arah Rin.

 

“gepren ka? Marka hang?”

 

Jimin tengok Rin dan pakcik tu silih berganti. Lepastu

 

“oohhhh! Awek ka maksud pakcik?”

 

“hoolaaaa! Marka a.k.a gepren”

 

Jimin tersengih-sengih, tak lupa Rin jugak yang dah paling muka. Malu nak masuk campuq naa. Buat-buat tak dengaq ja lah.

 

“err..hahaha…”

 

Jimin Menggosok belakang lehernya dan dekatkan kepalanya ke pakcik tu macam nak berbisik. Pakcik tu pun buat benda yang sama.

 

“on the way pakcik, on the way ni”

 

Bisiknya. Lepastu dia tersengih-sengih.

 

“hang jangan lama sangat, satgi kena rembat macam yang pakcik habaq haritu, padan muka hang”

 

Balas pakcik tu pulak dalam bisik. Jimin masam muka tengok pakcik tu.

 

“apalah pakcik, patutnya pakcik doakan saya.”

 

“daripada haritu gi aku duk doakan hang , ingat dah kepakkepakgebunggebung doh”

 

“doalah lagi bebanyak, nak dapat dah ni”

 

“hahahahaha hoolaaa, selamat maju jayaa!”

 

Tiba-tiba pakcik tu cakap kuat-kuat. Rin kembali tengok pakcik tu dengan senyuman.

 

“okaylah, pakcik, saya nak beli air mineral sebenarnya. Dua”

 

“lahh, buat pa beli dua? Kongsi ja lah baru suwitt”

 

Ehh pakcik ni.

 

“errhahah..dua pakcik, DUA”

 

“yelah, haa nah, 3 dollar”

 

Kata pakcik dengan muka poker dia.

 

“amboi ingat kat US ke?”

 

“kalau ada, kalau takde 3 hingget jerr”

 

Jimin pun hulurlah duit.

 

“Mahai mineral water rm 1.50 satu.”

 

“gst, hang apa tau”

 

“hem, yelah pakcikk”

 

Pakcik tu sambut duit dari tangan Jimin.

 

“okay, pakcik, gerak dulu. Mekaseh”

 

“okay, selamat maju jayaaaa! HAHAHAHAHA”

 

Dah macam orang tak betul pun ada pakcik ni. Mereka duduk dibangku berdekatan. Jimin bukakan penutup botol dan hulur kat Rin. Ceh, ingat suwit ah tu.

 

“terima kasih”

 

Sambut Rin dengan senyuman.

 

“kasih diterima”

 

Kata Jimin.

 

“Lepasni awak buat apa?”

 

Tanya Jimin sambil membuka zip sweater pumanya. Rin macam nak tersedak tengok Jimin tiba-tiba buka zip, tapi ada baju t-shirt okayy, Jimin ni takdelah bongek sangat tetiba nak tunjuk body plak.

 

Panas, berpeluh, joging kan.

 

“saya..err..”

 

Rin lap air yang nyaris nak tersembur tadi kat tepi bibirnya.

 

“saya nak pergi tempat kerja mama saya”

 

Jimin meng-oh-kan je. Baru nak ajak dating, Hishh, tak dapat-dapat!

 

“awak nak ik_”

 

“oppaa!!”

 

Jerit seorang budak perempuan yang sedang berlari dari gerai pakcik aiskrim ke arah mereka.

 

Automatik mereka menoleh. Terus tersenyum Jimin.

 

“Saranggg!”

 

Mereka berpelukan macam sedekad tak jumpa. Rin cuma perhati je.

 

“oppaa! Rindu oppa!”

 

“hahaha oppa pun rindu Sarang”

 

Jimin mengangkat Sarang dan dudukkan di atas ribanya. Dia membelai rambut Sarang yang berterbangan tu.

 

“kenapa oppa dah lama tak datang sini? Sarang tunggu oppa tau”

 

Sarang bertanya dengan mulutnya yang sengaja dicebikkan. Senyum je Jimin tengok.

 

Alahh comel!

 

“oppa sekolahlah, mana boleh datang sini tiap hari”

 

Eleh, sekolah konon. Bila suruh masuk sekolah macam kena paksa masuk rumah hantu bersaka.

 

Sarang senyum dan dia menolah ke arah Rin yang hanya diam memerhati je dari tadi.

 

“unnie ni sapa?”

 

Tanya Sarang pada Jimin.

 

Jimin tengok Rin.

 

“unnie ni? Nama unnie ni__”

 

“Aeri~ nama unnie Taerin tapi boleh panggil Aeri unnie”

 

Potong Rin laju. Matanya bersinar-sinar tengok mata Sarang membuatkan Sarang tersenyum.

 

Jimin pulak pelik. Aeri?

 

“haiiii”

 

Rin melambai comel ke arah Sarang dan dia membalas lambaian Rin.

 

“unnie ni cantiklah”

 

Ketawa Rin dengar, nak cover malu depan Jimin. Walaupun sebenarnya dia macam bangga gak ah an.

 

“hahaha..Terima kasih, Sarang pun cantik. Comel!”

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Teddyyoung01
I miss you guys....damn much...><
I miss your support comment...
I miss you
seriously .

Comments

You must be logged in to comment
Mar-j55 #1
Chapter 55: Aku masih menungguuu ???? bila nak update niii
pikahbajet #2
Chapter 19: lawak diorang ni...hahaha
leyna_nieka
#3
Chapter 54: Thanks elly sbb update? saya dh lama tunggu awk update.
Btw, chapter kali klakor giler?
Akhirnya dpt jgk tae jumpa ngn mak dia. Tapi sian jimin kne lebel sbagai org jahat sbb salah faham. Padahal dia cuba nk explain je.
Sya dh vote bts. U all pon jgn lupa ye vote bts jgk?
K lh bye...
Jimin saranghae~ hahaha
leyna_nieka
#4
Chapter 53: Elly!! Kita rindu awaks >.< hehe gila sat XD. Saya fhm apa yg Elly rse bila story yg kita buat penuh kasih sayengs tu hilang. Saya pun pernah kena cmtu. Untung x jdi beruk je mcm yg elly ckp tu XD. Sabo jelh nakk... Btw, best chapie elly *double thumb up*! Kita xnk harap Elly update cpt2, takot nnti jdi fekhop T-T Kirim slm ngn abey Jiming yee~
leyna_nieka
#5
Chapter 52: Hy elly...gime five...sya pon rembat abang sya punya wifi semata2 nk baca citer ni hahahaha XD. X saba nk tunggu next chapter ^_^