Chapter 7

We Found Love!
Please Subscribe to read the full chapter

Chanyeol dan Tn Kim masuk ke dalam bilikku pada waktu petang. Aku pantas mengalih ke arah pintu dan merenung tajam pada wajah Chanyeol. Masih berasa marah kerana semalam. Aku mengambil bantal lalu mencampak ke arah Chanyeol. Chanyeol menyembunyi dirinya di belakang Tn Kim untuk mengelak. "Lelaki tak guna! Sanggup kau tinggalkan aku tadi." aku melepaskan geram.

Tn Kim menggeleng kepala. Dia menarik Chanyeol ke hadapan. Chanyeol hanya diam. "Chanyeol, terima kasih kerana menjaga dia. Tanpa kamu, saya tidak tahu apa yang berlaku selepas tu." tunduk Tn Kim.

Aku memuncungkan bibirku. 'Boleh pula dia memuji budak ni.' aku mengalih ke arah lain.

"Sama-sama." senyum Chanyeol tetapi dia masih nampak tersengih.

"Chanyeol, kau tak rasa bosankah datang ke sini untuk menjaga aku?" kataku.

"Aish, Eun Mi! Kenapa cakap begitu pada dia? Dia dah menolong kamu hantar ke hospital dan kau tidak menghargainya langsung!" kata Tn Kim. Aku mengerutkan dahiku. Chanyeol tersenyum sinis. Makin aku marah, makin appaku cuba backup dia.

"Tak apa! Kalau kau dah muak tengok aku, aku beredar sekarang..." Chanyeol terus pergi dari sini. Tn Kim ingin memanggilnya tetapi dihalang olehku.

"Biar dia pergi! Nak sangat beredarkan? Berambus dari sini!!!" marahku.

"Eun Mi, kenapa dengan kamu ni? Aku tak patut buat macam ni. Ini dipanggil kurang ajar."

"Berhenti! Appa tak habis-habis nak sokong dia! Appa sendiri tak rasa malukah? Appa bela dia lebih daripada anak sendiri? Eun Mi rasa sakit hati tahu tak?"

"Sudah! Appa malas nak bertengkar dengan kau... Appa cuma nak tegur sikit sikap awak tu. Appa malas nak layan kau lagi. Anggaplah Appa ni tak wujud." Tn Kim terus beredar. Aku pula memanggil Appa tetapi tidak dihiraukannya. Aku menghela nafas dan menjeling ke arah lain.

Soyeon tiba di hospital. Dia datang dengan seorang diri. Apabila dia terserempak dengan Tn Kim , dia tunduk hormat sambil memberi salam. Tapi Tn Kim terus berjalan. Soyeon hairan dengan sikapnya. Dia pun segera masuk ke dalam bilikku. "Eun Mi, kenapa dengan appa kau? Aku beri salam dia..." kata-katanya berhenti apabila dia tersepak bantal yang dicampak olehku tadi. Soyeon mengangkat bantal itu. "Jangan-jangan kau halau appa kau?!" Soyeon menghampiriku.

"Mianhae nae." aku senyum nipis. Soyeon mengangkat keningnya. "Kerana aku, aku sakit hati dengan appaku. Dia asyik membela Si Chanyeol tu berbandingku."

Soyeon tunduk. "Eun Mi, saya ada sesuatu nak beritahu pada awak." Dia duduk disebelahku. "Hubungan aku dengan Chanyeol hanya palsu. Chanyeol yang merancang semua ini kerana dia telah dimarahi oleh seorang lelaki."

Pantas aku mengalih ke arahnya. "Apa?"

Soyeon menghela nafasnya. "Semasa dia berada di dalam bilik muzik, seorang lelaki masuk ke dalam dengan berlagak samseng. Dia memberi amaran kepada Chanyeol selepas dia paksa kita keluar dari bilik itu."

"Siapa lelaki itu?"

"Lelaki itu adalah Jimin."

Aku ternganga kerana terkejut. "Jimin?? Tak mungkin!" aku menggeleng kepala berulang kali. "Maybe orang lain kot. Kau salah tengok tu.."

"Iya. Aku tengok Jimin depan mata aku tau. Kenapa kau tak percaya dengar cakap aku?" soalnya.

"Aku sengaja buat macam tu pada kau... Sebab aku cuba nak menyakiti hati kau. Aku nak tengok kau bagaimana reaksi kau apabila aku sedang bercinta dengan Soyeon."

"Kenapa dia tak beritahu perkara yang sebenar? Kenapa dia cuba tipu padaku?"

"Uh, apa kau cakap tadi? Aku tak dengar. " kata Soyeon.

Aku merenung tajam ke arahnya. "Pergi!" Mata Soyeon terbeliak setelah mendengar kata-kataku. "Aku kata pergi sebelum aku mengamuk..."

"Baiklah." resah Soyeon. Dia baru sahaja tiba, dia telah dihalau. Bangun Soyeon sambil tunduk sebelum beredar. Aku pula, termenung di luar tingkap sambil mengingat kata-kata Soyeon tadi.

Sehingga pada hari malam esok, Tn Kim dan Chanyeol tidak lagi melawatku kecuali Suzy dan Donghae. Suzy menemaniku sepanjang hari itu. Aku mengeluh. Kurang ajar sangatkah aku pada mereka sehingga tak nak melawat aku. Selepas Suzy dan Donghae menghantarku pulang, aku berhenti berjalan sebaik tiba di hadapan pintu bilik Chanyeol. Aku menghela nafas panjang. Aku ingin meminta maaf kepadanya atas sikapku terhadapnya yang kurang ajar. Aku ingin mengetuk pintu tetapi niat aku dibatalkan apabila Chanyeol menarik pintu. Wajahnya merenung tajam tepat pada mataku.

Aku cuba beredar. Tangannya menahan lenganku. Aku mengalih ke arahnya. "Ada apa kau nak jumpa aku?" soalnya.

Aku menepiskan tangannya. "Tak ada apa-apa."

"Kalau nak beritahu sesuatu, cakap. Bukan tunggu sehingga tahun depan nak beritahu." suaranya bertukar menjadi marah. Mungkin dia masih marah padaku.

"Mian nae sebab aku bersikap kasar dengan kau. Itu sahaja." aku beredar dengan pantas agar dia tidak menahanku. Aku tidak berani menghadap dengannya kerana keadaan dia sekarang adalah bad mood.

Pada hari itu juga, aku keluar dari rumah secara diam-diam agar tidak menyedari mereka. Sebelum itu, aku memakai pakaian yang agak gelap, bersolek tebal supaya orang di luar tiada mencurigakanku. Tidak lupa juga, aku mesti membawa cermin mata hitam kesayanganku. Aku ke kelab malam dengan menaiki teksi. Suasana di kelab malam itu penuh dengan kehangatan dan muzik rancak yang mampu membuatkan tubuh menari tanpa sedar. Tubuhku menari mengikut rentak.

Aku duduk di atas kerusi sebaik aku tidak mampu menari lagi akibat keletihan. Aku telah menghabiskan 2 botol minuman keras pada malam itu juga. Namun, aku masih lagi ingin minum. Tanpa membuang masa, aku memesan sebotol lagi kepada pelayan. Dengan sepantas, pelayan itu meletakkan botol tersebut di hadapanku. Aku mencapai dan menuang air arak itu ke dalam gelas. Aku membasahi tekak aku. "Penat!" bisikku dengan seorang diri.

Aku membaringkan kepadaku di atas meja. Sehinggalah tepat pada pukul 12 malam, aku masih berada di kelab tersebut. Aku tidak boleh bangun kerana terlampau mabuk Aku perlu memanggil seseorang untuk menghantarku pulang. Aku membuat keputusan untuk menelefon Chanyeol. Pasti dia segera ke sini kerana merisaukan keadaanku. Aku mengeluarkan telefonku dari kocek dan menelefon seseorang.

"Yobeseyo?"

"Kau busy tak sekarang ini? Aku ada kat kelab malam, aku tak boleh bangun sebab terlampau mabuk. Kau boleh hantar aku balik tak?"

"Baiklah, kau tung

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 11: alaa mcm tu je ke ? hmm ok . best laa jugak tpi klu panjang lagi best huehhehe
ilirsyana #2
Chapter 10: auch . bunuh jelaa si jimin tu . mnyusahkan org je haih . btw klu tk nk bunuh , bak sini bagi sya . biar sya simpan kat umah sya , so tkdela dia nk kacau agi . ceitt
misz_dina #3
Chapter 10: Jimin ni kan,pengganggu saje.x aman hidup channie dn eunmi
ilirsyana #4
Chapter 8: so sweet hahahahhaha . channie huhuhuhu . nk yg sweet sgt agi muahaha hehe faster update
ilirsyana #5
Chapter 7: wahhh ! best best .