Chapter 2

We Found Love!
Please Subscribe to read the full chapter

Selepas aku selesai sesi penggambaran drama, Siwon sempat memberitahu padaku bahawa besok akan diadakan temu ramah di bandar bersama pelakon-pelakon dramaku. Dan keesokan lagi, akan diadakan fansign bagi promosi model iklan pula. Aku terpaksa ponteng sekolah lagi. Tapi, tak mengapalah… tak adalah aku menjalankan tugas bersama ketua pengawas tu. Aku sekarang dalam perjalanan pulang ke rumahku selepas selesai sesi pengggambaran lakonan.

 

"Donghae, nanti berhenti kat kedai aiskrim eh. Aku nak beli aiskrim."

 

"Baiklah!" Kata Donghae sedang memandu.

 

"Unnie nak beli aiskrim perisa apa?" Soal Suzy, berada di sebelahku sambil melayan instagramnya.

 

"Tak apa, Suzy! Biar saya beli sendiri. Manalah tahu saya nak beli apa-apa lagi kat kedai aiskrim tu." Ujarku sambil termenung melihat pemandangan di luar. Selepas beberapa minit kemudian, kereta pun berhenti di hadapan kedai aiskrim. Aku membuka pintu van untuk keluar. Korang paham-paham jelah van korea dia macam mana. Kalau nak tahu van korea macam mana rupa dia, searchlah google sendiri. 😜

 

"Okey, baiklah! Saya dah tahu alamat rumah tu. Ayah jangan risau. Saya takkan sesak kalau saya guna gps." Gurau lelaki itu.

 

Aku tidak nampak melihat wajah lelaki itu kerana aku hanya nampak tubuh belakangnya sahaja. Aku menolak pintu peti sejuk itu lalu memilih aiskrim. "Aiskrim apa yang aku nak?" Kataku. Aiskrim coklat! Hanya tinggal satu sahaja. Aku segera mencapai tetapi ada orang lain pun mencuba untuk aiskrim itu. Aku mengalih ke sebelahku. Chanyeol?! Mataku terus terbeliak kerana tidak percaya.

 

"Lepaskan tangan kau. Aiskrim tu milik aku!" Kata Chanyeol dengan penuh emosi.

 

"Kau yang patut lepas sebab aku dulu yang ambil bukan kau!" Aku membantah.

 

"Kau yang patut!"

 

"Aku seorang artis pelakon, okay! Aku ada peminat, manager sendiri. Tak seperti kau! Hanya memegang jawatan ketua pengawas di sekolah." Aku mencebik marah.

 

"Huh! Artis pelakon konon! Tak ada kena-mengena pun dalam kehidupan aku. Aku anak pemilik syarikat kau! Aku boleh minta ayah aku untuk tamatkan kontrak kau. Kau, jangan ingat aku pengecut!"

 

Aku meleraikan tanganku dan berdiri di hadapannya dengan sikap yang berlagak. "Oh, rupa-rupanya kau anak pemilik syarikatku. Huh! Kau tak payah nak berlagak. Kau hanya dianggap anak pemilik syarikat je bukannya kau jadi CEO pun!"

 

"Eh, syarikat aku terkenal sekarang ini. Punca syarikat ayah aku, kau dah terkenal sekarang. Kau jangan nak sombonglah! Aku tahulah yang kau ni artis pelakon yang terkenal, sering muncul dalam drama cinta."

 

Seorang gadis keluar dari kedai setelah mendengar aku dengan Chanyeol bertengkar. "Aish, kenapa pasangan kekasih bertengkar ni? Bincanglah baik-baik!" Aku dan Chanyeol menjadi terkaku setelah mendengar kata-kata gadis itu. Apabila gadis itu cuba meneliti kami berdua, dia terus ternganga."Oh, Eun Mi? OMG!" Dia menggosok kedua-dua matanya untuk memastikan bahawa aku benar-benar Eun Mi. "A-Awak Eun Mi?"

 

"Ya. Saya Eun Mi!"

 

"Oh My God! Saya peminat setia awak, Eun Mi!" Dia memegang tanganku sambil melompat-lompat kerana terlampau gembira.

 

Aku tersenyum sins kepada Chanyeol. 'Haha! Rupa-rupanya, ada peminat aku kat sini.' Mata Chanyeol mengalih ke arah lain dan mukanya menjadi masam.

 

"Bo-Boleh saya minta tanda tangan awak?"

 

"Tentulah boleh sebab awak peminat saya!" Aku tersenyum lebar. Dia meminta aku menunggunya untuk mengambil buku nota untuk tanda tangan daripadaku. Aku mengalih ke arah Chanyeol.

 

"Kasihan awak! Awak cuma anak pemilik syarikat saya bukannya artis. Jadi, awak mana ada peminat." Sindirku. Dia tidak memandang ke arahku. Dia kembali semula ke sini dan menghulurkan buku nota dan pen kepadaku. Aku terus tanda tangan.

 

Ommanya pula, keluar dari kedainya untuk melihatku. "Wah, ini kali pertama Eun Mi datang ke sini." Dia sangat terharu.

 

Aku tersenyum. "Kerana awak peminat setia saya, saya akan tulis kata-kata kasih sayang saya kepada peminat saya, iaitu awak!"

 

"Gomawo!" Mata dia mula bersinar-sinar.

 

Ommanya pula, terus mengalih ke arah Chanyeol apabila dia menyedari Chanyeol sedang berdiri di situ. 'Macam kenal sahaja lelaki tu!' Getus hatinya. Dia menghampiri Chanyeol. Chanyeol memandang ke arahnya dengan wajah sedikit terkejut. "OMG! Chanyeol? Anak pemilik daripada syarikat terkenal tu!" Dia membuka mulutnya dengan besar-besar.

 

"Yakah?" Gadis tu menghampiri Chanyeol. "Oh My God! Memang dialah omma! Hemsemnya!" Chanyeol menjadi kaku dan pendiam. Gadis tu bersuara. "Boleh tak kita ambil gambar sama-sama?" Rayunya sambil menggoncangkan tangan Chanyeol. Kepala Chanyeol mengangguk perlahan dengan wajah tersengih. Mereka pun mengambil gambar bersama-sama.

 

"Mereka sudah gilakah? Anak pemilik syarikat bukannya ada banyak peminat tetapi bagaimana mereka boleh tahu yang Chanyeol ni anak pemilik syarikat?" Kepalaku tertanya-tanya.

 

"Gomawo!" Mak cik dan gadis tu tunduk hormat kepada Chanyeol. Chanyeol turut tunduk. Dia memandang ke arahku dan menunjukkan senyuman yang jahat. Dia menghulurkan duit kepada mak cik lalu cepat beredar. Dia ingin cepat beredar kerana bimbang jika aku akan mengejarnya dengan membawa aiskrim tu.

 

"Yah, aiskrim aku tu! Kurang ajar kau ambil aiskrim aku! Dahlah aiskrim kegemaran aku!" Aku memuncungkan bibirku tanda merajuk. Selepas itu, aku terus masuk ke dalam van dengan perasaan marah.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 11: alaa mcm tu je ke ? hmm ok . best laa jugak tpi klu panjang lagi best huehhehe
ilirsyana #2
Chapter 10: auch . bunuh jelaa si jimin tu . mnyusahkan org je haih . btw klu tk nk bunuh , bak sini bagi sya . biar sya simpan kat umah sya , so tkdela dia nk kacau agi . ceitt
misz_dina #3
Chapter 10: Jimin ni kan,pengganggu saje.x aman hidup channie dn eunmi
ilirsyana #4
Chapter 8: so sweet hahahahhaha . channie huhuhuhu . nk yg sweet sgt agi muahaha hehe faster update
ilirsyana #5
Chapter 7: wahhh ! best best .