Secret Admirer uolls

Naughty Kiss
Please Subscribe to read the full chapter

MINYOUNG POV


Manalah si Tae ni. Dah tawaf satu sekolah kot, bayang pon takde. Tak datang sekolah lah ni, hishh, ponteng je keje. Ada semalam aku nak tidur dia call memalam buta. Lepastu bagi aku bunyi dengkur dia. Tak guna betul, call pastu tidur. Cantik perangai macam tenuk. 


Ingat tak nak sekolah harini tapi omma tak kasi. Oh, lupa nak bagitahu pasal omma kan?  Mekaseh, prihatin gak korang an. Hewhewhew 


Haritu omma pengsan, dah 3 hari omma tak buka kedai sebab tak larat. Aku ajak gi klinik dia tak nak, degil ya amat. Mak sapalah, haihh.. Camne nak sehat? Nasib ada anak mithali macam aku ni an yang rajin melangkahkan kaki ke famasi beli ubat. Susah nak jumpa anak dara yang cantek, fabs, havoc, menarik tertarik kau memang debom yang rajin dan baik ya amat cam aku ni an. Pfftt.. 


Omma tu macam ada sembunyi somethinglah. Ada ni benda yang aku tak tahu. Aku dapat rasa sejak akhir-akhir ni omma suka berahsia. Bila tanya, mesti cakap "takde papelah" . Geramm pulak kita. 


Ni lagi satu,  Tae ni aku cari ingat nak luahkan tension aku ni. Yelahh, apa guna ada boifren kalau tak boleh jadi bahu aku an. Ceeeehhhh!!! Ayat google. Aku tak bagitahu lagi kat dia pasal omma. Bila jumpa mesti terlupa nak bagitahu . Sebab apa? Sebab leka tengok ciptaan sempurna depan mata...hihihihihi...Tepon pon sama, mesti lupa . Kenapa? Sebab bila dah dengar suara angel dari surga, semuanya rasa macam kat surga . Wakakaka 


OH GOD!!! Buat aku meroyan je ingat suma tu. Dia suka buat aku jadi gila.  Kena cari Tae cepat ni. Hewhewhew

 


"oppa!! Notice me oppa!!"

 

"oppa!! Oh ma gawd! Oppa!! I lebyuu!"

 

"oppa!! Amiklah surat kita ni ,penat dah hulur"

 

"OPPA!! OPPA!!OPPA!!OPPA!!"

 

"OPPA!! Aduh, babi ah dia tak prasan aku"

 


Pelbagai jenis jeritan dan carutan dapat aku dengar. Ada sekumpulan budak-budak perempuan tengah buat perhimpunan haram ke apatah, tapi duk sebut 'oppa'. Haa, ni mesti geng mamat-mamat sengal ni. 


Huishh, dia punya fans gila ramai beb. Sapalah ni, femes bebenau nampaknya. Yang tolak-tolaknya lain, yang terpekik terlolongnya lain, yang macam kena histeria pon ada. Dasat ni! Aku harap bukan Tae aku. 

 

Jom kita zoom in sikit. Aku gerak ke tepi sikit tapi dari jauh jelah. Nampaklah kepala sorang budak lelaki. Sorang je? Pehh, gila ah. Retis ke ni?? Kalau retis aku nak join meroyan gak an. 


Rasanya aku dah cukup tepi dah ni, tapi nampak rambut je. Depan sikit lah. Haa, kan nampak tu...


Oh..?


Jimin? 


Nak terkejut pon macam tak terkejut sangat. Aku rasa ni mungkin rutin harian dia layan fans gila dia ni tiap hari. Agaknya sebab nilah dia tak suka gi sekolah.....kot..? Atau pon dia memamg pemalas namati nak gi sekolah. Tu pon tak mustahil gak. -,- 


Baik jugak dia layan fans dia, cer kena kat si Suga tu. Mana maunya dia nak melayan. Fans dia pon takut nak kerumun dia. Kesian...tsk..tsk..tsk..


Okeh, aku kena pergi jauh dari sini. Cari Tae cepat~~

 


NORMAL POV

 


Mimin berjalan melepasi Jimin dan peminat beliau . Baru dia ingat nak blah dengan aman dan damai tapi si Jimin ni boleh perasan pulak. 


"eh, Min!!"


Jeritan Jimin mematikan langkah Mimin dengan serta merta. Mimin pusing menghadap Jimin. Tak tengok fans Jimin pon sebab dari reaksi muka semua macam tengah mencarut je dalam hati. Jimin bergerak ke arah Mimin yang tersenyum janggal. 


Jimin yang memang cari peluang nak lari dari fans dia tu meletakkan tangannya keliling leher Mimin. Korang tahu, macam Suga pernah buat tu, bagi ketiak dia. Hmm..selalu stuck bila nak describe scene ni. -,-


Mimin melihat tangan Jimin dan kembali ke menoleh Jimin dengan mata yang bulat. 

 


"lama aku cari kau..kau gi mana?"

 


Eh mamat ni, tetiba je frenli ni pehal? Ritu kemain memalu kambing lagi. Mimin cuba alihkan tangan Jimin tapi Jimin sengaja keraskan tangan dia . Masih memandang Mimin dengan senyuman, walhal dalam hati nak meletop dah. 


Mimin bagi signal mata ke arah fans Jimin yang dah macam zombie tunggu Jimin kembali ke melayan mereka. I mean, fans service lah . Bukan layan yang 'tu' k. 


Jimin buat reaksi tolong-aku-lari-dari-zombie-zombie-tu-weh. Nasib Mimin paham. 

 


"er...a-aku ada je...em..tan-tandas..jap tadi..erhehehe.."

 


Awkward gila Mimin cakap. Punyalah takut kena kecam dengan fans Jimin.

 


"oh, dahlah jom ah...Girls, soree...oppa pergi dulu...korang gi masuk kelas,  blajo k, dah besor masuk univesti.." 

 


Sempat bagi cramah khidmat masyarakat beb. Dengan itu, Jimin pon tarik Mimin jalan sekali tak tahu nak pergi mana. Jalan je asal dapat lari dari situ. Peminat dia macam hampa gila, masing-masing sedih je balik kelas. 

 

Bila dah rasa macam selamat baru Jimin larikan tangan dia dari bahu Mimin. 

 


"fuh~ nasib baik dapat lari"

 


Mimin menoleh ke belakang melihat kalau-kalau ada fans dia yang skodeng ke an. Nasib takde. Line clear. 

 


"dasyat betul ek jadi pemes ni. Ramai gila fans"

 


Mimin memukul lengan Jimin sambil tersengih. Jimin yang terkejut menjauh sikit dari Mimin. Dia tak tahu kenapa jantung dia tak boleh berhenti berdebar dari tadi. Sebenarnya dia kalau boleh tak nak jumpa dengan Mimin . Dia tak nak jantung dia jadi macam ni lah. Nak berbual macam biasa pon tak boleh, mulut mesti jadi bisulah, gagaplah. Tapi hakikatnya dalam hati rindu nak tatap wajah minah ni. 


Haihh, nak tak nak, dia kena bercakap juga. Sampai bila dia nak lari je kan. 

 


"er...haha..ha...tulah, jadi orang hensem ni memang macam ni. Selalu jadi perhatian an"

 


Jimin cuba berlagak biasa. Mimin dah buat muka dengar dia cakap macam tu. 

 


"cehh, puji diri plak. Em..kau ada nampak Tae tak?"


"Teh? Air teh ke?"

 


Mimin buat muka. 

 


"Taehyung lah, kawan baik kau tu."


"Oh..V..emm, takde plak. Dia tak bagitahu kau ke dia gi mana?"


"kalau dia bagitahu, takdelah aku tanya kau duh"

 


Jimin tersengih-sengih. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. Dengan mata sepet dia. 

 


"er..oh..ye tak ye ek...hehehe"

 

 

Mimin melihat jam. Kelas dah nak mula. 

 


"eh, aku masuk kelas dulu ah. Kau tak masuk kelas?"

 


Jimin menyeluk poket seluar. Dia berfikir sekejap kemudian dia mengangguk kepala. 

 


"apa angguk? Masuk ke tak?"


"masuk"

 


Singkat tapi cukup untuk buat Mimin pelik sepelik-peliknya. Biar betul Jimin nak masuk kelas tanpa disuruh an?

 


"serious?? Masuk kelas?? Aku tanya masuk kelas tau??"

 


Jimin angguk lagi. Oh, nampaknya betullah ni, dia tak salah dengar. 

 


"em...okay...jom ah"

 


Mimin memandang pelik Jimin sebelum dia bergerak ke kelas. Jimin yang memerhati ketawa melihat Mimin. Macam comel plak dia. 


Eh, jap.Jimin, Serious? 


Sampai je kelas, Jimin duduk sebelah Mimin memandangkan budak sebelah dia tak datang hari ni. Masuk je kelas student lain dah terjerit-jerit. Nampak saka kot. Saka Jeman. 

 

Suasana kelas senyap bila cikgu masuk. Masing-masing mengeluarkan buku untuk menulis nota kecuali Jimin. Beg pon takde, jangan harap buku nak wujud an. 

 


"kau nak kertas tak?"

 


Mimin yang prihatin menanyakan soalan . Tak mananya nak menulis budak ni. Jimin kerut dahi. 

 


"nak buat apa?"

 
"duh, tulislah, "


"tulis? Tulis apa?"

 


Astaga mamat ni. Apesal bengap noh ni? Makan apa jadi bengap ni? 

 


"tulis tu lah! Tu, kat depan tu!"

 


Mimin menunjuk ke arah cikgu yang sedang sebuk menulis di papan putih. Walaupun berbisik boleh tahu Mimin tengah marah. Apa sengal sangat mamat ni. Macam tak pernah menulis pulak dia. Tulah, bela saka lagi. 

 

"oh..."


Jimin tersengih-sengih. Dia mengambil kertas dan pensel yang Mimin hulur. Mimin sambung fokus menyalin apa yang ditulis cikgu di hadapan, manakala Jimin bermain-main dengan pensel. Dia malas nak tulis, so dia conteng kertas tu. Membazir je bagi. -,-

 

 

JIMIN POV

 

 

Emm..nak tulis amende ni? Malas ah. Tanganku laju menconteng kertas pemberian Mimin. Cehh! sastera tak ayat? 


Boringnya duduk dalam kelas, tak seronok langsung. Salin je keje. Belajar rerajin pon bukan boleh gerenti dapat keje . Mengganggur jugak nanti. Ye, percaya cakap aku.

 


* anak-anak, ini contoh tak baik yee. Jangan ikot cakap mamat ni, ni bukan dia ni, ni saka dia *

 


Aku perhati keliling kelas. Pehh, rajin betul memasing salin an, dan mataku terhenti pada Mimin. 


DUP DAP! DUP DAP! DUP DAP!


Dia dah start dah. Aku tak tahu kenapa sekarang ni bila aku tengok minah ni je mesti jantung aku jadi gini. Asal ek? Macam tak leh nak behave plak. 

 


* ceh! Buat-buat tak tahu plak. Ko tu playboy, takkan tahu an. Heh *

 


Ni sejak kat rooftop haritu la ni. Asalla masa tu ada angin. Duk tiup rambut Mimin terbang-terbang dah macam dalam movie dah. Pastu boleh pulak dia senyum masa tu. Haishh, buat hal betullah. 


Takkanlah aku dah.......


No! No! No! No no no! Jangan weh! Kau dah gila ke?! V sayang dia gila kot. Tak boleh. Yang ni tak boleh, tunggu break up baru boleh. Pfftt!


Aku menatap wajahnya dari sisi. Rambut dia...Mata dia...hidung dia...bibir dia...Aduh!! Jangan tengoklah gila! Aku paling muka. 


Tapi...aku nak tengok jugak. Alah, V bukan ada pon. Sekali lagi ulang , rambut dia...Mata dia...hidung dia...bibir dia...bibir...dia...gerammnya! Aumm!

 

*GATAI*


Aku jadi khayal tengok dia. Mimin memusingkan kepala menoleh ke arahku. Dia mengangkat keningnya. Aku membalas dengan senyuman. Halahh...lawonya awek orang..

 


MIMIN POV

 


Hek eh mamat ni,  dia dengar ke tak cikgu panggil? Boleh termenung sengih-sengih bagai .  


Aku tendang kaki dia. Jimin tersentak dan dengan muka blur dia still lagi tengok aku. Aduh dia ni,berangan je. 

 


"cikgu panggil kau lah"

 

 

NORMAL POV 

 

Satu kelas pandang Jimin yang blur tu. Jimin menoleh ke arah cikgu. Dia menaikkan kedua-dua keningnya tanda bertanya. 

 


"ya tuhan, aku bercakap sesorang rupanya dari tadi ..haishh...Mr. Park Jimin, boleh tolong padam papan putih ni??"

 


Cikgu mengulang kembali soalannya. Nak je dia tampor si Jeman ni tapi dia tahan. Sabarkan separuh daripada iman. Sabor cikgu, tak sabor masuk kubor. 


Jimin pelik. Dalam ramai-ramai orang dalam kelas ni, dia yang kena?

 


"kenapa saya?"

 


Tanya Jimin. Cikgu buat muka, ikot jelah cakap cikgu tu weh. 

 


"sebab awak tu jarang ada dalam kelas. Ni ada dalam kelas, cuba buat amal makruf sikit"

 


Cikgu senyum sinis. Yang lain dah tersengih-sengih. Yang cover nak gelak pon ada. Hadui, kacau orang tengah berangan jelah cikgu ni. 


Jimin yang sakit hati dengan cikgu tu pon berdiri dengan swagnya. Mulalah fangirl bagai dalam kelas tu. Dia jalan dengan bergayanya, macam model atas pentas . Sempat bagi wink pada fans dia lagi. Naik meroyan budak perempuan tu. Tsk..tsk..tsk...Playboy abadi betullah. 


Sampai je kat depan, dia pon padam. Selesai padam dia senyum menggoda kat cikgu. 

 


"dah siap, silakan permaisuri~"

 


Dia tunduk macam pengawal istana selalu buat tu. Fans dia terjerit-jerit dalam kelas. Lepastu dia angkat muka dan bagi wink kat cikgu. Maigod, cikgu pon kau nak try ke. Cikgu tu dah tua k, dah anak lapan kot. 

 

Cikgu tu pulak macam gatal je. Insaflah cikgu, ingat anak-anak, ingat cucu cicit. INGAT LAKI KAU TUHH! 


Cikgu geleng-geleng kepala. 

 


"heish, dah, pergi duduk. Mekaseh "

 


Jimin kembali ke tempat duduknya  dengan swagnya. Yang lelaki pon duk fanboy apakejadah ?


Dia kembali merenung Mimin. Rasa macam diperhati ,Mimin toleh Jimin. Nampak Jimin yang tengah tersenyum-senyum dengan hensemnya. 


Mimin angkat kening. 

 

 

"kenapa?"

 


Jimin geleng sambil senyum. Makin berkerut Mimin, dah kenapa budak ni?

 


"sewel eh?"

 


Jimin angguk kepala. Still senyum. Oh tuhanku, adakah ini ujian ada kawan hensem camni? Nak melting ke tak nak ni?


Mimin terus tengok depan. Malu pulak dia rasa. Jimin gelak je tengok Mimin macam dah malu. 

Seminit


Dua minit


Tiga minit


Tiga minit stengah 


Jimin masih lagi tenung Mimin. Jangan cakap Mimin nak lempang, sepak terajang semua dia nak kasi si Jimin ni. Dari tadi Jimin ni duklah tengok dia, gila tak awkward? Malu tuu.


Lastnya dia letak buku teks antara dia dengan Jimin. Barulah Jimin tak nampak dia kan. Jimin gelak je lepastu dengar dia berdengkur. Cepat gila tido. Mimin geleng je. Nasiblah dapat kawan pelik camni. Haihh..

 

 

'KRINGG!!'

 


Loceng berbunyi tanda kelas berakhir. Mimin kemas barang manakala Jimin sebuk mengeliat. Terbangun sebab bunyi loceng.  Dia tengok jam tangannya. 

 


"da habis?"

 


Mimin menoleh ke arah Jimin. 

 


"gut moning"

 


Jimin sengih. Dengan mata sepet dia. Mimin tunjuk Jimin luar kelas. Ramai budak perempuan menempel kat  cermin kelas. Dari tadi sampai dah balik ni diorang duklah usha Jimin yang tidur berdengkur tu. Jimin senyum dan melambai pada fans dia. Menjerit-jerit macam orang gila fans dia kat luar tu. Mimin malas nak campur so, dia kemas barang dia cepat-cepat nak balik tengok omma. 

 


"eh, Min. Nanti makan teokkbeokki jom. Aku lapor ah, "

 


Mimin amik beg dia dan pakai. 

 


"sori ah..aku tak bo___adoii!!"

 


Mimin jatuh kelepuk atas lantai sebab kena tolak dengan fans Jimin yang tadi kat luar tu. Sakit punggung dia. Asyik jatuh je, lama-lama kang mandul jugak si Mimin ni. 


Jimin yang terkejut tu pon bangun dan tolong Mimin bangun. Mimin gosok punggung dia yang sakit tu. 

 


"eh, kau okay tak?"

 


Mimin angguk. Fans dia mula buat muka. Muka benci gila beb. 

 


"takpelah, kau layanlah fans kau yang...SOPAN ni. Aku balik dulu k"

 


Mimin terus gerak keluar kelas. Jimin nak kejar tapi teringat kat fans dia pulak. Dia toleh kat fans dia dengan muka tak puas hati. 

 


"Girls, asal biadap sangat ni?"


"dia tu sebuk je, kitaorang nak jumpa oppa~~"

 


Berapi pulak Jimin dengar.

 


"she's my friend okay, so please, hormat dia,.."

 


Fans dia buat muka lagi. 

 


"k fine, tak nak hormat dia takpe. But don't ever call me OPPA again. You hurt my friends, you hurt me too. "

 


Mulalah gelabah. Haa, kan dah kena marah. Jimin dah pusing nak blah dari situ. 

 

 

"...o-okay okay oppa, we're sorry..."

 


Jimin berhenti dan pusing hadap fans dia. Muka still marah lagi. 

 


"then, minta maaf dengan dia baru jumpa oppa k, cauu"

 

Jimin pon berlalulah tinggalkan fans dia yang sengal-sengal belaka tu. Tulah, biadap lagi. Penat je selama ni Jimin buat kelas tusyen ajar cara-cara nak jadi fans yang beradab . lol. 


Mata Jimin melilau cari kelibat Mimin sampai dah nak keluar sekolah baru dia nampak Mimin. Dia baru je nak sampai pagar. Jimin jerit. 

 


"Min!!!"

 


Takde respond. Dia panggil lagi sambil berlari. 

 


"oi!! Minn!!!  Hish, pekak ke apa minah ni? "

 


Dah start semput si tua ni. 

 


"oii pompuan!!! KIM MINYOUNG!!"

 


Barulah Mimin toleh. Patutlah, dia pakai earphone rupanya. Jimin berhenti depan Mimin, dia membongkok,tangan pegang lutut. Termengah-mengah kauu. Mimin tanggalkan earphonenya. 

 


"aik? Dah habis ke fansign kau tu?"

 


Jimin berdiri tegak, tangan cekak pinggang. 

 


"fansign apanya,..aduh, penatnya....kau okay tak?"


"aku? Okay je. "


"takde sakit-sakit ke?"


"alahh, sikit je. Nanti hilanglah. "


"oh...ha... Okaylah tu....aduh, penatnya lari..."

 


Jimin masih lagi tercungap-cungap . Macam baru lepas maraton je padahal bukan jauh mana pon lari, over lebih pakcik ni.

 


"ee, macam orang tua lah kau ni...kau tak minum pamoga ke?"


"apa ga?"


"pamoga, minum benda tu, sesuai untuk orang tua macam kau ni...hahaha"

 


Mimin gelak sendiri. Jimin plak pelik, tak penah pulak dia dengar pamoga tu. Halal tak?

 


"Amboi amboi amboi, sedapnya gelak. Klakor sangat ke?"

 


Mimin masih lagi gelak sendiri. Jimin suka tengok Mimin ketawa, hati rasa berbunga-bunga. Buat dia tersenyum sekali. 

 


"dahlah, aku nak balik" 

 


Mimin berjalan melangkah keluar sekolah. Jimin follow. 

 

 

"eh, kata nak makan teokkbeokki?"


"sapa kata?"


"akulah"


"haa, kau jelah pergi"


"lahh, sekalilah. Kan aku ajak kau"

 


Mimin geleng kepala. 

 


"tak bolehlah, aku nak kena balik..ak__"


"alahh, kejap je..jom ah, teman aku"


"tak boleh, aku kena bal__"

 


Tak sempat nak habis cakap Jimin dah rangkul leher Mimin kat celah ketiak dia. Tertunduk-tunduk Mimin. 

 


"adoi!! Lepaslah!!!"


"teman aku makan eh"


"LEPASLAH GILA!!! SAKIT BODOH!! SAKITLAHH!!"

 


Mimin memukul-mukul Jimin minta dilepaskan. Dah jadi tak senonoh dah tengok deme berdua ni.  Si Jimin ni pon ingat Mimin ni jantan ke nak buat macam tu .

 


"teman aku makanlahh!!"


"LEPASLAH DULUHH!! TAKKAN NAK JALAN CAMNI GILA??!!"

 


Dah menjerit macam hape dah si Mimin ni. Jimin lepaskan kepala Mimin. Memang serabut habis rambut Mimin. Mimin betulkan rambut dia. 

 


"hishh!! Cakap leklok dahlah, sakit tahu tak?!"


Dia jeling Jimin yang buat muka sedih sebab kena marah. 


"habis, kau tak nak teman aku.."

 


Mimin buat muka. Asalla perangai tak memcerminkan umur ni?? Kenapa dia kawan dengan malaun ni? Semua sebab Tae. Perangai sama je macam Tae, macam babun.   Babun Tae . 

 


* tak pasal-pasal je Tae yang kena -,-*

 


"uurgghh! Yelahh! Dah makan terus balik eh"

 


Jimin terus senyum. Dia tunjuk simbol okay .

 


"okay!"

 


Maka mereka pergilah makan teokkbeokki yang di idamkan jimin. 

 

Sampai kat kedai teokkbeokki tu, Jimin order dan diorang pon makanlah teokkbeokki tu. 

 


"wahh~~Sedapnya~"

 


Jimin pejam mata menikmati teokkbeokki dalam mulut. Mimin pandang Jimin pelik, macam tak penah makan je. 

 


"makcik! Tambah semangkuk lagi!"

 


Nak tersedak Mimin dengar. Kau baru makan satu dah minta tambah? Banyak kot satu mangkuk. 

 


"eh kau ni, ni pon tak habis lagi dah minta semangkuk . Kebulor ke apa?"

 


Jimin tersengih-sengih. Dia amik lagi sekali dua masuk dalam mulut. 

 


"Memang pon, aku dah kebulor gila. Tadi duk dalam kelas boring tahu tak. Uish! sedap ni! "

 


Dia suap lagi dalam mulut dia padahal yang dalam mulut pon tak habis kunyah lagi. Lepastu dia terbatuk-batuk sebab tersedak. 

 


"uhuuk!! Uhukkk!! Uhhuukkk!!"

 


Mimin cecepat tepuk-tepuk belakang badan Jimin. 

 


"haa, sumbat lah lagi. Sumbat lagi banyak-banyak dalam mulut. Sumbat satu mangkuk ni haaa"

 


Mimin hala kan mangkuk ke muka Jimin. Jimin dengan muka berkerut-kerut terbatuk-batuk tu tolak tangan Mimin. 

 


"uhuukk!!uhukk!! Air..uhuukk!!

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Teddyyoung01
I miss you guys....damn much...><
I miss your support comment...
I miss you
seriously .

Comments

You must be logged in to comment
Mar-j55 #1
Chapter 55: Aku masih menungguuu ???? bila nak update niii
pikahbajet #2
Chapter 19: lawak diorang ni...hahaha
leyna_nieka
#3
Chapter 54: Thanks elly sbb update? saya dh lama tunggu awk update.
Btw, chapter kali klakor giler?
Akhirnya dpt jgk tae jumpa ngn mak dia. Tapi sian jimin kne lebel sbagai org jahat sbb salah faham. Padahal dia cuba nk explain je.
Sya dh vote bts. U all pon jgn lupa ye vote bts jgk?
K lh bye...
Jimin saranghae~ hahaha
leyna_nieka
#4
Chapter 53: Elly!! Kita rindu awaks >.< hehe gila sat XD. Saya fhm apa yg Elly rse bila story yg kita buat penuh kasih sayengs tu hilang. Saya pun pernah kena cmtu. Untung x jdi beruk je mcm yg elly ckp tu XD. Sabo jelh nakk... Btw, best chapie elly *double thumb up*! Kita xnk harap Elly update cpt2, takot nnti jdi fekhop T-T Kirim slm ngn abey Jiming yee~
leyna_nieka
#5
Chapter 52: Hy elly...gime five...sya pon rembat abang sya punya wifi semata2 nk baca citer ni hahahaha XD. X saba nk tunggu next chapter ^_^