Truth

The Night Class

 

Kring!! Tepat pada pukul 5.30 pagi. Bunyi loceng sekolah berbunyi, bertanda waktu habis sekolah. Seorang lelaki berpakaian jaket kelabu dengan hudnya kedepan, sepertinya dia menunggu kepulangan seseorang.

 

Semua pelajar kelas IX berpusu-pusu keluar dari kelas dan yang lebih mengejutkan Chanyeol dan Sehun balik bersama dengan Jaejin, si pelajar baru. Baekhyun pula segera menarik Chanyeol kerana dia tak nak dia rapat dengan Jaejin tu. Chanyeol pula terpaksa balik bersama Baekhyun. Hanya Sehun dan Jaejin yang berjalan bersama keluar dari pintu pagar sekolah. Sesampai di luar pagar sekolah, Jaejin dengan riang melambai tangannya pada lelaki yang berpakaian jaket berhud kelabu itu.

 

“hyung!!”panggil Jaejin dari jauh.

 

Taehyung tersedar Jaejin memanggilnya. “ah, Jaejin!”jawabnya.

 

Dia mula mendekati Jaejin dan mendapati disebelah Jaejin ialah Sehun. Dia menyapa Sehun dengan ramah dan bertanya kalau Jaejin nakal di sekolah atau tidak. Sehun hanya tersenyum dan membalas bahawa Jaejin seorang yang sungguh menarik orangnya dan bijak. Taehyung hanya mendengar dengan teliti dan dia berasa lega Jaejin tidak membuat hal.

 

“terima kasih sebab jaga dia sepanjang malam ni,”kata Taehyung dengan bersyukur sekali.

 

Jaejin tersentap. “hyung!! Jaejin bukan pergi taska tapi sekolah lah!!! Jangan nak fikir bukan-bukan pulak!”

 

“ahaha! Tak apa...sekali sekala hyung kau perlu risaukan kau,”kata Sehun dan dia terdiam bila mengingatkan hyungnya pula. “tak macam aku. Aku lansung tak menghargai hyung sendiri,”

 

“kau ada hyung..?”soal Jaejin hairan.

 

“ya. tapi dia dah tak ada,”Sehun terasa sebak dan cuba menahan tangisannya. “semuanya salah aku,”

 

Taehyung bersimpati lalu berkata, “Sehun, apa kata kita berjumpa pagi pukul 11.30 pagi nanti..?”ajaknya.

 

“berjumpa?”Sehun terkejut dengan pelawa Taehyung. “nanti ke...?”

 

“ha’ah. Jumpa dekat depan kedai runcit Fred. Jumpa pagi nanti,”lambai Taehyung bersama Jaejin sebelum balik ke rumah.

 

Sehun mengeluh sambil berkata, “hyung....kau kat mana sekarang ni...,”

 

Disuatu tempat yang misteri,

 

“tak sangka si dia berjaya hidupkan Hongki semula,”kata Suho pada Kai yang sibuk memasak di dapur.

 

“ha’ah. Tapi nak buat macam mana? Hongki masih lagi dalam ‘proses’ mengenal dunia,”kata Kai yang baru memasukkan perencah nasi goreng ke dalam kuali. “haih...nampaknya kita makan ni jelah,”

 

“noooo!!!!!”jerit Suho yang sudah muak dengan nasi goreng Kai yang ‘power’ pada zaman dahulu kala.

 

Tuk! Tuk!

 

Kai menyuruh Suho membuka pintu kerana dia terlalu sibuk memasak. Jadi, Suho pun berlari lalu membukakan pintu rumah, dan dia pun menyambut kepulangan Taehyung dan juga Jaejin.

 

“Jaejin!! Macam mana hari pertama sekolah..??”tanya Suho saat melihat Jaejin masuk ke rumah.

 

“seronok! Dapat belajar!!”jawabnya.

 

Suho bertanya lagi, “ramai kawan..?”

 

“adalah juga...tapi ada 2 je....,”Jaejin berkata lagi, “Chanyeol dan Sehun,”

 

Mata Suho membulat dan terkejut. “Sehun..? Oh Sehun ke?”

 

“eh? Macam mana Suho hyung boleh tahu ni??”hairan Jaejin.

 

Suho memandang Taehyung yang asyik diam dari tadi. “sebab hyung kenal dia tapi tak rapat. Cuma rapat dengan hyungnya, Hongki,”

 

“rapat? Rapat macam mana..?”tanya Jaejin bertubi-tubi.

 

“macam ni!!”Suho segera meletakkan tangan kanannya yang panjang di kedua-dua bahu Jaejin. “ni lah yang kawan selalu buat,”

 

“hah...? apa maksud Suho hyung ni??”lalu Jaejin terdengar teriakan Kai dari dapur.

 

“NASI GORENG DAH SIAP!!”teriaknya di dapur.

 

Apa lagi, mereka bertiga mengeluh dengan menu yang selalu mereka makan setiap hari. Mereka amat memerlukan chef yang berkemahiran sikit.

 

“ahaha....well, tanpa Kai, kita semua akan kebuluran,”terus-terang Taehyung yang tersenyum bahagia lalu mengajak Suho dan Jaejin pergi ke meja makan.

 

Di sebuah rumah agam yang usang,

 

“tak guna! Aku takkan maafkan kau!!”marah Black Haze terhadap Luhan. “apa kau boleh buat??! Hah?!!”

 

“maafkan aku. aku..,”belum habis Luhan bercakap, dia ditendang oleh seseorang. “arghh!!”

 

Lelaki yang menendang Luhan tadi tu mempunyai wajah yang iras-iras macam Hongki. Struktur dan cara dia bercakap sama sepertinya. Tersenyum kejam sambil berkata, “dia tak berguna. Apa kata aku bunuh dia je?”

 

Black Haze tersenyum kejam. “Kim, aku nak kau tusuk kristal tu dekat dada Luhan,”

 

Luhan terkejut. “APA?!!”

 

“sekarang!”arah Black Haze.

 

“ok!”Kim segera mengambil kristal yang sedia ada di atas mejanya lalu dengan kelajuan seperti vampire, dia dapat menikam Luhan dengan puasnya. “AHAHAHA!! Seronoknya!!! AHAHAHA!!”tertawa dia bersama Black Haze.

 

Nampaknya Black haze mula merasuk badan Luhan perlahan-lahan. Roh Luhan mula keluar dari tubuhnya. Kim segera memasukkan rohnya ke dalam balang kecil.

 

“kesian aku tengok kau,”Kim tersenyum kejam bila mendengar roh Luhan berteriak berkali-kali apabila dia dikurung dalam balang itu.

 

Jasad Luhan yang dirasuk Black Haze mula memberi reaksi. Nampaknya Black Haze sudah menjadi Luhan. Dan siapa Kim pula? :)

 

Tepat pukul 11.30 pagi,

 

Seperti dijanjikan, Taehyung dan Jaejin akan berjumpa Sehun dihadapan kedai runcit Fred. Setelah berjumpa, Taehyung bercadang ingin membawa Jaejin dan Sehun ke Cafe HCTIW yang terkenal dengan minuman dan dessert yang sedap.

 

“wow! Cantiknya kafe ni!!”puji Sehun dan juga Jaejin yang kali pertama datang ke sini.

 

“jom duduk dekat sana,”Taehyung menunding jarinya ke arah meja yang berdekatan dengan tepi tingkap dan permandangan diluarnya ialah sebuah taman yang cantik.

 

“waiter’s!!”panggil Sehun yang ternampak seorang pelayan lelaki mengelap meja di sebelah meja mereka.

 

Dan alangkah terkejutnya, Kai merupakan waiter disini. “Kai hyung?!”terkejut Jaejin.

 

Sehun hairan. “Jaejin, kau kenal dia ke??”soalnya.

 

“ha’ah!”Jaejin memandang Kai yang baru datang ke meja mereka. “Sehun, kau nak tahu tak? dulu, Kai hyung pernah bersekolah di Cheonsoo Highschool tau!!”

 

Taehyung mencuit sikit paha Jaejin yang berada disebelahnya. “Jaejin....,”bisiknya.

 

“asal tiba-tiba ni hyung??”hairan Jaejin setelah dicuit hyungnya.

 

Kai pula kelihatan tenang lalu dia pun terus beritahu tentang dia pernah bersekolah di Cheonsoo Highschool dan habiskan belajar 2 tahun yang lepas. Dia ialah ahli sihir dan masih lagi belajar sihir dengan seorang guru sihir yang hebat.

 

“oh, macam tu,”jawab Sehun bila mendengar penjelasan Kai sampai habis. “habis tu, Taehyung hyung pulak?”

 

“tak. Hyung tak sekolah sana. Hyung sekolah di Senju Highschool, sekolah jepun,”jawab Taehyung lalu dia merenung ke arah Kai.

 

Kai memandang Jaejin lalu dia terus memegang bahu Jaejin. “Jaejin jom ikut hyung kejap,”ajaknya.

 

“hah? Kenapa pulak??”tanya Jaejin yang melihat kelakuan Kai yang menghairankan.

 

“jom je lah!!”Kai segera menarik Jaejin lalu membawanya ke luar kafe.

 

Taehyung hanya mendiamkan diri dan Sehun mula merasakan sesuatu yang pelik berlaku diantara Taehyung dan Kai.

 

Taehyung menarik nafas yang dalam sebelum berkata, “Oh Sehun. Ada sesuatu hyung nak cakap kan...,”

 

“asal serius ni...? ada masalah ke?”

 

“bukan,”

 

“habis tu apa?”

 

“sebenarnya.....Hongki masih hidup. Ya, Hyung kau masih hidup,”

 

“ahaha....apala Taehyung hyung ni. sebenarnya hyung nak jumpa aku sebab nak sampaikan hal remeh ni. Hari ni april fool ke?? tolog hentikannya, boleh tak?”

 

“betul! Apa yang hyung sampaikan ni betul..!”

 

“jangan nak tipu lah...,”

 

“betul! Hyung sumpah! Sumpah!!”

 

Nampaknya Taehyung begitu serius, tiada menunjukkan dia sedang bergurau. Sehun menggunakan kuasanya untuk memastikan sama ada Taehyung ni menipu atau tidak. Keputusannya...ya, dia tidak menipu. Wajah Sehun terus berubah. Dengan kata-kata Taehyung ‘Hongki masih hidup’ dia...baru mempercayainya.

 

“mana?! Mana Hongki hyung?!”menggelabah Sehun menanya Taehyung.

 

“sabar. Jangan tergopoh-gapah. Dia berada dekat dengan kau. Dia Lee Jaejin,”

 

“s-siapa? J-Jaejin ke?!”

 

“ya. Dan akulah ‘si dia’ yang pernah hidupkan kau semula suatu ketika dulu,”

 

“a-apa?!!”

 

“tak percaya? Aku boleh buktikan..,”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')