Aka (Red)

The Night Class

438d28c7-c899-444f-a47e-51239faa3cdf_det

3.45 pagi

“wuuoaaahhh~ besarnya sekolah ni!!”Sehun melihat permandangan sekolah sambil melihat peta sekolah Cheonsoo. “banyaknya bangunan dekat sekolah ni!!”

 

Sehun mendapati terdapat tujuh buah bangunan yang ada 3 tingkat berada di dalam sekolah ni. Baginya, mana ada sekolah mempunyai bangunan sebanyak ni! Lagi-lagi sekolah ni dibuka pada waktu malam. Yang hairannya, kenapa sekolah ni dibuka? Murid yang datang sekolah ni bukan manusia biasa. Dan kenapa hanya dia iaitu ‘manusia’ dapat memasuki sekolah ni??

 

Sambil berjalan, Baekhyun memberitahu Sehun bahawa 7 bangunan ini bagaikan 7 tempat yang mempunyai fungsinya sendiri. 3 bangunan merupakan tempat belajar untuk semua pelajar. Sehun dan yang lain berasal dari bangunan bernama ‘Aka’ bermaksud Merah kerana ini menunjukkan bahawa mereka merupakan murid tahun satu dalam sekolah ni. Bagi pelajar tahun kedua, bangunan mereka bernama ‘Ao’ bermaksud Biru manakala pelajar tahun ketiga, bangunan mereka bernama ‘Gin’ bermaksud Perak. Seramai 453 jumlah murid yang ada disekolah ni. 

 

Bangunan yang berwarna putih dan kelihatan seperti ‘Villa’ pula merupakan pejabat sekolah dan bilik guru berada disana, ia dipanggil Headquarters. Bangunan yang mempunyai ukiran emas yang indah dan ia kelihatan seperti Istana pula digunakan jika ada sebarang sambutan atau pesta yang disambut oleh pihak sekolah pada setiap tahun, ia merupakan Dewan Istimewa Sekolah. Bangunan yang kelihatan usang dan warnanya hitam adalah tempat untuk semua pelajar berlatih kuasa mereka, ia dipanggil pusat latihan atau lebih dikenali ‘Kurenshou’. Dan bangunan yang kelihatan bangunan syarikat ialah bangunan yang mempunyai banyak kemudahan seperti klinik, gim, perpustakaan, kantin, ada kolam air panas dan banyak lagi, pelbagai benda menarik ada didalamnya, bangunan ini dipanggil ‘Bokkusu’ maksudnya kotak, mungkin kerana bangunan ini kelihatan petak seperti kotak.

 

Sambil mendengar Baekhyun bercerita A sampai Z pasal sekolah, mereka berjalan menuju ke bilik loker. Semua pelajar yang ada didalam bilik tersebut melihat gelagat kelas IX bersama pelajar baru, Sehun yang dikatakan ‘manusia’. Mereka sampai tepat dihadapan pintu bilik yang terdapat berpuluh-puluh loker yang ada di sini. 

 

“Sehun, Cikgu Hang tuah suruh aku bagi benda ni pada kau!”Baekhyun menyerahkan sehelai kertas dan kunci yang berwarna emas.

 

“kunci dan surat apa ni??”Sehun segera mengambilnya dari Baekhyun.

 

Sehun membaca bahawa loker yang bernombor 88 merupakan loker miliknya. Ia juga memberitahunya, didalamnya terdapat pelbagai barang untuk kegunaan sekolah. Sehabis membacanya, dia terpaksa mencari satu per satu loker yang ada dibilik ni. Tapi nak cari macam mana??

 

“hhuurrghhh!! Dekat mana loker aku nii??”Sehun mula pening kepala saat melihat berpuluh loker dihadapannya.

 

“apa nak risau?! Kitakan ada ‘dia’....”ucap Chanyeol lalu dia menunding jarinya ke arah Hong ki.

 

“ahh?? Aku??? Kenapa dengan aku pulak??”Hong ki kebingungan saat semua orang mula memandangnya.

 

“aik?! Buat tak tahu pulak!! Kau kan ada mata yang boleh lihat semua benda!! Takkanlah kau tak tahu!!”Yoo jung menarik Hong ki ke arah loker yang berdekatan.

 

“yelah, madam!!”Hong ki buat-buat tunduk hormat dekat Yoo jung.

 

“cepatlah!! Nanti masa rehat habis!!” marah Min ah.

 

“sabarlah!!”Hong ki segera menarik nafasnya dan menenangkan dirinya, lama-kelamaan matanya bertukar menjadi warna biru.

 

“wooahh!! Mata dia jadi birulah!!”Sehun fikir vampire bukan sekadar mempunyai daya pendengaran yang baik dan boleh berlari dengan cepat tetapi dia juga boleh melihat sesuatu benda dari jauh.

 

“shhh! Hong ki perlu memberi perhatian saat dia menggunakan kuasa ni..”Soo hyun menepuk bahu Sehun dari belakang.

 

Sehun mendiamkan diri. Domo dan Min ah pula menunggu diluar bilik loker, hanya Soo hyun, Baekhyun, Chanyeol, Yoo jung dan Sehun berada didalam. Hong ki segera mencari loker Sehun perlahan-lahan sebelum kuasanya mencapai hadnya. Dia mula berpeluh-peluh dan sedikit pening kepala, tak lama lagi kuasa matanya mencapai hadnya. Dia cuba mencari satu persatu dan dia nampak nombor 88 dari jauh.

 

“d-dah jumpa!!”Hong ki menuding jarinya ke arah loker no.14 dihadapannya. “loker kau berada dalam barisan ni, kau terus je pastu belok kanan, nanti kau nampak loker no.71 dan loker kau berada di barisan tu!”

 

“wooaahhh!!! Hong ki daebak!!”Sehun memeluk Hong ki kegembiraan.

 

“tapi satu syarat!! Boleh kau ajar aku masak kimchi?”Hong ki menanyakan soalan sambil melepaskan pelukan Sehun.

 

“err..mestilah boleh!! Nanti aku ajarkan kau!!”Sehun terus bersetuju dengan syarat Hong ki.

 

Dia terus berlari mencari lokernya, berdasarkan arahan yang diberikan oleh Hong ki, dan ia betul! Sehun menemui loker miliknya. Didalamnya terdapat baju jubah macam kot makmal yang berwarna merah, merupakan seragam sekolah, buku-buku teks, baju sukan, kasut sekolah dan banyak lagi barang yang ada didalamnya.

 

Yoo jung menyuruh Sehun memakai jubah itu kerana jubah itu merupakan seragam rasmi sekolah. Dia segera memakai jubah tersebut sebelum keluar bilik loker tersebut. Destinasi yang seterusnya, mereka akan pergi ke ‘Bokkusu’ kerana ingin membeli makanan di kantin.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')