Class IX

The Night Class

Pada pukul 11.40 malam

Sehun sudah bersiap sedia untuk pergi ke sekolah, namun dia masih ragu-ragu tentang Sekolah Menengah Cheonsoo. Patutkah dia pergi?

 

“kuoaaaahhh!!! Nak pergi ke tak??!!! Ahhhh!! Susah betul nak buat pilihan!!!”Sehun menserabutkan rambutnya yang baru sahaja dia sikat.

 

Tidak lama kemudian, Puan Oh memanggilnya keluar dari biliknya. Sehun terpaksa untuk datang ke sekolah malam ini.

 

Di pintu pagar sekolah

 

Pintu pagar sekolah terbuka dengan luas, ramai pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam sekolah. Begitu jugak dengan Sehun, dia hanya menumpukan perhatian pada kertas yang dia pegang di tangan kerana kertas itu merupakan peta menuju ke kelasnya nanti. Dia terus berlari mencari kelas secepat yang mungkin. Dia berlari tanpa melihat persekitarannya, kesemua pelajar hairan melihat dirinya itu.

 

“hmm...mana Kelas IX nie??”Sehun berjalan di balkoni sekolah sambil melihat setiap signboard nama kelas. “ahhh!! Dah jumpa pun!!”

 

Sehun berlari ke arah pintu kelas yang tertulis Kelas IX. Kini, Sehun berada tepat dihadapan pintu Kelas IX yang masih tertutup lagi. Tangan Sehun menggigil-gigil saat dia ingin membuka pintu kelas tersebut. Tiba-tiba perasaan cemas menyelubungi dirinya.

 

“k-kenapa....a-aku....huurrghhh”Sehun cuba selaraskan pernafasannya yang semakin tidak tentu arah. “bila aku pusing tombol pintu ni, aku akan masuk kelas ni tanpa sebarang masalah! Ya! Tiada sebarang masalah!!”

 

Dengan berani, Sehun akhirnya membuka pintu kelas kemudian cepat-cepat dia berjalan masuk ke dalam kelas IX.

 

“ughh~ senang je masuk kelas ni...asal aku nak cemas sangat? Apalah~”Sehun tertunduk seorang diri sambil menenangkan diri. “eehhh?? Siapa tu??”

 

Sehun baru sahaja mendapati dirinya berada di hadapan kelas. Semua pelajar menumpukan perhatian pada dirinya.

 

“wooaahhh!!! Pelajar baru lah!!!”seorang pelajar lelaki menjerit di belakang kelas.

 

“huh??!” Sehun mengangkat kepalanya dan mendapati kelas ini dipenuhi dengan orang pelik dan asing baginya. “waahhh!!!! Siapa korang semua nie??!!!”

 

Sehun terus berlari keluar dari kelas tersebut tetapi tidak berjaya kerana terdapat seorang lelaki berada di pintu hadapan kelas. Lelaki itu ialah pakcik yang baru dia temui pagi tadi.

 

“Pakcik??!!”jerit Sehun lalu dia terus berdiri dibelakang pakcik tersebut. “pakcik?!! Siapa diorang ni??!!!”

 

“mereka ialah rakan kelas kamu!!”selamba Pakcik ni bagi tahu pada Sehun.

 

Apabila Sehun melihat kesemua pelajar ni, dia menjadi panik dan tidak dapat nak berfikir dengan baik. Pakcik itu hanya mendiamkan diri sahaja tanpa berbuat apa-apa.

 

“aahhh??!! apa??!! Tak ni pasti mimpi!! Tak!!!!”Sehun menjadi kelam kabut dan dia telah berlari tidak tentu arah, entah macam mana dia jatuh pengsan dengan hidungnya yang berdarah.

 

“uooaahhh!! Dia ok ke??”fikir Pakcik tersebut sambil mengangkat Sehun lalu meletakkannya di atas kerusi. “ini meja kamu, mulai hari ini” Pakcik itu bercakap pada Sehun yang masih lagi pengsan tidak sedarkan diri.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')