First Kiss

Naughty Kiss
Please Subscribe to read the full chapter

"Kim Minyoung!!'

 

Ye, itu adalah petanda bahawa malapetaka telah menempahkan tiket untuk aku supaya berbakti kepada sekolah dengan membersihkan kelas . Dah berhari-hari aku asyik tertidur dalam kelas dan berhari-hari jugalah aku kena denda bersihkan kelas .

 

Haihh..dah macam rutin dah .

 

Sekarang ni aku tengah pegang penyapu nak sapu kelas yang macam kandang kambing ni . Biasalah , classmate aku ni semua perangai macam kambing, buat sampah pandai, buang sampah tak pandai . Kan macam kambing tu .

 

Oh ye, aku tak keseorangan . Korang mesti dah boleh agakkan siapa yang 'rajin' teman aku bersihkan kandang kambing ni?

 

Ya betol! siapa lagi lagi yang layak merangkul anugerah 'rajin tak bertempat' kalau bukan si alien Taehyung! Sejak dia acah-acah nak kiss haritu, aku dah tak bebel kuat-kuat dah . Dalam hati je .

 

Bukan apa, kalau dia betul-betul cium aku macam mana? siapa yang bertanggungjawab atas kesalahann dia tu? kalau aku boleh dakwa dia pastu masukkan dalam penjara takpe lah jugak .

 

eh, lebih-lebih pulak aku ni ,bukan dia cium pon .kihkihkih..

 

Tapi kan, macam..bukan macam, ini memang tak adillah kan? Dia pun tidur dalam kelas jugak tapi asal dia tak buat kerja? bersihkan lah sekali kan? ni asyik tidur je . Ni kalau aku tak bertindak ni, dia  jelah yang untung . Tak adillah wei !

 

"Woi" takde respond .

 

"Woi alien!"

 

takde respond lagi . Hish dia ni, hati kita dah mendidih ni .

 

"aduh dia ni, buat bodoh pulak . Bangunlah wei! kau dah kena denda an, buatlah cara kena denda ! kelas ni yang macam kandang kambing ni, kemaslah sekali"

 

Dah tak boleh tahan dah ni, rasa nak membebel makin membuak-buak . Lantaklah nak jadi apa pun .

 

"bangunlah! kau ingat aku tak tahu ke kau buat-buat tidur? nanti lepas aku dah habis bersih, elok je kau bangun pastu blah . Kemaslah sekali , apa susah sangat? bukan aku suruh kau buat sorang-sorang pon . Kita buat sekali, baru adil .  Sama-sama kena denda ,sama-samalah kemas kelas . Kau tu lelaki, tunjukkanlah cara lelaki budiman sikit .Tolong perempuan buat kerja , bukan tidur je . kau ni mema__"

 

Belum habis bebel lagi dia tiba-tiba dia bangun macam orang yang dah mati tapi bangun semula . Mata dia tepat pandang mata aku . Rasa macam ada elektrik gitu dari mata dia . Nampak macam pandangan tempah maut . Aku tersentak . Terkejut pulak tengok dia . Tanjat gegirl .

 

Tak kiralah apapun jadi, dia kena dengar apa yang aku nak bebelkan ni . Dah berhari-hari aku simpan . Ni baru mukaddimah tau, banyak lagi aku nak bebel ni .

 

"...kau ni memang pemalas betul . Aku balik ni nak kena buat kerja kat rumah lagi , kat kedai lagi . Ingat aku takde kerja ke ? kau__"

 

Kali ni aku terberenti sebab dia berjalan ke arah aku dengan muka annoying dia . Macam marah pun ada . Aku tengok je dia , cover sikit walaupun sebenarnya aku dah start gelabah . Bila dah nak dekat ,aku melangkah setapak ke belakang .

 

Setapak dia ke depan, setapak aku ke belakang .

 

"kau nak apa ha? cakap jelah kat situ tak yah nak dekat-dekat"

 

takut pulak aku dengan alien ni .

 

Dia tersenyum jahat bila tengok aku macam takut-takut .

 

"apasal? takut ke?" ,

 

dia perli aku guys .

 

"Aku dah cakapkan kalau kau membebel lagi...."

 

saja dia gantung ayat dia sambil dia berjalan makin dekat .

 

Aku terus ke belakang sampai aku rasa dinding kat belakang aku . Damn! asallah dinding ni duduk kat situ . mana aku nak lari ni?! Jantung ni pulak dah berdebar-debar .

 

"asal senyap? bebel ah lagi"

 

Dia dah makin dekat . Tiba-tiba dia angkat tangan kanan dia ke dinding , Then, dia rendahkan sikit kepala dia . Aku pulak dah macam apa dah . Jantung ni pulak dah macam nak meletop . Muka aku dengan dia cuma jarak berapa inci je .

 

Aku dapat rasa muka aku dah mula panas . Mulut aku dah tak boleh nak bercakap , macam terkunci .

 

"asal muka kau macam tomato? kau malu ke? okay, kalau macam ni malu tak?"

 

Taehyung makin dekatkan muka dia sampai aku dapat rasa nafas dia . Nasib baik tak berbau . Aku dah makin tak keruan , panik . Tak tahu kenapa aku macam kena jampi sampai tak boleh nak bergerak . Mata aku dah melilau tak nak tengok mata dia .

 

Aduh! pikirlah Minyoung! cari jalan cepat ! tiba-tiba aku baru perasan yang tangan aku ni tengah pegang penyapu dari tadi . Apalagi , aku pun angkat penyapu tu lepastu ketuk kepala dia .

 

"Aduh!" 

 

Taehyung mengerang sambil menggosok kepala . Aku pun tolak dia jauh . Baru boleh bernafas . Fuh! Taehyung tengok aku pastu tengok penyapu , pastu tengok aku balik dengan muka marah dia .

 

"Main kasar eh, takpe aku suka"

 

Dia cakap sambil gigit bibir dia . pehhhh! Seksi beb!! tergugat jiwa dan raga .Dia datang lagi tapi kali ni langkah dia laju sikit . Aku yang kelam kabut ni pun apalagi, aku hala kan  penyapu tadi kat dia . Macam orang hala pistol tu .

 

"d-datanglah dekat..k-kalo nak kena lagi"

 

Dia cuma sengih je weh! dia ingat aku main-main?!

 

"hish! geram betullah aku tengok kau ni, siap kau "

 

Taehyung cakap sambil tunjukkan gigi dia yang putih tu . Pastu dia gigit lagi bibir dia  tu , huishh! menguji hati betullah . Tak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Teddyyoung01
I miss you guys....damn much...><
I miss your support comment...
I miss you
seriously .

Comments

You must be logged in to comment
Mar-j55 #1
Chapter 55: Aku masih menungguuu ???? bila nak update niii
pikahbajet #2
Chapter 19: lawak diorang ni...hahaha
leyna_nieka
#3
Chapter 54: Thanks elly sbb update? saya dh lama tunggu awk update.
Btw, chapter kali klakor giler?
Akhirnya dpt jgk tae jumpa ngn mak dia. Tapi sian jimin kne lebel sbagai org jahat sbb salah faham. Padahal dia cuba nk explain je.
Sya dh vote bts. U all pon jgn lupa ye vote bts jgk?
K lh bye...
Jimin saranghae~ hahaha
leyna_nieka
#4
Chapter 53: Elly!! Kita rindu awaks >.< hehe gila sat XD. Saya fhm apa yg Elly rse bila story yg kita buat penuh kasih sayengs tu hilang. Saya pun pernah kena cmtu. Untung x jdi beruk je mcm yg elly ckp tu XD. Sabo jelh nakk... Btw, best chapie elly *double thumb up*! Kita xnk harap Elly update cpt2, takot nnti jdi fekhop T-T Kirim slm ngn abey Jiming yee~
leyna_nieka
#5
Chapter 52: Hy elly...gime five...sya pon rembat abang sya punya wifi semata2 nk baca citer ni hahahaha XD. X saba nk tunggu next chapter ^_^