Who is Black Shadow?

The Night Class

 

Semasa Hongki menuruni tangga sekolah, dia terserempak Luhan dan Jungkook. Dia segera menyorok disebalik dinding sekolah lalu dia mengintai mereka berdua dalam diam.

 

“kristal tu! macam mana dia dapat rantai kristal tu??!”Hongki terkejut bila nampak Jungkook keluarkan rantai kristal tu. “tak boleh jadi ni!!”

 

Hongki segera keluar dari tempat persembunyiannya tapi ditahan oleh Baekhyun.

 

“Baekhyun?!”

 

“shh...jangan bertindak melulu..”

 

“m-macam mana kau tahu aku dekat sini??”

 

“aku kan serigala. Aku dapat jejak bau kau.”

 

“oh....”

 

Jungkook dapat rasakan kehadiran seseorang disekitar dia dan Luhan.

 

“ada orang dekat sini..”bisik Jungkook ke telinga Luhan.

 

Luhan terdiam. Lalu bisik pada Jungkook. “kita patut beredar. Kalau orang tahu rancangan kita mungkin bahaya...”

 

“tapi siapa yang tengok kita? Aku tak rasa pun kehadiran Black Haze tetapi kehadiran 2 orang lelaki, salah seorang dari mereka ada bayangan hitam yang gelap”jelas Jungkook.

 

Luhan menjawab. “salah seorang dari mereka? Aku tahu siapa yang ada bayangan gelap tu..tapi itu rahsia”

 

“cepat cakap siapa dia??”Jungkook mula menanya beberapa kali.

 

“aku tak tahu! hahaha!”Luhan tertawa kecil lalu menarik kolar baju Jungkook ke tempat lain.

 

“yaah!! Tak perlu tarik aku macam ni sekali!!”jungkook meronta-ronta saat Luhan menarik kolar baju sekolahnya. Dia segera menyimpan rantai kristal ke dalam poket seluarnya.

 

Selepas Luhan dan Jungkook pergi, Hongki dan Baekhyun keluar dari tempat persembunyian mereka. Hongki kelihatan cemas tapi Baekhyun menenangkan diri Hongki.

 

“m-macam mana diorang dapat kristal tu? bukan ke kita berdua simpan dekat kubur tu!”Hongki serabut memikirkannya.

 

“aku tak tahu....tapu kita kena pergi kubur tu esok pagi.”kata Baekhyun lalu dia memberi nasihat pada Hongki. “kau tak patut layan Sehun macam tu. dia dah lalui banyak benda sepanjang bersekolah dekat sini. Aku tak nak Sehun rasa bersalah dekat kau...”

 

“tak! Aku tak nak sejarah berulang lagi...aku tak nak kehilangan Sehun, dia...satu-satunya yang aku ada dekat dunia ni...”Hongki hampir nak menitiskan air mata bila di terkenang masa lalu.

 

“jangan risau...aku pasti Sehun selamat.”Baekhyun kata dengan pasti.

 

“sampai bila??!!”teriak Hongki. Matanya merah, merenung tajam ke arah mata Baekhyun.

 

“a-aku tak tahu...”Baekhyun terdiam seketika sehingga mereka tersedar kehadiran Pengetua Oh.

 

“Pengetua...”ucap Hongki, dia cuba bertenang dan kawal emosinya. “saya minta diri dulu..”

 

Pengetua Oh memegang bahu Hongki. “kejap!”katanya.

 

“hmm?”Hongki menoleh ke arah Pengetua Oh.

 

“Hongki....kau..!!”Pengetua Oh terberhenti berkata. Wajahnya terkejut.

 

“apa??”soal Hongki lagi.

 

Pengetua Oh hanya menggeleng kepalanya bermaksud tak ada apa-apa. Hongki menoleh kehadapan lalu pergi meninggalkannya. Baekhyun berdiri disebelah Pengetua Oh.

 

“Pengetua Oh nampak sesuatu ke??”Baekhyun tanya pada Pengetua Oh.

 

Pengetua Oh mengangguk. Sebenarnya Pengetua Oh ada kuasa yang boleh nampak apa yang akan terjadi kepada orang itu bila dia sentuh bahu atau tangan orang tu.

 

“aku nampak Hongki mati.....”kata Pengetua Oh.

 

“apa??!”Baekhyun terperanjat. “tak! Mungkin Pengetua salah tengok!!!”

 

“Pengetua tak tipu...apa pengetua nampak sendiri, itulah kebenarannya....”Pengetua Oh menunduk kekesalan.

 

“kenapa boleh jadi macam ni..”Baekhyun tak percaya dengan semua.

 

 

Didalam Kelas IX

 

Sehun termenung seorang diri manakala pelajar lain sibuk bermain dan buat bising sehingga menganggu sesi pembelajaran di kelas sebelah. Cikgu Hang tuah tak ada, kelas pun semakin bising sehinggalah Hongki masuk kelas. Wajahnya ceria seperti keria mak jah buat. Entah kenapa atmosfera lain macam.

 

“asal korang diam ni??”soal Hongki

 

“sebenarnya kitorang patut tanya dekat kau, asal kau tiba-tiba ceria ni?? bukan kau tadi stress ke??”tanya Domo yang memegang buku matematik.

 

“ahahaha....itu lain! Sekarang ni lain!!!”jawab Hongki sambil tersengeh yang nampak lebih lembap dari biasa.

 

“Waahh!! Creepy gila bila kau sengeh macam tu sekali!!”ucap Chanyeol lalu berlari ke sebelah Yoo jung, si ahli sihir. “betul tak, nenek sihir?”

 

“Park Chanyeol...jauh diri kau dari aku”Yoo jung merenung tajam ke arah Chanyeol yang memegang lengannya.

 

“i-itu sebab tak ada Baekhyun!! Aku kena pegang sesuatu benda yang sama macam lengan Baekhyun..!”jawab Chanyeol terdesak.

 

“maksud kau...lengan aku ni sama dengan lengan Baekhyun yang berotot tu??!!”soal Yoo jung dan Chanyeol menangguk. “yaahh!! Sejak bila lengan aku ni berotot!! Sini kau! aku nak tarik telinga kau sampai jadi telinga gajah!!”

 

Chanyeol segera melarikan diri dari Yoo jung. “waaaahhhhhhh!!! Hongki! Soohyun!! Tolong aku!!”teriak Chanyeol.

 

“tak nak~”ucap Soo hyun dan Hongki serentak. “ahahahaha!!”mereka tertawa.

 

Kelas IX kembali bising seperti biasa. Hongki ambil kerusi lalu letakkan disebelah Sehun sebelum duduk.

“Hongki....?”Sehun memandangnya.

 

Hongki memberi senyuman bersalah. “sori...aku tak patut bersikap keras dekat kau semalam..”ucapnya kesal.

 

Sehun menggeleng. “thanks sebab selamatkan aku dari Black Haze tu. aku tak sangka kau dan Baekhyun datang selamatkan aku...”

 

“ya....”ringkas Hongki menjawab.

 

Pintu kelas IX terbuka. Baekhyun segera maksud ke dalam kelas. Dia nampak Hongki dan Sehun berbual macam biasa. Hatinya berasa lega.

 

“Hongki! Sehun!!”lambai Baekhyun yang berjalan ke arah mereka berdua.

 

“ah! Baekhyun!”Sehun dan Hongki melambai semula.

 

Belum sempat Baekhyun nak melabuhkan punggungnya ke atas kerusi, Jungkook dan Luhan datang ke kelas IX. Semua pelajar terdiam. Takkanlah bising sangat kelas mereka sehingga ketua pengawas dengan P.A dia pun datang.

 

Luhan mengeluarkan kertas. “tujuan aku datang ni sebab ada pelajar buat kesalahan dekat kelas ni. jadi aku nak panggil nama pelajar tu untuk dihukum..”

 

“apa? Sejak bila kitorang menyalahi ‘undang-undang’ sekolah ni?”soal Soohyun. Tak pernah pulak dia nampak pelajar kelas IX buat kesalahan berat sehingga nama dipanggil.

 

“jangan banyak cakap!”Jungkook teriak kuat seperti memberi amaran kepada Soohyun.

 

Soohyun hanya terduduk diam. Pelajar yang lain duduk ditempat masing-masing bila mendengar teriak Jungkook. Apa yang mereka berdua nak??

 

“nama yang aku nak panggil...Oh Sehun, Baekhyun dan Hongki”kata Luhan dengan keras tapi senyuman kecilnya dapat dilihat.

 

“huh? Sejak bila kitorang bertiga buat salah ni??!!”Hongki dapat rasakan Luhan dan Jungkook sengaja berbuat begitu.

 

“ha’ah! Sehun baru sekolah dekat sini, takkanlah dia buat kesalahan jugak!”jelas Baekhyun, dia tahu target Jungkook dan Luhan adalah Sehun.

 

“diam!!”Luhan segera melontar tiga tali magik ke arah mereka bertiga. Tali itu terbang dan segera mengikat tangan mereka.

 

“aahh!!”tangan Sehun terasa sakit kerana tali itu mengikat dengan kuat.

 

“guhh!! Ggrrhhhh!!!”Baekhyun tak boleh merentap tali tu. magik tali tu terlalu kuat.

 

Hongki pula kelihatan tgeram. “korang berdua memang buat satu kesalahan yang besar..!!”katanya.

 

“tak payah nak buat-buat tenang sangat!! Kau tak boleh putuskan tali magik tu!! sekarang ni, Korang bertiga ikut aku ke bilik hukuman!!”arah Jungkook dan Luhan lalu mereka pun keluar dari kelas IX bersama Sehun, Baekhyun dan Hongki.

 

Tempat yang mereka pergi bukan ke bilik hukuman tapi ke bilik ketua pengawas. Mereka bertiga hairan. Bukan ke mereka patut ke bilik hukuman?

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 20: Yeayyyyy!!!!!!hongki is back!!!update cepat2 author nim..love this ff
starlightkim_
#2
Chapter 19: Jaejin tu adelah hongki??what????plot twist ek authornim bagi..takpe takpe..saya still happy sebab hongki masih hidup and black haze dah rasuk badan luhan??siapa pulak si kim ni??update soon
aquariusxpisces
#3
Chapter 19: waaaaaahhhh plot twist ape ni jaejin tu sebenarnya hongki sedig but besttt
luhan_07_exo #4
Chapter 19: what jaejin...hongki?!taehyung si dia?!wah!!!semua ni amat mengejutkan...
starlightkim_
#5
Chapter 18: Sian jaejin..mungkin baekhyun masih terkesan lagi dengan kematian hongki.tapi apa kaitan jaejin dan abangnya taehyung dengan semua ni??siapa kawan taehyung yang bersekolah kat sana??banyak sangat persoalan ni..update soon
luhan_07_exo #6
Chapter 17: Sape black haze?!sape 'si dia'?!wah!!!misteri betul ff ni.btw update soon
starlightkim_
#7
Chapter 17: Siapa pulak si dia tu??apa kaitannya dengan hongki??adakah kai dan suho dipihak benar ataupun pihak black haze?authornim..ppali update
Hanna27 #8
Chapter 17: siapa si 'dia'?!!
tak sabar nk baca chapter seterusnya!!
update soon!!
zyuryu
#9
Chapter 16: kesiannya hongki. kenapa tinggalkan Sehun yang baru nak tau kuasa dia? T_T
Mohon teruskan usaha authornim! :')