New Student?!

The Night Class

Selepas sebulan berita tentang kehilangan jasad Hongki, kini semakin kurang diperkatakan di Cheonsoo Highschool. Kelas IX pula seperti biasa ceria tapi tak seceria dulu pada sepanjang malam ini. Cikgu Hang Tuah cuba buat pelbagai perkara untuk menggembirakan mereka sebagai seorang guru. Tapi dia sibuk dengan pelbagai perkara termasuklah mencari jejak pencuri jasad Hongki. Disebabkan terlalu sibuk, dia terima satu panggilan dari Cikgu Henry tentang kedatangan pelajar baru.

 

Cikgu Hang Tuah sedang berjalan menuju ke bilik HEM yang senyap sunyi. Dari luar bilik, dia dapat mendengar suara Cikgu Henry. Kemungkinan Cikgu Henry bercakap dengan pelajar baru tu.

 

Cikgu Hang Tuah memutar tombol pintu. “mana pelajar baru tu?”soalnya yang baru memasuki bilik HEM.

 

“Ni. Dia sama macam Sehun. Seorang manusia biasa,”jawab Cikgu Henry yang duduk dihadapan mejanya. “dia akan belajar di kelas IX hari ni,”

 

“t-tapi....kenapa dia boleh masuk sekolah ni. B-bukan ke—”belum sempat Cikgu Hang Tuah nak jawab, pelajar lelaki itu bersuara.

 

“sebab saya tahu kewujudan ‘sesuatu’ di sekolah ni. Saya tahu, faham dan sebab kenapa sekolah ni dibina. Saya juga tahu pasal Black Haze,”terus-terang pelajar lelaki itu.

 

Cikgu Hang Tuah terdiam. Siapa budak ni? Macam mana manusia biasa macam dia tahu kewujudan Cheonsoo Highschool. Baginya, hanya 0.01% ‘manusia’ tahu kewujudan sekolah ni. Bukan ke perkara macam ni ganjil kalau manusia ni boleh tahu kewujudan sekolah ni tanpa diberitahu oleh seseorang ‘yang’ mungkin bersekolah disini.

 

“siapa namu kamu..?”soal Cikgu Hang Tuah yang merenung matanya.

 

Dia tersenyum riang. “nama saya Jaejin,”

 

“Cikgu Hang Tuah..?”panggil Cikgu Henry. “kamu boleh bawa dia sekarang juga,”

 

“baiklah,”Cikgu Hang Tuah menunduk sebelum keluar dari bilik HEM.

 

Sebelum keluar, Cikgu Henry ingin mengucapkan sesuatu pada Jaejin yang tidak sabar bersekolah malam ni.

 

“bye~ Lee Jaejin,”ucap Cikgu Henry.

 

Jaejin tersenyum yang membawa maksud mendalam. “Terima kasih cikgu sebab terima dan faham keadaan saya sekarang ni. Saya pergi dulu,”dia segera keluar dari bilik tersebut.

 

Didalam kelas IX

 

“Sehun, kau dah tanya ayah kau pasal keberadaan Black Haze..?”tanya Soohyun yang baru melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang bersebelahan meja tulis Sehun.

 

Sehun tersenyum hambar. “tak. appa aku tak cakap apa-apa. Hari ni dia nak pergi UK sebab ada perjumpaan diantara pengetua-pengetua Sekolah Malam diseluruh dunia,”jelasnya.

 

Bang! Pintu kelas terbuka luas. Tercungap-cungap Min ah ditepi pintu kelas. Nampaknya dia dengar berita tergempar.

 

“hhaaah...haaa...ada...a-ada pelajar baru,”tercungap Min ah yang baru berjalan masuk ke dalam kelas.

 

“pelajar jer. Bukan gempak sangat pun cerita yang kau cakap ni,”Chanyeol kelihatan bosan dengan Min ah punya berita.

 

“tak. korang nak tahu tak?! dia akan belajar di kelas kita semua dan Dia tu MANUSIA biasa!!!”terangnya dengan wajahnya yang terkejut.

 

“ehh???!!”semua pelajar termasuklah Sehun terkejut mendengarnya. “manusia..?”

 

“ha’ah. Aku de--,”belum sempat Min ah nak cerita lagi, Cikgu Hang Tuah berdiri tepi pintu kelas sambil ‘berdehem’ dekat Min ah yang bermulut murai ni. “C-Cikgu..?”

 

“MIN AH! Duduk ditempat kamu. Sekarang!”arah Cikgu Hang Tuah.

 

“ya.....,”Min ah tertunduk malu sambil berjalan menuju ke meja tulisnya.

 

Cikgu Hang Tuah memasuki kelas IX bersama Jaejin yang dikenali sebagai pelajar baru. Jaejin menunduk hormat dulu. Cikgu Hang Tuah menyuruh Jaejin beri intro sebelum menyuruh dia duduk di meja.

 

“saya Lee Jaejin, selamat berkenalan,”jelasnya lagi lalu Cikgu Hang Tuah segera menunjukkan meja yang akan dia duduk.

 

“kamu duduk di meja tu,”dia menunding jarinya ke arah meja kosong yang bersebelahan meja Baekhyun.

 

Baekhyun terkejut dan membantah. “C-cikgu! Ni kan tempat Hongki. Mana boleh—,”Baekhyun terdiam bila dia tersedar dia menyebut pasal Hongki.

 

Cikgu Hang Tuah menggelengkan kepalanya sambil berkata, “Hongki dah tiada, Baekhyun. Cikgu tak nak dengar pasal dia lagi. Faham?”

 

“f-faham,”jawab Baekhyun yang kembali duduk ditempatnya.

 

Jaejin dapat rasakan atmosfera dikelas ni macam tidak menerima kedatangannya. Dia hanya mampu tersenyum lemah dengan sambutan dingin yang dia terima sekarang ni.

 

Desis dalam hati Jaejin. “tak apa.....,”

 

Selepas dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi yang selalunya Hongki duduk, kini dia yang duduk. Dia dapat rasakan tenungan tajam orang disebelahnya. Semestinya Baekhyun.

 

“hai..?”sapa Jaejin yang cuba mendekati Baekhyun.

 

Baekhyun memandang kehadapan semula. Dia tak suka tengok Jaejin yang menggantikan tempat duduk Hongki.

 

Sehun yang perhati dari tadi mula kesiankan Jaejin kerana Jaejin dipinggirkan rakan sekelas, tak seperti dia dulu semasa datang ke kelas IX yang menyambut kedatangannya dengan ceria. Apa-apa pun, dia rasa nak berkawan Jaejin sebab dia juga seorang manusia sepertinya. Ada lah juga peneman baginya.

 

Selepas habis kelas Matematik, loceng sekolah mula berdering. Semua pelajar kelas IX keluar dari kelas ini da hanya tinggal Sehun dan Chanyeol.

 

“kau Jaejin kan..?”soal Chanyeol yang menghampiri Jaejin yang duduk sendirian di mejanya.

 

“ya.....,”lemah dia menjawab. “apa yang aku buat salah sampai diorang....tak suka..?”

 

Sehun menggelengkan kepalanya. “kau tak buat salah cuma...diorang tak suka kau duduk di meja ni. sebelum kau duduk kerusi ni, kawan kitorang, nama dia Hongki. Dia yang duduk dekat sini,”

 

“oh.....,”angguk Jaejin kerana dia baru faham situasi sekarang ni. “kalau macam tu, korang pergilah rehat,”

 

“kau nak rehat sorang-sorang dekat sini ke??”soal Chanyeol terlalu risau.

 

“tak apa...,”Jaejin hanya mampu tersenyum kerana ada juga orang yang prihatin seperti Chanyeol dengan Sehun.

 

“tak boleh. Aku nak kau rehat dengan kitorang berdua. Jom!”Sehun menarik pergelangan tangan Jaejin. “cepatlah!”

 

“y-ya!”Jaejin bingkas bangun dari kerusinya.

 

Semasa rehat, Sehun dan Chanyeol menunjukkan semua tempat yang ada di sekolah ni. Jaejin pula sibuk mencatat didalam buku berwarna pinknya. Selepas tu, mereka pergi ke taman bunga tropik. Disitu terlampau banyak pari-pari kecil iaitu pari-pari bunga yang sentiasa menjaga taman bunga ni. Jaejin kagum dengan keindahan dan kecantikan pari-pari tersebut. Sambil tu, mereka bertiga mula berehat disebuah pondok yang dipenuhi daun dan juga lampu minyak tanah.

 

“cantiknya....,”puji Jaejin melihat keindahan pondok ini.

 

Sehun dan Chanyeol tersenyum lega melihat Jaejin kembali semangat semula. Mereka pun mula berbual antara satu sama lain. Sehun pun turut menceritakan apa yang berlaku disekolah sepanjang dia bersekolah. Sehinggalah satu pertanyaan yang membuatkan mereka tertarik dengan Jaejin.

 

“Jaejin...macam mana kau tahu pasal sekolah ni?”soal Chanyeol.

 

Jaejin terdiam lalu dia mula bercerita.

 

Jaejin POV

 

3 minggu yang lepas,

 

Angin malam yang sejuk serta bunyi biola dimainkan sekali lagi mula bermain ditelinga ku. kesakitan dikepala aku membuatkan aku mula membuka perlahan mata ku yang telah lama aku pejamkan.

 

“si..siapa...?”soal ku ketika aku tersedar ada kelibat seorang lelaki di tepi katil ku.

 

Lelaki itu berhenti bermain biola. Mukanya kelihatan terkejut. “J-Jaejin..? kau dah sedar?!!”ucap lelaki itu dengan lembut tapi jelas.

 

“siapa...kau..ni?”

 

“ni aku! Taehyung!! Hyung kau!!”ucapnya sambil memegang bahuku sambil merenung mataku yang kosong.

 

“hyung..?”

 

“ya! aku hyung kau! ”

 

Dia segera memelukku erat. Rasa gembira tapi entah kenapa aku menangis, macam ada sesuatu yang membuatkan aku sedih. Aku rasa kehilangan sesuatu yang besar. A-aku tak ingat. Pudar dan kepala aku pening bila cuba mengingatinya.

 

“tak apa. Hyung sentiasa jaga kau! percayalah!!”dia masih memelukku.

 

Aku terdiam. “ya,”jawabku ringkas.

 

Lepas beberapa hari, aku masih tak ingat lagi siapa diri aku. Taehyung cuba berusaha mengembalikan ingatan ku tapi tiada apa yang dapat aku ingat. Masa tu aku berada di sebuah perpustakaan mini yang ada dalam rumah yang aku tinggal. Aku terjumpa satu buka purba yang menceritakan sekolah malam. aku lihat banyak senarai nama sekolah malam dan mendapati Cheonsoo Highschool merupakan Sekolah malam yang ada di korea selatan. Bila Taehyung nampak aku pegang buku tu, dia mengeluh dan bertanya sama ada aku tertarik dengan buku ni. Aku hanya mengangguk kepalaku. Dia berkata dia ada beberapa kawan yang bersekolah disana. Aku terkejut dan ingin dia bercerita lebih banyak tentang sekolah ni. Semuanya. Aku tertarik dan ingin bersekolah disana. Ia sungguk menarik mendengarnya.

 

“hyung. Kalau aku nak sekolah situ boleh..?”

 

“sekolah dekat Cheonsoo Highschool?!........tak boleh!”larang Taehyung.

 

“t-tapi....,”

 

“tak boleh! hyung betul-betul risaukan kau bila kau terlibat dengan kemalangan lepastu kau nak sekolah dekat sana. Hyung tak benarkannya!!”suaranya lantang dan keras.

 

Aku nak juga! “naakkk!!!!!!”aku mengomel hendak pergi kesana.

 

Taehyung menutup telinganya, buat-buat tak dengar. Aku pasti dia dengar. Aku pandang dia sepanjang hari dan berjaya!! Dia benarkan aku bersekolah di Cheonsoo Highschool dengan syarat ‘jangan tegur orang yang seram dekat sana’. Yup. Aku setuju dengan syaratnya yang terlalu mudah.

 

Endflashback

 

“macam tu lah ceritanya,”jelas Jaejin panjang lebar.

 

“jadi...kau masih hilang ingatan lagi ke?”soal Chanyeol simpati.

 

“ya. tapi aku tak kisah dengan apa yang berlaku pada masa silam aku. Asalkan kita terus kehadapan dan mencapai kejayaan, itu lebih baik,”Jaejin merenung ke langit dengan bintang-bintang yang berkelipan,terserlah kecantikannya.

 

Sehun kagum dengan Jaejin kerana dia sentiasa berfikiran positif dan dia bersikap ‘easy going’ yang berlaku disekelilingnya. Lalu Sehun bertanya siapa kawan hyungnya yang bersekolah disini tapi Jaejin kata dia tak tahu dan terlupa untuk bertanya pada hyungnya

 

Chanyeol bangun dari bangku yang dia duduk. “jom. Waktu rehat dah habis,”

 

“ok. jom balik ke kelas,”ajak Sehun dan Jaejin dengan senang hati untuk pergi bersama mereka berdua.

 

“terima kasih,”ucapnya pada Sehun dan Chanyeol.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')