Hyung

The Night Class

“asal korang nak bawak kitorang ke sini??!!”teriak Baekhyun sambil cuba memutuskan tali magik.

 

Luhan dan Jungkook tersenyum sinis. Mereka segera mengeluarkan buku sebesar ensklopedia. Terdapat gambar Sehun dan seorang lelaki memakai sut hitam. Sehun tak faham kenapa mereka berdua tunjukkan gambar tu padanya. Hongki dari tadi tak habis-habis menjerit untuk simpan gambar tu tapi mereka langsung tidak mendengar kata-katanya.

 

“Oh Sehun. Ni gambar kau pada 300 tahun yang lepas. Kau ingat tak?”soal Jungkook dengan senyuman lebar di wajahnya.

 

Sehun terkejut. “i-itu aku ke?” mata Sehun melihat dengan teliti dan ya. Wajahnya dalam gambar ni sama dengan wajahnya sekarang ni. “k-kenapa aku dekat dalam gambar ni? aku ni apa? B-bagi tahu aku!!”

 

“Sehun!! Itu bukan kau! dia dan kau lain!! Jangan dengar apa yang Jungkook dan Luhan cakapkan ni!!”jelas Hongki, wajahnya mula berpeluh-peluh berharap ada orang selamatkan dia dan yang lain.

 

“muka dia dan aku sama!! Mana tahu d-dia tu....,”Sehun berhenti mengatakan sesuatu.

 

“Sehun! Cuba kau dengar cakap hyung kau!!”marah Baekhyun selepas meluahkan kata-kata yang sepatutnya tidak diluahkan.

 

Sehun terdiam. “hyung? Siapa hyung?! Aku mana ada hyung!!!”Sehun tidak percaya.

 

Luhan menarik Sehun kehadapan Hongki. “ya. dia ni hyung kau 300 tahun yang lalu,”

 

“apa?”Sehun tidak percaya. “Hongki......,”dia memandangnya.

 

Hongki membisu tidak mengatakan sesuatu. Baekhyun pula tak sangka dia boleh terlepas cakap yang akan membuatkan Sehun hilang kawalan nanti. Dia terjumpa bebola kristal biasa di atas meja ketua pengawas. Memandangkan kakinya tidak di ikat, dia segera lompat di atas meja lalu menyepak bola kristal sehingga tingkap itu pecah kemudian tercampak keluar darinya.

 

“tak guna!!!”Jungkook mengambil satu tali yang panjang lalu melilit leher Baekhyun.

 

“ghh!!”Baekhyun cuba memutuskan tali tu tapi kekuatan Jungkook lebih kuat darinya, si serigala. “l-lepaskan!!!!”

 

“Hongki!!!”teriak Sehun, dia tidak perasan matanya berubah kemerahan. “jawab soalan aku!!”

 

Hongki menggigil ketakutan melihat matanya. Mulutnya yang berat mula terbuka. Tiada lagi penipuan. “y-ya......,”

 

Kemarahan Sehun semakin kuat sehingga bilik pengawas ni ingin pecah. Segala barang berterbangan. Air matanya mula mengalir kerana dia nampak satu visual. Yang tidak sepatutnya dia patut lihat. Dia nampak Hongki menikam jantungnya sambil berkata, “kau bukan adik aku!!”. selepas melihat visual tu, tiba-tiba tali magik yang mengikat tangannya terputus lalu berlari menikam Hongki yang tak dapat larikan diri kerana dia juga turut nampak visual yang Sehun nampak tadi. Memori 300 tahun yang lalu.

 

“kau bunuh aku!! kau bunuh adik kau sendiri!!!”Sehun mencekik Hongki yang masih tersenyum lemah. “KENAPA?!!!!”

 

“sebab...h-hyung n-nakk ss-selamatkan kau, a-adik kandung aku. S-salah ke..?”jawabnya dengan tangisan yang tiada henti. Air matanya bukan air yang jernih tapi berwarna biru.

 

“diam!! Kau bukan selamatkan aku! kau bunuh aku!! kau kejam!!!”teriaknya tiada henti menyebabkan cermin bilik pengawas semuanya pecah.

 

Luhan pula segera ambil kayu magik lalu menghayunkan ke arah kepala Baekhyun. Satu bunyi hentakan yang kuat, Baekhyun rebah jatuh ke lantai. Dia tak boleh biarkan Hongki mati seperti yang diramalkan Pengetua Oh.

 

Luhan dan Jungkook segera mengeluarkan satu balang sebesar balang biskut halia. Didalamnya terdapat asap hitam iaitu Black Haze. Tibanya masa mereka untuk tikam Sehun sampai mati menggunakan kristal dipegang oleh mereka sebelum memasukkan Black Haze ke dalam badannya.

 

“mari kita mulakan...,”Luhan tersenyum bangga kerana akhirnya dia dapat control Sehun selepas 300 tahun lamanya. “kau akan mati dan Black Haze akan hidup sebagai kau,”

 

Manakala Hongki cuba melawan Sehun yang tidak terkawal sambil memutuskan tali magik tu sebelum Luhan dan Jungkook menikam Sehun. Dia tak nak Sehun ‘Kejam’ kembali semula.

 

“yah!!”Hongki berjaya memutuskan tali magik manakala lehernya masih dicekik oleh Sehun. “OH SEHUN!!!”teriaknya sambil cuba melepaskan diri darinya Sehun.

 

Mata Hongki semakin bulat melihat Luhan berlari sambil membawa kristal yang begitu tajam dari belakang Sehun. Mengingatkannya memori pahit. Sehun menjadi jahat. Memukul dia walaupun dia seorang abang kepadanya. Tapi dia tahu, dalam diri Sehun, dia juga cuba melawan kejahatan dari dalam badannya. Sehun tak boleh mati dihadapannya lagi.

 

“Sehun-ah, hyung minta maaf......,”Hongki dengan sepenuh tenaga menolak Sehun ke tepi sambil mengucapkan ‘sesuatu’ yang membuatkan Sehun tersedar apa yang dia buat pada hyungnya sendiri. Luhan terkejut dan dia......

 

“hyung...?”Sehun melihat darah terpercik dari belakang Hongki sehingga dadanya ditembusi kristal yang dipegang Luhan.

 

“Sehun-ah....,”limitnya untuk mengatakan sesuatu pada Sehun telah terberhenti. Badannya yang kurus dan tinggi mula terjatuh ke lantai yang bersepah dengan kertas-kertas laporan dan serpihan kaca. Dia masih lagi tersenyum memandang Sehun.

 

“hyung....? hyung...?”panggil Sehun berkali-kali namun dia tetap melihat wajah Hongki yang masih tersenyum dengan matanya mula rapat untuk dipejamkan. “bangun...hyung!!! bangun!!”

 

Luhan dan Jungkook begitu tak sangka Hongki begitu pantas untuk menghalang mereka dari menikam kristal tu dari Sehun.

 

“tak guna!!”Jungkook ingin memijak kepala Hongki tapi dia ditendang oleh Sehun.

 

Tendangan Sehun yang begitu kuat sehingga Jungkook tercampak keluar dari tingkap bilik. Luhan yang tersenyum geram mula menyerang Sehun menggunakan kristal dipegangnya.

 

“kau ingat aku lemah sangat ke hah?!!!!”teriak Sehun yang membuatkan Luhan terjatuh ke lantai kerana kuasa Sehun yang terlalu kuat.

 

Sehun pula yang ingin memijak Luhan yang masih terbaring di atas lantai, dia cuba membebaskan diri daripada sihir Sehun tapi tiba-tiba bunyi loceng kecemasan berbunyi. Pengetua Oh dan pasukan elit sekolah meredah masuk ke dalam bilik pengawas yang berserah ni.

 

“appa?!”terkejut Sehun. Dia tersentak apabila dia melihat Luhan dan juga balang yang mengandungi Black Haze telah menghilangkan diri. “jangan nak berguraulah!!!”

 

Pasukan Bulan Sabit Merah mula memeriksa keadaan Baekhyun yang pengsan di pukul Luhan dan juga Hongki. Mengingatkan pasal Hongki, Sehun berlari ke sisinya sambil memanggil Hongki, hyungnya.

 

“Hyung!! Bertahan!!”matanya yang merah kembali seperti biasa. “tolong selamatkan dia!”pintanya.

 

Ahli yang memeriksa dada Hongki yang berdarah mula menggelengkan kepalanya. Dengan tangannya digenggam erat, Sehun mula menitiskan air matanya. Hongki dah mati? Haha...Macam mana dia.... t-tadi dia nampak Hongki tersengeh-sengeh di dalam kelas tadi. Kenapa sekarang ni dia dah tak buat sengehan tu lagi? Matanya yang jernih dan sentiasa membawa keceriaan...kenapa matanya dipejam?

 

“Sehun, cukuplah tu. dia dah....--”belum sempat Pengetua Oh habiskan ayatnya Sehun menggeleng kepalanya.

 

“Hongki tak mati. Dia cuma tidur je. Kan Hongki..?”jawabnya dengan senyuman kesedihan.

 

Hongki masih lagi terbaring dengan wajahnya yang semakin pucat daripada muka vampire nya sebelum ni. Baekhyun yang mula sedar dari pengsannya melihat Sehun sedang terduduk lemah dihadapan Hongki yang terbaring tidak bergerak.

 

“t-tipu....kau tak mati betul-betul kan?!”Baekhyun berlari mendekati Sehun, Pengetua Oh dan Hongki. “Hongki......Oiiii!!! kau dengar tak?!!”dia mula menolak lengan Hongki menggunakan kakinya. “kau mati. Bergurau atau kau pura-pura tidur?? Jawab aku, Hongki!!”teriaknya dengan matanya yang bergelinang air mata.

 

Semua pelajar dari Kelas IX termasuklah Cikgu Hang Tuah berlari masuk ke dalam pengawas tu dan mendapati bilik ni bersepah dengan sesuatu tidak dijangka mereka telah pun lihat. Iaitu, kematian Hongki sebagai pelajar dari Kelas IX.

 

“Hongki.......,”ada yang menangis, ada yang melepaskan geram dengan membaling semua barang di dalam bilik pengawas dan ada yang terdiam sambil berkata dalam diri yang dia bukanlah seorang sahabat yang boleh diharapkan.

 

Semua pelajar Kelas IX termasuklah guru kelasnya masih tidak menerima kematian Hongki manakala Pengetua Oh menerima seadanya walaupun dia kehilangan seorang anak yang bermakna dalam hidupnya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')