Go To Sauna!!

The Night Class

4.30 pagi

Kelas semakin bising. Semua pelajar tidak menumpukan perhatian mereka kepada guru dihadapan mereka sendiri.

 

“perhatian semua!!!!”jerit Cikgu Hang tuah.

 

Semua pelajar menjadi diam, memandang guru mereka di hadapan. Cikgu Hang tuah menyuruh pelajarnya mengeluarkan buku teks dan membuka muka surat 110. Mereka hanya turuti arahan yang diberikan oleh guru mereka.

 

“tajuk hari ini adalah Kawal. Iaitu cikgu akan ajar kamu cara nak kawal kuasa kamu..”ucap Cikgu Hang tuah.

 

Selanjutnya, Cikgu Hang tuah memberitahu mengawal kuasa sendiri sungguh susah dan perlu membuat beberapa latihan untuk mengawalnya. Ia mempunyai pelbagai risiko yang sangat tinggi jika tidak dapat mengawal kuasa sendiri. Kemudian, Cikgu Hang tuah mengajar mereka cara yang paling mudah untuk mengawal kuasa sendiri.

 

“pertama sekali, kawal emosi kamu saat menggunakan kuasa kamu sendiri..”kata Cikgu Hang tuah.

 

Hong ki mengangkat tangannya. Cikgu Hang tuah membenarkannya berdiri.

 

“Cikgu! Macam mana nak kawal emosi?? Bila darah tepat berada dihadapan saya..saya tak dapat nak kawal nafsu saya nak hirup darah manusia ni..automatik mata saya biru dan gigi saya akan bertaring..”tanya Hong ki, dia sedikit risau menanyakan soalan pada Cikgu Hang tuah.

 

“Hong ki..kamu cuba berlatih banyak kali untuk mengawal nafsu kamu saat melihat darah manusia dihadapan kamu, cikgu akan bantu kamu..”jelas Cikgu Hang tuah memberitahu pada Hong ki.

 

Hong ki hanya mengangguk kepalanya sebelum duduk diatas kerusinya semula. Cikgu Hang tuah memberitahu, dia akan membawa semua pelajar IX pergi ke bangunan ‘kurenshou’ iaitu tempat dimana semua pelajar boleh berlatih mengawal dan menggunakan kuasa mereka dengan baik.

 

Sehun agak tertarik dengan pembelajaran yang diberikan oleh Cikgu Hang tuah. Agak seronok belajar pembelajaran ni. Ia mudah dan senang faham saat Cikgu Hang tuah mengajar tadi.

 

Pembelajaran kemahiran diri telah pun tamat. Subjek seterusnya adalah matematik. Cikgu Hang tuah keluar dari kelas kerana ingin mengambil sesuatu di headquaters. Semua pelajar membuat kerja masing-masing. Domo kelihatan sungguh teruja sebelum subjek ini dimulakan.

 

“wow! Domo nampak ceria hari ni!”kata Baekhyun dekat Chanyeol.

 

“kau faham jelah..dia kan suka belajar matematik!”kata Chanyeol, dia kelihatan sibuk menulis sesuatu di kertas.

 

“kenapa ni Chanyeol?”tanya Baekhyun.

 

“kerja matematiklah!!!”ucap Chanyeol dengan serius dan sedikit cemas.

 

“eehhh??!!! Aku lupa nak buat kerja sekolah tu!!! Weeii!! Aku pun nak tengok jugakk!!”Baekhyun segera mengeluarkan kertas latihannya dari beg lalu ‘menyalin’ jawapan dari Chanyeol. “nanti kejap! Kau tiru kertas jawapan siapa?”

 

“aku lah”kata Soo hyun. Dia berdiri dihadapan meja Chanyeol. “dah siap ke belum? Aku nak ambil kertas aku ni..”

 

“kejaplah!!! Aku baru salin jawapan kau..”kata Baekhyun, dia sungguh cepat menyalin jawapan dari kertas soalan Soo hyun begitu juga dengan Chanyeol.

 

“ok. Tapi kau kena belikan aku takoyaki yang enak!”Soo hyun meminta balasan dari Baekhyun dan Chanyeol.

 

“Yelah!! Yelah!!”Chanyeol dan Baekhyun bersetuju sambil sibuk menyalin jawapan dari Soo hyun.

 

“hahaha~ tak siap! tak siap! Nanti Cikgu marah~”Hong ki terlompat-lompat disekeliling meja Chanyeol dan Baekhyun.

 

“diamlah!!”marah Chanyeol dan Baekhyun.

 

Manakala Min ah dan Yoo jung berbual bersama. Mereka sepertinya sedang bergossip tentang masalah sekolah. Sehun pula termenung. Tidak tahu nak buat apa. Dia bangun dan keluar dari kelas. Dia bersandar di tepi pintu kelas sambil menikmati angin malam yang sepi.

 

“Sehun! Kenapa kamu di luar? Cepat masuk ke dalam kelas!”suruh Cikgu Hang tuah kepada Sehun sebelum masuk ke dalam kelas.

 

Pembelajaran matematik pun bermula. Sepertinya Baekhyun dan Chanyeol sempat menyalin jawapan dari Soo hyun. Domo pula kelihatan aktif saat pembelajaran dijalankan. Kelas IX kelihatan sungguh meriah dan seronok. Tidak lama lagi, waktu tamat sekolah hampir tiba.

 

5.00pagi

 

“KRIIINNGGGGG!!!”bunyi loceng sekolah berdering.

 

“yeeeaaahhhh~ boleh balik!!!!”jerit semua pelajar kelas IX.

 

Mereka semua cepat-cepat kemas beg sekolah dan segera keluar dari kelas mereka sebelum berjalan keluar dari sekolah.

 

Semua pelajar sekolah berpusu-pusu berjalan keluar ke arah pintu pagar. Semasa berjalan, Sehun bercadang ingin pergi sauna dengan semua pelajar Kelas IX.

 

“Oh ye!! Soo hyun, tadi kau kata dekat bangunan bokkusu ada sauna, kan?”tanya Sehun.

 

“ha’ah! Sehun, kau nak pergi esok malam ke??”tanya Soo hyun.

 

“mestilah nak!!! Best tak sauna dekat sekolah sini??”Sehun teruja sambil meminta pendapat Soo hyun tentang sauna di bangunan bokkusu.

 

“memang TERBAIK!! Yang membuatkan sauna ini lebih istimewa sebab ia ada air terjun!” Chanyeol menyampuk perbualan antara Sehun dan Soo hyun.

 

“AIR TERJUN?!! Asdfghjk!!!”Sehun sepertinya tidak mempercayai sauna mempunyai air terjun.

 

“aku nak join jugak!! Aku pun suka SAUNA~”Baekhyun bersetuju dengan cadangan Sehun dan mengajak kesemua pelajar Kelas IX untuk pergi ke sauna padaesok hari.

 

“DOMO~ DOMO~”Domo sepertinya kelihatan teruja mendengarnya.

 

“aku pun nak pergi jugak!!”Yoo jung ingin pergi ke sauna esok.

 

“yeay!! Nanti dapat makan telur rebus dekat sauna nanti!! Telur rebus free!!”kata Hong ki dengan gembira.

 

“hahahahaha!!”semua orang ketawa apabila mendengar kata-kata dari Hong ki tadi.

 

Sememangnya, malam pertama Sehun bersekolah di sini. Dia rasa sungguh seronok dan gembira. Apa lagi dengan kawan-kawannya yang sungguh bising dan ceria. Semua pelajar kelas IX akan pergi ke sauna esok malam. Sehun menantikan esok malam yang seronok sekali.

 

Akhirnya hari pertama Sehun di sekolah ini berjalan dengan lancar.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')