Chapter 9

We Found Love!
Please Subscribe to read the full chapter

"Happy birthday to you!" Minho meniup api di atas lilin itu. Rakan-rakan Minho memberikan tepukan gemuruh kepadanya.

"Gomawo, sebab kalian semua hadir ke majlis hari jadi saya. Saya sangat gembira. Gomawo... " tunduk Minho. "Ok, sila makan bersama. Jangan segan." senyum Minho. Mereka semua pun, menjamu selera sambil menikmati lagu yang dinyanyikan kumpulan EXO.

Aku datang ke arah Minho. "Saeng-il chukha hamida!" kataku. Minho tergamam. "Hahaha. Terkejut ya."

Minho menepuk dadanya sebanyak dua kali. "Dahlah datang secara tiba-tiba. Of course lah terkejut." Minho menggeleng kepala.

Aku tertawa kecil. "Mianhae!"

Minho menghulurkan segelas air kepadaku. Aku minum dengan perlahan. "Hm, Eun Mi. Sorry, kalau aku tanya. Apa hubungan kau dengan anak pemilik syarikat tu?"

Aku tersentak. "Kenapa kau tanya soalan ini?"

"Sebab aku nak tahu." Minho tersenyum. "Aku ada baca berita tentang kau dengan dia.. Kau dimasukkan ke hospital sebab apendiks." aku terdiam. "Sekali lagi, mianhae nae." perlahan Minho.

"Tak-" seorang perempuan tidak sengaja melanggar bahuku. Dan gelas yang aku dipegang tertumpah di bahu Minho. "Maafkan aku! Aku tak sengaja!" aku segera mengeluarkan tisu dari beg tangan lalu mengelap di baju Minho.

"Tak apa." Minho menyentuh tanganku. "Kau tak sengaja pun."

"Tapi, baju awak basah. Awak tak selesa nanti." kataku.

"Aku akan tukarkan baju sekarang juga. Kau boleh temankan aku tak dengan bawa hadiah-hadiah ni?"

"Oh, boleh!" aku terus setuju tanpa berfikir panjang. Kami pun mula bergerak ke biliknya.

Suzy yang dari jauh curiga dengan kami berdua. 'Mereka nak ke mana tu?' Suzy meminta diri untuk cuba mengintai mereka.

Kami masuk ke dalam bilik. Suzy mengerutkan dahi. "Apa yang mereka lakukan di dalam bilik ni?" Suzy melangkah dengan perlahan agar mereka tidak menyedari. Pintu bilik itu tidak ditutup rapat. Suzy menolak pintu dengan perlahan. Mata Suzy terbeliak.

Minho sedang menanggalkan bajunya yang tertumpah tadi manakala aku sedang mencari baju untuk Minho. Suzy terduduk di atas lantai. Ada uraian air mata yang berterjunan di pipinya. Terpaksalah dia memujuk hati agar bersabar. Dia tidak percaya Eun Mi sanggup berbuat begini padanya. Dia berlari keluar dari tempat itu dengan segera.

Tepat pada pukul 12 tengah malam, Suzy menunggu aku di hadapan pintu rumah dengan perasaan marah. Aku berjalan menghampirinya. "Mianhae nae sebab lambat." kataku.

"Lain kali cepatlah sikit. Dah terlalu lewat ini." katanya. Aku mencebik bibir. Tak pernah dia marah aku kerana lambat. Biasanya, dia bersabar. Aku senyum nipis. Dia menghulurkan kunci kereta dengan kasar. "Tunggu aku kat dalam kereta. Aku nak jumpa Minho sekejap."

"Baiklah." aku berlalu pergi.

Suzy dari tadi asyik berulang alik ke sana ke sini. Melihat jam tangannya. Melihat sekeliling. Beberapa saat kemudian, Minho pun muncul. "Mianhae nae sebab lambat."

"Cepatlah. Ada apa-apa nak cakap sebelum saya pergi?" kata Suzy tanpa menoleh.

"Kenapa ni? Hah?" Minho menatap wajah Suzy.

Suzy menjarakkan dirinya. "Tak ada apa-apalah. Saya...saya cuma penat je." dia cuba menyembunyikan perasaannya. Pantas Suzy dan Minho mengalihkan pandangannya ke atas langit. Rintik-rintik hujan mula kelihatan menitis di atas jalan raya, pasti sekejap lagi hujan lebat akan turun.

"Alamak, hujan pula. Awak hati-hati eh kat jalan raya." Minho mengusap rambut Suzy. Suzy hanya mengangguk malas. Minho cuba mengucup bibirnya tapi Suzy mengelak.

"Mianhae nae. Saya balik dahulu. Saya bimbang kalau hujan akan menjadi lebih lebat." alasan Suzy. Minho pun mengangguk. Suzy pun melangkah masuk ke kereta dan membawa pulang ke rumah.

Sepanjang kami dalam perjalanan, hujan semakin lebat. Suzy membawa kereta dengan laju. Aku berasa takut kerana bimbang sesuatu yang tidak aku inginkan akan berlaku. "Suzy, kenapa kau bawa kereta dengan laju. Hujan semakin lebat, jalan raya pun akan menjadi licin."

"Aku nak cepat sebab kita ada sekolah. Lagipun, mata aku dah mula rasa berat." Suzy tidak menoleh.

"Kalau begitu, biar aku memandu. Aku masih tidak mengantuk lagi."

"Biarlah aku bawa. Aku malas nak memberhentikan kereta." tegas Suzy. Aku terdiam. "Seronok tak, kat party tadi?" tiba-tiba dia menanya soalan itu.

"Mestilah seronok. Suasana di sana sungguh meriah. Ramai celebrity datang bersama untuk menyambut hari lahir Minho." aku tersenyum.

"Itu je? Yang lain?" selamba Suzy.

"Huh?"

"Kau dah habiskan masa dengan Minho kan? Dalam bilik?"

"Apa maksud kau?"

"Maksud aku, kau seronok tak, bermalam di dalam bilik bersama Minho?" Suzy meninggikan suara.

"Suzy, sebenarnya..."

"Tak perlu nak jelaskan semua ini. Aku tahu! Aku tahu!"

"Semua ini salah faham, Suzy! Dia cuma.. "

"Aku dah tahu semuanya! Kau tak perlu jelaskan lagi." Pipi cengkung Suzy dibasahi air mata. "Aku perlu memberitahu secara umum yang aku akan putuskan hubungan dengan Minho kerana Minho telah bermalam dengan seseorang."

"Jangan menuduh yang bukan-bukan boleh tak? Kau tak ada bukti yang kukuh." aku memujuk hati agar bersabar.

"Tapi, aku nampak dengan mata aku sendiri. Kau nak buat macam mana?" selamba Suzy.

Aku terdiam. Berasa kecewa. "Berhenti. Aku nak turun dari sini."

"Tak payah!"

"Turunkan aku dari sini!!"

"Kau tak reti duduk diam eh?? Kalau aku kata tak payah, tak perlu berkeras kepala!" Suzy hilang sabar. Tanpa disedari Suzy, dia tidak sengaja membawa kereta dengan lebih laju.

"AWAS! Kereta di hadapan!" teriakku.

"Aaaaaaaaaahhhhhhhhhh!!!"

'Baaaaaaaaaaannnnnnnnnngggggggggg!'

Cawan yang dipegang oleh Chanyeol terlepas dari tangannya. Cawan itu pecah di atas lantai. Chanyeol tergamam sambil menyentuh dadanya. "Kenapa dengan aku

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 11: alaa mcm tu je ke ? hmm ok . best laa jugak tpi klu panjang lagi best huehhehe
ilirsyana #2
Chapter 10: auch . bunuh jelaa si jimin tu . mnyusahkan org je haih . btw klu tk nk bunuh , bak sini bagi sya . biar sya simpan kat umah sya , so tkdela dia nk kacau agi . ceitt
misz_dina #3
Chapter 10: Jimin ni kan,pengganggu saje.x aman hidup channie dn eunmi
ilirsyana #4
Chapter 8: so sweet hahahahhaha . channie huhuhuhu . nk yg sweet sgt agi muahaha hehe faster update
ilirsyana #5
Chapter 7: wahhh ! best best .