Party Night 3

The Night Class

Na~ naa~ na~ na~ laaa~~ tang~ kang~ tung~ tung~ Ktang~ ktung~


Entah lagu apa didendangkan oleh DJ sekolah Cheonsoo, dah macam bunyi dapur memasak Mak Jah. Yang dahsyatnya pelajar pun ikut menari gaya ala-ala tengah memasak nasi goreng. Bayangkan~


Kembali ke alam nyata. Keadaan ini berbeza dengan pelajar kelas IX. Makanan adalah segala-galanya. Mereka tak hiraukan apa yang terjadi disekeliling mereka. Terutama sekali, Soo hyun dan Hong ki. Semua makanan nak telan. Tiada siapa boleh halang mereka daripada berhenti makanan.


“yaahh!! Boleh tak duduk bertenang dekat kerusi?? Asyik makan je!!”Baekhyun segera merampas pinggan takoyaki dari Soo hyun.


“mmhh!!”mulut Soo hyun dipenuhi takoyaki sehingga mulutnya kembung macam ikan buntal. “mmhh! Ugh!! Mnghh!!”


“apa dia cakap ni??”soal Chanyeol.


“aku tak tahu”selamba Baekhyun cakap. “asalkan dia tak makan takoyaki tu. Semua orang pelik tengok kita semua ni. Tu disebabkan 2 orang budak ni. Eh?? Mana Hong ki??!!”Baekhyun tercari-cari bayangan Hong ki.


“kau tanya pasal Hong ki?? Dia makan dekat atas bumbung dewan ni”kata Chanyeol lalu dia ambil satu takoyaki dari Baekhyun.


“apa??! Atas bumbung?!! Sejak bila??”soal Sehun pula.


“masa Baekhyun rampas takoyaki dari Soo hyun. Lepastu Hong ki pun lari dengan sedulang cupcake dekat tangan dia”jelas Yoo jung dengan tepat.


“wow~ dia memang pandai bab melarikan diri bersama makanan!”kata Min ah pula.

 

********

 

Ketika semua orang sibuk, tiba-tiba Pengetua Oh bangun dari kerusinya. Nampaknya dia ingin mengumumkan sesuatu pada semua pelajar termasuklah guru-guru di situ. Semua orang mula senyap, hanya menumpukan Pengetua Oh ingin berucap.


“ehem!”Pengetua Oh berdehem sebelum berucap lagi. “saya nak bagi tahu sesuatu pada semua orang tentang seseorang yang saya sayangi.”kata Pengetua Oh. Dia sambung lagi. “sebenarnya saya ingin memperkenalkan anak saya iaitu Oh Sehun. Harap semua orang faham dengan keadaannya sebab anak saya ni seorang manusia”


Semua orang yang terkejut tadi termasuklah Jungkook dan Luhan. Jung kook orang pertama yang tak dapat bayangkan budak yang dia langgar tadi tu ialah anak pengetua. Apa dia dah buat ni??!!


“apa? Budak lembap tu anak pengetua??!!”muka Jungkook naik bengang.


“ishh! Oh Sehun!! Geramnya!! Aku sepatutnya anak pengetua sebab aku makhluk paling hensem dekat bumi ni!!”Luhan memegang cermin sambil melihat wajah kehensemannya itu.


“makhluk paling hensem?? Sejak bila kau perasan sangat ni??”Jungkook menghempuk kepala Luhan walaupun Luhan Ketua pengawas. Peduli apa dia.


“yaahh!! Sakitlah!”Luhan melihat kepalanya menggunakan cerminnya, dan dia nampak ada benjolan di atas kepalanya. “aahhh!! Kepala aku ada benjol!! Dah tak hensem lagi!!”jeritnya di tengah-tengah orang ramai.


“yaahh! Berhenti menjerit!!”teriak Jungkook.


*******

Berbalik ke tempat pelajar IX berkumpul. Mereka semua tengok Sehun dari atas sampailah ke bawah. Dah macam scan pulak. Mereka semua cuba periksa tangan, kaki, kepala sampai bawah kuku pun nak periksa.


“yaah Oh Sehun. Kau ni....”Min ah tengok Sehun dari atas sampai lah bawah. “biar betul! Sejak bila kau ni anak pengetua??”


“ha’ ah! Kau tak bagi tahu pun!”kata Yoo jung sambil memeriksa baju Sehun untuk memastikan Sehun ni anak pengetua atau tidak.


“yaahh!! Tak perlu nak periksa macam tu sekali!! Aku pun baru tahu tadi!!”Sehun tidak selesa melihat kawannya sebegitu.


“woaahh!!! Anak pengetua dalam kelas kita~”Hong ki menjerit kegembiraan.


“yaahh!! Hong ki! Mana dulang cupcake tadi??!”tanya Baekhyun.


“dah tak de”ringkas Hong ki jawab.


“hilang?? Kau hilangkan nye?”terkejut Chanyeol.


“maksud aku, aku dah telan cupcake tu dengan dulangnya sekali...”jawab Hong ki dengan relaks.


“haahhhh?!!!!! Kau telan?!!!!”mereka semua terperanjat. Biar betul! Muat pulak dulang tu masuk dalam mulut Hong ki.


“nak aku tunjukkan cara aku telan??”tanya Hong ki.


“Tak! Tak! Tak payah!!”mereka fikir pasti ngeri tengok Hong ki telan dulang tu.

 

***


Tiba-tiba Sehun nampak ayahnya keluar dari dewan secara senyap-senyap. Dia pun perlahan-lahan berjalan mengikuti ayahnya dari belakang. Ayahnya menuju ke sebuah taman yang mempunyai pondok kecil berwarna putih dan dihiasi dengan pedang-pedang disekeliling dinding pondok itu. Langkah bapanya terberhenti.


“Oh Sehun”panggil ayahnya. “ayah tahu kamu ada dibelakang”


“ya..”Sehun mula bersuara. “Ayah. Kenapa tak bagi tahu Sehun?”


“sebab ayah takut nak bagi tahu kamu semua ni.”jelas ayahnya.


Sehun berjalan mendekati ayahnya.


“ayah...Sehun faham perasaan ayah. Sebab Sehun anak ayah kan! Jadi apa-apa masalah bagi tahu Sehun nanti”Sehun tersenyum gembira.


“Sehun-ah....”ayahnya segera memeluk Sehun dengan erat. Dia berasa bersalah kerana tidak beritahu segalanya pada anaknya namun anaknya tidak marah lansung malah cuba memahaminya. Ini membuatkan dia rasa lebih bersalah pada Sehun.


Tidak lama kemudian, mereka pun melepaskan pelukan. Sehun kata dia mahu ayahnya menjelaskan semua hal di rumah nanti. Dia tak nak serabutkan fikirannya saat majlis dimulakan. Ayahnya faham kata-kata Sehun.


“ayah kena balik ke dewan sekarang ni. Jom pergi sama-sama”kata ayah Sehun.


“tak apa lah. Sehun nak ambil angin kejap. Nanti Sehun masuk dewan”jelas Sehun dengan lemah.


“ok!”ayahnya pun berjalan masuk ke dalam dewan.

 

Sehun pun duduk dibangku disediakan. Dia melihat bintang dilangit. Ada beribu-ribu bintang di atas. Banyak benda berlaku hari ni. Pasal musuh pertamanya iaitu Jungkook, ayahnya merupakan Pengetua sekolah, dan jugak kawannya yang pelik. Dia harap dapat menempuhi hari yang sama tanpa rasa jemu.


Sssssssstttt......


Sehun terperanjat. Dia memandang kebelakang. Tiada orang.


“Oh Sehun......”


Seseorang berbisik ditelinga Sehun. Membuatkan Sehun rasa seram duduk lama disini.


“siapa??!!”Sehun memandang disekelilingnya. Tapi tiada orang lansung.


“Depan kau...”bisiknya lagi.


Sehun memandang kehadapannya........


Ada lembaga hitam berdiri dihadapan Sehun. Dia Black Haze.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')