Unexpected Person!

The Night Class

th?id=OIP.M4a4387825cdc327c2f2628921c95c

 

Di pintu masuk bangunan Bokkusu

“uuooaahh!!! B-besarnya!” Sehun mendapati bangunan Bokkusu ni begitu besar dan lebar walaupun ia mempunyai 3 tingkat.

 

“cepat! cepat! Waktu rehat nak habis!! Nanti menu daging masak kicap nak habis!!!”Min ah sepertinya dah kebuluran, dia segera berlari sepantas Bolt untuk menaiki tangga ke tingkat kedua, dimana kantin berada.

 

“yelah! Sekarang ni pukul 4.15 pagi! Tinggal 15 minit je!!”Sehun melihat jam tangannya, dia pun segera mengikuti Min ah dari belakang.

 

Soo hyun, Baekhyun, Yoo jung, Chanyeol dan Domo bergegas ke kantin juga sebelum waktu rehat mereka hampir tamat.

 

Kantin

Sehun POV

 

Bila aku sampai dekat kantin je, aku lihat pelbagai jenis pelajar berada disana! Hantu, monster, ahli sihir, zombie, serigala dan banyak lagi!! Aku rasa takut pula nak tengok diorang semua ni. Kalau diorang nak makan aku macam mana?!! aahhhhh!!! Nak buat macam mana ni?? M-Min ah!!! Kau kat mana la pulak??!! Wajahku yang panik ni mula terserlah, semua pelajar mula memandang ke arah aku. Aku ingin keluar dari kantin tapi Min ah memanggilku DARI JAUH.

 

Author POV

 

“Sehun!! Sinilah!! Kau tak makan lagi ni!! Dekat sini ada makanan yang sesuai untuk manusia makan!”Min ah mengajak ku ke sebuah meja panjang yang terhidang pelbagai makanan disana.

 

“MAKANAN~”muka Sehun yang panik bertukar menjadi bersinar-sinar melihat makanan lazat berada didepan matanya sendiri.

 

Apa lagi, Sehun segera berlari ke arah Min ah. Menu kantin untuk hari merupakan western food. Sungguh bertuah hari ni bagi Sehun, western food merupakan makanan kegemarannya lagi-lagi Chicken chop and french fries. Selain itu, Sehun juga mengambil kek strawberry sebagai penutup makanan. Selepas itu, dia dan Min ah pergi ke kaunter kantin untuk membayar. Makanan yang diambil Min ah ialah daging goreng, sup tulang, sup ekstra yang mempunyai pelbagai jenis daging dan merupakan salah satu makanan favoritnya ialah Sambal Super Top Daging, ringkasnya...S.S.T.D.

 

“wow...banyaknya makanan kau amik....!!! kau larat ke makan semua ni?”

 

“hei~ mestilah larat!! Aku kan Gumiho!! Raja segala Daging!! Wuhuahhuahhuah!!”

 

“ok-ok...err.. Min ah sekarang ni giliran kau nak bayar dah sampai!”

 

“oh! Yelah! Erm..Cik berapa semua ni?”

 

Seorang mak cik yang berwajah pucat lesi dan banyak tompokan hijau yang ada diseluruh badannya itu sedang mengira jumlah harga yang patut Min ah bayar.

 

“harganya 50000ribu won!”

 

“Kejap ye Ciik! mmm......nah! 50000ribu won!”

 

“Sehun...aku duduk dekat meja no.3 tau!! Aku tunggu kau kat sana!”

 

“ok!!”

 

Kemudian, selepas Sehun meletakkan makanannya diatas meja kaunter pembayaran, makcik itu mengiranya harga makanannya dan harga yang perlu dia bayar ialah 1800ribu won.

 

“nah!! Ini duitnya!”

 

Sehun menyerahkan 1800ribu won kepada makcik itu sebelum bergegas ke meja no. 3. Sehabis bayar, dia beredar dari situ. Saat dia berjalan, dari jauh, dia boleh nampak Min ah makan dengan penuh perasaaan.

 

“uisshh!! Memang kebulur betul minah ni!!”Sehun berjalan mendekati meja no.3. “nampaknya kau boleh habiskan kesemua lauk daging ni!”

 

“ehehehehe...baik kau cepat makan waktu rehat dah nak habis ni..tinggal 12 minit je!”

 

“eeaahhh?! Ye ke?!”

 

Beberapa minit kemudian, Soo hyun, Baekhyun,Chanyeol, Yoo jung dan Domo baru sahaja membeli makanan mereka sendiri, mereka berjalan menuju ke meja makan no. 3.

 

“hei Sehun!! Asal kau tak tunggu kitaorang?! P-panasnye!! Ffuuuhh~”Baekhyun meniup ayam goreng yang masih lagi panas di dalam plastik yang dia pegang.

 

“mianei~ oh! Subjek kemahiran diri akan diadakan lepas ni ke?”tanya Sehun.

 

“ya!! Kau kena ambil buku teks kemahiran diri dekat loker kau! Aku lupa nak bagi tahu kau tadi...”Chanyeol melabuhkan pinggangnya ke atas bangku di hadapan Min ah.

 

“Domo! Domo!!”Domo sedang bercakap sesuatu pada Sehun.

 

“err...kau cakap apa sebenarnya??”Sehun tidak memahami kata-kata Domo.

 

“dia kata kita semua patut pergi sekarang ni!! Waktu rehat dah habis...”terang Yoo jung yang merupakan tukang translate bahasa Domo untuk Sehun.

 

“ye lah!! Jom pergi!!”Soo hyun mengajak mereka pulang ke kelas IX.

 

“n-nantilah!!!! Wwuuuaahhhh!!!! Aku belum beli makanan laggiiii!!!”Hong ki merungut kesedihan.

 

“asal??!! Bukan ke kau dah beli makanan tadi??” Soo hyun merapikan bajunya setelah bangun dari bangku meja no. 3.

 

“beluumm!!! Kek strawberry aku dah habis!!”Hong ki menangis tak tentu pasal ditengah-tengah kantin.

 

“tak pelah...kau ambillah kek strawberry aku..”Sehun dengan ikhlas memberikan keknya kepada Hong ki.

 

“ooowwhhh~ Sehun, kau sangat bergayalah!!!”Hong ki dah mula puji Sehun bukan-bukan.

 

Hanya sekali suap, semua kek strawberry habis ditelan oleh Hong ki. Sehun tercengang tidak percayainya. Hanya sekali suapan! Satu suapan boleh menghabiskan sepotong kek yang besar dalam masa satu saat!! Ni dah boleh jadi rekod dunia!! Bagi mereka yang lain, itu merupakan perkara biasa bagi mereka. Dulu, Hong ki pernah memasuki sebuah pertandingan di sebuah kedai pastri di dunia manusia, dia berjaya menghabiskan sebanyak 7 bakul roti strawberry dalam masa 25 minit, dan itu merupakan rekod terpantas.

 

Pukul 4.29 pagi

Sehun baru sahaja keluar dari bilik loker setelah mengambil buku teks kemahiran diri. Kesemua pelajar kelas IX telah pun masuk kelas. Sehun terpaksa berjalan sendiri menuju ke kelasnya. Dia agak cemas jugak saat berjalan, dia menunduk kebawah sambil berjalan, tidak mampu melihat pelajar memandangnya.

 

“alamak!! Tinggal seminit kelas nak bermula!!! Uuufff!!!”Sehun telah terlanggar oleh seseorang di hadapannya. “m-maaff!!”

 

“hati-hati...”sebut seorang pelajar yang memakai jubah yang berwarna perak.

 

Sehun berkata dalam hatinya. “dia ni pelajar tahun ketiga! Tapi yang peliknya kenapa dia ada pin yang gambarnya berbentuk tengkorak??! Seram pulak aku tengok!!”

 

“yahh!! Cepat masuk kelas!!!”marah pelajar tu pada Sehun.

 

Sehun menjadi kaku lalu dia berlari dengan pecut menuju ke kelas IX dihadapannya. Dalam hatinya, dia sedikit geram pada pelajar tahun ketiga tadi. Dia berlari, dan akhirnya telah sampai di depan pintu kelas IX.

 

“maaf sebab terlambat...”Sehun membuka pintu kelas sebelum berjalan menuju ke mejanya.

 

Cikgu Hang tuah tengah menyemak beberapa fail di atas meja sebelum kelas Kemahiran diri bermula. Semua pelajar buat hal masing-masing sebelum kelas bermula manakala Sehun, dia pergi meluahkan perasaan geramnya pada Soo hyun yang duduk disebelah mejanya.

 

“Soo hyun, kau nak tahu tak tadi?? Aku kena marah dengan pelajar tahun ketiga tadi!! Tak tentu pasal dia marah aku!!”

 

“ye ke?? Pelajar tahun ketiga?? Dia tu...macam mana??”

 

“ha’ah!! Dia tinggi, mata sedikit sepet, dan memakai pin berbentuk tengkorak!”

 

“huh?! Pin berbentuk tengkorak?? Haih...memang patut dia marah kau....”

 

“eeaahhh? Asal kau backup dia pulak??”

 

“kau nak tahu tak? Dia tu ketua pengawas..nama dia Luhan!”

 

“ASDFGHJK!! Ketua PENGAWAS???!! Aaagghh!! Agaknya dia tulis nama aku ke sebab aku buat kesalahan?!!”

 

“hei..tak perlu nak panik sangat..dia tu ok sikit, kau bernasib baik tak jumpa penolong ketua pengawas...dia tu lagi dahsyat!!”

 

“siapa penolong ketua pengawas tu??”

 

“Nama dia...Jeon Jung kook!”

 

”J-Jeon Jung kook??”

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')