Unknown Lesson

The Night Class

romantic-moonlight-wallpaper-large-32.jp

Pada malam ini, Sehun agak kelihatan semangat untuk belajar. Walau apa pun, dia tidak mempunyai jadual waktu. Dia terus meminta Yoo jung supaya memberikan jadual waktu kepadanya kerana dia ingin menyalin jadual waktu setiap hari isnin hingga hari jumaat.

 

“nah..ni jadual waktunya!!”Yoo jung memberikan jadual waktu pada Sehun.

 

“terima kasih, Yoo jung!!”ucap Sehun, dia pun segera menyalin jadual waktu sebelum waktu pembelajaran bermula.

 

Hari ini ialah hari jumaat, matapelajaran yang terlibat cuma sains, matematik, bahasa inggeris dan kemahiran diri. Sehun berasa hairan dengan matapelajaran ‘kemahiran diri’. Adakah sejenis matapelajaran yang mengajar mereka tentang kuasa yang ada pada diri sendiri? Tetapi Sehun ialah manusia biasa, dia mana ada kuasa luar biasa! adakah dia patut belajar matapelajaran ini? Setelah dia selesai menyalin jadual waktu, dia terus menyerahkan semula jadual waktu itu pada Yoo jung.

 

“Yoo jung! ‘Kemahiran diri’ tu apa??”akhirnya Sehun menanyakan soalan yang bermain difikiran sebentar tadi.

 

Yoo jung ingin menerangkannya pada Sehun, malangnya Cikgu Hang Tuah telah pun masuk ke dalam kelas.

 

“tak pe...lepas kelas ni tamat, nanti kau terangkan pada aku, ok??”Sehun berkata sambil tersenyum kecewa.

 

Cikgu Hang Tuah segera mengeluarkan sebuah buku yang tebal. Kemudian, dia mengeluarkan marker biru lalu menulis sesuatu di papan putih. Semua pelajar membaca perkataan yang ditulis oleh Cikgu Hang Tuah.

 

“A-I-R!!”semua pelajar menyebut dengan suara kuat.

 

“huh?? Belajar pasal air?? Asal nak belajar pasal air pulak?! Haish~ sekolah ni memang pelik!!”Sehun berasa sedih dan bosan semasa matapelaran ini dijalankan, tetapi bila dia bersama dengan rakan kelas ini, mungkin dia dapat menghayati pelajaran ini dengan suasana malam yang tenang lagi sunyi.

 

“hari ni, cikgu akan ajar kamu pasal air!! Sila keluarkan buku nota sains dan salin apa yang saya tulis di hadapan! Nanti saya terangkan!!”ucap Cikgu Hang Tuah sebelum dia menyambung semula menulis di papan putih.

 

Semua pelajar mengeluarkan buku nota kemudian mereka terus menyalin apa yang di tulis oleh Cikgu Hang Tuah. Sehun pun mengeluarkan buku nota barunya lalu menyalin semua nota di hadapannya.

 

10 minit kemudian, mereka semua selesai menyalin nota di hadapan. Lalu, Cikgu Hang Tuah terus berdiri dihadapan papan putih sambil memandang kesemua pelajar kesayangannya.

 

“apa yang kamu semua tahu pasal air?”tanya Cikgu Hang Tuah kepada semua pelajar.

 

Baekhyun dan Chanyeol mengangkat tangan bersama-sama sebelum mereka berdiri bersama. mereka berkata air untuk diminum. Cikgu Hang Tuah mengiyakannya lalu dia menanyakan lagi soalan yang sama pada pelajar yang lain. Soo hyun pula yang mengangkat tangan kemudian dia berdiri. Dia berkata air digunakan untuk mandi badan. Manakala pendapat Min ah pula, air digunakan untuk membersihkan kesemua ekornya yang putih. Pendapat Yoo jung, air digunakan untuk membuat jampi. Kalau Hong ki, air digunakan untuk memasak. Bagi pendapat Domo, air digunakan untuk cuci tandas. Manakala Sehun, dia mengatakan air digunakan untuk siram pokok bunga.

 

Cikgu Hang Tuah berasa gembira apabila mendengar kesemua pendapat pelajarnya, kemudian dia terus mengajar mata pelajaran seterusnya, iaitu matapelajaran kemahiran diri. Akhirnya, Sehun mula berasa teruja dan ingin tahu mata pelajaran kemahiran diritu. Apa kemahiran diri tu??

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')