The Blue Knight

The Night Class

Forest-Moonlight-55_www.FullHDWpp.com_.j

Tepat pukul 2.30 pagi

Matapelajaran yang seterusnya ialah ‘Kemahiran Diri’. Sehun segera mengeluarkan buku nota yang baharu, manatahu kalau Cikgu Hang tuah menyuruh mereka menyalin nota seperti waktu pembelajaran sains tadi.

 

Cikgu hang tuah mengeluarkan sebiji bola kristal dari kotak berwarna hitam yang tertulis beberapa tulisan dari zaman purba di atas meja guru. Semua pelajar kelihatan teruja dan gembira saat matapelajaran ini bermula. Lama-kelamaan, bebola kristal itu mengeluarkan cahaya berwarna putih terang dan secara tiba-tiba semua pelajar mendiamkan diri saat bebola kristal itu mengeluarkan cahaya berwarna hitam pula, manakala Sehun hanya tercengang tidak memahami situasi yang berlaku sekarang.


 
“sebelum cikgu mulakan sesi pembelajaran, cikgu mahu Sehun ke depan dahulu..”Cikgu Hang tuah mengarahkan Sehun untuk datang kehadapan.

 

Sehun perlahan-lahan bangun dari kerusinya lalu berjalan meninggalkan mejanya menuju kehadapan kelas. Semua pelajar memandang Sehun dengan senyuman dan mereka juga memberikan semangat kepada Sehun. Ini memang pelik. Kenapa tiba-tiba Cikgu Hang tuah memanggil dia kehadapan dan kenapa semua pelajar berkelakuan seperti itu?

 

“k-kenapa cikgu?? Ada apa-apa yang perlu saya buat ke?”tanya Sehun, dia masih lagi merenung bebola kristal itu.

 

“letakkan tangan kamu pada bebola kristal ini..”arah Cikgu Hang tuah.

 

“huh?? Kenapa pula??”tanya Sehun semula.

 

“jangan risau..benda ni tak apa-apakan kamu..cuma benda ni akan ‘scan’ diri kamu..”jelas Cikgu Hang tuah.

 

“S-scan?? Er..baiklah..”walaupun Sehun berasa sedikit cemas, dia terpaksa meletakkan tangannya pada bebola kristal tersebut.

 

Tangan Sehun mula menyentuh bebola kristal tersebut. Cahaya yang berwarna hitam bertukar menjadi berwarna biru pekat. Reaksi semua pelajar sangat terkejut termasuklah Cikgu Hang tuah.

 

“nampaknya..memang betul apa yang dikatakan oleh pengetua sekolah”Cikgu Hang tuah tersenyum sinis saat dia melihat Sehun memegang bebola kristal yang masih mengeluarkan cahaya biru.

 

“c-cahaya ni..cahaya ni..”Baekhyun terkejut tidak terkata apa-apa.

 

“ya...dia mungkin ‘The Blue Knight’!”ucap Yoo jung, ni merupakan kali pertama dia melihat cahaya biru yang terang keluar dari bebola kristal.

 

“aku..tak percaya!! The Blue Knight dekat depan mata aku sekarang ni!!”Hongki tersengih-sengih sambil makan popcorn bersama Min ah dan Soo hyun.

 

“DDOOMMOO!!”jerit Domo kerana terkejut.

 

“The Blue Knight tu apa??”tanya Min ah pada Soo hyun.

 

“hmm...apa yang aku tahu...The Blue Knight ni merupakan pelindung dan penjaga Sekolah Cheonsoo...dan disekolah ini terdapat kuasa jahat yang bernama Black Haze yang terperangkap disuatu tempat tidak ketahui didalam sekolah ini...”terang Soo hyun yang masih mengunyah popcorn. “sedapnya~”

 

“ambillah lagi!!”Hong ki berbesar hati untuk berkongsi popcornnya bersama Soo hyun dan Min ah.

 

“terima kasih!!satu lagi aku nak bagitahu....manusia memang menarik~”Soo hyun segera mengambil popcorn dari Hong ki.

 

Sehun dapat merasakan badannya menggigil kerana terasa sejuk. Dia segera melepaskan tangannya dari bebola kristal tersebut. Semua pelajar melihatnya dengan kagum. The Blue Knight yang mereka tunggu selama 100 tahun telah pun muncul bagaikan mimpi. Sehun yang tidak mengetahui apa-apa dia cuba menanyakan sesuatu pada Cikgu Hang tuah tetapi dia tidak menjawab soalannya.

 

Ini membuatkan Sehun semakin bingung. Saat dia menjejak kaki didalam sekolah ni, banyak perkara berlaku pada dirinya walaupun hari ini merupakan hari pertama dia bersekolahan di sekolah ini. Cikgu Hang Tuah menyuruh Sehun duduk ditempatnya semula. Sehun terpaksa akur dengan arahan dari Cikgu Hang tuah.

 

“pelajar...akhirnya kita semua telah menjumpai ‘The Blue Knight’...kita patut rasa gembira pada hari ini!!”Cikgu Hang tuah tersenyum kegembiraan sambil memandang Sehun yang telah pun duduk dikerusinya semula. “masa rehat nanti, Cikgu akan memberitahu pada pengetua nanti!!”

 

“T-The Blue Knight?? A-aku ke yang cikgu maksudkan??”tanya Sehun yang duduk bersebelahan Yoo jung.

 

“huhuhu... Aku tak sangka kau ni The Blue Knight!!”Yoo jung menepuk bahu Sehun yang lebar itu.

 

“huh?? tapi..The Blue Knight tu apa??”Sehun semakin runsing dengan keadaan yang dia berhadapan sekarang ni.

 

“nanti kau tahu...”Yoo jung hanya tersenyum yang mempunyai maksud yang mendalam pada Sehun.

 

“err...ok..”Sehun tertunduk kecewa saat dia mendengar jawapan dari Yoo jung.

 

“krriiinngggg!!!!!!!!!!”bunyi loceng berdering, bertanda bahawa waktu rehat telah tiba.

 

Nampaknya matapelajaran ‘kemahiran diri’ terpaksa ditangguhkan selepas waktu rehat.

 

Tepat pukul 3.30pagi

Cikgu Hang tuah memberitahu semua pelajar supaya membawa Sehun mengelilingi sekolah ini pada waktu rehat. Dia berharap semua pelajar saling membantu sebelum semua pelajar bersurai. Sehun cuba melupakan perkara yang terjadi tadi. Dia merupakan The Blue Knight tapi dia hanya manusia biasa, dan satu lagi! Mesti dia mempunyai kaitan dengan sekolah ni. Tapi apa?

 

“hey~ Sehun!! Jom pergi rehat sambil tu biar kami semua bawa kau jalan-jalan dalam sekolah ni!!”ajak Chanyeol sambil menyerahkan sebuah buku berwarna coklat pada Sehun.

 

“ni buku apa?”tanya Sehun.

 

“ni buku peraturan sekolah dan hal-hal yang berkaitan dengan sekolah..”terang Soo hyun yang berada di belakang Sehun.

 

“owh~ ok! Jom kita pergi!”kini Sehun ketepikan perasaan yang runsing yang membelenggu dirinya tadi.

 

Dia perlu berasa gembira saat berada disekolah baru dan bersama pelajar yang pelik. Semua pelajar kelas IX keluar bersama-sama dari kelas sambil berbual sesuatu yang menyeronokkan sambil membawa Sehun keliling sekolah.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')